Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy, beliau berkata : "Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (mala petaka) yang sudah hampir menimpa mereka. pada hari itu telah terbuka daripada dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini. Kemudian baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari di sebelahnya (jari telunjuk) kemudian mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab) lalu bertanya : "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda : "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak."
Hadith Riwayat Bukhari Muslim
Keterangan
Hadith ini menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri, sudah banyak berlaku kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan tertimpa kepada semua orang yang berada di tempat itu.. bukan hanya kepada pelaku kejahatan bahkan orang2 soleh juga turut akan dibinasakan, namun pada hari akhirat amalan masing2 diperhitungkan dan diberi balasan mengikut apa yang dikerjakan semasa di dunia.. Segala kemungkaran, kefasikan dan kejahatan hendaklah segera dibasmikan supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja menimpa orang2 yang melakukan kemungkaran bahkan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu.
Walupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad SAW ialah seluruh bangsa yang ada dalam dunia ini. Tujuan Nabi SAW menyebut secara khusus adalah kerana Nabi SAW sendiri dari kalangan bangsa Arab dan yang menerima ajaran Islam pada permulaan penyebarannnya ialah orang2 Arab dan hanya sedikit bangsa lain. Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu daerah kediaman mereka ditutup ole Zul Qarnain dan pengikut2nya dengan campuran besi dan tembaga, dengan itu mereka tidak dapat keluar sehingga hampir tiba hari Kiamat.. pada masa hampir tiba hari itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa itu dari kediaman mereka dan kembali membuat kerosakan di permukaan bumi.. Apabila ini terjadi .. ini menandakan hari Kiamt sudah dekat.

No comments:
Post a Comment
Sesiapa yang bermuhasabah tentang dirinya maka mereka tidak akan membiarkan ruang dan masa untuk melakukan perkara-perkara yang batil dan fahsya'. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Mereka akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang dilakukannya terhadap Allah SWT kerana takutnya kepada kekuasaan-Nya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan.