Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Friday, June 5, 2009

Reflexology


Selepas berhenti buat Qi Gong saya buat pula refleksologi.. sahabat saya kenalkan dengan seorang ahli refleksologi.. orangnya muda lagi dalam lengkongan 30-an.. seorang guru sekolah rendah.. tinggal di Taman Sri Gombak.

Saya setuju nak buat refkleksologi ni kerana saya ingin mencuba.. manalah tahu kali ini usaha kami akan menghilangkan sakit seterusnya menyembuhkan slipped dics saya..dengan izin Allah.

Sebenarnya sebelum operate saya dah cuba cara ini.. adik ipar saya bawa berjumpa seorang ahli refleksologi.. iaitu pada tahun 1997 semasa saya mengalami sakit betis yang amat sangat.. masa tu belum tahu lagi saya ada slipped dics.. masa pemuda ini (umurnya baru 20 tahun ketika itu) urut ibu jari saya.. dia meminta maaf dengan saya.. katanya: "Kak! maaf ya, kak ini menurut saya seorang yang obesiti, pakai cermin mata dan dah tak ada haid"

Orang muda ini seorang yang tidak dapat melihat sejak kecil..subhanaallah.. tapi dia dapat tahu semua tu dari urutan pada ibu jari kaki saya.. benar kata dia.. berat saya tatkala itu 65 kg.. memang pakai cermin mata dan saya memang dah tak haid kerana saya dah buang rahim pada 1995 akibat ketumbuhan dalam rahim sebesar genggaman tangan.. rezeki saya dengan pemuda ni tak ada.. mungkin saya tak ulang banyak kali berurut dengan dia.. tak pasti hanya Allah saja yang tahu..

Berbalik pada orang muda 30-an dan guru ini.. saya yakin sebab saya dah pernah cuba sebelum ini.. harapan berbunga lagi.. entah2 kali ini berjaya.. mudah2an Allah sembuhkan..

Sambil berurut dengan orang muda ini, dia memberitahu bahawa dia juga pernah alami slipped dics ini.. teruk sangat katanya, hinggakan apabila hendak berbaring atau bangun daripada tidur dia memerlukan 4 orang membantunya.. kerana badannya tak boleh dibengkokkan.. dia menemui ramai doktor.. lalu dia tercerita tentang perjumpaannya dengan seorang doktor..

Dia kata:"Kak nak tau, ada seorang doktor yang saya jumpa ni boleh buat tawaran sebab beriya2 nak operate saya.. bila saya tak setuju nak operate dia suruh nurse dia telefon bagi tahu kos boleh dikurangkan daripada RM6500 ke RM5000.. saya tolah tawaran tu sebab ada doktor lain nasihat jangan operate.. risiko operate ni banyak".

Saya pun tanya siapa doktor tu.. dia kata doktor dot..dot..dot.. aa doktor yang operate saya..

Jadi orang muda ni tegas tak nak operate.. rezeki dia lah.. tak macam saya.. dia buat rawatan menerusi kaedah refleksolgi.. alhamdulillah dia sembuh.. boleh mengajar semula.. lalu dia tekad belajar refleksolgi ini di Jalan Klang Lama.. dan alhamdulillah dia banyak membantu orang2 yang bermasalah dengan pelbagai penyakit.. MaasyaAllah..

Saya buat refleksologi ni dengan dia banyak kali juga tetapi disebabkan saya dah dioperate dan digam susah nak pulih.. dia pun kata begitu.. itulah disebabkan silap buat keputusan.. saya jadi begini.. mudah2an dapat diambil iktibar oleh orang lain..amiin..

Monday, April 20, 2009

::Buku oh Buku::

Semalam macam je nak ikut ina g Pameran Buku Antarabangsa kat PWTC.. seronok kalau dapat pergi.. tapi pinggang ni kata jangan pergi.. kalau pergi terhuyun-huyun dilanggar dik ramai pengunjung.. tahun lepas pun tak pergi walaupun keinginan nak pergi tu Allah saja yang tahu..tahun lepas kirim kat ida beli buku.. seperti biasa dia orang akan bawa ain dan jihah n aman sekali..tahun ni razi pun ikut..razi pun beli story book..hari ni razi agak seronok baca story book sebelum g nursery..

Saya tak pergi tapi beli jugalah bbp buah buku hasil tangan ustaz Saiful Islam.. selepas baca catatannya dalam majalah Anis sejak tahun lepas... berminat pula kat dia..minat buku2 dialah..dp biodata dia..umurnya setahun lebih tua daripada anak sulung kami..Hada Syahme pastu kebetulan sebelum ni anak kedua saya Juhairi beli buku aku terima nikahnya buku 1.. habis sudah dibaca.. alhamdulillah.. kurniaan Allah bakat menulis kapada hambaNya.. dapat berdakwah.. semalam beli 3 buah buku ustaz tu yang disediakan dalam beg.. aku terima nikahnya 1, aku terima nikahnya 2 dan rindu bau pohon tin..blog ustaz ni juga kerap menjadi tatapan..

Selain itu beli juga buku2 karangan Ustaz Nik Abdul Aziz.. minat sangat baca buku dia sejak akhir2 ni.. buku isterinya juga turut dibeli..bidadari dari timur.. Buku Nik Aziz lak Kemilau peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat.. Bunga Kebahagiaan dan telaga budi.. penerbitan Anbakri Publika..

Semalam juga mula membaca salah satu daripada buku-buku tu..

Cerita fasal buku ni banyak jugalah koleksi..

Satu ketika adalah penjual buku-buku agama terdiri daripada wanita dan kanak2.. selalulah datang ke rumah.. selalunya.. dik kerana kesihan.. maklumlah fikirkan kalau tak kerana susah kehidupan mereka takkan mereka nak mencari rezeki cara itu.. selalu beli dan selalu juga beri minum.. harga buku lak dia orang mark up kalau 10rm jadi 15rm.. tapi macam kata tadi dek kesian.. belilah hingga sampai pada satu tahap adalah seorang hamba Allah perempuan penjual buku umur lengkungan 40an.. orang burma.. dah macam seronok pula dia nak jual buku kpd kita.. kita pun dik fikirkan tak upaya nak ke kedai buku belilah dp dia..

Setiap minggu dia datang..setiap kali itu pula saya membeli.. tak ada niat lain cuma nak tolong dia..hinggalah pada suatu hari jumaat saya kehilangan handpone.. bukan menuduh dia tapi itulah kenyataannya.. sebab saya kata gitu hanya saya seorang saja kat rumah bila dia datang dan hp disisi.. saya tinggalkan sekejap je kerana ke tandas sblm membayar harga buku..bila saya sedar hp tu hilang dah 2 jam berlalu.. bila tpon voice message je bunyi .. selepas tu dia tak datang2 lagi .. tapi saya dah maafkan dia.. semoga Allah bagi petunjuk kat dia.. janganlah ambil kesempatan terhadap kebaikan orang.. dan sejak itu saya pun mulalah guna peribahasa buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali.. kalau ada yang dtg jual apa2 je saya tak buka dah pintu.. kalau beli pun hulur je tangan melalui celah2 grill..

Selain buku-buku tadi ina beli juga majalah anis tahun 2008 yang dah dibinding serta buku Sedarkah kamu Wahai Manusia - himpunan Hadis dan al Quran..jenuhlah membaca selepas ni..

Thursday, April 2, 2009

Mula Bangkit Kembali

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji tertentu hanya milik Allah. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad, keluarga serta para sahabat serta yang mengikuti baginda hingga ke hari kiamat.

Hari ini mula berblog.. timbul keinginan untuk mencatatkan pengalaman pahit manis kehidupan. Saya namakannya Bangkit Kembali kerana saya pasrah dengan usaha dan harapan agar saya dapat meraih kembali apa-apa yang telah ditinggalkan di belakang yang belum dapat digapai. Kedaan kesihatan saya amat merisaukan. Namun begitu saya tak boleh berkeluh kesah. Saya harus berusaha membina kembali apa yang telah hilang. Saya harus menaruh harapan dan tidak harus berburuk sangka.. Benarlah nikmat kesihatan dan masa yang terluang perlu kita syukuri dengan sebenar-benarnya.

Hari ini juga merupakan hari jadi saya ke 58 dah tua dan semakin pendek langkah ke pengakhiran..cita-cita banyak sebenarnya dan banyak juga yang tercapai..masa kecil-kecil dulu semasa di sek rendah di kampung halaman tempat kelahiran; bercita-cita nak jadi guru besar tapi tercapai setakat guru penolong kanan dan guru kanan bidang je.. alhamdulillah.. bila dah kahwin bercita-cita-cita nak 6 orang anak. alhamdulillah dapat 5 orang.. masa mula kerja, jadi cikgu biasa dg kelulusan diploma tanpa sijil guru .. jd cita-cita masa tu nak dptkan ijazah pula.. alhamdulillah dapat ketika umur 42 tahun..masa sambung belajar jawatan masa tu penolong kanan kira dah dekatlah nak jd guru besar kan! selepas dapat ijazah bercita-cita pula nak tulis buku.. alhamdulillah walaupun banyak rintangan dapat juga menulis, saya tulis buku Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) Tingkatan 4..

(Gambar ni baru dimasukkan pada 2 hb Februari 2012 - Sumber )



Masa tulis buku tu dalam Bahasa Melayu.. tapi selapas PPSMI diperkenalkan buku tu diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris.. saya menulis bersama-sama 2 orang lagi cikgu PKA.. terima kasih kepada kawan-kawan yg banyak memberikan kepercayaan dan sokongan ..dah tulis buku timbul cita-cita nak bawa anak-anak buat umrah..alhamdulillah..kami g buat umrah pada april 2004..menggunakan sebahagian besar daripada wang honororium buku tu..ketika itu saya kira2 6 bulan selepas pembedahan tulang belakang.. pergi ke sana bersama suami, 5 orang anak seorang menantu dan seorang cucu..saya memang bercita-cita nak tulis buku lagi tapi tak taulah boleh ke tak.. maklumlah sakit tulang belakang ni tak mengizinkan bergerak cergas .. malah hampir setiap masa berbaring di atas katil kerana tak tahan duduk lama..

Ada juga cita-cita yang tidak menjadi kenyataan, bagaimanapun akur dgn ketentuan Ilahi. Kita berkehendak dan Allah juga berkehendak.. apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.InsyaAllah....
Related Posts with Thumbnails