Saturday, October 31, 2009

Pesan Rasulullah SAW Tentang Khusyuk Dlm Solat


Assalamu'alaikum. 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia. 

Diriwayatkan daripada Mahmud bin Rabi' Al-Ansari ra: Suatu hari, tatkala selesai menunaikan solat berjemaah Rasulullah saw duduk bersila bersama para sahabat di Masjid Nabawi. Tiba2 masuklah seorang pemuda ke dalam masjid, lalu melaksanakan solat dgn cepat. Setelah solat org itu menghadap Rasulullah saw sambil memberi salam. Setelah menjawab salam Rasulullah saw berkata kepada pemuda itu; "Saudaraku! kamu belum bersolat!" 

Pemuda itu terkejut bukan kepalang mendengar teguran Rasulullah saw, tanpa bertanya dia terus kembali ke tempat solat dan mengulangi solat dengan cepat. Melihata gaya pemuda itu solat Rasulullah saw hanya tersenyum. 

Selesai sahaja mengerjakan solat, pemuda itu kembali mendatangi rasulullah saw. Ketika menghampiri Rasulullah saw, baginda bersabda dgn lemah lembut kepada pemuda itu, "Saudaraku, ulangi sekali lagi solatmu! Kamu masih belum solat". 

Mendengar kata2 Rasulullah saw itu, anak muda ini bertambah hairan. Dia merasa telah mengerjakan solat memenuhi rukun dan syarat sahnya, namun demikian dia terus mengerjakan seruan Rasulullah saw tersebut. Dia masih solat dengan cara dan gaya yang sama iaitu cepat dan tergesa2. 

Setelah selesai solat kali ketiga, dia kembali menghadap Rasulullah saw. Rasulullah saw masih memintanya mengulangi solat. Disebabkan bingung memikirkan apa yg terjadi kepada dirinya, dia bertanya; "Wahai Utusan Allah! Demi Zat yang mengutus dirimu dengan kebenaran, aku tidak tahu lagi caranya solat yang terbaik, selain apa yang aku telah kerjakan. Ajarilah aku solat yang baik". 

Baginda tersenyum lalu berpesan: 

"Saudaraku! Jika kamu berdiri untuk melaksanakan solat, maka bertakbirlah. Lalu bacalah surah al-Fatihah dan surah-surah dalam al-Quran yang kamu anggap paling mudah. Kemudian ruku'lah dengan toma'ninah(tenang). Lalu bangunlah hingga kamu berdiri tegak. Setelah itu, bersujudlah dengan tenang, kemudian bangunlah, hingga kamu duduk dengan tenang. Lakukan seperti itu, setiap kali kamu mendirikan solat." (Hadis Riwayat Bukhari : 715) 

Solat yg dikerjakan dgn gerakan tubuh semata2, di mata Rasulullah saw masih belum cukup. Rasulullah saw menitikberatkan solat dgn gerakan tubuh yg benar diiringi hati yang tenang, serta jiwa yang khusyuk. 

"Jika kamu berdiri untuk melaksanakan solat, maka bertakbirlah"

Abdullah bin Umar ra melaporkan bahawa saat bertakbir; "Rasulullah saw mengangkat kedua tangannya ke atas hingga sejajar dengan bahunya". (H.R Bukhari dan Sahih Muslim : 586) 

TAKBIR dalam solat dilakukan ketika memulai solat, ketika hendak ruku' dan bangkit daripada ruku'. 

PELAKU solat yg mengangkat kedua tangan sejajar dgn bahu; secara otomatik DADANYA terbuka. Perbuatan ini boleh MELAPANGKAN aliran darah daripada PEMBULUH DARAH yang terdapat pada lengan. Ia bertindak sebagai pengalir ke bahagian otak yg mengatur KESEIMBANGAN TUBUH; membuka mata dan telinga bagi memastikan keseimbangan tubuh. Dengan itu jika takbir dilakukan dgn tenang dan penuh penghayatan, akan memudahkan org yg menunaikan solat menumpukan perhatian ketika mengerjakan ibadah tersebut. 

"Ruku'lah dgn tenang (toma'ninah) 

Saad bin Abi Waqas melaporkan: "Ketika ruku', Rasulullah saw meletakkan kedua telapak tangan di atas lutut". (H.R Bukhari dan Sunan Abi daud : 624) 

Dalam riwayat lain Rasulullah saw bersabda: "Jika kamu ruku' letakkan kedua belah tanganmu di kedua lututmu. Lalu renggangkanlah jari2mu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang belakangmu mantap di tempatnya". (H.R Bukhari, Abu daud dan Musnad Ahmad : 2473) 

Orang yg menunaikan solat yg melakukan ruku' dgn tenang dan sempurna dapat menjaga kelenturan tulang belakang yg menjadi laluan saraf tunjang serta mengawal aliran darah. Ruku' juga dapat melenturkan ruas sistem peluh yg terdpt di bahagian punggung, pinggang, paha dan belakang betis. Begitu juga dengan ruku' kelenturan tulang leher, leher dan saluran saraf memori dapat terkawal. Kelenturan saraf memori ini dapat dijaga dgn mengangkat kepala secara maksimum dgn mata memandang tepat ke arah tempat sujud. Gerakan ini membantu menghimpunkan seluruh tumpuan sehingga manusia yg solat mampu fokus ketika mendirikan solat. 

"Lalu bangunlah hingga kamu berdiri tegak"

Rasulullah saw bersabda; "Tuhan yg Maha Perkasa lagi Maha Mulia tidak mahu melihat solat org yg tidak meluruskan punggungnya ketika berdiri di antara ruku' dan sujudnya". (H.R. Ahmad : 10380)

Ibn Abi Syaibah ra meriwayatkan Rasulullah saw bersabda; "Pencuri yg paling jahat adalah yg mencuri dalam solatnya'. Para sahabat bertanya; "Wahai utusan Allah siapkah sebenarnya yg dikatakan mencuri dalam solat itu?" Rasulullah saw menjawab; "Mereka ialah org2 yg tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya." (H.R. Hakim dan Musnad Ahamad :11107)

Ketika org yg mendirikan solat bangkit daripada ruku' dgn mengangkat tangan, DARAH dari kepalanya akan TURUN KE BAWAH, manakala bahagian pangkal otak yg mengatur keseimbangan akan mengurangkan tekanan darah. Keadaan ini akan DAPAT MENJAGA keseimbangan tubuh dan mampu mencegah pitam secara tiba2. Secara tidak langsung, keseimbangan tadi dpt meningkatkan khusyuk solat. 

"Setelah itu, bersujudlah dengan tenang".

Rasulullah saw bersabda: "Apabila engkau sujud, tekanlah wajahmu dan kedua tanganmu ke tanah sehingga setiap ruas tulangmu kembali ke tempatnya".(H.R. Ibn Khuzaimah dan al-Mukjam al-Kabir : 440

"Apabila seseorang daripada kamu sujud, janganlah turunnya seperti turunnya unta, tetapi hendaklah dia meletakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya". (H.R. Abu daud : 713)

Rasulullah saw juga bersabda: "Bila seseorang sujud, hendaklah menyertakan tujuh anggota badannya: wajahnya, kedua telapak tangan, kedua lututnya dan kakinya". (H.R. Muslim dan Sunan at-Tarmizi : 252)

PELAKU solat sujud dgn toma'ninah dan lama, perbuatannya dapat memaksimumkan ALIRAN DARAH dan oksigen ke OTAK, termasuk MATA, telinga, leher, bahu serta hati. Sujud juga merupakan cara efektif untuk membuka pembuluh DARAH di jantung yg tersumbat, sehingga dapat meminimumkan risiko sakit jantung daripada tubuh org yg mendirikan solat. 

"Kemudian bangunlah, hingga kamu duduk dengan tenang"

Rasulullah bersabda; "Tuhan yg Maha Perkasa lagi Maha Mulia tidak mahu melihat solat org yg tidak meluruskan punggungnya ketika berdiri di antara ruku' dan sujudnya". (H.R. Ahmad : 10380)

Imam Muslim meriwayatkan, saat bangun daripada sujud, Rasulullah saw berdoa:

"Ya Allah ampunilah aku, kasihanilah aku, cukupkanlah kekuranganku, sihatkanlah aku, dan berilah rezeki kepadaku". (H.R. Muslim dan Musannaf Abd. ar-Razak : 3009)

Dalam hadis lain dijelaskan bahawa:

"Rasulullah saw kadangkala duduk tegak di atas kedua tumit dan belakang kedua belah kakinya. Baginda juga mengambil masa yg lama ketika duduk di antara dua sujud sehingga tempohnya menyamai ketika mengerjakan sujudnya". (H.R. Bukhari, Muslim dan Sunan an-Nasa'i : 1643)

Cara duduk di antara dua sujud sebagaimana yg diajarkan oleh Rasulullah saw, dapat menyeimbangkan sistem elektrik serta keseimbangan saraf tubuh org yg mengerjakan solat. Selain dapat menjaga kelenturan saraf pada bahagian paha, otot lutut, otot betis hingga ke jari kaki, cara ini dapat menggabungkan penumpuan org yg solat dan menambah khusyuk.

Begitulah serba sedikit ttg faedah solat yg khusyuk yg dipetik daripada buku Menyukat Solat Diri; terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd yg baru dibeli semalam. Semoga dapat manfaat.

4 comments:

  1. Salam Kak Werdah..

    Solat adalah merupakan salah satu perbuatan tanda berterima kasih kita kepada Allah kerana menghidupkan kita dengan segala2nya didunia ini yang dikurniakan keatas kejadian diri kita diberikan oleh Allah secara percuma..

    Tapi sayangnya dizaman ini solat tidak lagi dipandang sebagai sesuatu yang wajib malah boleh dilihat dimana2 terutamanya sewaktu maghrib betapa ramai sekali umat islam disupermarket dan pasar2 malam yang tidak langsung memperdulikan soal solat..

    Jadi tidak hairanlah kenapa umat islam kini semakin tidak berakhlak kerana solat itu sendiri adalah tiang agama dan apabila tidak bersolat bererti tidak juga beragama maka terjadilah segala macam perkara maksiat yg bermaharajalela dimuka bumi ini..

    Sedih dan memang cukup sedih melihat keadaan ini..Hanya doa dipanjatkan mudah2an kita tergolong didalam golongan hambanya yang beriman dan sentiasa diberikan hidayah agar tidak berpaling dari ajaranNYA.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas peringatan dan ilmu ini

    semoga kita dapat sama-sama meningkatkan kualiti ibadah khususnya solat

    ReplyDelete
  3. Salam Zai,

    Itulah! di mana silapnya sehingga ibadah utama ini dipermudahkan. Ada yang meninggalkan solat namun rajin berpuasa. Mungkin didikan sejak kecil.. kak beruntung; mak asuh sejak kecil lagi belum bersekolah rendah lg mak ajar solat dan bacaan2nya.. kemudian bila tinggal dgn pakcik dan makcik, merekapun titikberatkan soal solat ni, jika lewat je solat pakcik akan kata: "Nak masuk neraka ke?" Semuanya ini tinggal kenangan; mak ayah, pakcik n makcik dah pun tak ada.. Al-Fatihah buat mereka..

    Ada juga rajin bersolat tp tak merubah perangai..

    Nak dapatkan khusyuk bukanlah satu perkara yg mudah.. hrp2 kita dpt berusaha mndptkan khusyuk.. sebagaimana Nabi Zakariya khusyuk setiapa kali solat hingga dirinya yg dah tua dan isterinya juga tua dan mandul Allah ubah nasib mereka dan Allah kurniakan Nabi Yahya kpd mereka w/pun usia dah lanjut.

    Daptkah kita jd mcm Nb Zakariya.. kita usaha sungguh2 ya! mudaha2an berjaya.

    ReplyDelete
  4. Salam Kasturi,

    Ya! mudah2an kita tingkatkan khusyuk kita spt khusyuk Nabi Zakariya as. Amiin

    ReplyDelete

Sesiapa yang bermuhasabah tentang dirinya maka mereka tidak akan membiarkan ruang dan masa untuk melakukan perkara-perkara yang batil dan fahsya'. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Mereka akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang dilakukannya terhadap Allah SWT kerana takutnya kepada kekuasaan-Nya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan.