Soal Jawab Tentang Kentut.
Bila baca tajuk entri ni gelihati pun ada tetapi itulah jasa org2 yg bertafakkur terhadap ciptaan Allah.. jadi bertambahlah pengetahuan tentang kentut ni.. Saya copy n paste dp blog info kesihatan anda
Daripada mana asal kentut?
Daripada gas dalam usus. Gas dalam usus berasal daripada udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus daripada darah, gas daripada reaksi kimia dan gas daripada bakteria dalam perut.
Apakah komposisi kentut?
Daripada mana asal kentut?
Daripada gas dalam usus. Gas dalam usus berasal daripada udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus daripada darah, gas daripada reaksi kimia dan gas daripada bakteria dalam perut.
Apakah komposisi kentut?
Pelbagai. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen daripada udara diserap oleh tubuh sebelum sampai ke usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asid perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen.
Komposisi gas bergantung kepada apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan, makin besar kandungan nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.
Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut busuk kerana kandungan hidrogen sulfida yang mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan makin busuklah kentut anda.
Telur dan daging mempunyai peranan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam menghasilkan isipadu kentut, bukan dalam kebusukannya.
Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Kerana adanya getaran lubang dubur pada masa kentut dikeluarkan. Kekuatan bunyi bergantung pada kelajuan gas.
Kenapa kentut yang busuk itu hangat dan tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria dan proses pencernaan menghasilkan haba, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil isipadunya, tetapi SBD ('Silent But Deadly').
Berapa banyak kentut dihasilkan sehari?
Lebih kurang setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.
Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Bukankah sepatutnya gas kentut bergerak ke atas disebabkan ketumpatannya lebih ringan? Tidak demikian. Gerakan peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar lubang dubur lebih rendah. Gerakan peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gasnya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar lubang dubur.
Dalam perjalanan ke arah lubang dubur, gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerakan peristaltik, gelembung gas akan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit dan berbelit-belit.
Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Bergantung kepada keadaan udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan dan arah angin, berat molekul gas kentut dan jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Selepas meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar dan konsentrasinya berkurang.
Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa saat, bererti ianya mengalami 'peleraian' di udara dan hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lif, kereta, kepekatannya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.
Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.
Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan jantina. Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, dan apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yang dikeluarkan.
Bilakah biasanya orang kentut?
Pagi hari di tandas, yang disebut 'morning thunder'. Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.
Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
Kekacang mengandung zat gula yang tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus akan 'berpesta' dan membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).
Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum 'soft drink', naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami pengembangan & muncul sebagai kentut).
Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lubang lain?
Tidak. Sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung lebih banyak udara, kentut mengandung lebih banyak gas yang dihasilkan oleh bakteria.
Ke mana perginya gas kentut kalau ditahan/tidak dikeluarkan?
Ia akan diserap oleh darah, berpindah ke bahagian atas menuju usus. Namun pada akhirnya akan keluar juga. Jadi ia bukan lenyap, tapi hanya mengalami penangguhan.
Mungkinkah kentut terbakar?
Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yang boleh terbakar (gas asli mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyalaannya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.
Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada. Suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.
Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Kerana anjing dan kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Berbeza dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang menghasilkan kentut yang lebih banyak, lebih lama dan lebih kuat bunyinya, tetapi relatifnya tidak berbau.
Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.
Apakah warna kentut?
Tidak berwarna. Kalau warnanya oren seperti gas nitrogen oksida, akan tahulah siapa yang kentut.. hehehe
Apakah kentut itu asid atau neutral?
Asid, kerana mengandung karbon dioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).
Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.
Salam Kak Werdah..
ReplyDeleteKetawa zai baca N3 kali ini tetapi sangat bermanfaat...dah baca baru faham kenapa terjadinya kentut dan paling mengejutkan kentut anjing dan kucing..tak sangka haiwan pun kentut dan berbau busuk jugak yer..ingatkan binatang tak kentut..
Ada pula orang yg kerap sendawa tapi jarang kentut patutlah kadang2 perut diaorang selalu rasa mcm kembung mgkin sbb angin penuh kat dalam perut sbb tak dapat keluar agaknya tu kan...
Terima kasih kak...best N3 ni first time baca..dan kelakar..
Salam Zai,
ReplyDeleteKak pun sambil baca sambil ketawa, mmg kalau kita tak baca kita hanya tau sikit je.. kentut kucing memang busuk sgt, kucing kak (betty) pernah kentut sekali depan kak, jd bila bc N3 ni mmg mengakulah kebenarannya.. tp yg kata org kentut sehari setengah liter mcm susah sikit nak percaya sukatan macam mana ya..sukatan anginnya ya..
Itulah kerja pengkaji kan Zai, ada yg kaji ttg air liur.. ada ustaz cerita ada seorg kwn dia tak ada air liur langsung jd susah nak makan.. telan je kesian mndgrnya.. 2 beradik sbnarnya mcm tu abgnya dahpun meningal.. Inna lillahi wainna ilaihi raaji'uun..