11 Rabiu'l Awal 1431.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.
Apakah yang dikatakan Cinta Allah dan Cinta Rasul?. Jika kita kata kita cinta Allah dan cinta Rasul mesti ada tanda-tandanya. Jika kita cinta pasangan kita kita sanggup berkorban apa sahaja. Begitulah bila kita sebut cinta Allah dan Rasul tentu bukan dengan melaung2kan kata-kata ataupun membuat sepanduk2.
Dalam surah Ali 'Imran ayat 31 dan 32 Allah berfirman:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir". (Ali 'Imran [ 3 ] : 31 - 32 )
Maksudnya Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw memberitahu kita bahawa jika kita benar-benar cinta Allah kita kenalah ikut Nabi, ikut segala yang diajarkan oleh Nabi kepada kita.
Dalam kehidupan kita ada beberapa bentuk cinta:
1) Cinta anak kepada bapa (ibu); cinta ini lebih kepada penghormatan, memuliakan atau menghargai.
2) Cinta orang tua (ibubapa) kepada anak-anak; lebih kepada kasih sayang.
3) Cinta manusia terhadap manusia lain; ini lebih kepada saling memerlukan.
TANDA-tanda cinta kepada Rasul.
Salah satunya ialah mengutamakan Rasulullah saw mengatasi cinta kepada diri sendiri.
Ada hadis sahih Bukhari (Dalam hadis 40 Imam Nawawi): "Tidak beriman seorang kamu sehingga dia mencintai aku lebih daripada cintanya kepada orang tuanya, anak2nya dan cinta kepada manusia keseluruhannya"
Maksud hadis ini selagi kita tak mencintai nabi lebih daripada mencintai yang lain-lain (3 bentuk di atas) tidaklah kita dikatakan mencintai Rasulullah saw, dan tidaklah mencintai Allah dan tidaklah dikatakan beriman. Jadi bila kita kata cinta Nabi, cinta tu bkn sekadar hormat, sayang dan saling memerlukan.
Contoh mencintai Nabi:
Allah berfirman:
"Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya". (Al-Hasyr [ 59 ] : 9)
Ayat ini adalah kisah kaum Ansar yang begitu mencintai kaum Muhajirin (Nabi saw termasuk dalam kaum Muhajirin). Cinta mereka adalah Lillahi Ta'ala. Mereka mengutamakan orang lain lebih daripada diri mereka. Hampir kesemua orang-orang Ansar ketika Nabi berhijrah ke Medinah menghiaskan rumah mereka supaya Nabi saw dapat tinggal dengan mereka, namun dengan kebijaksanaan Nabi yang menyerahkan kepada unta baginda, Allah mengilhamkan unta untuk berhenti di hadapan rumah salah seorang kaum Ansar. Orang-orang Ansar ini bukanlah orang kaya namun mereka sanggup berkorban untuk memberi tempat tinggal kepada baginda Rasulullah. Tujuan mereka buat semua ini bukan kerana uda udang di sebalik batu tetapi kerana mereka mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada yang lain.
Turut ikut berhijrah bersama-sama Nabi ialah sahabat-sahabat, ada antara mereka dah kaya raya semasa di Mekah namun mereka tinggalkan kekayaan, ada yang tinggalkan anak isteri, ibu dan ayah, kerana apa? itulah cinta mereka lebih kepada Allah dan rasul-Nya. Mereka sanggup berkorban apa sahaja.
Jika cinta Rasulullah saw, kita tidak boleh mendahului (memandai-mandai) bahkan jangan menguatkan suara melebihi suara Nabi. Allah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. (Al-Hujarat [49] : 2)
Maksud ayat ini ialah (jika dulu bolehlah dikatakan suara baginda) tetapi sekarang Rasulullah saw telah tiada, jadi kini suara itu lebih bermaksud kepada pendapat baginda. Maksudnya kita tidak boleh bertentangan pendapat dengan apa yang Rasulullah saw ajarkan kepada kita.
Allah telah turunkan wahyu-Nya kepada Nabi kita yang mulia, kitapun dah banyak mempelajari sirah baginda, tinggal lagi sama ada kita nak turut atau tidak sahaja. Allah dah beri petunjuk dengan fitrah yang suci serta hidayah taufik, kita dah jadi orang-orang Islam dan kita telah beriman. namun adakah kita ikut sepenuhnya apa yang Allah firmankan di atas.
Adakah kita sanggup berkorban seperti ini?
Marilah kita berusaha bersma-sama memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat agar kita diredhai Allah.
Ya Allah, jadikanlah diri kami benar-benar Muslim berserah diri dengan mengatakan sebagaimana Nabi Ibrahim selalu berkata "Kami dengar dan Kami taat", tetapkanlah kami di jalan yang lurus. Aamiin.
Ya Nabii Salam 'alaika, Ya Rasul salam 'alaika, Ya habib salam 'alaika, Salawatullah 'alaika.
p/s; tadi baca tentang sambutan maulidurrasul di sini daripada sana boleh aksess ke blog lain pula.

tak banyak sikit dapat menyelami rasa cinta pada nabi s.a.w pon dah kira ok gak jangan samapai dorang ingat berarak ramai-ramai tu pasal nak dapat makan atau baju free sudah le
ReplyDeleteSalam kak..:)
ReplyDeleteSungguh cinta Rasulullah kepada kita amat mendalam hingga bila baginda di ambang sakaratul maut pun masih ingat dgn umatnya. Agung cintanya.
Pesannya selalu bermain di fikiran, Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan Al Qur’an. Barang siapa mencintai sunnahku, berati mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk surga bersama aku.
Semoga kakak sihat dan dpt beribadah dgn sempurna..:)
Salam Kak :)
ReplyDeleteSama-sama kita ambil iktibar daripada sambutan maulidurrasul ini. Kelahiran baginda telah memberi 'pencerahan' kepada seluruh alam...kegelapan digantikan dengan cahaya,kezaliman digantikan dengan keadilan, kekacauan digantikan dengan keamanan, pendustaan digantikan dengan kebenaran..sehingga hidup kita disinari dengan cahaya Islam. Semoga nikmat Islam ini akan dapat kita manfaatkan sebaik mungkin.
Salam Cemomoi,
ReplyDeleteSebagai tanda cinta kita kepada baginda saw, hendaklah kita berusaha bersungguh tidak melakukan apa yang dibenci baginda. Dan hendaklah kita ikhlas. Mudah2an kita dilindungi daripada perkara-perkara yang membawa keburukan kepada kita.
Jika kita ada rasa cinta kepada baginda itu adalah cinta tahap pertama yakni kita kenal dan kita rasa sayang sama seperti cinta pandang pertama. kena diusahakan hingga dapat tingkatkan cinta ke peringkat yang lebih tinggai. Mudah2an bila ada niat Allah tolong. InsyaAllah.
Salam Abd Razak,
ReplyDeleteAlhamdulillah kak sihat, terima kasih kerana selalu mendoakan kak. Semoga ikatan ukhwah ini berkekalan.
Memang besar pengorbanan baginda saw kepada kita (tak terbalas), apa yang tidak dilakukan oleh baginda, (baginda selalu berlapar sehari kenyang sehari tapi kita bagaimana dan banyak lagi) sehingga bagindalah yang sepatutnya kita jadikan contoh ikutan. Akhlaknya yang agung diiktiraf oleh Allah.
Sayugialah kita ingat saat pemergiannya itu, ketika diambang sakaratul maut masih mengingati kita, seandainya kita tak ingat akan hal itu apakah yang harus dilebelkan kepada kita.
Mudah-mudahan kita dapat berusaha keras memperbaiki diri kita, supaya barulah kita akan dapat syafaat di sana di tempat yang abadi. Amiin.
Salam Ros,
ReplyDeleteYa! semoga kita selalu ingat akan pengorbanan dan jasa Nabi kita Muhammad saw setiap saat. Mudah2an dengan demikian Allah menambahkan lagi hidayah kepada kita, dan semoga kita diberikan kekuatan untuk menjalankan ibadah dengan sempurna. Amiin.
Salam Werdah. Semoga kita semua mendapat syafaat daripada baginda junjungan mulia Muhammad s.a.w walaupun kadang kala kita sering terlupa kepadanya meskipun dilidah kita sering melafazkan "Allahumma solli 'ala saidina Muhammad, wa 'ala ali saidina Muhammad" ketika solat...
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDeleteIngat nak singgah kejap :) Tp panjang pula kuliah ni ... hehe.
Aslmkm.

Salam Samsudin
ReplyDeleteYa mudah2an. Sesungguhnya banyak lagi tanda2 kecintaan kepada baginda saw tidak kita (diri kak) laksanakan. Terasa takut dan bimbang namun berharap sangat dapat husnul khatimah dgn dapat tetap dalam kalimah tauhid. Sama-samalah kita berusaha meningkatkan kualiti ketakwaan dan mengharapkan syafaat daripada baginda saw dan rahmat daripada Allah swt.
Salam DDr Fauziah.
ReplyDeleteTakpa lama-lama pun. kak ni tak pandai nak tulis pendek-pendek. itu satu kelemahan diri ini. Kalau dalam BM (SPM) merumus karangan tersangatlah susahnya.
assalammualaikum kak werdah
ReplyDeletememang dalam hati dipasang azam untuk lebih menyintai Rasulullah
wa'alaikumussalam normah,
ReplyDeletesungguh kita berazam, harap dapatlah kita istiqamah, mudah2an Allah tolong kita selepas kita berusaha. amiin
Betapa cintanya Rasul buat ummatnya...
ReplyDeleteBetapa cintanya Rasul buat ummatnya...
ReplyDeleteSalam qaseh um masyitah.
ReplyDeleteYa, dengan sebab itu kita kena berusaha bersungguh supaya nanti dirahmati Allah dan diizinkan olehNya untuk diberikan syafaat oleh Rasulullah saw.