Bismillahirrahmaaniirahaiim,
BERAPA lamakah manusia berkumpul di padang Mahsyar? iaitu sebelum dimasukkan ke syurga atau dicampakkan ke neraka (wal'iyazubillah).
BERAPA lama itu adalah persoalan yang sukar untuk dijawab atau diperkatakan, kerana apabila kiamat berlaku dan manusia sudah dihimpunkan di Mahsyar tidak ada waktu yg dapat diukur oleh manusia kerana tidak ada satu pun yg boleh diguna sebagai pengukur masa.
JIKA DI DUNIA, ada 7 hari dalam seminggu dan hari2 itu diukur dengan mengambil kira waktu terbit matahari dan terbenamnya matahari, peredaran matahari dan bulan menjadi asas bagi mewujudkan bilangan hari dan pertukaran siang dan malam. Siang dan malam disebut sehari semalam, 7 hari menjadi seminggu, 4 minggu menjadi sebulan dan 12 bulan menjadi setahun.
Di AKHIRAT tidak ada peredaran matahari kerana matahari telah dilipat oleh Allah swt, tugasnya telah ditamatkan. SEBAB itulah para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw berapa lamakah manusia berada di Mahsyar?
DALAM HAL ini Abu Said Al-Khudri meriwayatkan hadis Rasulullah saw, katanya Rasulullah saw telah membacalkan Firman Allah dalam Surah Al-Maarij (surah 70) ayat 4:
تَعۡرُجُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ وَٱلرُّوحُ إِلَيۡهِ فِى يَوۡمٍ۬ كَانَ مِقۡدَارُهُ ۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٍ۬ (٤
Maksudnya : "Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya). " (Surah Al-Ma'aarij -surah 70 - ayat 4).
Dalam ayat di atas, Allah menjelaskan bahawa para malaikat dan Jibril saban hari menghadap Tuhan, kadar masa bagi satu hari di alam malaikat ialah 50 ribu tahun. Demikianlah bandingan masa bagi satu hari yang ditempuh oleh malaikat. Berdasarkan ayat ini para ulama' membandingkan alam akhirat itu satu hari sama dengan 50 ribu tahun. Jika manusia berada selama sebulan atau 30 hari di akhirat bandingannya dengan lamanya di dunia bersamaan 1.5 bilion tahun. Betapa halnya jika seseorang itu terdampar di padang Mahsyar selama 50 ribu tahun?
"Alangkah lamanya", kata para sahabat apabila mendengar baginda membacakan ayat di atas. Kemudian bagi menjawab keluhan para sahabat Rasulullah bersabda yang maksudnya:
"Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman Tuhan, sesungguhnya Allah swt meringankan tempoh masa di akhirat bagi orang mukmin sekadar lama masa bagi tempoh waktu melaksanakan solat fardhu".
Singkatnya masa yg bakal ditempuh oleh orang-orang mukmin. Sesungguhnya masa yang digunakan untuk solat fardhu ialah lebih kurang 5 minit, bagi orang mukmin 5 minit sememangnya terlalu ringan malah mereka merasa tenang melakukan solat. Jika masa yang digunakan lebih dp 10 minit pun mereka berasa seolah2 sekejap sahaja. Lebih2 lagi bagi org2 yg khusyuk dan mengikuti makna bacaan surah. Apabila dibaca surah2 yg menyebutkan ttg hari kiamat, mengenai gegaran bumi, bumi digoncang untuk dikiamatkan dan seumpamanya, mereka bertambah khusyuk dan menitiskan air mata. Dalam suasana begitu mereka tidak akan memikirkan berapa lama masa untuk mendirikan solat.
Bagi golongan fajir dan munafik, solat dilakukan dengan malas, terasa bagai beban yang berat lagi sulit. Apabila mereka melakukan solat mereka lakukan dengan pantas dan tergopoh gapah. Sekiranya mereka solat berjemaah hati mereka gelisah seperti burung dalam sangkar, lebih2 lagi jika imam membaca surah2 yg panjang, mereka gelisah dan berkeluh kesah, merungut2 mempersoalkan mengapa imam membaca surah2 yg panjang. Bagi golongan spt ini 5 minit sudah dirasakan terlalu lama. Dengan sebab itu mereka lebih senang meninggalkan solat. Apabila ditanya mengapa tidak mengerjakan solat? Mereka menjawab, kerana terlalu sibuk. "Banyak kerja, tak sempat untuk bersembahyang".
Sebab itulah kita dapati ada orang yang lebih sanggup berpuasa, sanggup berlapar dan dahaga sepanjang hari dalam bulan Ramadhan tetapi tak sanggup mengerjakan solat walaupun hanya beberapa minit.
Bagi golongan mukmin sebenar tempoh masa yg bakal dilalui di Padang Mahsyar selama 50 ribu tahun itu terasa amat singkat seumpama melakukan solat fardhu. Begitulah anugerah Allah swt kpd org2 mukmin. Sesuatu kebahagiaan yg dilalui oleh seseorang biasanya terasa amat singkat. Sebaliknya jika derita yg dialami pasti terasa amat lama walaupun sekejap.
Demikianlah peristiwa Mahsyar, ukuran masa yg dilalui oleh seseorang ditentukan oleh Allah swt semata2 Allah yg memanjangkan waktu dan memendekkan waktu. Dialah yg meringankan dan memberatkan sesuatu tanggungan.
Sama-samalah kita renungi kenyataan2 dan perbandingan2 yg dibuat antara masa di dunia dengan masa di akhirat, begitu juga perbandingan masa solat org mukmin dan org2 munafik.. di manakah taraf kita, gerunilah kenyataan ini dan tingkatkan usaha dan perbanyakkan doa.. semoga kita dijauhkan daripada fitnah api neraka.. Sesungguhnya Allah tempat kita kembali.

No comments:
Post a Comment