Wednesday, June 17, 2009

Hidroterapi

Pada 18 April 2006 hingga 5 Mei 2006 saya dimasukkan ke wad otopedik hospital Kuala Lumpur.. tujuannya ialah supaya doktor dapat perhatikan tingkah laku dan aktiviti saya semasa saya sakit.. kemudian doktor akan pertimbangkan cara bagaimana nak atasi penyakit saya.. di sini saya disuruh bersenam, berjalan di sekitar wad2 hospital.. digantung besi.. buat tense.. hot pack dan cool pack..

Selepas keluar wad doktor beri kad appointment dengan pihak fisioterafi.. jadi setiap minggu saya ke bahagian fisioterafi HKL ni bagi membuat rawatan.. setelah beberapa kali buat tense, hot pack dan cool pack.. tidak juga ada perubahan walaupun sedikit.. jadi fisioterafis di situ cadangkan saya jalani rawatan dengan kaedah hidroterapi..

Diberi appointment baru.. bila berjumpa pihak hidroterapi ni saya diminta menyediakan pakaian khas macam swimming trunks.. kena pakai topi..

Swimming trunks tu saya beli.. dan saya jalani rawatan ni beberapa kali.. nak pakai swimming trunks tu tak boleh pakai sendiri.. kena orang tolong.. biasanya saya bawa ina.. ina tolong pakaikan dan dia tunggu di luar.. kemudian bila nak salin pakaian kena juga orang tolong tanggalkan swimming trunks tu.. memang agak mencabar jugalah.. menyusahkan orang betul.. tapi alhamdulillah.. anak2 sabar melayan saya..

Hidroterapi ni di buat dalam kolam.. seolah2 kolam renang.. tetapi taklah besar sangat agak2 dalam 20 kaki X 15 kaki macam tu.. seperti dalam gambar di atas .. airnya suam.. ada tangga untuk turun ke dalam kolam tu dan disediakan kemudahan untuk menurunkan orang yang menggunakan kerusi roda.. seramai 6 orang sekali masuk dalam kolam tu.

Pelbagai gaya senaman diajar bila berada di dalam kolam tu..di dinding ditampalkan rajah2 senaman supaya kita mudah mengikut.. tak lama.. cuma 30 minit.. saya amat seronok dengan pengalaman ini.. bagaimanapun tidak ada perubahan positif ke atas saya.. malah bertambah sakit..lalu saya ambil keputusan mencari kaedah lain.



Di bawah ni antara kaedah2 hidroterapi yang dijalankan.. tapi swimming trunks saya bukan macam ni.. saya punya seluar panjang dan baju lengan panjang..




Ada juga gunakan sponge tapi tak jumpa gambar untuk display..

1 comment:

  1. Ada sistem baru sekarang yang kaedahnya cuma guna passive hidroterapi secara sendirian - macam private spa gitu http://myhydrospa.blogspot.com/

    ReplyDelete

Sesiapa yang bermuhasabah tentang dirinya maka mereka tidak akan membiarkan ruang dan masa untuk melakukan perkara-perkara yang batil dan fahsya'. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Mereka akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang dilakukannya terhadap Allah SWT kerana takutnya kepada kekuasaan-Nya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan.