Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yang mulia.
Membelek2 buku lama yang entah berapa lama tidak dibaca.. terjumpa sebuah buku tajuknya: "ANAK YANG SALIH".
Buku ini memaparkan MENGAPA HARUS BERBAKTI; Antaranya ialah Kerana Perintah Allah, Susah payahnya ketika mengandung, Dari bayi hingga dewasa tanggungjawab orang tua; bagaimana caranya berbakti kepada org tua, erti berbakti, terdapat pula kisah anak yang beramal salih tetapi mengabaikan tanggungjawab kepada orang tua; kisah anak derhaka; bila orang tua meninggal apakah yang harus dibuat oleh anak2 dan pelbagai perkara yg mencakupi kisah2 anak salih termasuk mendoakan org tua dan tentang pembahagian harta pusaka.
Seperti yg tertulis dalam buku ini; Erti berbakti ialah berbuat baik dengan menyelesaikan atau menunaikan yang wajib bagi anak kpd org tuanya selagi tidak bertentangan dgn syariat Islam.
Dicatat di sini Bagiamana Caranya Berbakti?

- Apabila menghajati makanan hendaklah dipenuhi.
- Apabila menghajati pakaian hendaklah diberikan.
- Apabila berhajat kpd perkhidmatan hendaklah dilaksanakan.
- Apabila memanggil hendaklah menjawab dengan lembut dan terus datang.
- Apabila menyuruh hendaklah ditaati selagi tidak kpd benda2 haram yg menderhaka kpd Allah.
- Apabila berbicara dengannya hendaklah berlemah lembut, jangan meninggikan suara.
- Memanggil namanya hendaklah dengan panggilan yg menyenangkan.
- Jika berjalan janganlah mendahuluinya.
- Menyukai apa yg disukai olehnya asal tidak bercangganh dgn yg dilarang Allah.
- Memohon keampunan Alah atas segala dosa org tua setiap kali memohon ampun atas dosa kesalahan kita.
Faedah daripada berbakti kepada ibu bapa.
- Amalan yg amat disukai oleh Allah.
- Menyamai pahala haji dan umrah.
- Mendapat kenikmatan syurga.
- Menambahkan umur yg berkat dan memberkatkan rezeki dan harta.
- Memberikan kecerdikan kpd anak2 kita menyebabkan mereka pula berbakti kpd kita.
- Menghilangkan gundah gulana dan duka nestapa.
- Mendapat keredhaan Allah swt.
Kisah Wail bin Khatab Menghadapi Maut.
Diriwayatkan bahawa Pada zaman Rasulullah saw masih hidup, ada seorang pemuda bernama Wail bin Khatab yang selalu merungut dan mencaci ibunya kerana terlau sayang dan cinta kpd isterinya. segala apa yg dilaporkan oleh isterinya ttg ibunya dipercayai oleh Wail. Oleh itu pada saat dia menghadapi maut, dia menderita sakit yg amat mengerikan. Berpuluh2 hari Wail berjuang menghadapi maut di atas tempat tidurnya, menggelepar, mengeluarkan peluh dingin yg membasahi seluruh tubuh, semakin hari semakin parah, matanya kadang2 merah dan kadang2 mengeluarkan air mata, mulut ternganga dan kadang2 herot bibirnya, kerongkongnya tersumbat hinggakan jeritnya tidak terdengar. Suara keluhannya bagaikan suara kerbau dan bunyi angsa.
Para sahabat yg mengelilinginya menunggu bergilir2. Berganti-ganti para sahabat mengajarkan SYAHADAH namun usaha mereka sia2 sahaja. Wail tidak sanggup ucap syahadah; hanya kedengaran ah.. uh... ah.. uh sahaja. Rupa2nya dia telah berusaha keras utk mengucapkan kalimah MULIA itu namun tak terkeluar.
Wajahnya semakin pucat dan matanya semakin terpejam; mulutnya terkatup dan sesekali ternganga lebar seakan2 menjerit namun berhari2 lamanya maut tak kunjung tiba. Keadaannya semakin mengerikan, sesiapa sahaja yg melihatnya tentu merasa kesihan.
Rasulullah saw diberitahu hal kejadian, lalu baginda memerintahkan Saidina Ali utk membimbing Wail mengucap, tetapi usaha itupun sia2. Ali bin Abu Talib menghadap Rasulullah saw melaporkan keadaan itu lalu Rasulullah saw bertanya kpd para sahabat; "Adakah Wail masih mempunyai org tua?" Diberitau bahawa Wail masih mempunyai ibu, lalu diperintahkan agar mendapatkan ibu Wail.
Setelah ibu Wail datang; Rasulullah saw bertanyakan apakah yg dibuat oleh anaknya Wail; "Bagaimanakah keadaan Wail sehari2 sebelum ia sakit? Apakah ia melakukan dosa2 besar yg ibu pernah lihat?".
"Ia derhaka kpd saya wahai Rasulullah! Ia sering mencaci maki saya kerana isterinya. Asal sahaja isterinya mengadu kepadanya ttg saya, ia terus percaya tanpa selidiki terlebih dahulu". jawab ibu wail kpd Rasulullah saw.
Rasulullah saw menasihati ibu Wail supaya memaafkan Wail, namun ibunya berkata; "Tidak! Tidak! Wahai Rasulullah, air mataku belum kering kerana dia".
"Namun Wail adalah anakmu!" kata Rasulullah.
"Tidak, ya Rasulullah, dia sering menyakitkan hati saya" jawab ibu Wail.
Rasulullah saw termenung sebentar. Kemudian baginda memerintahkan para sahabat mengumpulkan kayu bakar supaya dinyalakan api.
Dengan penuh hairan ibu Wail bertanya; "Untuk apakah kayu yg telah dibakar dan bernyala menjilat2 angkasa itu, wahai Rasulullah?".
"Wail akan kami bakar hidup2, kerana jika ibu tidak memaafkannya, dia akan terus menderita dalam menghadapi maut ini dalam jangka waktu yg tidak boleh dipastikan, entah bila dia akan sampai ajalnya sedangkan untuk sembuh memang sukar".
Tersekat2 suara ibu Wail; "Jangan ya Rasulullah! Jangan.... jangan, jangan dibakar dia, Wail anakku! Sudah kuampunkan dosamu, kesalahanmu telah ku maafkan!"
Selepas beberapa ketika wajah Wail berangsur2 menjadi lebih baik, akhirnya Wail dapat mengucapkan dua kalimah syahadah lalu menghembuskan nafasnya yg terakhir.
Berkata ah, ih, cis, uh pun tidak boleh, inikan pula mencaci maki org tua. Anak yg mencaci maki org tua jelas anak derhaka. Mencaci dilarang. Firman Allah"
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Al-Isra'[117] : 23)
"Terkutuklah org yg memaki bapanya, terkutuklah org yg memaki emaknya" (H.R. Imam Ahmad).
"Salah satu daripada dosa besar ialah seorang memaki orang tuanya. Yakni, bila ia memaki orang lain, kemudian orang lain itu membalas maki bapanya, lalu orang itu memaki ibunya". (H.R. Bukhari, Muslim dan Tirmizi).
Mudah2an kita semua dapat mendidik jiwa kita agar sentiasa mahu menjadi anak yang salih. Jika orang tuamu masih ada, janganlah jadi anak derhaka! Jika orang tuamu telah tiada, doakanlah sentiasa buat mereka. Semoga Allah mempermudahkan jalan utk kita berbuat baik kepada kita semua. ..Amin.

Werdah,
ReplyDeleteBagus sekali peringatan ini. Dari lahir lahir hingga akhir hayat hubungan anak dan dua ibu bapa tidak akan akan putus. Bahkan hingga ke akhirat.
Werdah apa khabar? Sudah sihat? Blog ini semakin cantik? Tahniah. Edit sendiri ke? Sekali lagi syabas.
Wa'alaikumusslam D Ayu..
ReplyDeleteAlhamdulillah 'ala kullihal.. boleh lah duduk agak lama juga berbanding dulu, L4 n L5 ada osteopenia.. sakit tu tak hilang.. bertahan sahaja.. insyaAllah edit sendiri.. dan N3 pun ambil masa agak lama sbb tak boleh duduk lama.. namun alhamdulillah terisi juga masa sambil me muhasabah diri. kdg2 membaca buku2, tafsir; kdg2 mendgr cd dan kdg2 membaca blog kwn2 dan menulis N3.
Terima kasih dtg jenguk akak..:)