Monday, February 1, 2010

Allah


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Kali ini menulis tentang Nama Allah yang Pertama iaitu ALLAH. Sebanyak 2698 kali diulang-ulang dalam al-Quranul Karim. Semuanya itu merujuk kepada ZAT yang berhak menerima pengabdian makhluk. Tidak satupun selain DIA yang berhak menerima pengabdian kepadanya. Kita tidak boleh tujukan rasa takut, rasa cinta, rasa harap, rasa cemas dan PATUH selain kepada ALLAH swt. Dengan kata lain SEMUA makhluk wajib menghambakan diri HANYA kepada ALLAH.


Allah berfirman maksudnya : "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku". (Q.S. Ta-Ha [20] : 14).


Yang memberi nama Allah ialah Allah sendiri, Allah berfirman Sesungguhnya Akulah Allah, dalam hal ini Allah berfirman kepada Nabi Musa as.

ALLAH ialah al-ismul a'azam (Nama yang paling agung). Dalam kalimah Allah terdapat pengertian 99 nama yang lain. Kalimah Allah tiada terjemahannya sebab itulah bila kita berdoa kita sebut Ya Allah! bukan Oh God!. Jadi tidak perlulah kita tukar kalimah Allah kepada selainNya. Kalimah ALLAH ini begitu agung kerana Allah sendiri berfirman yang bermaksud:


"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?" (Maryam [19] : 65)

Pertanyaan Allah kepada Nabi Muhammad saw "adakah engkau (wahai Muhammad) mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?(engkau tidak akan mendapati ada nama lain sebanding dengan Allah" ini adalah untuk memberitahu kita bahawa kalimah ALLAH hanyalah untuk Allah dan menyuruh kita supaya mengEsakan Allah dalam semua ibadah kita. Hanya DIA yang berhak memiliki keagungan dan kesempurnaan sebagai pemilik nama itu. Hanya DIA yang berhak mempunyai nama Allah, DIAlah zat yang satu-satunya. TIDAK ADA nama lain yang lebih agung daripada NAMA ALLAH.



Allah begitu penting dalam kehidupan makhluk. Apa sahaja pertolongan yang diperlukan semuanya daripada Allah, Nabi Yunus as dikeluarkan daripada kegelapan dalam perut ikan nun dengan memohon pertolongan Allah. Nabi Yunus memohon dengan mengatakan bahawa Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku menganiayai diriku sendiri. Firaun juga dalam keadaan kritikal sewaktu hampir tenggelam berkata aku beriman dengan Tuhan yang diimani oleh Bani Israel tetapi tidak diselamatkan kerana Firaun bukanlah orang yang mengenali Allah.



Kalimah ALLAH sangat istimewa, dalam bahasa Arab bila disebut Ya Allah (Wahai Allah) boleh ditukar jadi Allahumma (Wahai Allah) tetapi ambillah contoh nabi Adam as tak boleh tukar Ya Adam (Wahai Adam) kepada Adamumma. Selain itu istimewanya kalimah Allah ialah jika kita buang salah satu huruf maksudnya masih Allah; Jika dibuang hamzah masih LILLAH, yakni maksudnya bagi Allah, untuk Allah, kerana Allah malah jika tinggal huruf ha' sahajapun masih maksudnya NYA yakni Allah, (tetapi tidak kalimah lain, contoh nama kita cuba tinggalkan satu huruf sahaja adakah masih lagi nama kita).



Sesetengah pakar bahasa Arab dan al-Quran mengatakan bahawa Kalimah Allah daripada A LA HA maksudnya menakjubkan, mengahirankan kerana semakin kita memikirkanNya kita semakin rasa kagum, semakin mengkaji segala ciptaanNya semakin bertambah kagum kepadaNya. Jadi tidak hairanlah jika para pengkaji bukan Islam bila mengakaji alam semesta ramai yang memeluk Islam.

Catatan ini adalah hasil daripada mendengar ceramah tentang asmaul husna dan Samudera al-Fatihah.

12 comments:

  1. salam cikgu

    Saya rosnanie dari blog cikgusi.blogspot.com

    andai tidak keberatan, sudilah kiranya cikgu email kepada saya iaitu rosnanie2201@yahoo.com

    say ingin berkongsi satu perniagaan buku dengan cikgu iaitu buku2 keluaran Telaga Biru Sdn Bhd, yang sekarang ini sedang dikendalikan oleh syarikat Stromreaders. Boleh juga merujuk kepada web www.stormreaders.com

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam Rosnanie,

    Salam berkenalan, kak dah emelkan. Hrp sgt boleh membantu namun tak pasti dapat ke atau tidak. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. tak terdaya kita memikirkan kehebatannya.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Werdah..

    Bulu roma zai sering meremang bila membaca entri2 diblog akak..terasa meresap kekalbu..sungguh benar apa yg diterangkan dientri ini..Zat Allah SWT sangatlah hebat..kita hamba2nya yg sering tidak bersyukur diatas setiap hela nafas yg diberikan setiap saat..

    ReplyDelete
  5. bukankah nabi musa hampir mendekati maut tatkala memohon melihat Allah?dan hancur leburlah gunung ganang?

    T__T ohhhh kalau Tuhan dikenali nescaya hati keras menjadi lembut.jiwa kasar menjadi lembik.tidak sempat memikirkan hal lainnya hanya terpaku kepada Allah semata2 satu.

    hebatnya Tuhan!
    salam kak.maaf emo.

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum kak

    kalau mendengar ceramahnya sendiri pasti lebih hebat ya...

    ReplyDelete
  7. salam...wah ,,,,,,,,,penjelasan yang bagus............

    ReplyDelete
  8. Salam Abu Muaz,

    Begitulah lemahnya kita di hadapan Allah Rabbul jalil. Mudah2an kita sentiasa mengingatiNya.. Amiin

    ReplyDelete
  9. Salam Zai,

    Alhamdulillah, kak pun sgt bersyukur dpt berkenalan dgn suara ustaz ni. Banyak ceramahnya memperjelaskan apa yang kita kurang faham.

    InsyaAllah selagi diberi kekuatan kak cuba tulis sikit-sikt hasil dgr ceramah ustaz ni.

    Mudah2an sedikit sebanyak membantu kita memahami sifat-sifat Allah Yang mempunyai sgl sifat keagungan dan kemuliaan.

    ReplyDelete
  10. Salam Hurul Ummi,

    Benar katamu dik, Allah bersedia nak bagi kita melihatNya tetapi kita takkan mampu melihatNya dengan mata kasar kita, sdgkan Nabi Musa hanya dpt melihat bukit yang hancur krn ingin bertajalli dgnNya, begitu juga dgn kalamNyapun jika diletakkan di atas bukit nescaya hancurlah bukit tersebut, ini dlm surah al-Hasyr.

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikumussalam Normah,

    Ya! dengar ceramah ini meman mengesankan.. dengar khabar ramai yang datang dari negeri-negeri yang jauh spt johor dll. Kak tak mampu nak ke masjid jadai beli je CD.. memang berbaloi. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. Salam Anak Pendang Sekeluarga

    Alhamdulillah, blog anak pendang sekeluarga pun antap, banyak pengisian yang berfaedah, selamat berjuang.

    ReplyDelete

Sesiapa yang bermuhasabah tentang dirinya maka mereka tidak akan membiarkan ruang dan masa untuk melakukan perkara-perkara yang batil dan fahsya'. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Mereka akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang dilakukannya terhadap Allah SWT kerana takutnya kepada kekuasaan-Nya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan.