Saturday, October 24, 2009

Alam Jin 2

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.

Siapakah yang membawa khabar kepada jin bahawa Rasulullah saw sedang membaca Al-Quran di lembah Nakhlah yg terletak antara Mekah dan Ta'if itu?. N3 ini adalah sambungan dpd N3 sebelum ni..

Ibnu Abbas ra berkata: Sesungguhnya jin tidak dapat lagi mencuri2 berita dari langit seperti dahulu. Jika sebelum Rasulullah saw menjadi Rasul dan wahyu diturunkan, jin ini dapat melakukan perkara itu. Caranya ialah seorang jin akan menaiki kepala jin yg kedua, lalu jin yg ketiga akan menaiki kepala jin kedua dan begitu seterusnya hingga membentuk seperti untaian tasbih atau tangga menjulang ke langit. Jin yg berada paling atas akan mendengar wahyu dari langit dan menyampaikan berita tersebut kpd yg di bawahnya dan begitulah seterusnya hingga berita tersebut sampai ke bumi.

Sesampainya di bumi, para tukang sihir dan bomoh mengambil sebahagian daripada berita dari langit itu, lalu mereka tambah dgn kebohongan. Ketika Al-Quran telah diturunkan, Allah bermaksud untuk melindungi wahyu itu agar tetap murni dan bebas daripada segala bentuk campuran yg bukan wahyu. Untuk itu Allah swt mengutus bintang2 utk melontar jin. Bintang2 melontar dari sgl arah. Ketika itu pemimpin mereka berkata : "Pergilah kamu ke pelbagai penjuru bumi, darat dan lautan, kerana di bumi ini akan berlaku sesuatu yg yg kita tidak ketahui apa hakikat sebenarnya kejadian itu". Lalu golongan jin inipun bertebaranlah ke seluruh pelosok bumi utk mencari apa gerangan yg berlaku. Daripada golongan jin ini kelompok jin Nashibin (yg berada di Yaman)lah yg berjaya menemukan rahsia itu. Mereka menemukan Rasulullah saw sedang membaca Al-Quran di lembah Nakhlah. Mereka yakin bahawa inilah rahsia yg dimaksudkan oleh ketua mereka.

Selepas Rasulullah saw selesai mendirikan solat, mereka (kaum jin) pun bersurai. Setelah sampai kepada kaum mereka di Yaman mereka mengajak kaumnya mengucapkan kalimah La Ilaha illallah sebagaimana firman Allah:

"Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. (29) Mereka berkata: Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (agama Islam) (30) Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (31) Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja dia melarikan diri) di bumi dan dia tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata". (Al-Ahqaf [46] : 29 - 32).

Selepas itu Rasulullah saw kembali ke Mekah dengan semangat yg tinggi, jiwanya dipenuhi dgn semangat tauhid yg tinggi krn Allah mendatangkan satu lagi kaum untuk menerima dakwahnya.

Pertemuan kedua Rasulullah saw dgn jin.

Suatu hari Rasulullah saw keluar pada waktu tengah malam dari rumah menuju ke Gua Hira'. Ketika itu baginda bertemu dgn sekumpulan jin lalu baginda mengucapkan salam dan mengajak mereka memeluk Islam. Baginda mendengar suara kaum jin yg riuh rendah memenuhi lembah tempat mereka tinggal. Abu Zar bertanya kepada baginda : "Suara apakah ini ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Itu adalah suara jin yg sdg bertengkar antara satu sama lain lalu aku mendamaikan mereka".

Mereka juga berselisih faham dan bertengkar seperti manusia. Mereka hidup bertetangga dan mempunyai keluarga dan juga mempunyai hubungan kekeluargaan antara mereka. Sepertimana manusia, sebahagian dpd mereka juga berbuat zalim, ada yg baik ada yg lebih baik, ada yg pemurah ada yg bakhil ada yg jujur ada yg suka berbohong.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah saw ketika mendirikan solat membaca, "Aku berlindung kepada Alah darimu, dan aku mengutukmu dengan kutukan Allah". (H.R. Muslim). Setelah membaca bacaan itu, baginda undur beberapa langkah ke belakang hingga mendekati saf pertama. Setelah salam, kami bertanya: "Wahai Rasulullah, kami mendengar engkau membaca sesuatu". Baginda bersabda, "Benarkah kamu mendengarku". Kami menjawab, "Benar". Baginda bersabda, "Demi Zat Yang jiwaku berada dalam genggamanNya, seanainya Nabi sulaiman tidak pernah berdoa memohon kepada Allah, tentulah aku telah menangkap dan mengikat jin itu utk dijadikan bahan mainan kanak2 Madinah". (Ibid).

Doa yg diucapkan oleh Nabi Sulaiman :"Katanya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya". (Shad [38] - 35).

Sebahagian daripada nikmat2 yg Allah kurniakan kpd Nabi Sulaiman ialah menjadikan jin2 itu tunduk di bawah kekuasaan Nabi Sulaiman.

Sesetengah manusia tidak percaya kewujudan jin, sebab kata mereka, dengan pengetahuan ilmu fizik, mereka tidak dapat menyentuh dengan deria rasa. Namun berdasarkan ayat2 Al-Quran yg banyak menyentuh ttg jin ini, umat Islam yg tak mahu mempercayainya adalah dikira telah kufur, krn sebagai org Islam dan beriman, mereka wajib beriman dgn Al-Quran dan perkara2 ghaib yg diterangkan di dalamnya.

Jin bukan sahaja ada, malah mereka bergaul dgn manusia juga. Mereka juga ada yg mukmin ada yg kufur, sama seperti manusia : "Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang beragama Islam dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar. (14) Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi Neraka Jahanam". (Al-Jinn [72] : 14-15).

Jin yg muslim terbahagi kpd tiga tingkatan: yang pertengahan, yg menzalimi dirinya dan yg bersegera mengerjakan kebaikan; sama seperti manusia.

Sesetengah org berpendapat ada Rasul diutus utk jin daripada kalangan jin juga, tetapi sebenarnya ialah Allah tidak pernah mengutus Rasul dp kalangan jin. Allah hanya mengutus manusia sebagai Rasul utk kalangan manusia dan jin : "Mereka berkata: Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (agama Islam)" (Al-Ahqaf [46 ] - 30).

Mereka mengikuti para Nabi yg diutus oleh Allah kepada manusia seperti Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad saw. Mereka hanya mendengar Al-Quran kmd sebahagian dpd mereka beriman lalu kembali kpd kaum mereka dan mengajak mereka kpd Islam.

Sebahagian daripada mereka juga masuk syurga, merasakan kenikmatan2, minum dpd sungai2, duduk di atas katil2 syurga dan tinggal di dalam istana yg ada di syurga : "(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin". (Ar-Rahman [55] - 74).

Jin boleh menjelma menjadi kucing, anjing, ular dan makhluk2 hidup yang lain kerana Allah telah memberi kemampuan kpd mereka utk berbuat spt itu. Ketika perang Badar, syaitan menjelma menjadi seorang lelaki tua daripada penduduk Nejed, janggutnya panjang dan memakai serban. Dia datang menemui kaum kafir Quraisy dan berkata kpd mereka spt yg tertera dlm al-Quran : "Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya". (Al-Anfal [ 8 ] - 48).

Yang menjadi makanan mereka ialah tulang dan kotoran haiwan. Kedua benda2 ini tidak boleh kita jadikan alat utk bersuci.

Adakah syaitan itu termasuk golongan jin?

Syaitan memang termasuk dalam golongan jin sebagaimana Allah berfirman : "Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal daripada golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu". (Al-Kahfi [18] - 50).

Allah juga berfirman: "Dan Dia telah menciptakan jin daripada lidah api yang menjulang-julang". (Ar-Rahman [55] - 15).

Adalah tidak penting utk mengetahui keturunan syaitan ini.. Yang penting ialah TIGA perkara ini: Pertama, mengapa Allah ciptakan mereka? Kedua, apa yg mereka lakukan terhadap kita? dan ketiga, bagaimana kita berlindung daripada godaan dan gangguan mereka.

Perkara yg ketiga ini semua sudah mengetahuinya iaitu sikap yg mesti kita ambil berdepan dgn syaitan. Kita MESTI menjadikan mereka MUSUH kita : "Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka), Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka. (6) ". (Fatir [35] : 5 & 6).

Kita hendaklah melindungi diri kita daripada gangguan mereka dan godaan mereka.. Bagaimana carnya? akan dicatat dalam N3 yg akan menyusul. InsyaAllah

4 comments:

  1. Salam Kak Werdah,

    Terima kasih atas N3 yang menarik nie. sekarang baru jelas zai faham mcmmana jin mencuri ilmu ni dan kemudian memutarbelitkan kenyataan sebenar menjadi sebaliknya..dan menggunakan pula manusia sbg perantaraan itu.

    Agaknya ini juga antara kerja2 jin kepada tukang2 karut mengenai ajaran agama islam yg pandai2 cuba mengubahsuai ajaran islam dengan mempermudahkannya lagi sampai tak payah sembahyang, puasa dan sbgnya spt ajaran ayah pin, rasul melayu dan banyak lagi sebelum ini spt ini..

    Mungkin yg mudah terpengaruh dengan cerita ajaran sesat ni adalah mereka yg sememangnya tiada pengetahuan agama dan secara mencari tapak utk bernaung untuk menjadi islam yg sejati tetapi terjumpa pula tok guru yg sesat..kesian zai kat orang2 spt ini..

    Mudah2an Allah menjauhkan kita dari fitnah dunia dan hasutan, bisikan syaitan yang terang2 telah bersumpah ingin menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.

    ReplyDelete
  2. Salam Duan,

    Terima kasih krn ke blog ini. Sudi2lah singgah selalu dan beri komen.

    ReplyDelete
  3. Salam Zai,

    Maaf lambat jwb komen Zai.. Kak mencari ada satu ayat al-Quran ttg berjumpa bomoh ni.. dulu dah lama dah pernah terbaca tetapi tak ingat ayat apa surah apa, iaitu Allah melarang kita berjumpa bomoh krn kata Allah, DIA hanya beri pengetahuan ilmu ghaib ni kpd org2 tertentu sahaja.(cari lg tp masih tak dpt)

    Kalau diteliti dp tulisan2 DR "AIDH ABDULLAH AL-QARNI ni dlm buku NABI MUHAMMAD SAW AL-QURAN BERJALAN ni memang jelas, kita sebagai umat Islam tak perlula berjumpa bomoh utk merawat sgl masalah kita. Kebanyakan org yg jumpa bomoh ni tak yakin kpd diri sendiri sebab kurang nak memahamkan ayat2 Al-Quran. Selalunya lebih percaya kpd percakapan orang2 sekeliling.

    Alhamdulillah dgn pesatnya buku2 dalam bahasa Arab diterjemahkan oleh penulis2 dapatlah kita membaca dan memahami. semoga akhirnya budaya percaya kpd bomoh utk menghalau syaitan ini dpt dihapuskan.

    Sebenarnya kita patut amalkan ajaran2 Nabi kita yg mulia, ambil analogi jika kita nak halau anjing, jgnlah di tangan kita ada tulang.
    Ni kita takut syaitan tp amalan kita seperti membawa syaitan tinggal bersama kita.. na'uzubillahi min zalik.

    ReplyDelete

Sesiapa yang bermuhasabah tentang dirinya maka mereka tidak akan membiarkan ruang dan masa untuk melakukan perkara-perkara yang batil dan fahsya'. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Mereka akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang dilakukannya terhadap Allah SWT kerana takutnya kepada kekuasaan-Nya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan.