Monday, August 31, 2009

Huruf بِ Pada Kalimah بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamu'alaikum,

Sambung daripada SINI

Kalimah بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ terdiri dp 5 kalimah iaitu ِ بِ ٱسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ manakala بِ pula ada dua pengertian: 


Pertama, بِ selalu diterjemahkan sebagai "DENGAN" .. dan makna بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ialah aku memulai perbuatan/percakapan DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani".. Ini seperti doa, semasa kita menyebut بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ kena terlintas dalam hati dan fikiran kita, dalam diri kita akan ALLAH.. Aku memulai sesuatu ucapan, perbuatan dengan mengabadikan nama Allah. Mari kita fikir kalau kita beri nama kepada jalan atau beri nama kepada anak kita pasti kita nak abadikan nama tersebut sesuai dengan tujuannya. Katalah kita beri nama jalan pasti nama yang diberi tu jika orang adalah jasanya di kawasan tersebut dan jika kita nak beri nama mengikut nama seseorang pasti kita nak anak kita mencontohi orang itu sekurang-kurangnya (pasti ada sesuatu tujuan di sebaliknya).


Apabila memulai sesuatu pekerjaan/ucapan dengan membaca بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ  , nilai uluhiyah akan kekal, sebaliknya jika tidak memulai dengan membaca بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ segala pekerjaan menjadi sia-sia.. Dailnya dalam surah al-Furqan ayat 23 Allah berfirman:


A023
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. (Al-Furqaan 25:23)
Menurut Ustaz Kariman debu di dalam ayat di atas bukanlah debu yang melekap di atas meja tetapi yang dimaksudkan di sini ialah debu yang amat ringan yang halus. lebih ringan daripada debu yang melekap di atas meja tu. itulah nilai amalan yang tak dimulai dengan membaca bismillah.. jadi sehebat manapun amalan di dunia tanpa dimulai ucapan بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ amalan itu tak ada nilai di sisi Allah swt.. menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula biar beberapa kali suapan makanan kita ke mulut kita eloklah kita ucapkan sebanyak suapan itu untuk mendapatkan nilai dp Allah swt (yang berkekalan/berterusan).. bila kita ucap بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ kita kena tanamkan dalam hati kita mengharapkan amalan kita berkekalan, abadi dan diterima Allah   ( Bagi guru-guru atau sesiapa saja yang terpaksa menaiki anak tangga insyaAllah boleh diamalkan apabila mendaki tangga, setiap kali melangkah naik/turun anak tangga dibacakan bismillah.. alangkah beruntungnya jadi cikgu jika dapat amalkan yang ini.. insyaAllah).. ini bukan bererti surirumah tak berpeluang! mereka juga boleh baca bismillah setiap kali memasukkan gorengan dalam kuali dsbnya .

Kedua, kalau tadi maksud
 بِ  sekarang maksud antara بِ dengan ٱسۡمِ .. ini bermakna dengan kudrat dan dengan taufiqNya, kekuatan dan kekuasaanNya, dengan pertolongan Alllah  ٱلرَّحۡمَـٰنِ dan Allah  ٱلرَّحِيمِ .. bila kita sebut nama Allah tanamkan dalam diri kita bahawa kita tak mampu nak lakukan sesuatu tanpa pertolongan Allah (La hawla walaa quwwataillabillaah) jadi bila dengan mengingati semua ini kita tak akan angkuh bila kita berjaya melakukan sesuatu pekerjaan (ingat bila kita angkuh atau ujub, amalan kita tak bernilai langsung di sisi Allah) dan jika kita tak berjaya kita tidak akan kecewa kerana kita sedar akan keberdayaan kita.. bahkan apabila kita selesai mengerjakan amalan kita digalakkan berdoa supaya Allah terima amalan kita yg diberi pertolongan olehNya.. ya! sesungguhnya kita tak berdaya berbuat apa2.(baca doa Nabi Ibrahim as dan anaknya Ismail as selepas selesai mendirikan binaan Kaabah; ( "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;") (Al-Baqarah 2:127).. 

Kita sebenarnya amat lemah.. ada hadis tentang bagaimana Nb Sulaiman ketika hendak mencampuri isterinya, dia lupa (bukan baginda menafikan)bahawa Allah yg Berkuasa Menentukan Segalanya.. pada masa tu Naib Sulaiman hanya nampak kehebatan dirinya dan dia mengungkapi: "Aku akan bergilir-gilir antara isteri-isteriku (100 org), aku akan punyai anak lelaki 100 orang dan akan aku jadikan kesemuanya tentera berjuang di jalan Allah" ..baginda lupa seketika akan Kudrat Allah lalu Allah menegurnya dengan memberikan hanya seorang anak lelaki itupun down syndrom.. lalu Nabi Muhammad saw memberi komen kalaulah pada waktu itu Nb Sulaiman menyandarkan kepada Allah swt dengan menyebut insyaAllah dan bismillah, insyaAllah baginda akan dapat 100 orang anak.

Adalah menjadi harapan kita segala amalan kita diterima dan kita amat mengharapkan balasan baik daripada Allah swt.. dengan itu apabila kita memulai sesuatu pekerjaan atau mengungkapkan sesuatu percakapan mulailah dengan membaca bismillahirrahmanirrahim dengan penuh kesedaran bahawa Allah akan menolong kita yang lemah. Tanpa pertolongan Allah kita takkan berjaya dala apa pekerjaanpun dan semoga kita mendapat keberkatan dalam setiap perkara dengan bismiilah.. semoga Allah menolong kita mendapatkannya..Amiin
.

2 comments:

Guru said...

teruja membaca entri ni...
insyaAllah ingin menjadikan amalan nanti....
setiap anak tangga yang dilangkah...
harap-harap Allah ingatkan saya

Werdah said...

salam,

Amiin..

Related Posts with Thumbnails