Assalamu'alaikum,
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Ada beberapa adat Melayu yang menjadi kemusykilan. Adat-adat tersebut masih diamalkan di sesetengah tempat. Antaranya:
1. Seseorang (suami) perlu mencabut paku yang telah dipakunya di mana-mana tempat untuk menyenangkan isterinya untuk bersalin.
2. Jangan belitkan kain tuala di leher, nanti anak yang keluar akan terbelit tali pusat di lehernya. Adakah amalan ini menurut Islam?
Jawapan: Cuba kita renung dan hayati makna ayat al-Kursi berikut: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya (mentadbirkan sekelian makhluk-Nya). Yang tidak pernah berasa mengantuk apa lagi tidur. Yang Memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan Dengan izin-Nya (sahaja).
Yang Maha Mengetahui apa yang berada di hadapan mereka dan apa yang berada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatupun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah Kehendaki. Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua-duanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (Al-Baqarah: 255)
Subhanallah, betapa agung konsep keesaan Allah swt yang digambarkan oleh ayat tersebut. Allah dengan jelas memberitahu kita bahawasanya segala kuasa itu adalah milik mutlakNya semata-mata bukan sahaja di bumi bahkan di langit!
Jadi, apa ukuran yang kita pakai sebagai orang-orang yang benar-benar beriman apabila kita meletakkan sejumlah kuasa pengakibat kepada paku dan tuala?
Adakah mempercayai sial pembawa padah dan petanda atau alamat buruk serasi dengan ajaran Islam terutamanya apabila kita menyentuh bab tauhid dan akidah Islam yang suci dan tulen? Atau dari mana asal kepercayaan-kepercayaan ini sebenarnya?
Sebenarnya ia berpunca daripada kepercayaan silam orang-orang Melayu pada zaman sebelum Islam. Ketika itu ideologi paganisme yang menisbahkan kuasa kepada setiap benda yang wujud di muka bumi ini lalu memuja segalanya. Dipanggil semangat itu, dan semangat ini.
Namun, saki-baki daki syirik kepercayaan lalu masih berakar umbi di jiwa generasi pewaris generasi yang telah bertukar kepada mempercayai ajaran agama Islam sejak kurun ke-10 lagi yang telah mula bertapak di Negeri Terengganu berdasarkan artifak sejarah Tugu Peringatan Batu (Batu Bersurat) yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu.
Walaupun 10 kurun telah berlalu, dan kurun ke-21 telah menjelma kini, ramai yang masih kabur untuk membezakan antara unsur syirik ideologi paganisme silam dengan dasar keesaan Allah swt yang menjadi asas berimannya seseorang yang bergelar Muslim.
Perlu diingat bahawa syirik yang bermaksud 'memberi hak perkongsian terhadap sesuatu contohnya kuasa di antara Allah dan sesuatu benda' ini adalah dosa besar nombor satu dalam senarai 70 dosa-dosa besar.
Allah swt dengan tegas menyatakan pendirianNya mengenai syirik ini bahawa ia adalah satu dosa besar yang sangat berat kesalahannya dalam surah al-Nisa', ayat 48 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan Mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua sekalipun), dan akan mengampunkan dosa lain selain daripada dosa itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang amat besar (berat).
Dalam ayat lain, Allah tegaskan perbuatan itu adalah satu kesesatan yang sangat menjauhkan seseorang daripada Allah dalam ayat al-Nisa' 116 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan Mengampunkan dosa syirik orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (dengan sesuatu apa jua sekalipun), dan akan mengampunkan dosa lain selain daripada dosa itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya; Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat menjauhkannya (daripada Allah).
Langit mana kita sanggup junjung, bumi mana kita sanggup bertongkat apabila Allah telah menganggap kita terkeluar senarai daripada keampunan dan rahmat-Nya? Khazanah sunnah juga membawa hadis-hadis yang senada dengan ayat-ayat al-Quran yang telah kita baca tadi.
Hadis paling sahih daripada Sahih al-Bukhari menegaskan bahawa: Dari Abu Hurairah r.a. yang telah mendengar baginda saw bersabda: "Tiada petanda atau alamat buruk atau sial pembawa padah (dalam Islam). Sebaik-baiknya ialah kata-kata yang baik (senang didengari) diperdengarkan kepada kamu." (Sumber: Sahih al-Bukhari, juzuk 5, halaman 2171, bilangan hadis: 5422).
Hadis yang sama juga terdapat dalam Sahih Muslim, Sahih Ibnu Hibban, Sunan al-Bayhaqi al-Kubra, Musnad Imam Ahmadbin Hanbal, Musnad al-Tayalisi, dan Musnad Abu Ya'la menggambarkan betapa besar perkara ini di sisi Islam.
Jangan sekali-kali memandang remeh dan membiarkan ia berterusan dalam kehidupan kerana Imam Ahmad bin Hanbal ada meriwayatkan satu lagi hadis yang lebih jelas mengenai perkara ini yang bermaksud: Dari Abdullah bin 'Amru berkata: Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang membenarkan petanda atau alamat buruk daripada sesuatu sehingga menjejaskan hajatnya untuk berbuat sesuatu sesungguhnya dia telah melakukan syirik.
Para sahabat bertanya: Maka apakah kaffarahnya (penebus kesalahan itu?) Rasulullah saw bersabda: Hendaklah kamu berkata: Allahumma La Khaira Illa Khayruk, Wa La Tiyara Illa Tiyaruk, Wa La Ilaha Ghayruk yang bermaksud: "Ya Allah, tiada kebaikan selain daripada kebaikan milik-Mu, tiada alamat atau petanda selain daripada alamat atau petanda dari-Mu, dan tiada Tuhan selain-Mu". (Sumber: Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, juzuk 2, halaman 220, bilangan hadis: 7045).
Sebaik-baiknya kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad saw seperti membaca: Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi shay'un fil ardhi wa la fissama' wa huwassami'ul alim yang bermaksud: "Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada sesuatu di bumi dan di langit akan (dapat) memudhratkan (sesuatu yang lain) sedang Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
Menurut baginda, sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca tiga kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. (Sumber: Sunan Abu Daud, juzuk 3, halaman 132, bilangan hadis: 5088)

Daripada SINI
.....................................................
Selain amalan pantang dalam bersalin ini ramai juga lagi orang2 kita Melayu Islam percaya tentang hari baik dan hari tak baik contohnya nak mulakan sesuatu pekerjaan (seperti nak buat rumah, nak pergi berubat) tak elok pada hari selasa atau hari sabtu. Kemudian nak pagar rumah kena gunakan garam, bawang dan sebagainya.. Sebenarnya nak pagar rumah Nabi Muhammad saw dah suruh bacakan surah al-Baqarah, ayat kursi dan nak tidur malam baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu ke seluruh badan yg tercapai dek tangan..
8 comments:
Salam Kak Werdah..
Sebenarnya secara kita tak sedar banyak amalan syirik yg dilakukan bersangkutan dengan adat orang dulu2..banyak sangat sampai tak terbilang dek jari..tapi kita zaman ini bertuah kerana mempunyai banyak pendedahan cabang ilmu utk dicari bahan dan sumber rujukan agama bagi mengelakkan termasuk didalam golongan yang menyekutukan Allah..nauzubillah..
Jom sama-sama kembali kepada Al-Quran dan Sunnah....!!
Salam Zai,
Itulah kebaikan teknologi sekarang kan? dan usaha org2 sekarang yang mahu mencari dan mencari.. semoga kita selamat dp amalan2 ini.. tetapi kita masih lagi bimbang tentang syirik disebabkan ujub, riya' dan ingin org mengucapkan terima kasih kpd kita. Mudah2an kita dapat bermujahadah dgn sekuat2nya. Amiin.
Wa'alaikumussalam Bujang Susah,
Sebenarnya kak dah baca N3 tu sebelum ni.. tapi belum sempat nak apply kat blog kak ni.. terima kasih krn ingatkan.. insyaAllah nak buat juga jadi taklah meleret2 tulisan dalam satu N3.
Kpd anda juga kak ucapkan selamat hari Raya maaf zahir dan batin dan semoga kita dipertemukan dgn Ramdahan yang akan datang.. InsyaAllah.. wassalam.
Salam Daud Mili,
InsyaAllah kita mulakan daripada sekarang dan semoga Allah bagi kita kekuatan.. Amiin..
Salam Bujang Susah,
Tentang readmore tu tak dapat buat sangkut di no 9 di template kak ada macam ni.
post h3 a, .post h3 a:visited, .post h3 strong {
display:block;
text-decoration:none;
color:$titlecolor;
font-weight:normal;
}
.post h3 strong, .post h3 a:hover {
color:$textcolor;
Jadi tak tau nak proceed yg no 9 tu..
amalan syirik ni kdng2 terlampau sebati dlm kehidupan melayu..yang jg dipanggil kebiasaan yg salah..mntk jauh
Salam Syahbandar,
Itulah yg selalu dikatakan adat yg bercanggah.. mudah2an kepercayaan2 ini akhirnya disedari slah oleh pengamal dan ditinggalkan .. Amiin
Post a Comment