Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Kalimah al-Hakim bermaksud yang maha Menghalangi, Maha Bijaksana, mengerti sesuatu yang paling baik daripada yang baik, yang lebih utama daripada yang utama, yang lebih bermanfaat daripada yang bermanfaat atau dengan pengertian yang mudah; Allah al-Hakim ialah Allah Maha Mengetahui bahawa segala keputusan, perbuatan, ciptaanNya adalah yang terbaik (Allah memilih yang terbaik kepada makhlukNya). Bukan sahaja daripada segi penciptaanNya malah hukum dan ketetapanNya juga adalah terbaik. Orang yang faham akan sifat Allah al-Hakim ini akan menerima apa sahaja ketetapan Allah swt kepadanya.
Semua yang ditentukan oleh Allah swt adalah terbaik, jika kita tak dapat melihat kebaikannya pun jangan sekali-kali kita menuduh Allah memberikan keburukan. Kita tak nampak kebaikannya sebab kita terlalu jahil untuk mengetahui kebijaksanaan Allah.
Jika kita mohon bertahun-tahun lamanya kepada Allah, dan kita memang amat berhajat permohonan kita dikabulkan. Allah tak tunaikan permohonan kita tentu ada sebabnya, tentu ada kebaikannya.
Al-Hakim juga bermaksud menghalangi berlakunya mudharat atau kesusahan yang lebih besar serta memberi kemuslahatan yang lebih baik.
Allah sentiasa terpuji walaupun dalam kita menghadapi musibah. Umpama seorang mengalami kemalangan, jatuh gaung, keretanya remuk, jika lihat keadaannya tentu orang tu boleh maut, namun dia hanya patah kaki. Orang ini wajib memuji Allah swt kerana Allah melindunginya daripada mudharat yang lebih teruk.
Orang yang Allah bagi hikmah atau kebijaksanaan haruslah tahu memilih yang terbaik daripada yang baik dan berusaha menghalangi berlaku lebih mudharat.
Al-Hakim juga membawa maksud bersesuaian antara amalan dengan ilmu (perbuatan dengan pengetahuan). Sebelum Allah mencipta sesuatu DIA telahpun tahu daripada apa DIA hendak cipta, bentuk yang bagaimana DIA nak hasilkan semuanya dalam pengetahuanNya.
Jadi sebagai manusia kita tahu apa yang halal dan apa yang haram, kita kena buat ikut apa yang dah dipelajari, contoh dah belajar cara-cara solat dan sebagainya, buatlah sebagaimana yang diajarkan. Bila dah tahu tak boleh berbohong maka bercakap benarlah. Inilah yang dikatakan bertindak bersesuaian dengan apa yang difahami. Orang-orang ini Allah beri khabar gembira dimasukkan ke dalam syurga kerana mereka berusaha mendengar ajaran-ajaran Allah dan memilih untuk mengikut yang terbaik dan terus menerus istiqamah berada di jalan Allah.
Sekian, semoga memberi manfaat dan menambah ilmu.. amiin

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata". (Al-Ahzab [ 33 ] : 36)
Semua yang ditentukan oleh Allah swt adalah terbaik, jika kita tak dapat melihat kebaikannya pun jangan sekali-kali kita menuduh Allah memberikan keburukan. Kita tak nampak kebaikannya sebab kita terlalu jahil untuk mengetahui kebijaksanaan Allah.
Jika kita mohon bertahun-tahun lamanya kepada Allah, dan kita memang amat berhajat permohonan kita dikabulkan. Allah tak tunaikan permohonan kita tentu ada sebabnya, tentu ada kebaikannya.
Al-Hakim juga bermaksud menghalangi berlakunya mudharat atau kesusahan yang lebih besar serta memberi kemuslahatan yang lebih baik.
"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya". (al-Baqarah [ 2 ] : 269)
Allah sentiasa terpuji walaupun dalam kita menghadapi musibah. Umpama seorang mengalami kemalangan, jatuh gaung, keretanya remuk, jika lihat keadaannya tentu orang tu boleh maut, namun dia hanya patah kaki. Orang ini wajib memuji Allah swt kerana Allah melindunginya daripada mudharat yang lebih teruk.
Orang yang Allah bagi hikmah atau kebijaksanaan haruslah tahu memilih yang terbaik daripada yang baik dan berusaha menghalangi berlaku lebih mudharat.
Al-Hakim juga membawa maksud bersesuaian antara amalan dengan ilmu (perbuatan dengan pengetahuan). Sebelum Allah mencipta sesuatu DIA telahpun tahu daripada apa DIA hendak cipta, bentuk yang bagaimana DIA nak hasilkan semuanya dalam pengetahuanNya.
Jadi sebagai manusia kita tahu apa yang halal dan apa yang haram, kita kena buat ikut apa yang dah dipelajari, contoh dah belajar cara-cara solat dan sebagainya, buatlah sebagaimana yang diajarkan. Bila dah tahu tak boleh berbohong maka bercakap benarlah. Inilah yang dikatakan bertindak bersesuaian dengan apa yang difahami. Orang-orang ini Allah beri khabar gembira dimasukkan ke dalam syurga kerana mereka berusaha mendengar ajaran-ajaran Allah dan memilih untuk mengikut yang terbaik dan terus menerus istiqamah berada di jalan Allah.
"Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna". (Az-Zumar [ 39 ] : 17 - 18)Dalam ayat di atas ada 3 keberuntungan kepada orang-orang yang berusaha memilih yang terbaik (yakni yang ada hikmah): Yang pertama; dijanjikan syurga, kedua, Allah akan sentiasa berikan hidayah dan yang ketiga dimasukkan ke dalam golongan ulul albab. Siapakah ulul albab ini? "(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (Ali-'Imran [ 3 ] : 191). Iaitu orang-orang yang berilmu dan yang beriman. Kedua-dua sifat ini ada pada mereka.
Sekian, semoga memberi manfaat dan menambah ilmu.. amiin
Salam Werdah, dengan benar-benar memahami Sifat Allah, hidup kita akan tenteram. Kebanyak doa-doa babah termakbul selepas beberapa tahun memohon. Ada juga yang "instant", biasaya hajat yang diminta melalui solat hajat selepas usaha lain menempuh jalan buntu. Semua ini melegakan hati kerana kita tahu Allah mendengar rintihan kita. Terima kasih Werdah. Saya akan memindahkan link Werdah ke rakan dakwah. Di sana lebih sesuai untuk blog Werdah.
ReplyDeleteassalammualaikum kak werdah
ReplyDeletememang ada kala doa yang dipanjat bertahun lamanya masih belum kesampaian
namun saya pasti Allah akan kurniakan yang terbaik
Salam Kak Werdah..
ReplyDeleteZai ni boleh dikatakan antara hambaNYA yg sgt kurang bersyukur kerana walaupun banyak doa2 zai dimakbulkan tapi zai sentiasa masih merasa tidak puas..
YA ALLAH..kau ampunilah dosa hambaMU ini yang masih tidak mempunyai kesedaran dan keinsafan tentang betapa luasnya rahmat dan kasih sayangmu kepada kami sebagai hamba2MU..
Terima kasih kak werdah atas tazkirah yg menyentuh hati.
salam samsudin,
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Begitulah Allah menyuruh kita mengenaliNya.. dan Allah beri kepada sesiapa sahaja yang meminta, malah tak mintapun Allah beri, dan Allah sentiasa memberi, memberi tak pernah minta dibalas, banyak pula pemberianNya.. alhamdulillah kerana tetap istiqamah berdoa, semoga diri kak juga dapat buat seperti yang samsudin amalkan.. insyaAllah.
Mudah2an juga apa yang ditulis dapat memberikan manfaat buat sesiapa yang membacanya. terima kasih.
salam Normah,
ReplyDeletememang kita kena yakin bahawa Allah mempunyai segala sifat-sifat keagungan, kemuliaan dan Allah memang memberikan terbaik buat makhluk ciptaanNya. Jika kita lihat sesuatu yang buruk pada pandangan kita itu adalah pandangan kita sahaja, tidak pada pandangan Allah.
Salam Zai,
ReplyDeleteAntara doa-doa untuk diberikan rasa bersyukur dalam diri kita ialah doa Nabi Sulaiman, "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (An-Naml : 19)
Zai boleh tengok dalam bahasa al-Quran dan amalkan selain doa-doa yang lain. insyaAllah.
Kak yakin Zai bukanlah seorang yang tidak bersyukur, cuma perasaan merendah diri sahaja.. mudah2an kita dapat selalu merendah diri (tawadhu') kerana Allah tidak suka kepada orang-orang berkelakuan sebaliknya.
Zai, hilang kerinduan kpd Zai, semalam teringat-ingatkan Zai (senyum meleret ni)
Salam kak..
ReplyDeleteBerkata benar, menunaikan amanah dan meninggalkan apa saja yang tidak berguna bagi diri kita.
Diriwayatkan dari Al Hasan, dia berkata: “Tanda bahawa Allah menjauh dari seseorang iaitu apabila orang itu sibuk dengan hal-hal yang tidak berguna bagi kepentingan akhiratnya."
**Moga kakak sihat sentiasa**
Salam Abd Razak,
ReplyDeleteterima kasih atas nasihat dan doa dpmu.. semoga kita dapat meningkatkan kekuatan dan upaya kita menjauhkan perkara-perkara yang sia-sia. terima kasih juga kerana follow blog kak.. kak alhamdulillah 'ala kullihal.. semoga Abd Razak juga sentiasa dirahmati Allah.. Amiin
Salam kak,entry akak ni membuatkan saya merasakan seolah2 tak bersyukur dengan nikmat Allah yang terllalu banyak tuk dihitung.
ReplyDeletep/s: semoga Allah beri kekuatan pada kak Werdah untuk terus berkongsi ilmu di sini...
Salam qaseh um masyitah,
ReplyDeleteinsyaAllah selapas ni kita tanamkan dalam hati kita nak selalu ingat akan nikmat yang dah banyak Allah bagi kepada kita. DIA cuma nak uji sedikit sahaja kepada kita, nak tengok kita bersyukur ke tak..
p/s doamu buat kak amat kak hargai.. amiin.
doa kak juga buatmu, semoga sentiasa dirahmati Allah.
banyak orang menggunakan Asma' al-Husna dan nama para anbia malangnya tidak dapat menggambarkan peribadi yang sepatutnya... ke mana agaknya hilang rahmat disebalik nama tersebut
ReplyDeleteSalam cemomoi,
ReplyDeleteZikrullah bukan sekadar wirid (disebut berulang-ulang kali malah mengira dengan tasbih) tetapi zikrullah adalah menyebut, meresap ke dalam jiwa dgn menghayati apa yang diwiridkan, jika sebut Allah Al-Kabiir (cth), hanya Allah yang Maha Besar, yg lain semuanya kecil, rendah, lemah, kotor dan pelbagai sifat hina yg lain, dgn meresapkan perasaan sedemikian barulah peribadi mulia dapat dibentuk. Itulah khusyuk namanya, takut yg disusuli gementar bila nama Allah disebut, sebagaimana para nabi dan solofussaleh beramal ibadah, bila khusyuk barulah sgl tindakan yg dibuat memikirkan apa ganjaran dan balasan yg akan diterima, tetapi bkn mengharapkan dp makhluk lain ttp dp rahamat Allah. Kena ada ihsan dalam jiwa, jika kita tak nampak Allah, Allah nampak kita. Memang kena latih dgn bersungguh-sungguh utk dpt khusyuk mengingati Allah..
Salam Anak Pendang Sekeluarga,
ReplyDeletesaya dah ke sana n beri komen,