بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamu'alaikum..
Video dalam entri ini saya temui dalam blog klinik Ummi memang elok ditontonkan kepada anak2 kecil kita..
Di sini juga saya tuliskan tentang bismillah..hasil catatan saya semasa mendengar ceramah daripada cd ustaz Kariman.. samudera al-Fatihah.. dalam entri lepas saya tulis sedikit tentang al-hamdulillah.. banyak pengetahuan yang saya peroleh daripada ceramah ustaz ni.. saya sebenarnya ingin sangat ke masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar tempat ustaz ni berceramah tapi tak berdaya sebab saya tak boleh duduk lama.. jadi memadai mendengar daripada cd..
Menurut ustaz ni.. Pendapat terbanyak mengatakan bahawa Bismillahirrahmaanirrahiim ialah ayat pertama bagi surah al-Fatihah.
Hadis riwayat Abu Daud, daripada Ibnu Abas ra bahawasanya Nabi saw tidak tahu batas antara satu2 surah dengan surah yang lain sehinggalah Allah turunkan kepada Nabi bismillah dan Allah memerintahkan Nabi meletakkan bismillah sebagai pemisah antara surah..
Nabi Saw bersabda ;
“Mana2 perkataan atau urusan tidak dimulai dengan bismillah, amalan itu terputus keberkatannya”
“Hendaklah dibaca setiap kali berwudhu’” hadis daripada Abu Hurairah – sanad marfu’ “Tidak ada wudhu’ /tidak sempurna wudhu’ jika tidak ada padanya bismillah”
Bismillah semasa menyembelih binatang adalah sunat.. begitu juga semasa jimak, Hadis riwayat Bukhari dan Muslim : “Apabila mendatangi isteri baca bismillah, jauhkan kami daripada syaitan”
Ini menunjukkan betapa sucinya hubungan suami isteri hinggakan Allah sendiri tak mahu syaitan melihat dan menyertainya.
Ini menunjukkan betapa sucinya hubungan suami isteri hinggakan Allah sendiri tak mahu syaitan melihat dan menyertainya.
Pengertian bismillah: Aku memulai perbuatan/perkataan dengan nama Allah.. Ini bermakna semacam doa.. semasa kita baca Bismillahirrahmaanirrahiim kena terlintas dalam fikiran kita dan hati kita akan kehadiran Allah.
Setiap satu pekerjaan mesti ada tujuan.. jika amalan tidak disertakan dengan nilai uluhiyah Allah amalan itu menjadi sia-sia.. dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim nilai amalan itu akan kekal.. lihat ayat daripada surah 25 (Al-Furqaan) ayat 23.
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. (Al-Furqaan 25:23)
Insya Allah akan bersambung..
No comments:
Post a Comment