Wednesday, August 19, 2009

Sunnah Rasulullah SAW Dalam Bulan Ramadhan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Assalamu'alaikum,


Bila kita menyelusuri sunnah Rasulullah saw dalam menyambut bulan Ramadhan kita akan dapati beberapa perkara yang diamalkan oleh Baginda Nabi:


1. Baginda selalu bergegas memenuhi panggilan kebaikan seperti Solat berjemaah, solat sunat, memberi sedekah, membaca al-Quran. Baginda bersabda: "Apabila datang malam pertama bulan Ramadhan, dibelenggulah syaitan dan jin, ditutuplah pintu neraka dan dibukalah pintu syurga, dan kemudian diserukan : "Wahai orang yang mendambakan kebaikan, datanglah! dan wahai orang tak suka kebaikan, bermalaslah!. Dan sesungguhnya dalam bulan Ramadhan ini setiap malamnya Allah swt membebaskan orang2 yang dikekehendakiNya daripada api neraka". (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dan Imam at-Tirmizi) sila klik di sini untuk yang dihighligtkan di atas


2. Melipatgandakan amal perbuatan yang baik, sama ada yang fardhu ataupun yang sunat. Diriwayatkan oleh Salman, bahawa pada suatu hari di penghujung bulan Syaaban Rasulullah saw bersabda: "Wahai sekelian manusia, telah datang kepadamu bulan yang agung, penuh keberkatan, di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan: diwajibkan padanya berpuasa dan dianjurkan untuk menghidupkan malam2nya. Barangsiapa melakukan satu kebajikan pada malam ini, seolah2 dia mengerjakan satu perintah kebajikan dalam bulan lain, dan siapa yang mengerjakan ibadah wajib seolah2 mengerjakan 70 kali kewajiban tersebut pada bulan yang lain".


3. Baginda sangat pemurah dan sangat suka bersedekah serta memberi makan kepada orang yang berpuasa. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bahawa Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah lebih2 lagi pada bulan Ramadhan, dinukilkan bahawa baginda bagaikan hembusan bayu yang lembut membawa banyak kurnia, menabur kegembiraan di hati orang2 mukmin. Diriwayatkan juga baginda adalah seorang penderma yang tidak pernah menolak permintaan apapun terhadap baginda.


4. Banyak berdoa terutama ketika berbuka puasa, Baginda bersabda : "Saat2 berbuka adalah saat yang paling tepat dan mustajab bagi orang2 yang berpuasa untuk berdoa. dan doa yang selalu baginda ucapkan ialah : "YA ALLAH! HANYA KERANAMU AKU BERPUASA, DAN DENGAN REZEKIMU AKU BERBUKA, TELAH HILANG HAUS DAN DAHAGA, MAKA TETAP HAUSLAH BAGIKU PAHALA, YA ALLAH!"


5. Selalu bertadarus, setiap malam bulan Ramadhan Malaikat Jibril as datang menemui Rasulullah saw dan bersama2 membaca al-Quran saling berganti. Hikmah tadarus Rasulullah saw adalah untuk mengajarkan umatnya agar selalu membaca al-Quran.


6. Meningkatkan ghairah beribadah terutama pada malam2 10 terakhir bulan Ramadhan bagi tujuan meraih malam Lailatur Qadr. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : "Barangsiapa beribadah pada malam Lailatur Qadr dengan penuh keimanan dan harapan, Allah akan mengampuni dosa2 yang telah dia lakukan"


Doa yang paling afdhal pada malam2 bulan Ramadhan ialah:"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dan Maha Pemurah serta sangat suka memaafkan, maka ampunilah dosa2 kesalahan kami".


Itulah beberapa Sunnah Rasulullah saw dalam bulan Ramadhan yang pada dasarnya baginda mengajarkan umatnya untuk bersungguh2 meraih kebaikan yang ada pada bulan Ramadhan.


Sumber: dipetik daripada buku "Kaedah Menjadikan Puasa Berkesan oleh Ustaz Azharuddin Sahil"


No comments:

Post a Comment

Sesiapa yang bermuhasabah tentang dirinya maka mereka tidak akan membiarkan ruang dan masa untuk melakukan perkara-perkara yang batil dan fahsya'. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Mereka akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang dilakukannya terhadap Allah SWT kerana takutnya kepada kekuasaan-Nya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan.