Bismillahirrahmaanirrahiim.
Pagi ni dengan niat nak edit N3 yg tersimpan dalam draft tiba2 teracess ke blog saudara ROSLAN HAMID yg menggunakan nama pena LanH bagi setiap artikelnya dalam akhbar di sini . Dan kebetulan pula saya membaca kisah persandingan tiga pasangan datuk, anak cucu yg unik di sini. Ketika membaca artikel ni kebetulan suami pula bertanya nak buat majlis macam tu juga ke? .. krn tak lama lagi insyaAllah kami akan melangsungkan walimatulurus utk anak kami no 2. Adalah diharapkan ketiga-tiga pasangan datuk, anak dan cucu ini akan hidup berbahagia serta berkekalan sehingga ke akhir hayat dan menjadikan mawaddatan wa rahmah ini sebagai landasan hidup menuju Allah swt.
Saya memang minat membaca artikel2 beliau yg kadang2 seperti saya juga mengalami apa yg diceritakan. Saya copy n paste dan tambah ayat al-Quran. Manakala N3 yg saya copy ni mengingatkan kasih sayang suami kpd saya.. belas kasihnya membawa saya berubat biar ke mana sahaja krn ingin isteri kesayangannya ini segera sembuh.. kadangkala suami juga menolak kerusi roda jika keadaan memerlukan yakni jika berjalan jauh. Mudah2an suamiku diberkati Allah. Dan semoga mawaddatan wa rahmah antara kami berterusan hingga ke akhir hayat dan akhirnya bertemu juga di syurga. Teruskan membaca!!!
..........................................................................................................................................................................
Khutbah Jumaat di masjid yang saya hadiri tidak lama dulu, ringkas tetapi padat. Isinya berkenaan mendirikan rumah tangga dan berumah tangga. Biasalah orang muda mahu berumah tangga manakala orang 'lama', cabarannya mengekalkan rumah tangga.
Sekarang ini, terlalu kerap kedengaran kes cerai-berai. Kisah perceraian golongan artis dan personaliti media massa menghiasai dada-dada akhbar. Gerun mendengarnya.
Sebagai insan biasa, kita juga cemaskan rumah tangga kita, berdoalah agar perkahwinan kita berkekalan hingga ke akhir hayat; bukan hingga ke anak cucu seperti diungkapkan sesetengah orang. Ini kerana ada juga pasangan veteran yang sudah beranak cucu terbabit dalam perceraian. Ertinya perkahwinan mereka berakhir selepas mereka mendapat anak cucu.
Apakah rahsia perkahwinan sehingga boleh berkekalan ke akhir hayat. Inilah yang menarik yang dapat penulis singkap daripada khutbah Jumaat itu. Khatib berkata Allah SWT kurniakan mawaddah dan rahmah kepada pasangan suami isteri. Apakah mawaddah dan rahmah itu?
Dalam Surah Ar-Rum Ayat 21 Allah SWT berfirman:
وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ
yang maksudnya: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untukmu (wahai golongan lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir."
Jatuh cinta adalah kurnia Allah SWT. Biasalah orang muda lelaki dan perempuan akan jatuh cinta jika ada 'chemistry' kata budak-budak muda sekarang. Apabila sudah bercinta, si pemuda teruslah meminang dan cepat-cepatlah nikah bagi mengelakkan terjebak daripada melakukan maksiat.
Tidak payahlah buat macam budak-budak muda zaman sekarang. Bertunang dijadikan lesen untuk mengusung anak dara orang tidak kira siang dan malam. Mak bapak pun diamkan saja. Semuanya haram dan berdosa, kata khatib.
Perkara yang membolehkan perempuan dan lelaki bercampur jika sudah suka sama suka adalah nikah. Selepas itu buatlah apa yang kamu mahu. Kasih sayang pada waktu muda inilah (bergetah kata orang sekarang) namanya mawaddah.
Semuanya indah, semuanya cantik. Pujian melangit diberikan kepada pasangan masing-masing. Si teruna akan berkata kepada si dara "Dinda adalah satu antara 1,000", manakala si dara akan berkata kepada si teruna, "Abanglah lekaki paling handsome (kalah Shah Rukh Khan) di dunia ini."
Mawaddah ini termasuklah keinginan seks yang membolehkan kesinambungan kepada zuriat manusia. Kasih dan sayang dan seks menjadi agenda; semuanya indah sebab kedua-duanya masih muda, masih bergetah.
Tetapi kata khatib, biasalah manusia daripada muda menjadi tua. Daripada wajah dan 'body' yang handsome tadi, anggota badan sudah mulai kendur. Yang perempuan lagi cepat proses penuaannya.
Pakailah alat mekap macam mana pun, tua tetap datang, kulit mulai berkedut, laki pun tidak lagi mengucapkan kata-kata hikmat "kau sentiasa di hatiku." "Untuk mengucapkan "I love you, atau aku cinta kamu", sudah terasa geli-geleman pada sesetengah orang. Apatah lagi jika kata-kata itu diucapkan di depan anak cucu, mereka akan berkata nanti, "orang tua ni dah buat tabiat ke?"
Jadi pada usia tua ini, apakah yang dapat menyelamatkan rumah tangga pasangan tadi. Itulah rahmah, kasih sayang peringkat tertinggi yang tidak mengenal lagi batasan fizikal sekali pun kau sudah 'condemn', aku tetap menyayangimu! Allah Taala telah bukakan perasaan belas kasihan antara satu sama lain, antara suami dan isteri.
Bukalah mata dan hati kamu luas-luas, kamu akan dapati ada suami yang terus melayani si isteri sekalipun orang rumahnya itu telah 'tersadai' di atas katil kerana berpenyakit, demikian juga ada isteri yang terus setia sekalipun suami sudah terperosok di atas kerusi roda.
Demikianlah betapa Pemurahnya Yang Maha Kuasa, dikurnikannya manusia itu mawaddah dan rahmah. Cinta yang meluap-luap dengan iringan nafsu ketika muda dan kemudian bertukar kepada rahmah, kemuncak cinta dan kasih sayang suami isteri yang berpegang teguh kepada janji untuk sama-sama mendapatkan syurga-Nya. Bukankah itu cita-cita setiap manusia beriman?
Jadi bagi pasangan suami isteri berusahalah untuk mendapatkan kasih sayang rahmah itu. Ini kerana makin lama sesebuah perkahwinan itu, makin hilanglah mawaddahnya (sebagai contoh keinginan seks semakin lama semakin menurun).
Bagi si isterilah tambatlah suami anda dengan ciri-ciri hebat anda seperti melayan makan minum dan menyediakan pakaiannya manakala bagi si suami tunjukkan keprihatinan anda seperti merawatnya ketika dia sakit.
Masakan sesuatu pasangan itu ada rahmah jika si isteri tidak mempedulikan makan minum dan rumah tangga si suami kerana kerap berada di luar melayani kepentingan kerjayanya manakala si suami asyik-asyik mengugut nak kahwin satu lagi kerana si isteri selalu sakit.
Fikir-fikirkanlah, marilah kita (termasuk saya) mencari rahmah selepas era mawaddah berakhir akibat ketuaan diri. Semua orang akan tua kerana tua tidak diminta tetapi ia datang sendiri.
...........................................................................................................................................................................
Tentang mawaddatan wa rahmah ini saya telah tuliskan di sini iaitu tentang tahap kecintaan yg ditakrifkan oleh Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah dalam bukunya berkenaan 'IYYAKA NA'BUDU WAIYYAKA NASTA'IN' menghuraikan ttg tahap2 kecintaan dan mawaddatan warahmah ini berada pada Tahap Kelima: Widad
Mudah2an kita dapat mengambil iktibar daripada khutbah yg dicoretkan oleh saudara LanH ini.

Salam Kak Werdah..
ReplyDeleteTak tahu pula Kak Werdah sakit selama ini kerana zai hanya membaca tulisan2 kak werdah yg sentiasa penuh ceria dan bersemangat dan mmg boleh terasa kasihsayang mawaddah wa rahmah dalam rumahtangga kak werdah..
Semoga kasih sayang itu akan terus berkekalan hingga kesyurga hendaknya..Zai sendiri berharap akan terus dicintai oleh suami dan anak2 selamanya..
Salam Zai,
ReplyDeleteDah lama kak sakit ni.. sejak 1996/1997 macam tu.. sebab selalu terjatuh gamaknya.. slipped disc tp yg worst tu bila buat pembedahan pd 2003.. macam tiang rumah dibaiki tp berkecai.. tu lah since 2003 tak boleh buat apa pun berbaring je dan berulang ke mana2 sajalah berubat.. tp alhamdulillah Zai walaupun belum diizinkan sembuh kak bersyukur krn belum lagi sampai ke tahap berputus asa..
InsyaAllah Zai, adalah hikmahnya yg kita tak tahu.. Allah je Yg Maha Tahu..
Jika Zai jumpa kak pun Zai akan kata kak ni tak ada apa sakitnya.. macam tulah org2 kata.. alhamdulillah.. tp kak ni suka bercerita pula.. takpakan asal tak mengeluh.. mudah2an Allah tingkatkan kesabaran dan jgnlah pula nnt bila dibangkitkan kak masih macam ni.. kata ustaz kita dibangkitkan dalam keadaan kita semasa kita dimatikan.. Wallahu'alam.
Zai! seronok berkenalan dgn Zai melalui blog ni, terasa kak semakin muda!
InsyaAllah kita jumpa di alam nyat suatu hari nanti...
Salam...bagus lah awk ada fikir untuk agama,,,kita sama2 doa pada Allah supaya Allah terus istiqomah kita dalam agama yang mubarak ini!!!amin...
ReplyDeleteSalam anak pendang sekeluarga,
ReplyDeleteinsyaAllah kita istiqamah ya.. doakan juga kesembuhan buat mak cik ni ya.. mudah2an doa orang yang beriman dimakbulkan Allah. Amiin