Wednesday, August 12, 2009

Cinta Kerana Allah

Di sisi Allah, darjat orang2 beriman berbeza2.. salah satu yang paling tinggi dan paling agung kedudukannya ialah seorang mukmin yang mencintai segala sesuatu kerana Allah.

Daripada Umar bin Khattab ra, berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, : “Sesungguhnya di antara hamba2 Allah ada sekelompok manusia, mereka bukan para nabi, bukan pula para syuhada’, namun membuat irihati para nabi dan para syuhada’ pada hari kiamat lantaran kedudukannya di sisi Allah”. Salah seorang sahabat berkata: “Wahai Rasulullah beritahukan kami, siapakah mereka itu?”

Rasulullah menjawab: “Mereka adalah satu kaum yang saling mencintai kerana Allah padahal tidak diikat hubungan persaudaraan dan tidak kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah wajah2 mereka adalah cahaya, mereka di atas cahaya dan tidak bersedih tatkala orang2 merasa sedih” lalu dibacakan ayat daripada surah Yunus (62-64)


أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (٦٢) ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَڪَانُواْ يَتَّقُونَ (٦٣) لَهُمُ ٱلۡبُشۡرَىٰ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِڪَلِمَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (٦٤


Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (62) (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. (63) Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar. (64)

Rasulullah saw telah berjanji kepada sesiapa saja yang mampu melaksanakan tiga perkara, dia pasti akan mendapat kelazatan iman. Baginda bersabda:

عن أنس بن مالك ـ رضي الله عنه ـ قال : قال النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ : ” لا يجد أحد حلاوة الإيمان ، حتى يحب المرء لا يحبه إلا لله ، وحتى أن يقذف في النار أحب إليه من أن يرجع إلى الكفر بعد إذ أنقذه الله ، وحتى يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما ” . رواه البخاري

Daripada Anas bin Malik ra berkata: Nabi Muhammad saw bersabda: “Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah; sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan daripadanya; dan sehingga Allah dan RasulNya lebih dia cintai daripada selainnya.” Imam Al Bukhari.

Daripada hadits ini dapat diambil pelajaran:

  1. Mencintai seseorang kerana mencari redha Allah, bukan cinta hawa nafsu dan melanggar syariat. contoh cinta seseorang dalam mengikut/menyertai berjihad pada jalan Allah, tidak untuk tujuan duniawi, seperti cinta seseorang untuk beramal dan berjuang dalam sesuatu pertubuhan/organisasi yang dilakukan hanya semata2 untuk mencari keridhaan Allah swt
  2. Memilih dilemparkan ke dalam api daripada kembali menjadi kafir. Orang yang telah sempurna imannya tidak akan sama sekali mengubah dirinya menjadi kafir lagi. Dia tidak mengingkari ajaran agama yang telah diyakini seperti solat yang telah Allah wajibkan, tidak menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, dan tidak akan mengharamkan apa yang halal.
  3. Mendahulukan cinta kepada Allah dan RasulNya mengalahkan selainnya. Orang yang sempurna imannya kepada Allah dan RasulNya lebih kuat baginya daripada hak kepada ayahnya, ibunya, anaknya, isterinya dan semua makhluk lain. Ini kerana dia mendapatkan petunjuk daripada kesesatan, terbebasnya daripada api neraka hanya kerana Allah dan RasulNya yang menyerunya kepada kebaikan. Dan antara ciri-ciri mendahulukan cinta kepada Allah dan RasulNya ialah membela Islam dengan ucapan dan perbuatan, mengamalkan syariat Islam, mengikuti sunnah dan berakhlak dengan akhlak Rasulullah saw.

No comments:

Related Posts with Thumbnails