Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk menulis lagi. Selawat serta salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.
Kali ini menyambung tentang pengajaran yang boleh diambil dalam ayat 26 surah Ali Imran.
Firman Allah SWT:
Bagi sesiapa yang belum membaca siri yang pertama eloklah membacanya terlebih dahulu di sini .
Apa yang saya tulis ini adalah hasil mendengar ceramah. Ustaz bercerita tentang masalah kemelesetan ekonomi. Saya juga merasakan ramai yang ingat masalah kemelesetan ekonomi pada tahun 1997, dan dikatakan bahawa ini akan berlaku setiap 10 tahun. Pada tahun itu ramai yang terasa bahangnya, apakan tidak. Ramai usahawan jatuh muflis, ramai yang tak dapat buat bayaran pinjaman bank dan pelbagai masalah lagi. Saya dan suami juga turut mengalami kerugian walaubagaimanapun saya yakin itu ada hikmah buat kami sekeluarga.
Diceritakan bahawa ada seorang yang jatuh muflis pada masa itu mengadu kepada ustaz ni, tentang apakah yang harus dia buat, semasa perniagaan masih maju keretanya ada 4 buah , semuanya kena tarik balik, tahulah keadaan orang muflis pasti semua hartanya dirampas, pendek kata tidak berharta lagi.
Di saat dia bertanya itu, ustaz berkata kembalilah kepada Allah. "Inna lillahi wainna ilayhi raaji'uun". Kebetulan pula pada ketika dia sibuk dengan harta dulu dia tidak sibuk dengan Allah. Siang malam pagi petang asyik mengira keuntungan dan rugi. Sibuk melancong dan bermeeting sana sini.
Kini kata ustaz, dia berubah kerana dia memahami istilah istirja' tadi. Hidupnya sekarang tidak lagi sibuk dengan menguruskan perniagaan kerana diuruskan oleh orang lain, sementara dia sibuk beribadat di rumah Allah. Hartanya makin bertambah dan dia jadi seorang yang dermawan. Inilah maksudnya yakni kita mesti yakin bahawa Allah boleh memuliakan siapa yang dia kehendaki dan menghina sesiapa yang dikehendaki.
Namun Allah memberi atas sikap kita sendiri kepada Allah.
Di bawah ini pula kisah yang berlaku semasa Nabi Muhammad saw masih hidup.
Penggalian parit itu terpaksa dihentikan. Sebuah batu besar menghalang di depan mata. Berkali-kali para sahabat Rasulullah saw menghunjamkan lembing, namun tidak ada tanda-tanda batu itu retak atau hancur. Batu itu terlalu keras, tetapi batu itu harus dihancurkan. Jika tidak, pasti penggalian parit untuk membentengi kaum muslimin daripada serangan musyrikin tidak dapat disiapkan.
Beberapa orang sahabat menemui Rasulullah saw dan memberi perkhabaran tentang permasalahan tersebut. Lalu baginda datang dengan membawa sebilah beliung. Setelah membaca basmalah baginda menghayun hentaman pertama kepada batu besar itu.
"Allahu Akbar!" Aku diberi kunci pembuka negeri Syam. Demi Allah, aku melihat istananya yang merah", ujar Rasulullah saw apabila melihat percikan sinar menyala akibat kuatnya pukulan baginda menghentam batu besar itu. (Rasanya semua tahu bahawa ketika penggalian parit ini Rasulullah saw dan para sahabat kelaparan dan baginda terpaksa mengikat perut baginda dengan batu-batu kecil).
Lalu Rasulullah saw menghentam pukulan kedua. "Allahu Akbar!". Aku diberi negeri Parsi. Demi Allah, aku melihat istananya yang putih," ujar Rasulullah saw. Lalu baginda menghentam pukulan ketiga. "Allahu Akbar!" Aku diberi kunci negeri Yaman. Demi Allah, aku benar-benar melihat pintu-pintu Shan'a dari tempatku ini. Aku diberitahu Jibril as bahawa umatku akan menguasainya semuanya. Sampaikan berita ini kepada yang lain. (Ibn Hisyam 2/219, Sunan an-Nasaie 2/56).
Apa yang terjadi selepas ini, orang-orang munafik segera mencemuh Rasulullah, "Muhammad itu hanya angan-angan dan mimpi sahaja. Bagaimana mungkin dia melihat istana di Rom, Parsi dan Yaman dari Madinah. Bagaimana kamu boleh menguasai semua negeri tersebut sedangkan pekerjaan kamu hanya menggali parit dari hujung ke hujung", ejek orang-orang meunafik.
Allah SWT segera menurunkan firmanNya.
Teriakan Rasulullah saw ketika memukul batu besar itu bukanlah slogan tetapi cita-cita!. Baginda sengaja meneriakkan dengan suara lantang agar cita-cita baginda didengari dan diketahui oleh para sahabat. Baginda mahu cita-cita itu dikongsi oleh kaum muslimin.
Terbukti teriakan baginda benar-benar memberi kesan dalam jiwa para sahabat. Runtuhnya negeri Parsi dan Rom menjadi impian mereka. Impian itu terus bergelora dan membakar semangat berjuang dan akhirnya setelah beberapa puloh tahun kemudian dua kerajaan besar itu terttakluk di bawah naungan kerajaan Islam. Abu Ayyub al-Anshari yang mendengar secara langsung teriakan Rasulullah saw ketika itu, turut menjadi saksi bakal runtuhnya kerajaan Rom. Makamnya hingga kini tetap abadi di Kostantinopol (kini bernama Istanbul di Turki).
Rasulullah saw ketika itu sedar tentang kekuatan tentera Islam yang kurang. Jumlah mereka (pasukan Ahzab/Khandak) hanya 3 ribu berbanding 10 ribu pakatan tentera musyrikin. Namun Rasulullah saw menanamkan impian dan cita-cita tersebut ke dalam hati-hati kaum muslimin, bahawa untuk mencapai cita-cita tersebut mereka harus menggali parit lebih separuh mengelilingi Madinah.
Begitulah kenyataannya, jadi tidak hairanlah jika orang-orang munafik mengejek dan mentertawakan ucapan Rasulullah saw. Tetapi atas keyakinan Rasulullah saw dan para sahabatnya, bahawa cita-cita mereka tinggi melangit, kaki mereka kukuh di bumi, akhirnya mereka berjaya menghalau serangan pasukan Ahzab dan seterusnya dapat menakluki Rom dan Parsi. Ini harus diteladani kaum muslimin pada ketika ini. Tegaknya urusan Islamiyah dan berlakunya syariat Allah di muka bumi, harus menjadi cita-cita seluruh kaum muslimin.
Begitulah Allah sebagai pemilik kerajaan berkuasa memberi kerajaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Selain yang disebutkan di atas, beberapa pengajaran daripada Asma Allah al-Maalikul Mulki:
1) Bila kita ingat al-Maalikul Mulki, kita pasti bersyukur, jika kita lapar kita masih boleh bergerak untuk mencarai makanan.
2) Apa-apa yang ada pada kita, bukanlah untuk dimiliki, kita harus ingat semuanya hak Allah, kita tak boleh kawal otak kita, pergerakan kita, semuanya Allah yang menggerakkan.
Allah berfirman dalam surah as-saffaat [37] ayat 96, maksudnya:
3) Allah memberi tetapi kita hendaklah sedar bahawa hanya Allah yang berkuasa, Allah memberi hanya pinjaman, suatu ketika Dia akan ambil semula.
4) Ucapan Istirja' adalah doa ibadah, boleh tunjukkan kegembiraan, dan ucapakannya semasa dapat anugerah berupa kebahagiaan (naik pangkat, dapat anak, dapat cucu dan seumpanya), istilah ini bukan sahaja diucapkan ketika orang meninggal atau dapat bencana sahaja.
5) Orang yang kaya yang tiba-tiba jatuh muflis atau kerugian, jika tidak memahami istilah istirja, mungkin akan mengalami sakit jiwa/mental
6) Orang yang ada kuasa, tiba-tiba hilang kuasa, tidak berani keluar menemui orang ramai, jika tidak memahami Istirja'.
6) Orang 'alim, orang faqih, cendikiawan akan dipermainkan oleh penguasa yang jahil, jika tak memahami istirja', mereka akan dipergunakan supaya membenarkan apa yang salah.
Kesimpulan:
Allahlah yang melaksanakan segala kehendakNya sama ada dalam mengadakan atau meniadakan. sayugialah kita memahami sifat-sifat Allah supaya hidup kita sentiasa di atas jalan yang diredhai Allah.

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِى ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ
إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (٢٦

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali Imran [3] : 26)

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". - (Ibrahim [14] : 7).
Di bawah ini pula kisah yang berlaku semasa Nabi Muhammad saw masih hidup.
Penggalian parit itu terpaksa dihentikan. Sebuah batu besar menghalang di depan mata. Berkali-kali para sahabat Rasulullah saw menghunjamkan lembing, namun tidak ada tanda-tanda batu itu retak atau hancur. Batu itu terlalu keras, tetapi batu itu harus dihancurkan. Jika tidak, pasti penggalian parit untuk membentengi kaum muslimin daripada serangan musyrikin tidak dapat disiapkan.
Beberapa orang sahabat menemui Rasulullah saw dan memberi perkhabaran tentang permasalahan tersebut. Lalu baginda datang dengan membawa sebilah beliung. Setelah membaca basmalah baginda menghayun hentaman pertama kepada batu besar itu.
"Allahu Akbar!" Aku diberi kunci pembuka negeri Syam. Demi Allah, aku melihat istananya yang merah", ujar Rasulullah saw apabila melihat percikan sinar menyala akibat kuatnya pukulan baginda menghentam batu besar itu. (Rasanya semua tahu bahawa ketika penggalian parit ini Rasulullah saw dan para sahabat kelaparan dan baginda terpaksa mengikat perut baginda dengan batu-batu kecil).
Lalu Rasulullah saw menghentam pukulan kedua. "Allahu Akbar!". Aku diberi negeri Parsi. Demi Allah, aku melihat istananya yang putih," ujar Rasulullah saw. Lalu baginda menghentam pukulan ketiga. "Allahu Akbar!" Aku diberi kunci negeri Yaman. Demi Allah, aku benar-benar melihat pintu-pintu Shan'a dari tempatku ini. Aku diberitahu Jibril as bahawa umatku akan menguasainya semuanya. Sampaikan berita ini kepada yang lain. (Ibn Hisyam 2/219, Sunan an-Nasaie 2/56).
Apa yang terjadi selepas ini, orang-orang munafik segera mencemuh Rasulullah, "Muhammad itu hanya angan-angan dan mimpi sahaja. Bagaimana mungkin dia melihat istana di Rom, Parsi dan Yaman dari Madinah. Bagaimana kamu boleh menguasai semua negeri tersebut sedangkan pekerjaan kamu hanya menggali parit dari hujung ke hujung", ejek orang-orang meunafik.
Allah SWT segera menurunkan firmanNya.
قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِى ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ
إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬
إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬
Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali Imran [3] : 26)
Teriakan Rasulullah saw ketika memukul batu besar itu bukanlah slogan tetapi cita-cita!. Baginda sengaja meneriakkan dengan suara lantang agar cita-cita baginda didengari dan diketahui oleh para sahabat. Baginda mahu cita-cita itu dikongsi oleh kaum muslimin.
Terbukti teriakan baginda benar-benar memberi kesan dalam jiwa para sahabat. Runtuhnya negeri Parsi dan Rom menjadi impian mereka. Impian itu terus bergelora dan membakar semangat berjuang dan akhirnya setelah beberapa puloh tahun kemudian dua kerajaan besar itu terttakluk di bawah naungan kerajaan Islam. Abu Ayyub al-Anshari yang mendengar secara langsung teriakan Rasulullah saw ketika itu, turut menjadi saksi bakal runtuhnya kerajaan Rom. Makamnya hingga kini tetap abadi di Kostantinopol (kini bernama Istanbul di Turki).
Rasulullah saw ketika itu sedar tentang kekuatan tentera Islam yang kurang. Jumlah mereka (pasukan Ahzab/Khandak) hanya 3 ribu berbanding 10 ribu pakatan tentera musyrikin. Namun Rasulullah saw menanamkan impian dan cita-cita tersebut ke dalam hati-hati kaum muslimin, bahawa untuk mencapai cita-cita tersebut mereka harus menggali parit lebih separuh mengelilingi Madinah.
Begitulah kenyataannya, jadi tidak hairanlah jika orang-orang munafik mengejek dan mentertawakan ucapan Rasulullah saw. Tetapi atas keyakinan Rasulullah saw dan para sahabatnya, bahawa cita-cita mereka tinggi melangit, kaki mereka kukuh di bumi, akhirnya mereka berjaya menghalau serangan pasukan Ahzab dan seterusnya dapat menakluki Rom dan Parsi. Ini harus diteladani kaum muslimin pada ketika ini. Tegaknya urusan Islamiyah dan berlakunya syariat Allah di muka bumi, harus menjadi cita-cita seluruh kaum muslimin.
Begitulah Allah sebagai pemilik kerajaan berkuasa memberi kerajaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Selain yang disebutkan di atas, beberapa pengajaran daripada Asma Allah al-Maalikul Mulki:
1) Bila kita ingat al-Maalikul Mulki, kita pasti bersyukur, jika kita lapar kita masih boleh bergerak untuk mencarai makanan.
2) Apa-apa yang ada pada kita, bukanlah untuk dimiliki, kita harus ingat semuanya hak Allah, kita tak boleh kawal otak kita, pergerakan kita, semuanya Allah yang menggerakkan.
Allah berfirman dalam surah as-saffaat [37] ayat 96, maksudnya:
"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!" (As-Saffaat [37]: 96)
3) Allah memberi tetapi kita hendaklah sedar bahawa hanya Allah yang berkuasa, Allah memberi hanya pinjaman, suatu ketika Dia akan ambil semula.
4) Ucapan Istirja' adalah doa ibadah, boleh tunjukkan kegembiraan, dan ucapakannya semasa dapat anugerah berupa kebahagiaan (naik pangkat, dapat anak, dapat cucu dan seumpanya), istilah ini bukan sahaja diucapkan ketika orang meninggal atau dapat bencana sahaja.
5) Orang yang kaya yang tiba-tiba jatuh muflis atau kerugian, jika tidak memahami istilah istirja, mungkin akan mengalami sakit jiwa/mental
6) Orang yang ada kuasa, tiba-tiba hilang kuasa, tidak berani keluar menemui orang ramai, jika tidak memahami Istirja'.
6) Orang 'alim, orang faqih, cendikiawan akan dipermainkan oleh penguasa yang jahil, jika tak memahami istirja', mereka akan dipergunakan supaya membenarkan apa yang salah.
Kesimpulan:
Allahlah yang melaksanakan segala kehendakNya sama ada dalam mengadakan atau meniadakan. sayugialah kita memahami sifat-sifat Allah supaya hidup kita sentiasa di atas jalan yang diredhai Allah.
12 comments:
Salam Kak Werdah..
Moga kakak sihat hendaknya di sana..
Sungguh Allah akan bersama orang-orang sentiasa mendekati diri mereka dengan~Nya..
Terima kasih kak, untuk kuliah tafsir ini..:)
tima kasih atas peringatan tu.. sehingga ke hari ni dan harap seterusnya, saya selalu ingatkan diri kalau Allah nak bagi seseorang tu kaya bukan le susah sangat, masuk je pasar raya tetiba diberitahu "anda memangi rm1oo ribu kerana jadi pengunjung bertuah" dah jadi kaya kita
dan kalau Allah nak tarik harta kita sekelip mata bukan le susah sangat. terbakar rumah kita, hilang le harta benda kita... cuma lebih siksa kalau Allah amik sikit-sikit contohnya jatuh sakit yang berpanjangan dan memerlukan rawatan yang tinggi yang akhirnya kita terpaksa meminta belas ihsan orang... na'uzubillah
Salam Kak :)
Moga sihat selalu,insyaAllah
Sesungguhnya mereka yang hidup hanya berhambakan kepada dunia semata-mata tidak akan mampu menghadapi ujian yang 'dihadiahkan' oleh Allah, sedangkan ujian itu merupakan benteng kekuatan kita dalam menghadapi hidup yang lebih mencabar pada masa akan datang. Ujian jugalah yang akan mentaqarrubkan diri kita kepada-Nya. Wallahu A'lam.
Terima kasih atas perkongsian :)
allah pun sebut dalam surah
al anam, ayat 165
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
tidak dia jadikan kite kaya, berharta, berpangkat, berpengaruh berjawatan dan meninggikan darjat kite semata mate utk menguji kite .. hidup penuh dgn ujian dan hendaklah kite redho dgn ujian nye
Salam..
Masih ada kawan tikam kawan kerana iri hati, penindasan oleh yg diberi kuasa, org berilmu agama dipergunakan utk kepentingan... semuanya kerana tak ingat al-Maalikul Mulki.
Semoga kehidupan generasi mendatang lebih menghayati dan mengamalkan suruhan Allah dan menjauhkan larangan-Nya.
Salam Abd Razak.
Alhamdulillah kak sihat semoga Abd Razak di sana juga sihat.
InsyaAllah semoga kita semua dapat mendekatkan diri denganNya secara bersungguh-sungguh.
Salam Cemomoi.
Allah Maha Bijaksana tidak akan menurunkan ujian kepada hamba-hambaNya melainkan menurut kemampuan hambaNya.
Apa (musibah) yang berlaku terhadap kita kemungkinan 3 perkara, iaitu sama ada kifarah terhadap dosa, atau azab bagi yang derhaka atau sebagai ujian bagi yang benar2 berada dia atas jalan Allah.
Kita sahaja yang dapat menilai sama ada kifarah, azab ataupun ujian apabila kita dapat musibah.
Salam Ros.
Orang-orang yang berusaha untuk mencari dunia, walaupun hartanya bertimbun serta berpangkat dan mengharapkan dirinya dimuliakan, di dunia mereka tidak mendapat nikmat begitu juga di akhirat.
Orang-orang yang berusaha untuk di akhirat meraka akan bahagia di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.
Semoga kita termasuk dalam kalangan yang kedua.
Salam Aby.
Hidup memang merupakan sebuah ujian. Hanya orang-orang yang benar-benar teguh iman sahaja yang dapat menempuh ujian ini dengan baik. Mereka adalah orang-orang yang tidak tertipu oleh kehidupan dunia yang memikat dan mereka memandang dunia dan seisinya ini tak lebih daripada sebuah permainan yang melalaikan, mereka tidak meninggi diri dan sombong dengan harta dan anak serta segala kemewahan yang mereka miliki.
Bila mereka diuji, mereka berusaha, bersabar dan bertawakkal.
Salam Acik.
Begitulah jika tidak memahami keadilan Ilahi. Jadi bila tidak menyedari bahawa ada hikmah mengapa tidak dinaikkan pangkat, tidaklah dia akan beriri hati, kerana ada kemungkinan Allah tak beri kerana melindungi kemudharatan kepadanya. Allah lebih Tahu apa yang baik buat kita.
Salam Sis Werdah,
Cerita yang banyak memberi iktibal kepada kita sebagai manusia biasa. Semoga kita dijauhi dari sifat-sifat yang tersebut dalam cerita ini.
Salam Ani.
Semoga kita sentiasa menyedari siapa diri kita di hadapan Allah SWT. InsyaAllah.
Post a Comment