Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.
N3 kali ini nak sambung tentang As-Syakur.. teruja nak sambung kerana dapat komen daripada saudara Abu Muaz pada N3 sebelum ni
abu muaz said...

memanglah hanya sedikit sahaja orang yang bersyukur.
- Werdah said...
- Salam Abu Muaz, benar kenyataan itu.. dalam surah al-Qasas ayat 7 Allah berfirman : Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (13) Yang akhir tu adalah kisah berkaitan dgn Nabi daud yang Allah kurniakan nikmat kpdnya.. Nabi Daud boleh melembutkan besi, Nabi Daud bersyukur dgn menggunakan kebolehannya membuat barangan daripada besi,utk mendapatkan rezeki yang halal. Ini namanya syukur dengan beramal.
Apa yang akan dituliskan selepas ini adalah hasil mendengar ceramah.. ceramah daripada ustaz ini sungguh mengesankan.. As-syakur bermakna Allah akan membalas kebaikan yang sedikit yang dilakukan oleh hambaNya dengan balasan yang banyak. Kalimah yang berkaitan as-syakur diulang2 dalam al-Quran sebanyak 10 kali, 3 kali sebagai sifat Allah dan 7 kali sebagai sifat manusia. InsyaAllah akan dicatat dalam N3 yang lain bagi ayat2 yang dinyatakan oleh penceramah..
Saya minta maaf kerana sebenarnya ayat di atas tu bukanlah ayat 7 surah al-Qasas tetapi ayat 13 dalam surah Saba'. Saya tulis semula di bawah:
Sebelum itu baca yang ini dahulu... itupun jika sudi.. saya ni tak pandai tulis rengkas2.. seperti kl Citizen dan Seharum Doa Bersulam Cinta... dan banyak lagi.
Sesungguhnya nikmat yang patut kita syukuri secara umum (global) ada 4; iaitu seperti yang telah saya tulis dalam Puji Dan Syukur.
Manakala nikmat yang patut kita syukuri secara terperinci pula ialah:
1. Nikmat kehidupan dan kematian.
Hidup itu nikmat dan mati pun nikmat. Kita faham dan mengerti bahawa hidup itu nikmat tetapi fahamkah kita bahawa mati juga merupakan nikmat?
Mati dikatakan nikmat kerana jika kita tak mati2 kita akan penat, bilakah kita akan dapat upah. Allah hanya tunjukkan upah kepada apabila kita mati (Bagi yang syukur) . Bila mati dalam husnul khatimah, kubur dilapangkan, jika bakal penghuni syurga, syurga ditunjukkan. Jika nak lihat semua itu mesti kena mati. Nikmat kepada yang hidup pula ialah dunia tidak menjadi sempit kerana manusia baru dilahirkan. jika tak mati2 penuhlah dunia dengan manusia. Rumahpun makin sempit. SUBHANALLAH.. begitulah aturan Allah SWT.
Tidak semua orang boleh mempercayai keagungan Allah, begitu juga kerasulan Nabi2 dan juga bukan semua orang percaya bahawa Nabi Muhammad saw adalah Nabi dan Rasul terakhir. Jika tidak, tidak adalah Rasul Melayu dll sebelum ini dan mubgkin aakan ada lagi mengaku nabi. Tak semua orang percaya Al-Quran.. ada yang percaya namun tak sepenuhnya.. masih mengambil undang2 sendiri. ALLAH HANYA akan bagi hidayah kepada orang2 yang terpilih. Jadi BERSYUKURLAH!!!
Allah Maha Pengampun.. Jadi bila berdosa mohonlah ampun. Tentang Allah Al-Ghaffar, Allah Al-Ghaffur dan Allah Ghafir.. insyaAllah jika diberi kekuatan akan dibuat N3 lain..
Allah memberi pengampunan kepada sesiapa yang mahu memohon ampun bahkan yang tak memohonpun Allah ampunkan seperti dalam kisah Bani Israel yang ditinggalkan oleh Nabi Musa as selama 40 hari, mereka menyembah patung anak lembu. Belumpun mereka memohon ampun Allah dah ampunkan. Kisah ini diceritakan dalam surah al-Baqarah.
4. Nikmat Pancaindera.
Mensyukuri nikmat deria ini; hendaklah gunakan mengerjakan amal soleh, yang ikhlas, menggembirakan orang2 sekeliling, banyakkan memberi manfaat bukan menyusahkan. Kita diberi pancaindera, bersyukurlah!!!
5. Kemerdekaan.
Kita tidak lagi ditindas tidak seperti orang2 dahulu, sesama mereka tertindas dan menindas. Bila merdeka, kita boleh tentukan halatuju kita sendiri.
6. Nikmat2 Yang Allah Nyatakan dalam Surah AR-RAHMAN.
Surah Ar-Rahman yakni surah ke 55 ada 78 ayat. 31 daripadanya Allah bertanya:
PERINCIAN bagi 31 ayat2 itu ialah 8 KALI daripadanya berkaitan dengan nikmat kehidupan di dunia (Langit, bumi, tumbuh2an, pengajian, pekerjaaan dan lain-lain). 7 KALI berkaitan dengan ancaman siksa di akhirat (memberitahu apa jenis siksa agar kita hindari) 8 KALI berkaitan dengan yang ada di syurga pertama (syurga dunia) yakni ketenangan, kebahagiaan, keredhaan berlainan dgn 8 yang mula2 tadi berkaitan dengan material. Dan 8 TERAKHIR berkaitan dgn nikmat di syurga kelak.
Kaitan dengan syukur ialah apabila kita pandai bersyukur kepada nikmat pada 8 KALI yang PERTAMA kita akan tidak tertimpa 7 BENCANA yang disebut dalam 7 KALI yang berikutnya.
Ok sekarang, tentang ayat yang Allah katakan sangat sedikit hambaNya yang bersyukur seperti dalam ayat 13 surah Saba' yang ditulis pada permulaan N3 ini.
Ayat ini adalah berkaitan dengan syukur dengan amal. Syukur sebenarnya mesti ditunjukkan dalam 3 pernyataan iaitu syukur dengan hati (AS-SYUKRU BIL QALBI), syukur dengan lisan (AS-SYUKRU BIL-LISAN) dan syukur dengan amal ( AS-SYUKRU BI- AMAL).
Ni nak ulas dgn (AS-SYUKRU BI- AMAL) berdasarkan ayat 13 surah Saba'.
Syukur dengan amal ialah menunjukkan rasa terima kasih kepada Allah yang memberikan kita segala nikmat, kita menggunakan semua nikmat yang Allah beri itu sebaik mungkin supaya kita dikatakan hamba yang bersyukur. Nabi Daud, Allah berikan (kelebihan) iaitu kepandaian dan kebolehan melentur besi tanpa perlu menggunakan api atau alat2 tangan. Baginda menggunakan kurnia Allah itu untuk mencari pendapatan dan baginda mengagihkan kekayaannya. Baginda tak duduk bertopang dagu. di samping itu baginda tidak meninggalkan ibadah serta sentiasa bertasbih mengingati Allah. maknanya baginda mengagihkan masa dan tenaga baginda sebaik2nya mengikut proportion yang betul.
Sekarang kita bandingkan usaha kita pula, berapa banyak masa dan tenaga kita gunakan untuk berbisik dengan Kekasih (Allah SWT).. berapa banyak masa kita guna utk mengaji al-Quran, mentadabbur dan mengkajinya, berapa banyak masa kita gunakan untuk mencari orang2 yang patut kita hulurkan bantuan, berapa banyak masa kita gunakan untuk baca suratkhabar, dan baca blog buat blog.. (INI PERINGATAN BUAT DIRIKU) dan juga sahabat2 yag mahu bertanya kepada diri sendiri. Adakah kita gunakan segala nikmat yang Allah berikan itu sepenuhnya? Cukuplah itu sahaja pertanyaan walaupun masih banyak lagi yang boleh disenaraikan. JADI itulah sebabnya ALLAH kata:
Cukup dulu buat kali ini insyaAllah jika ada kekuatan dan pertolongan Allah SWT akan tulis contoh2 syukur dengan hati dan lisan.
Hayatilah bacaan Surah Ar-Rahman lengkap dengan terjemahannya.
Segala yang baik daripada Allah dan yang tidak baik adalah kelemahan diriku. Mudah2an memberi manfaat. Semoga kita jadi manusia yang bersyukur.. amiin
Saya minta maaf kerana sebenarnya ayat di atas tu bukanlah ayat 7 surah al-Qasas tetapi ayat 13 dalam surah Saba'. Saya tulis semula di bawah:
Allah berfirman :Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Saba' [34] : 13).Saya akan tuliskan sedikit sahaja cerita bagi ayat di atas ini pada akhir N3 ni insyaAllah.
Sebelum itu baca yang ini dahulu... itupun jika sudi.. saya ni tak pandai tulis rengkas2.. seperti kl Citizen dan Seharum Doa Bersulam Cinta... dan banyak lagi.
Sesungguhnya nikmat yang patut kita syukuri secara umum (global) ada 4; iaitu seperti yang telah saya tulis dalam Puji Dan Syukur.
Manakala nikmat yang patut kita syukuri secara terperinci pula ialah:
1. Nikmat kehidupan dan kematian.
Hidup itu nikmat dan mati pun nikmat. Kita faham dan mengerti bahawa hidup itu nikmat tetapi fahamkah kita bahawa mati juga merupakan nikmat?
Mati dikatakan nikmat kerana jika kita tak mati2 kita akan penat, bilakah kita akan dapat upah. Allah hanya tunjukkan upah kepada apabila kita mati (Bagi yang syukur) . Bila mati dalam husnul khatimah, kubur dilapangkan, jika bakal penghuni syurga, syurga ditunjukkan. Jika nak lihat semua itu mesti kena mati. Nikmat kepada yang hidup pula ialah dunia tidak menjadi sempit kerana manusia baru dilahirkan. jika tak mati2 penuhlah dunia dengan manusia. Rumahpun makin sempit. SUBHANALLAH.. begitulah aturan Allah SWT.
Dalilnya ada dalam surah al-Baqarah [2] ayat 28 : Bagaimana kamu tergamak kufur (tidak syukur/mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). (Al-Baqarah [2] : 28).2. Nikmat Hidayah /Petunjuk.
Tidak semua orang boleh mempercayai keagungan Allah, begitu juga kerasulan Nabi2 dan juga bukan semua orang percaya bahawa Nabi Muhammad saw adalah Nabi dan Rasul terakhir. Jika tidak, tidak adalah Rasul Melayu dll sebelum ini dan mubgkin aakan ada lagi mengaku nabi. Tak semua orang percaya Al-Quran.. ada yang percaya namun tak sepenuhnya.. masih mengambil undang2 sendiri. ALLAH HANYA akan bagi hidayah kepada orang2 yang terpilih. Jadi BERSYUKURLAH!!!
Dalilnya dalam surah al-Baqarah ayat 185 di hujungnya : dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah [ 2 ] :185).3. Nikmat Pengampunan Allah.
Allah Maha Pengampun.. Jadi bila berdosa mohonlah ampun. Tentang Allah Al-Ghaffar, Allah Al-Ghaffur dan Allah Ghafir.. insyaAllah jika diberi kekuatan akan dibuat N3 lain..
Allah memberi pengampunan kepada sesiapa yang mahu memohon ampun bahkan yang tak memohonpun Allah ampunkan seperti dalam kisah Bani Israel yang ditinggalkan oleh Nabi Musa as selama 40 hari, mereka menyembah patung anak lembu. Belumpun mereka memohon ampun Allah dah ampunkan. Kisah ini diceritakan dalam surah al-Baqarah.
Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah [2] : 52).Jadi mohonlah ampun kepada Allah Yang Maha Pengampun dan ingatlah pesan Nabi, janganlah orang2 Mukmin dipatuk ular dua kali di tempat yang sama.
4. Nikmat Pancaindera.
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (An-Nahl [16] : 78)Kita dianugerahkan oleh Allah nikmat pendengaran, penglihatan dan akal, kadang2 kita terlepas pandang. Masa kita dilahirkan kita menangis dan org2 sekeliling kita bergembira. Hendaknya masa kita meninggal nanti kita bergembira dan org sekeliling kita menangis dan bukan bergembira. Maksudnya hendaklah nanti bila kita mati; kita bergembira kerana menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa dan org2 sekeliling kita menangis kerana kehilangan kita bukan suka kita mati disebabkan kita ni menyusahkan mereka (semoga dijauhkan).
Mensyukuri nikmat deria ini; hendaklah gunakan mengerjakan amal soleh, yang ikhlas, menggembirakan orang2 sekeliling, banyakkan memberi manfaat bukan menyusahkan. Kita diberi pancaindera, bersyukurlah!!!
5. Kemerdekaan.
Kita tidak lagi ditindas tidak seperti orang2 dahulu, sesama mereka tertindas dan menindas. Bila merdeka, kita boleh tentukan halatuju kita sendiri.
Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (Yang diberikan) kepada kamu ketika Dia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi dan Dia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhamba oleh Firaun dan orang-orangnya) dan Dia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun daripada umat-umat (yang ada pada masa itu). (Al-Maidah [ 5 ] : 20)Jadi apabila ada kebebasan, kemerdekaan, gunakan pemikiran yang betul menetapkan halatuju masing2. Allah beri kebebasan memilih sama ada nak masuk syurga atau nak masuk neraka. Allah dah bagi segala nikmat yang patut disyukuri.. Jadi gunakanlah semaksima yang mungkin.
6. Nikmat2 Yang Allah Nyatakan dalam Surah AR-RAHMAN.
Surah Ar-Rahman yakni surah ke 55 ada 78 ayat. 31 daripadanya Allah bertanya:
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?.31 kali bukanlah satu jumlah yang sedikit. Secara mudah, surah ini menyebutkan banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Menurut seorang ahli tafsir (TAK DAPAT NAK CATATKAN NAMANYA KRN KELEMAHANKU mendictate) yang mengkaji surah ini; dia mengatakan bahawa pertanyaan Allah ini adalah bertujuan nak minta/dapatkan pengakuan daripada manusia dan jin dengan berkata; "SEMUA NIKMATMU BENAR! YA ALLAH! tidak ada satupun nikmatMu yang dapat kami dustakan".
PERINCIAN bagi 31 ayat2 itu ialah 8 KALI daripadanya berkaitan dengan nikmat kehidupan di dunia (Langit, bumi, tumbuh2an, pengajian, pekerjaaan dan lain-lain). 7 KALI berkaitan dengan ancaman siksa di akhirat (memberitahu apa jenis siksa agar kita hindari) 8 KALI berkaitan dengan yang ada di syurga pertama (syurga dunia) yakni ketenangan, kebahagiaan, keredhaan berlainan dgn 8 yang mula2 tadi berkaitan dengan material. Dan 8 TERAKHIR berkaitan dgn nikmat di syurga kelak.
Kaitan dengan syukur ialah apabila kita pandai bersyukur kepada nikmat pada 8 KALI yang PERTAMA kita akan tidak tertimpa 7 BENCANA yang disebut dalam 7 KALI yang berikutnya.
Ok sekarang, tentang ayat yang Allah katakan sangat sedikit hambaNya yang bersyukur seperti dalam ayat 13 surah Saba' yang ditulis pada permulaan N3 ini.
Ayat ini adalah berkaitan dengan syukur dengan amal. Syukur sebenarnya mesti ditunjukkan dalam 3 pernyataan iaitu syukur dengan hati (AS-SYUKRU BIL QALBI), syukur dengan lisan (AS-SYUKRU BIL-LISAN) dan syukur dengan amal ( AS-SYUKRU BI- AMAL).
Ni nak ulas dgn (AS-SYUKRU BI- AMAL) berdasarkan ayat 13 surah Saba'.
Syukur dengan amal ialah menunjukkan rasa terima kasih kepada Allah yang memberikan kita segala nikmat, kita menggunakan semua nikmat yang Allah beri itu sebaik mungkin supaya kita dikatakan hamba yang bersyukur. Nabi Daud, Allah berikan (kelebihan) iaitu kepandaian dan kebolehan melentur besi tanpa perlu menggunakan api atau alat2 tangan. Baginda menggunakan kurnia Allah itu untuk mencari pendapatan dan baginda mengagihkan kekayaannya. Baginda tak duduk bertopang dagu. di samping itu baginda tidak meninggalkan ibadah serta sentiasa bertasbih mengingati Allah. maknanya baginda mengagihkan masa dan tenaga baginda sebaik2nya mengikut proportion yang betul.
Sekarang kita bandingkan usaha kita pula, berapa banyak masa dan tenaga kita gunakan untuk berbisik dengan Kekasih (Allah SWT).. berapa banyak masa kita guna utk mengaji al-Quran, mentadabbur dan mengkajinya, berapa banyak masa kita gunakan untuk mencari orang2 yang patut kita hulurkan bantuan, berapa banyak masa kita gunakan untuk baca suratkhabar, dan baca blog buat blog.. (INI PERINGATAN BUAT DIRIKU) dan juga sahabat2 yag mahu bertanya kepada diri sendiri. Adakah kita gunakan segala nikmat yang Allah berikan itu sepenuhnya? Cukuplah itu sahaja pertanyaan walaupun masih banyak lagi yang boleh disenaraikan. JADI itulah sebabnya ALLAH kata:
"Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur". (Saba' [34] : 13).
Cukup dulu buat kali ini insyaAllah jika ada kekuatan dan pertolongan Allah SWT akan tulis contoh2 syukur dengan hati dan lisan.
Hayatilah bacaan Surah Ar-Rahman lengkap dengan terjemahannya.
Segala yang baik daripada Allah dan yang tidak baik adalah kelemahan diriku. Mudah2an memberi manfaat. Semoga kita jadi manusia yang bersyukur.. amiin
Salam. Terima kasih kerana menambah baik komen saya. Banyak lagi ilmu saya perolehi di sini. T.kasih.
ReplyDeleteSalam. Saya singgah sebentar dan membaca. Walau agak panjang, kena sabar membaca. Kalau tak sabar, tak dapat mutiara yang dicari. Jazakaullahu khairan khatira.
ReplyDeleteSalam Kak Werdah,
ReplyDeleteMinta maaf banyak2 kerana dah lama zai tidak singgah memberi komen walaupun msh menjadi silent reader blog akak ni..
Teruja membaca tulisan akak tentang entri kali ini..sangat benar penerangan akak tntg betapa kurangnya manusia yg bersyukur harini..mungkin ramai yg mudah mengatakan mereka bersyukur ttp membuktikan dgn perbuatan sangatlah payah utk dilihat..terkadang boleh dilihat terang2an ramai yg berkata mereka bersyukur kpd Allah ttp tidak membuktikan dgn perbuatan. masih ramai yg tidak mengindahkan waktu solat, tidak peduli hukum halal dan haram dan masih teruja mengagungkan hiburan yg jelas melekakan dari mendengar syarahan agama dan lagu2 berunsurkan ketuhanan dan sebagainya..
sangatlah sedih melihat keadaan seperti itu dizaman ini apatahlagi melihat kaum2 ibubapa yg sudah menghampiri usia senja tapi masih terkinja2 keseronokan melihat kejayaan anak mereka meraih pingat dalam industri hiburan..tanpa memperdulikan apakah amalan utk membantu dialam barzakh sudah mencukupi...
terima kasih kak werdah kerana sering memberikan tazkirah yg berguna spt ini..mudah2an kita adalah diantara golongan hambaNYA yg sentiasa bersyukur dgn ertikata sebenar2nya/
assalammualaikum k. werdah
ReplyDeletewah, promosi percuma di blog k.werdah.terima kasih.
saya tertarik ngan nikmat kematian. first time baca tentang itu. alhamdulillah dan terima kasih atas ilmu ini.
Salam..
ReplyDeleteManusia memang sentiasa alpa dan tak bersyukur dengan nikmat Allah. Jika diuji dengan kesusahan baru kita teringatkan Allah dan lupa bila mendapat kesenangan dan kemewahan. Adakah kita hanya bersyukur bila terdesak?
suatu info yg menarik dan perlu direnungi bersama..
Assalamu'alaikum,
ReplyDeleteItulah yg dinamakan manusia/insan yg lupa,sentiasa perlukan peringatan agar jangan alpa tujuan kita dijadikan...
Salam Abu Muaz,
ReplyDeleteSama-sama ingat mengingatkan.. terima kasih juga krn selalu komen di blog kak.
Salam Samsudin,
ReplyDeleteTerima kasih krn sanggup baca habis.. bukan tak teringin nak karang pendek2 tapi bermakna,tp tak berkebolehan lagi.. nak sgt tulis pendek2 sebenarnya. Alhamdulillah jika ada mutiara yg dpt dikutip.
Salam Zai,
ReplyDeleteApa yang Zai tulis di sini memang disebut oleh ustaz tu. Kata ustaz tu ramai yang Allah beri kereta besar, rumah besar, duit bertimbun2 bukan digunakan utk berada di jalan Allah sebaliknya asyik melalak tak tentu hala. Ungkapan "sedikit sahaja manusia yang bersyukur" tu adalah firman Allah. kak cuma huraikan berdasarkan apa yg diceramahkan. Mudah2an kita ambil pengajaran dan sampaikan kepada sesiapa juga yang mahu mendengar dan mengikut.
Zai, terima kasih dtg ke blog kak w/pun sibuk.
Salam Normah,
ReplyDeleteKak pun macam tu juga, baru pertama kali dengar yg mati tu nikmat.
Ttg promosi tu rasanya blog normah tak perlu kut.. mmg da top dah.
Terima kasih juga krn selalu dtg n beri komen.
Salam Shaniza,
ReplyDeleteSemua peringatan berupa perkhabaran gembira dan ancaman Allah dah sampaikan melalui ucapan Nabi Muhammad saw, dan Allah pelihara dalam kitabNya, cuma kita ni sahaja yg tak mahu mempelajari..
Mudah2an masa yg mendatang kita gunakan sepenuhnya utk meraih syurga yg abadi.. mudah2an dapatlah.. bukan mudah! kena usaha sungguh2.
Wa'alaikumussalam ckg rash,
ReplyDeleteMudah2an kita sama2 ingat mengingatkan dan berusaha keras.
Salam kak.. rasanya akak dah addkan google AdSense dalam template blog akak tu.. so akak kena remove semula laa klau xnak iklan tu kluar.
ReplyDeleteAkak pegi kat dashbord - layout - pastu akak cari kat "Add a Gadget". akak cari AdSense punya gadget pastu remove. selesai.
rasanya akak boleh buat kot.. klau x faham nnt tanya lagi eh.. hehehehe...
semoga membantu.
Salam Bujang,
ReplyDeleteDa buat semua tu tak ada pun n kak da pergi ke bahagian add google adsense n remove tp duk keluar juga sekali sekala.. yg peliknya tak ada pun maklumat peribadi kak di sana dan account pun tak ada. nak report ke adsense googles pun tak tahu mcm mana. takpalah biarkan je lah.