Assalamu'alaikum.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.
Gambar2 di bawah mengingatkan saya kepada kedua ibu bapa yg telah lama meninggalkan saya.. Al-Fatihah buat keduanya.. semoga diampunkan sgl dosa dan ditempatkan di kalangan org2 beriman.. amiin.. Nostalgia krn arwah mak dan ayah ke Mekah menaiki kapal dalam musim Haji tahun 1952/1953 Gambar2 ni saya copy dp SINI
Jemaah mula mula sampai di Pelabuhan Jeddah pada tahun 1953..
Ketika wukuf di Arafah ...
Artikel di bawah pula saya copy n paste dp SINI
..........................................................................................................................
Makkah dan kelebihannya
Arafah adalah antara tempat yang mustajab untuk
umat Islam yang mengerjakan haji berdoa,
Firman Allah SWT yang bermaksud:
umat Islam yang mengerjakan haji berdoa,
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.
(Ali-Imran : 96)
Berkenaan dengan nama Bakkah itu sendiri ada dua pendapat:
l. Diambil daripada kesibukan kerana sibuk orang ramai ketika tawaf.
2. Dinamakan Bakkah kerana tempat tersebut telah menundukkan leher-leher orang yang takbur apabila mereka melakukan dengan kezaliman pasti dibalas dengan segera.
Nama-nama Mekah
Uniknya kota suci Mekah mempunyai banyak nama sebagai lambang kemuliaannya. Justeru, Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: "Ketahuilah bahawa banyaknya nama menunjukkan kepada kebesaran yang dinamakan, sebagaimana banyaknya nama Allah SWT dan nama Rasul-Nya.
"Kita tidak mengetahui suatu tempat yang mempunyai banyak nama selain daripada Mekah dan Madinah, kerana kedua-duanya merupakan sebaik-baik bumi. Disebabkan kerana banyaknya sifat yang boleh dinamakan kepada kedua-duanya" .
Suka dinyatakan di sini beberapa nama bagi kota Mekah yang masyhur. Antaranya:
i. Mekah. Mekah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Mekah kerana Tanah Haram Mekah seluruhnya, kerana Mekah mengurangkan atau menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya, atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Mekah, atau kerana Mekah menghapuskan pemerintah yang zalim dan menundukkan kesombongan mereka.
Dikatakan kerana Mekah menarik ramai manusia datang kepadanya, juga kerana sedikit air yang terdapat padanya.
ii. Bakkah. Bakkah ertinya memecah, mencarik atau menunduk seperti yang telah dinyatakan di atas.
iii. Ummu al-Qura. Penamaan Ummu al-Qura membawa maksud ibu kampung atau kota kerana tempat tumpuan manusia. Di samping menjadi kiblat dan terdapatnya Kaabah al-Musyarrafah sejak sekian lama.
iv. Al-Balad dan Al-Baldah.. Al-Balad membawa maksud negeri iaitu kota Mekah itu sendiri.
v. Al-Baladu al-Amin. Ia bermaksud negeri yang aman. Mereka yang masuk pasti mendapat keamanan. Al-Maraghi berkata: "Mekah yang dimuliakan Allah dengan adanya Kaabah".
vi. Haraman Amina. Maksudnya ialah Tanam Haram yang aman. Ini terbukti, kota Mekah sememangnya telah menjadi negeri yang aman sejak dahulu lagi.
vii. Al-Qaryah. Maksudnya ialah negeri atau kampung. Negeri yang dimaksudkan ialah Mekah.
Sheikh Badruddin al-Zarkashi Rahimahullah menyebut sebanyak 30 nama bagi kota Mekah. Jelas di sini menunjukkan betapa prihatinnya ulama berkenaan dengan kelebihan dan keistimewaan kota Mekah.
Fadhilat Mekah dan keistimewaannya
Mekah mempunyai banyak keistimewaan dan fadilatnya.
Pertama: Dajjal tidak boleh memasuki kota Mekah. Ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari.
Kedua: Tawaf mempunyai banyak kelebihan dengan dihapuskan segala kesalahan dengan diberi kebajikan seperti riwayat al-Tirmidzi. Begitu juga, orang yang tawaf dan solat serta memandang Kaabah mendapat banyak rahmat.
Ketiga: Kelebihan solat di Masjid al-Haram setara dengan seratus ribu di masjid yang lain seperti riwayat Ahmad.
Keempat: Mekah merupakan sebaik-baik tempat di muka bumi berdasarkan hadis riwayat al-Tirmidzi.
Kelima: Terdapat banyak tempat yang mustajab doa di Mekah seperti di belakang maqam Ibrahim, di antara dua rukun Hajar al-Aswad dan Yamani, dalam Hijr Ismail, Arafah, Mina, Mudzlifah dan banyak lagi.
Keenam: Air zamzam yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dan dapat menyembuhkan penyakit serta ditunaikan hajat dengan izin Allah SWT. Dan lain-lain lagi.
Penutup
Mekah mempunyai seribu satu macam kelebihan, keistimewaan dan keberkatan. Justeru, bagi yang menjadi dhuyuf al-rahmah (tetamu Allah) hendaklah mengambil kesempatan ketika berada di kota Mekah untuk mempelbagaikan aktiviti ibadat kepada Allah SWT. Semoga mendapat haji yang mabrur. Amin. Oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri.
...........................................................................................................
Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kpd insan2 terpilih dan bertuah yg menjadi tetamu Allah pada tahun ini.
Mudah2an memperoleh haji yang mabrur.. amiin.
Mudah2an memperoleh haji yang mabrur.. amiin.
Salam. Sangat mencabar dan sangat hebat orang-orang yang terdahulu mengerjakan haji.
ReplyDeleteSalam Abu Muaz,
ReplyDeleteya.. betul2 mencabar, mereka kena siapkan peti kayu utk bawa sgl peralatan utk dimasak dlm kapal.. lama belayar di lautan ada yg mabuk laut.. mengikut arwah mak kak, arwah ayah mabuk laut masa dlm perjalanan balik.. lagi 12 hari nak tiba ke Pulau Pinang.. terpaksa dikebumikan di lautan Hindi.. Kak kenal ayah melalui gambar paspot hajinya saja.. sekeping tu je gambarnya.. masa mak n ayah ke Mekah umur kak baru setahun lebih..