Assalamu'alaikum,
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Terasa benar kekurangan diri bila membaca kisah2 para nabi dan rasul Allah serta para auliya'. Bagi mereka bila mereka dengar perintah Allah, "mereka dengar dan taat" (Sami'na wa ata'na). Mereka tidak mementingkan dunia kerana hati mereka telah terdidik dgn mencintai Allah dan Rasul.. dan percaya bahawa akhirat adalah tempat kekal abadi.. dan selalunya bila sahaja wahyu dibacakan kepada mereka tanpa lengah2 mereka amalkan.. Di sini saya catat serba sedikit apa yg saya baca bagi mengingatkan kekurangan dan kekerdilan diri di hadapan Allah swt, di samping itu dapatlah dijadikan panduan semoga tidaklah selalu hanyut dibuai mimpi yang indah, menuruti kehendak nafsu yg tak pernah puas.
Terlalu banyak ayat2 al-Quran dan hadis2 yg mencela dunia, memperingatkan manusia agar menjauhinya, sekaligus menyeru kita agar mengingati akhirat. Bahkan itulah intipati ajaran Allah menerusi para nabi dan rasulNya krn Allah amat mencintai makhluknya, jadi Allah berikan peringatan untuk makhluknya menurut perintahNya.
Diriwayatkan pada suatu hari ketika Rasulullah saw melalui bangkai kambing baginda bersabda: "Tidakkah engkau lihat bangkai ini telah dihinakan oleh pemiliknya?"
Mereka menjawab: "Jelas saja hina. Buanglah dia!" Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Demi Zat yang aku berada di bawah kekuasaanNya, sesungguhnya dunia lebih hina bagi Allah daripada bangkai kambing ini bagi pemiliknya."
Rasulullah saw bersabda: "Dunia ini penjara org mukmin juga syurga bagi org kafir".
Rasulullah juga bersabda: "Cinta dunia punca segala kesalahan".
Telah berkata Zaid bin Arqam, "Kami bersama Abu Bakar al-Siddiq ra. Beliau minta air utk diminum. Maka dihidangkanlah air dan madu. Setelah dihidangkan beliau menangis dan para sahabat turut menangis. Sejenak kemudian mereka diam tetapi beliau masih tetap menangis, hinggakan mereka semua menganggap mereka tidak boleh menanyakannya. Kemudian beliau mengusap kedua matanya. Maka mereka bertanya, "Wahai khalifah Rasulullah apakah yang membuatmu menangis?" Beliau berkata, "Aku bersama Rasulullah saw, kulihat baginda menahan diri daripada sesuatu, padahal aku tidak melihat seseorang. Maka kutanya baginda, "Wahai Rasulullah apakah yg menahanmu?". Rasulullah menjawab, "Dunia ini telah memaut hatiku, kukata padanya, nyahlah engkau dariku, lalu dia pergi sambil berkata, "Sesungguhnya engkau telah lepas dariku, namun tidak akan lepas dariku orang2 sesudahmu".
Dirawikan juga bahawa Rasulullah saw pergi ke tempat timbunan baja. Baginda bersabda, "Inilah ibarat dunia!". Sambil baginda mengambil kain yg telah koyak2 serta tulang2 yg telah retak, seraya beginda berkata lagi, "Inilah dunia!". Baginda mengumpamakan bahawa perhiasan dunia akan dibuat seperti kain dan jasad yg memakainya akan menjadi tulang yang berselerakan.
Baginda juga bersabda, "Dunia ini manisan hijau dan Allah menunggu kamu di situ. Dia melihat apa kamu perbuat. Sesunguhnya ketika dunia melimpah ruah bagi Bani Israel, lantas mereka terlena dalam kemanisan, wanita dan pakaian".
Rasulullah juga bersabda, "sesungguhnya aku telah menjauhkan dunia untukmu. Janganlah engkau hidupkan dia sesudahku. Setengah kebusukan dunia adalah bahawa kederhakaan terhadap Allah ada di sana. setengah keburukan dunia ialah engkau tidak ingat kepada akhirat. Ingatlah! ambillah dunia sekadarnya jangan engkau menyertainya dan beramallah. Sesungguhnya punca segala kesalahan ialah CINTA DUNIA dan kesenangan yg sedikit dapat menyeret seseorang kpd penderitaan yg panjang".
Rasulullah saw bersabda lagi, "Siapa pada waktu pagi lebih mementingkan dunia maka dia tidak memilih sesuatu daripada Allah. Malah Allah akan menetapkan EMPAT hal dalam hatinya; kedukaan yg tak pernah ada putusnya, kesibukan yg tak pernah ada rehatnya, kefakiran yg tak pernah ada kayanya dan angan-angan yang tak pernah ada hentinya".
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Q.S. Al-Munafiqun - 9)
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. (Q.S. At-Taghabun - 15)
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya (kaya raya). (Q.S Al-'Alaq 6 & 7)
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (At-Takatsur - 1)
Telah bersabda Rasulullah saw, "Gila harta dan kedudukan, kedua2nya menumbuhkan kemunafikan dalam hati bagaikan air menumbuhkan sayuran".
Ditanyakan, "Siapa umatmu yang terburuk itu ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Orang2 kaya". Baginda bersabda, "Akan datang sesudahku kaum2 yg makan makanan terlazat, menunggang kuda yg terelok, mengahwini wanita tercantik, memakai pakaian terbaik, namun perut mereka tidak pernah kenyang, nafsu mereka tidak pernah puas. Mereka buru dunia pagi dan petang. Mereka jadikan dunia sebagai Tuhan. Lalu mereka patuhi perintahnya dan mereka perturutkan keinginannya".
Sabdanya lagi; "Tinggallah dunia untuk ahlinya! Siapa mengambil dunia lebih daripada cukup, maka tidak sedar ia telah mengambil kematiannya".
Sesungguhnya banyak lagi hadis2 yg ditulis oleh para wali terdahulu utk kita membaca, mengkaji, menghayati dan mengamalkan.
Ingatlah dunia hanya sementara, akhirat jua kekal selamanya..

Terima kasih . Peringatan yang sangat baik.
ReplyDeletekak,
ReplyDeleteperingatan yg bermanfaat untuk diambil iktibar dalam kehidupan seharian,
kita mesti hidup seimbang, mengamalkan konsep wasatiah sesuai dgn doa yg selalu dilafazkan
Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".(2:201)
dan tuntutan firman
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu (nasib) dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan."
al islam ya'lu wala yu'la 'alaih
islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya
sesama kita usaha kembalikan zaman kegemilangan islam, hebat baik didunia, mahupun diakhirat kelak.
salam...apa yang penting dunia kita cari akhirat jangan kita tinggalkan...
ReplyDeleteSalam kpd semua sahabat.. terima kasih atas pendapat kalian. benar Allah suruh kita mendapatkan dunia seimbang dgn akhirat.. kita kena usaha supaya tidak menyusahkan orang.. dan bila kita ada lebih kita wajib memberikan manfaat kpd yg susah.. ya! memang Islam itu indah.. mudah2an kita sama2 tidak lari dp jalan yg lurus.. amiin.
ReplyDelete