Saturday, November 27, 2010

Perhatikan burung-burung ini.....

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Semua.


Allah berfirman:


Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. (An-Nahl 16] : 79)


Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa)
sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui
(menurut keadaan semula jadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya
kepada Allah dan memujiNya dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.(An-Nur [24] : 41)


Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada)
burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya
(daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah.
Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Mulk [67] : 19)


Semuanya yang di atas ini disalin daripada Aku Ingin Mendidik Hatiku - Sucikanlah

Sekarang mari kita perhatikan pula ayat-ayat di bawah:

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah),


Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai,

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Dalam ayat akhir surah an-Nasr ini Allah menyuruh Nabi Muhammad saw mensucikan Allah dan memohon ampun. Kenapa? Sedangkan ayat sebelumnya menyatakan kejayaan Nabi memasuki dan menawan Mekah daripada kaum Musyrikin serta begitu ramai pula kaum Musyrikin Mekah masuk ke dalam Islam.

Mengikut sebahagian para mufassirin, ayat ini ingin menyatakan bahawa Allah menyuruh kita sentiasa bertasbih serta memohon ampun setiap kali kita berjaya menunaikan sesuatu amal soleh. Kenapa, sebabnya yang pertama mungkin timbul rasa ujub selepas menunaikan satu-satu amalan kita rasa kita dah berjaya, tanpa kita ingat bahawa semuanya itu dengan pertolongan Allah SWT (La haw la wala quwwata illa billah), kedua, mungkin kita banyak melakukan kesilapan dalam setiap ibadah kita, ada cacat cela, umpama dalam solat kita, kita tidak khusyuk, dalam sedekah dan haji kita harapkan pujian dan sebagainya.

Kemudian ingat lagi tak kisah Nabi Zakaria ketika bermunajat kepada Allah agar dikurniakan zuriat.. apakah doanya? Baginda mendoakan agar dapat anak yang soleh.. apa yang Allah suruh baginda lakukan? Tiga hari baginda tidak berkata-kata perkataan lain selain mensucikan Allah, memuji dan mengerjakan solat (mengingati Allah setiap saat).

Nabi Zakaria berkata lagi: Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung). Allah berfirman: Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja dan ingatlah kepada Tuhanmu banyak-banyak dan bertasbihlah memuji Allah, pada waktu malam dan pada waktu pagi. (ali-Imran [3] : 41)

Sangat suka lihat burung berterbangan di udara.. Maha Suci Allah..

Semoga memberi manfaat..

24 comments:

  1. Assalamualaikum ya Kak werdah...

    Semoga kakak beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa dalam redha~Nya..

    Berkata Imam al-Hakim, "Kamu dapat meraihnya dengan membersihkan hati, sebab keyakinan itu suci sehingga hanya bertempat di wadah yang juga suci. Lalu, bagaimana cara menyucikan hati?

    Dengan meninggalkan segala hal yang meresahkan hati dan dengan melatih hati untuk bisa dikendalikan, sehingga hati lembut dan peka.

    Di samping itu, jauhkanlah hati dari ketergantungan dan kecenderungan kepada hawa nafsu.

    Jika kamu berhasil melakukan ini semua, hatimu cemerlang bagai cermin tanpa noda, sehingga setiap kali memikirkan peristiwa akhirat, peristiwa itu tampak nyata (bagi mata hatimu)."

    ReplyDelete
  2. salam...
    maha suci Allah..
    rasanya setiap perkara
    jika di amati akan melahirkan
    keinsafan pada mereka yang
    mengetahuinya...ibarat memerhatikan
    air sungai mengalir,matahari terbenam dan sebagainya..

    ReplyDelete
  3. salam
    burung lambang kebebasan yang diciptakan untuk mereka yang mahu berfikir

    sebahagian dari kita mengurung burung hanya kerena mahu mendengar suaranya

    kasihan burung

    ReplyDelete
  4. ma khalaqta haza batila subhanaka faqina azabannar

    moga ia dapat menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah

    ReplyDelete
  5. Salam Abd Razak.

    Terima kasih atas doa, semoga Abd Razak juga beroleh redha Allah.

    Terima kasih kerana tambah maklumat.

    Untuk mensucikan hati perlu kenal tingkatan iman dan tingkatan nafsu.

    Wadah hati perlu kepada mengenalpasti kekuatan dan kelemahannya.. proses mengosongkannya daripada sifat-sifat mazmumah adalah perlu.. mujahadah melawan nafsu perlu kuat.. kedua perlu masukkan/gantikan dengan sifat mahmudah.. dan akhirnya menampakkan dengan jelas sifat-sifat takwa.. mudah2an dapatlah kita bersihkan hati dengan merenung segala-galanya dengan mata hati kita..

    Ya Allah bantulah kami semua...

    ReplyDelete
  6. Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Mudah2an dapat manfaatnya.. dengan izin Allah jua menulis info ini...

    ReplyDelete
  7. Salam Zulkbo

    Diriwayatkan ketika ayat 190 dan 191 aurah ali Imran diturunkan Nabi Muhammad saw menangis bercucuran air mata sehinggalah Bilal mengumandangkan azan subuh.. Nabi bimbang ramai umatnya tidak menghayati ciptaan Allah.. setiap ayat-ayat kauniyah Allah (tanda-tanda pada penciptaanNya) terdapat tanda-tanda kebesaran Allah.

    Lagi pula Allah tidak malu menggunakan perumpamaan kepada contohnya nyamuk, lalat.. dsbnya kerana di sana banyak hikmah kepada manusia dan alam seluruhnya.

    ReplyDelete
  8. Salam tehr

    Selain lambang kebebasan, ciptaanNya ini dijadikan sumber ilham oleh perekacipta mencipta kapal terbang.. sungguh beruntung bagi mereka yang berfikir.. namun amat malang bagi mereka yang hanya gemar suara burung dan menyiksanya.. terfikir atau tidak betapa inginnya burung itu terbang mencari rezeki, berkeluarga dan sebagainya.. mudah2an kita dijauhi daripada berbuat sedemikian (Na'uzubillahi min zalik)...

    ReplyDelete
  9. Salam cemomoi.

    Allahumma Amiin.. inilah doa menghinadari kita daripada azab api neraka.. sambil merenunga kejadian alam kita bertafakkur dan bertazakkur...

    ReplyDelete
  10. salam k werdah ..
    lanjutan pd kisah zakaria tu,

    ade juge kisah ibrahim yg kisahnye mcm tu juge,

    kisah dia memohon doa pd allah utk di berikan anak ..
    ayat as sooffaat ayat 100-102

    dan bersyukurnye kpd allah terhadap di makbulkan doa bukan sahaje dgn seorg anak malah malah 2 org, ismail dan ishak,
    satu dari siti hajar dan satu lagi dari siti sarah ..
    ayat ibrahim ayat 39,

    aby tk dapat pastekan ayat tu sbb web quran tk dapat masuk ...
    boleh k werdah paparkan ayat tu kt sini.

    sumber yg aby dapat mase kuliah alhamdullillah, bile sampai hamba puji allah ...

    ibrahim juge dapat anak lewat..
    ngikut riwayah umo 46 thn

    ReplyDelete
  11. Salam aby.

    Kisah Nabi Ibrahim:

    "Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan. (Ibrahim 14:39) |

    "Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub. (Hud 11:71)

    sterinya berkata: "Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan". (Hud 11:72)

    Malaikat-malaikat itu berkata: "Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya". (Hud 11:73)

    (Setelah dilihatnya mereka mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: "Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim)". Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan. (Adz-Dzaariyaat 51:28)

    (Mendengarkan berita yang mengembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?" (Adz-Dzaariyaat 51:29) (isterinya ini ailah Sarah ibu Nabi Ishak)

    Mereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui". (Adz-Dzaariyaat 51:30)

    Manakala ayat

    " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" (As-Saaffaat 37:100)

    Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar. (As-Saaffaat 37:101)(anaknya Ismail)

    Jika kita perhatikan.. nabi Ibrahim ni sami'na wa ata'na.. maka doanya pasti makbul..

    Dalam tafsir Allahyarham Ahmad sonhadji yang kak rujuk ni katanya umur sarah masa tu 90 tahun dan nabi Ibrahim 120 tahun.. Allahyarham rujuk Tafsir Hasyiatul Jamal..

    ReplyDelete
  12. Maha suci Allah...
    kitaaaaa terlalu kerdil,,,..

    ReplyDelete
  13. Salam Lana

    Subhanallah, walhamdulillah wa la ilaha illallah, la haw la wala quwwata illa billah....

    ReplyDelete
  14. Salam my dear sis werdah..:)

    Kebesaran Ilahi..yang Maha Mencipta..
    syukur!

    ReplyDelete
  15. Salam Tinie

    Allahu Akbar walillahilhamd...

    ReplyDelete
  16. Salam ukhwah dan salam ziarah :)

    Hebatnye Allah...

    ReplyDelete
  17. Salam HASRUL NIZAM

    Kerdilnya kita...

    ReplyDelete
  18. salam kak,
    semoga sentiasa dlm redha-Nya.

    subhanallah & jazakallah khier kerana sudi bkongsi peringatan yg menyentuh hati.

    ReplyDelete
  19. salam kak werdah..maaf krna jarang sdh berkunjung..maklum lah..sy sdh jarang membuka blog ni.huhu...

    sy doakan muga akak akan terus berdakwah..untuk manfaat bersama
    :)

    ReplyDelete
  20. Salam piewahid

    Terima kasih atas doa. Kak alhamdulillah 'ala kullihaal, semoga piewahid juga sihat dan diredhai Allah.

    Mudah2an kita ambil iktibar daripada ayat-ayat Allah.. Maha Suci Allah.

    ReplyDelete
  21. Salam syah

    Terima kasih atas doa syah.. semoga Allah berikan kekuatan juga bauat syah.. Allahumma Amiin

    ReplyDelete
  22. Salam si para-para

    InsyaAllah.. kita juga berusaha supaya banyak bertasbih kepadaNYA

    ReplyDelete

Sesiapa yang bermuhasabah tentang dirinya maka mereka tidak akan membiarkan ruang dan masa untuk melakukan perkara-perkara yang batil dan fahsya'. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Mereka akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang dilakukannya terhadap Allah SWT kerana takutnya kepada kekuasaan-Nya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan.