Coretan di bawah adalah lebih untuk peringatan kepada diriku yang sendi2ku sudah agak lemah.. bagaimanapun aku tetap bermohon agar suatu hari nanti Allah sembuhkan juga sakit sendi2ku.. Amiin..
Daripada Syaidatina 'Aisyah r.a katanya. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
"Dijadikan manusia ini di atas 360 sendi, oleh yang demikian mana2 org yang bertakbir dengan Allah, bertasbih kepada Allah, berzikir kepada Allah, minta ampun daripada Allah dan membuang ranting atau duri2 di jalanan, mereka menyeru kepada yang makruf dan juga melarang yang mungkar bererti org itu berusaha untuk jauhkan dirinya daripada api neraka" - (Hadis riwayat Muslim).
Demikianlah sabda Nabi Muhammad saw tentang manusia mempunyai 360 sendi, dan bagi setiap sendi itu Allah menghendakki dikenakan cukai yang dinamakan cukai sendi yang merupakan sedekah dan zikir kepada Allah. Jika tidak dengan sedekah Allah menghendakki kita bertasbih, bertahmid, bertakbir dan beristighfar kepadaNya. Dengan demikian harga sendi yang Allah swt ciptakan itu sama ada dibayar dengan wang ringgit yang disedekahkan ataupun dengan sentiasa mengingatiNya.
Dengan adanya sendi manusia boleh bergerak dengan sempurna, melangkah dengan teratur, menghayun tangan bagi mengimbangi langkah, menoleh ke kanan dan ke kiri, mengerakkan jari bagi melakukan sebarang pekerjaan yang ringan mahupun yang berat malah beribu2 macam pergerakan boleh dibuat yang kesemuanya merupakan nikmat Allah.
Bayangkan jika manusia tidak dikurniakan sendi sudah pasti sukar untuk melakukan pergerakan, segala yang dibuat sentiasa amat terbatas, { Di sini saya bayangkan diri saya yang disc saya L4 dan L5 yang dah rapat ni, sentiasa sakit, dan tidak boleh bergerak dengan selesa, nikmat bersenam, berkebun dah tak ada, nak bergerak laju dah tak boleh, nak memusingkan tengkukpun tak berapa nak boleh, Ya Allah jgnlah jdkan aku org2 yag tak bersyukur, sesungguhnya hikmahnya disebalik ini hanya Engkau yang Tahu}Tanpa sendi manusia bergerak sama seperti robot {begitulah kdg2 usikan kepada diriku bila melihat pergerakanku}.
Harga yang Allah kehendaki mampu dibayar atau dilaksanakan oleh manusia, bersedekah wajib (zakat) atau yang sunat. Ini kerana Allah dah kurniakan rezeki kepada manusia untuk memudhakan melakukan sedekah. Walaupun begitu lebih mudah lagi membayar dengan zikrullah. Zikrullah boleh dilakukan di mana2 sahaja sama ada ketika berdiri, duduk, berbaring dan di mana sahaja. Ada ulama mentfasirkan bahawa berdiri tu bermaksud ketika solat, ketika senang, bahagia, untung dan nikmat2 yang indah, duduk pula bermaksud ketika susah, derita, rugi dan berbaring maksudnya waktu sakit terlantar.. bagaimanapun kita hendaklah sentiasa mengingati Allah walau dalam keadaan apa sekalipun.
Zikrullah bukan semata2 digerakkan di bibir, tetapi mengingati Allah yang sebenarnya ialah di dasar hati, pastilah kerja hati ini hanya manusia itu sendiri yang mengetahui. Yang paling penting zikir atau mengingati Allah swt ialah segala perlakuan hidup semuanya dalam lunas ketaatan dan dikawal syari'at. Apabila gagal mengingati Allah akan berlakulah segala kemaksiatan. Dengan mengingati kebesaran Allah, kesucian Allah manusia akan sedar tentang kekerdilan diri, tanpa sendi yang 360 kurniaan Allah itu manusia tidak berdaya melakukan apa2. Ketika memuji Allah sedarlah bahawa budi Allah swt tidak boleh ditandingkan dengan budi yang kita terima daripada manusia lain.
Sumber rujukan: Buku Mutiara 2 Tok Guru"Dijadikan manusia ini di atas 360 sendi, oleh yang demikian mana2 org yang bertakbir dengan Allah, bertasbih kepada Allah, berzikir kepada Allah, minta ampun daripada Allah dan membuang ranting atau duri2 di jalanan, mereka menyeru kepada yang makruf dan juga melarang yang mungkar bererti org itu berusaha untuk jauhkan dirinya daripada api neraka" - (Hadis riwayat Muslim).
Demikianlah sabda Nabi Muhammad saw tentang manusia mempunyai 360 sendi, dan bagi setiap sendi itu Allah menghendakki dikenakan cukai yang dinamakan cukai sendi yang merupakan sedekah dan zikir kepada Allah. Jika tidak dengan sedekah Allah menghendakki kita bertasbih, bertahmid, bertakbir dan beristighfar kepadaNya. Dengan demikian harga sendi yang Allah swt ciptakan itu sama ada dibayar dengan wang ringgit yang disedekahkan ataupun dengan sentiasa mengingatiNya.
Dengan adanya sendi manusia boleh bergerak dengan sempurna, melangkah dengan teratur, menghayun tangan bagi mengimbangi langkah, menoleh ke kanan dan ke kiri, mengerakkan jari bagi melakukan sebarang pekerjaan yang ringan mahupun yang berat malah beribu2 macam pergerakan boleh dibuat yang kesemuanya merupakan nikmat Allah.
Bayangkan jika manusia tidak dikurniakan sendi sudah pasti sukar untuk melakukan pergerakan, segala yang dibuat sentiasa amat terbatas, { Di sini saya bayangkan diri saya yang disc saya L4 dan L5 yang dah rapat ni, sentiasa sakit, dan tidak boleh bergerak dengan selesa, nikmat bersenam, berkebun dah tak ada, nak bergerak laju dah tak boleh, nak memusingkan tengkukpun tak berapa nak boleh, Ya Allah jgnlah jdkan aku org2 yag tak bersyukur, sesungguhnya hikmahnya disebalik ini hanya Engkau yang Tahu}Tanpa sendi manusia bergerak sama seperti robot {begitulah kdg2 usikan kepada diriku bila melihat pergerakanku}.
Harga yang Allah kehendaki mampu dibayar atau dilaksanakan oleh manusia, bersedekah wajib (zakat) atau yang sunat. Ini kerana Allah dah kurniakan rezeki kepada manusia untuk memudhakan melakukan sedekah. Walaupun begitu lebih mudah lagi membayar dengan zikrullah. Zikrullah boleh dilakukan di mana2 sahaja sama ada ketika berdiri, duduk, berbaring dan di mana sahaja. Ada ulama mentfasirkan bahawa berdiri tu bermaksud ketika solat, ketika senang, bahagia, untung dan nikmat2 yang indah, duduk pula bermaksud ketika susah, derita, rugi dan berbaring maksudnya waktu sakit terlantar.. bagaimanapun kita hendaklah sentiasa mengingati Allah walau dalam keadaan apa sekalipun.
Zikrullah bukan semata2 digerakkan di bibir, tetapi mengingati Allah yang sebenarnya ialah di dasar hati, pastilah kerja hati ini hanya manusia itu sendiri yang mengetahui. Yang paling penting zikir atau mengingati Allah swt ialah segala perlakuan hidup semuanya dalam lunas ketaatan dan dikawal syari'at. Apabila gagal mengingati Allah akan berlakulah segala kemaksiatan. Dengan mengingati kebesaran Allah, kesucian Allah manusia akan sedar tentang kekerdilan diri, tanpa sendi yang 360 kurniaan Allah itu manusia tidak berdaya melakukan apa2. Ketika memuji Allah sedarlah bahawa budi Allah swt tidak boleh ditandingkan dengan budi yang kita terima daripada manusia lain.
Salam Kak Werdah...
ReplyDeleteSelamat Berpuasa Kak Werdah..terima kasih atas tazkirah mengenai sendi..semoga kak werdah cepat sembuh dan beroleh ketenangan jiwa selalu dan dapat menambahkan amal ibadah dibulan mulia ini dengan sebanyak yg mungkin..
Bersyukur zai dpt mengenali insan yang berilmu spt kak werdah..
Salam Zai. MaasyaaAllah, kalau ada pun ilmu yang sedikit, terima kasih banyak atas doa Zai, semoga kita sama2 dapat meningkatkan ketakwaan kita.. Amiin..
ReplyDelete