Assalamu'alaikum.
Marilah kita sama-sama mengucapkan syukur dan memuji Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak serta memberikan kenikmatan kita menghirup udaranya dan banyak lagi nikmatNya sehingga kita tidak mampu menghitungnya.
Marilah kita berselawat buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Dahsyatnya Doa Ibu, ialah sebuah buku yang baru dibeli minggu lepas dan habis dibaca harganya RM14.90. Kandungan buku ini dibahagikan kepada 10 bab; boleh dibaca di sini
Buku ini menyingkap kisah-kisah benar, ayat-ayat Quran serta hadis-hadis yang menjadi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yang mampu memberi kebahagiaan mahupun kesengsaraan kepada anak-anak dalam sekelip mata kerana doa ibu lebih tajam daripada pisau. Doa yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT. Dikisahkan derita anak-anak derhaka dan juga kebahagiaan yang dianugerahi Allah SWT kepada anak-anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa. Buki ini memberikan panduan untuk ibu-ibu dan juga anak-anak dalam meneruskan kehidupan supaya membentuk keluarga bahagia, sejahtera dan sihat.
Saya tidaklah hendak menulis kembali tentang ayat-ayat al-Quran dan hadis yang ditulis dalam buku ini di sini cuma satu ayat yang di bawah ini sahaja bagi mengingatkan kita betapa Allah menyuruh kita berdoa.

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina". (Al-Mukmin/Ghafir [40] : 60)
Salah satu tajuk yang paling menarik kepada saya dalam buku ini ialah DOA IBU MENYIHATKAN KELUARGA.
Dalam tajuk ini dikisahkan tentang keajaiban air yang dikaji oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun, saintis dari Universiti Yokohama . Dr Masaru Emoto telah berjaya menemukan rahsia air. Menurutnya air itu hidup. Oleh itu air dapat menerima mesej yang disampaikan kepadanya. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut. Saya rasa ramai dah membaca dan mengetahui tentang ini.
Menurutnya lagi air terdiri daripada dua molekul iaitu pentagon iaitu air biasa (H2O) dan hexagon (H2O)6 iaitu terdiri dp 6 rangkaian molekul (H2O) dan hexagon adalah air yang murni. Air hexagon sebenarnya ada di permukaan bumi sejak ribuan tahun dahulu namun semakin berkurangan akibat perbuatan manusia yang terus menerus mencemarkan alam sekitar.
Dr. Masaru juga mendapati wujudnya gelombang tenaga positif dan negatif yang berasal daripada air. Gelombang air itu bertindak balas dengan gelombang-gelombang lain yang ada di muka bumi dengan gelombang yang ada di tubuh manusia. Dalam bahasa Jepun gelombang itu dipanggil hado. Air memiliki kemampuan merakamkan hado yang terpancar daripada rasa syukur, rasa kasih sayang manusia sehingga dapat mengubah molekul daripada pentagon kepada hexagon. Beliau membuat kajian dengan kata-kata baik dan juga kata-kata yang tidak elok dan hasil kajian mendapati molekul air yang disebut kata-kata indah membentuk molekul hexagon dan yang tidak baik pula kristal air akan hancur.
Dr. Masaru juga membuat senarai nilai hado yang terkandung dalam makanan seperti daging, sayur-sayuran, dan buah-buahan. Daging itik mempunyai hado yang memiliki nilai anti tekanan dan kemurungan. Daging babi pula hadonya memiliki nilai anti tekanan yang rendah. Sayur bayam dan buah kiwi memeliki hado yang baik, begitu juga dengan bawang putih. Kita boleh mengaitkan fakta ini dengan satu hadis yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah menggunakan bawang putih sebagai ubat.
Memang telah diketahui bahawa air mempunyai banyak hikmah. Ramai membaca ayat-ayat al-Quran pada air untuk pelbagai tujuan. Nabi Muhammad SAW pernah berkata : "Air zamzam mengandungi ubat kepada pelbagai penyakit" Hadis Riwayat Ibnu Majah.
Ilmu pengetahuan juga telah membuktikan tubuh badan manusia terdiri daripada 75% air. Otak manusia pula terdiri daripada 74.5% air. Darah pula terdiri daripada 82% air dan tulang pula terdiri daripada 22% air. Maksudnya tubuh kita mengandungi banyak air. Rahim ibu yang mengandungkan bayi juga banyak mengandungi air.
Jadi bagi memanfaatkan sumber yang ada pada diri kita terutama ibu-ibu; sediakanlah air hexagon untuk anak-anak dan keluarga. Bagaimana? Mudah sahaja; sebelum kita minum atau menggunakan air untuk memasak atau untuk apa sahaja kegunaannya berdoalah semoga membawa kesejahteraan, keselamatan untuk kita sekeluarga. Ternyata kesucian doa yang memiliki kekuatan yang dahsyat boleh diterima air dan air yang didoakan mampu membunuh bakteria.
Hado dalam makanan bergantung kepada ekspresi ibu-ibu yang memasaknya. Jadi hati-hatilah sewaktu memasak janganlah bermasam muka atau sebagainya sebaliknya masaklah dengan penuh kasih sayang. InsyaAllah hado yang terkandung dalam masakan memberikan kesihatan kepada keluarga.
Jadi, sebagai ibu atau orangtua hendaklah selalu berdoa. Doalah yang baik-baik sahaja. Ingat betapa dahsyatnya doa ibu, boleh membawa bahagia ataupun celaka.

14 comments:
Salam kak werdah..:)
Semoga kakak sihat dpt menjalankan ibadah dgn sempurna..
Camner agaknya rupa molekul air kita ketika pegi jamuan ataupun di rumah dgn terpasangnya lagu-lagu yg tidak disebut nama Allah, nama Rasul dan perkataan yang baik-baik.
Terima kasih kak..:)
Salam Abd Razak.
Kak alhadulillah sihat, terima kasih krn mendoakan kak sihat dan dapat beribadah dgn sempurna. Semoga Allah memberikanmu juga kesihatan, kekuatan dan kebaikan yang banyak.
Kak ada copy n paste tentang keajaiban air di sini http://harmoniinn.blogspot.com/search/label/Info. Di sana ada ditunjukkan gambar molekul air yg disebut setan diperdengarkan musik heavy metal, disebut Adoph Hitler.
Memang tidak cantik sbgmana ditunjukkan kata malaikat kepadanya. Subhanallah! Jika ramai yang sedar tentang ini tak mahulah agaknya pasang lagu-lagu yg tak bermanfaat tu, sama ada naik kereta dan sebagainya. Lebih baik dgr lagu-lagu nashid, pasang Cd ceramah atau dengar bacaan ayat-ayat al-Quran. Rugi kan kita diberi aset tp tak mahu gunakannya.
Salam. Benar puan . Ibu banyak mempengaruhi kehidupan dan kebahgiaan keluarga. Jika ibu itu seorang yang baik kita akan melihat bagaimana eratnya anak-anak dengannya.Kalau sakit demam , sentuhan dan usapan ibu adalah ubat yg paling mujarab.
Salam kak. betul tu kak..setiap kata2 tu adalah doa. lagi la perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu kan..rupanya setiap perbuatan tu mempunyai kaitan antara satu sama lain..mcm kak cakap tadi, dr penyediaan makanan pun kita perlu teliti..terima kasih kak kongsi pasal hado ni semua..jazakillah..
Salam Abu Muaz,
Itulah keistimewaan wanita yang dianugerahi Allah SWT.
Mudah2an ramailah wanita yang memahami dan menyedari hakikat ini dan menyambut baik anugerah Allah ini.
Abu Muaz, tak perlulah panggil puan, panggil kak je, lebih mesra.
Salam Solehah.
Benar tu Solehah, sebab itulah Rasulullah SAW berpesan supaya apabila berkata-berkata hendaklah yang baik, jika tidak lebih baik diam.
Dengan pengetahuan hado ni bolehlah kita praktikkan ya. Tak mestinya seorang ibu sahaja, sesiapa pun boleh, ayah, mak, kakak abang dan sebagainya.
doa ibu memang senjata terbaik ya
semoga kita juga menjadi ibu yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak kita
Salam Normah
InsyaAllah, mudah2an kitalah ibu terbaik dan bersikap baik terhadap gelombang dalam makanan yang dimasak.
Salam..
Kata2 ibu adalah doa utk anaknya. Baik kata2nya baiklah hasilnya tp kalau kata2 kesat dan tak baik yg dituturkan kpd anak, malanglah anak tersebut krn ibunya sendiri dh mendoakan keburukan utknya.
Salam Acik.
Mudah2an lidah kita sebagai seorang ibu diusahakan tidak terlalai daripada mendoakan yang baik-baik sahaj untuk anak dan generasi kita. InsyaAllah.
Salam Sis Werdah,
Terima kasih sudi berkongsi isi buku yang baik ni.
Itulah yer sis, beruntungnya orang-orang yang masih mempunyai ibu, tengok wajah ibu pun dah dapat pahala, Subhanallah.
2 hari lepas saya ada dengar ceramah agama diradio, kata ustaz penceramah tu, 2 jenis dosa yang Allah tunjukkan balasannya di dunia ini, pertama derhaka pada ibu dan kedua berzina.
Salam Ani.
Alhamdulillah krn diberi kekuatan untuk menulis.
Dikatakan jikalah anak-anak tahu bahawa dengan berbuat baik kpd ibubapa, menurut kata tentu balasannya di dunia Allah permudahkan rezeki baginya.
Jika bertingkahlaku berupa isyarat sahajapun yang boleh membuat hati ibu terguris dah dikira derhaka, inikan pula jika melawan cakap; tentu lebih besar kederhakaannya.
Elok sangat untuk dibaca oleh ibu-ibu dan anak-anak. InsyaAllah
Assalamualaikum. saya minta kebenaran untuk copy dan share dalam Facebook
Wa'alaikumussalam rosdiana Rose
Silakan share.. mudah2an memberi manfaat
Post a Comment