Showing posts with label As-Syakur. Show all posts
Showing posts with label As-Syakur. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Doa Nabi Sulaiman as yang patut diteladani


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, segala pujian dan syukur hanya kepada Allah yang selayaknya menerima pujian. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat dan pengikut setia yang istiqamah hingga ke hari akhirat.

Sebelum ini saya ada menulis beberapa siri tentang Allah as-Syakur dan saya berhenti pada Nikmat yang tidak dapat didustakan. Apa yang dicatat di sini merupakan apa yang saya dengar daripada CD Ustaz Kariman.

Kali ini saya sambung tentang wasilah doa dengan nama Allah as-Syakur iaitu doa Nabi Sulaiman as yang patut diteladani. Doa ini terdapat dalam dua ayat di bawah:

1) Dalam surah Al-Ahqaaf surah ke 46 ayat 15

 قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"berdoalah ia dengan berkata:  "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Al-Ahqaaf [ 46 ] : 15) 
2) Dalam surah Al-Naml surah ke 27 ayat 19

 وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
"dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (An-Naml [27 ] : 19).
Nabi Sulaiman dianugerahi kurniaan yang banyak oleh Allah yakni kerajaan, menguasai jin dan manusia yang menjadi bala tenteranya; serta boleh memahami bahasa unggas dan serangga. Nabi Daud as adalah bapa kepada Nabi Sulaiman, baginda juga mendapat anugerah yang banyak daripada Allah swt.

As-Syakur, terambil daripada kata syakara yang bererti "pujian atas kebaikan" serta "penuhnya sesuatu". Keterangan lain menyebutkan bahawa tumbuh-tumbuhan yang boleh tumbuh walaupun dengan sedikit air, atau binatang yang gemuk walaupun dengan sedikit rumput, dalam bahasa Arab juga disebut syakur. Syakara juga bermaksud menampakkan; lawannya kafara yang bermaksud menutup.

Daripada penggunaan istilah ini, maka kata syakur yang menjadi nama dan sifat Allah bererti, "Dia mengembangkan atau memperbanyak balasan yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya, meskipun amalan hambaNya sedikit". Oleh sebab itu, tidak hairan apabila Allah SWT selalu melipatgandakan ganjaran bagi amalan-amalan yang dilakukan oleh hamba-Nya.

As-Syakur yakni nama Allah yang ke 35 diulang sebanyak 10 kali. As-Syakur bermaksud Allah Maha menampakkan, berterima kasih, Allah akan memberikan balasan yang banyak bagi amalan hambaNya yang sedikit, Yang Maha menerima syukur, Maha membalas walaupun menerima balasan yang sangat kecil. Contohnya ahli sihir Firaun yang hanya beriman dalam masa beberapa jam sahaja Allah balas syurga buat mereka. Walaubagaimanapun kita kena ingat bahawa Allah hanya menggunakan sifat as-Syakur terhadap hambanya bila hambanya bersyukur.


Tidak mudah untuk melakukannya sebagaimana yang Allah kehendaki. Nabi Muhammad SAW yang paling mulia dan  faham bagaimana nak mensyukuri nikmat Allah, itupun  baginda sentiasa berdoa "Allahumma a'inni 'ala Zikrika washuyrika wahusni 'ibadatik. (Ya Allah bantulah aku dalam mengingatiMu, mensyukuriMu dan memperbaiki 'ibadatku kepadaMu). Nabi benar-benar sedar betapa tidak mudah mengingati, mensyukuri dan membaiki ibadah tanpa pertolongan Allah. Jika Nabi yang paling mulia dan faham itupun menyedari betapa lemahnya baginda tanpa bantuan Allah apatah lagi kita sebab syukur dalam erti kata yang sebenarnya memang sukar untuk dilaksanakan namun Allah tidak menuntut banyak lebih daripada kemampuan kita. Itu doa nabi Muhammad SAW, manakala doa Nabi Sulaiman as telah ditulis di atas tadi.

Kenapa para nabi pilihan ini pun masih memohon kepada Allah? Jawapannya Allah nak bagi tahu supaya kita sedar betapa tidak mudah melaksanakan perintah bersyukur yang sebenar.

Mari lihat makna  أَوْزِعْنِي dalam doa nabi Sulaiman ini, kita lihat juga makna  هَبْ لِي  hab li dan 'aati' (boleh agaknya anda cari ayat yang ada kalimah 'aati' ni contoh rabbana aatina) juga bermaksud anugerahilah atau kurniakanlah namun Kalimat 'AUZI'NI daripada kata dasar (auza' auzi' tauzi') adalah seperi yang dihuraikan di bawah.

Kalimat 'AUZI'NI dalam ayat itu bermaksud 'distribution' atau 'pengagihan' yakni boleh difahami bahawa Nabi Sulaiman as berdoa dengan berkata; "Wahai Tuhanku, berilah aku ilham supaya aku dapat mengagihkan kekayaan atau nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku dengan baik". Maksudnya jika 'nikmat' itu berupa harta kekayaan, mudah-mudahan baginda dapat kongsikan dengan orang-orang yang memerlukan, jika baginda sihat dapatlah digunakan untuk melakukan amal soleh, begitu juga jika 'nikmat' itu berupa masa yang dikurniakan oleh Allah SWT dapatlah digunakan dengan melakukan amal ibadat yang sempurna yakni tidak membuang masa kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah. Oleh itu sebagai ucapan rasa syukurnya Nabi Sulaiman as berdoa supaya Allah memberi ilham kepadanya; supaya menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur.

Seolah-olah Nabi Sulaiman berkata, "wahai Tuhanku! Berilah aku kemampuan sehingga aku dapat mendistribusikan (mengagih-agihkan) nikmat yang engkau berikan kepadaku sebagaimana yang  Engkau kehendaki".

Kesimpulannya jika kita sudah boleh mengagih-agihkan nikmat Allah sebagaimana yang Allah kehendaki maknanya kita dah bersyukur.

Nikmat Allah kepada kita terlalu banyak. Allah kata kita tidak berupaya mengira atau menghitungnya. Kita diberi nikmat waktu sehari semalam 24jam, kita disuruh agih-agihkan

Untuk diri sendiri sekian %
Untuk orang lain sekian %
Untuk keluarga sekian %
Untuk menghilangkan kebodohan sekian %
Untuk memajukan yang mundur sekian %
Untuk meluruskan yang bengkok sekian %
Untuk rehat sekian %

Kadang-kadang perkara yang perlu peruntukan kecil kita beri besar. Manakala yang besar kita bagi kecil, itu dah tak syukur namanya.

Harta juga nikmat. Allah kata agih-agihkanlah sesuai dengan apa yang dikehendaki Allah. Apa sajalah yang perlu kita bagi besar kita bagi besar,  mana yang perlu sedikit kita bagi sedikit. Jika kita buat mengikut yang sebenar seperti yang Allah kehendaki barulah dinamakan kita bersyukur. Ini tidak mudah, sebab itulah Nabi Sulaiman as dan Nabi Muhammad SAW pun berdoa.

Jika kita gunakan untuk mencari akhirat 1%, mencuci mata 50%, ikut hawa nafsu 49%; ini tak betul, ini namanya tak bersyukur.

Jika kita tunaikan tanggungjawab kepada keluarga 5%, rehat 26%, berbisik dengan kekasih yang menciptanya 0.5 % dan selebihnya membuat perkara-perkara yang tak berfaedah, rugilah dan seharusnya bersedihlah!.

Jika masa makan lebih lama daripada masa bercakap dengan Allah (contoh di meja makan ambil beberapa jam sedangkan berbisik dengan Allah 5 minit).. ini dah tak tauzi'. Betul! Ini tidak mudah, Nabi Sulaiman Allah beri anugerah lebih daripada orang lain punmerasa tak mampu jika Allah tak bantu dia tetapi lihat; baginda mohon auzi' daripada Allah SWT.

Bukan juga tauzi' jika  untuk baca dan mengkaji al-Quran kita peruntukkan 10 - 15 minit kemudian kita duduk baca surat khabar 2 jam.

Kita pula selalu minta luaskan rezeki, minta Allah berikan kesihatan yang baik, dan pelbagai lagi; tak salah minta tambahan rezeki tetapi jangan lupa baca doa seperti dalam ayat ini, rugi jika kita tak buat begitu.

Nikmat adalah untuk digunakan melakukan amalan soleh yang Allah redha, Jadi bila setiap nikmat yang Allah beri; apa saja kita guna dengan betul agihannya itulah syukur. Bagaimana ya! jika lebih masa kita guna untuk berseronok, dan kereta juga digunakan untuk pergi berseronok.

Pada satu ketika ustaz ditanya; Apakah ibadah yang paling baik dalam agama? Ustaz memberikan jawapan bahawa ibadah yang paling baik dalam agama mengikut yang tertulis dalam buku Dr Yusuf al-Qaradhawi; ada pelbagai pendapat. Ada yang kata yang paling susah dilakukan (diukur sama ada susah atau senang masa melakukannya); maksudnya lagi susah amalan tu lagi banyak ganjaran tetapi ada yang terima namun ramai juga yang tak bersetuju.

Pendapat Ustaz ni pula; yang paling adil ialah tengok keadaan, tempat dan masa dilakukan, contoh semasa mendengar azan jangan pula baca al-Quran. Bila khatib berkhutbah Jumaat hendaklah dengar (bagi jemaah lelaki bersolat Jumaat). Memberi sedekah bila ramai yang susah/kebuluran (tengok keadaan). Ibadah yang paling utama bagi orang berilmu sampaikan ilmunya; orang berwang sedekahnya begitulah seterusnya. Tidak mudah sebenarnya.

Dikatakan susah sebab Allah pun dah bagi tahu "Dan sangat sedikit sekali hambaKu yang bersyukur".

Saya mengingatkan diri ini dan semua pembaca agar sentiasa berdoa sebagaimana doa Nabi Sulaiman as ini supaya kita juga diberi kelapangan untuk menggunakan nikmat yang Allah berikan kepada kita dan menjadikan kita orang-orang yang BERSYUKUR. Semoga dengan itu dapatlah kelak kita diterima ke dalam golongan orang-orang soleh terdahulu iaitu para nabi dan para rasul yang terpilih dan juga orang-orang yang berbuat baik dan meningglkan segala larangan Allah swt. KepadaNya juga diserahkan segala urusan.

Friday, April 23, 2010

Nikmat yang tidak dapat didustakan.

Salam Semua.

Pada pagi Jumaat yang mulia ini marilah kita hayati bacaan ayat-ayat daripada Surah Ar-Rahman ini.




Ambil sedikit petikan daripada SINI

Nikmat2 Yang Allah Nyatakan dalam Surah AR-RAHMAN.

Surah Ar-Rahman yakni surah ke 55 ada 78 ayat.

31 daripadanya Allah bertanya:

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?".

31 kali bukanlah satu jumlah yang sedikit. Secara mudah, surah ini menyebutkan banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Menurut seorang ahli tafsir yang mengkaji surah ini; beliau mengatakan bahawa pertanyaan Allah ini adalah bertujuan nak minta/dapatkan pengakuan daripada manusia dan jin dengan berkata; "SEMUA NIKMATMU BENAR! YA ALLAH! tidak ada satupun nikmatMu yang dapat kami dustakan".

PERINCIAN bagi 31 ayat-ayat itu ialah 8 KALI daripadanya berkaitan dengan nikmat kehidupan di dunia (Langit, bumi, tumbuh2an, pengajian, pekerjaaan dan lain-lain). 7 KALI berkaitan dengan ancaman siksa di akhirat (memberitahu apa jenis siksa agar kita hindari) 8 KALI berkaitan dengan yang ada di syurga pertama (syurga dunia) yakni ketenangan, kebahagiaan, keredhaan berlainan dgn 8 yang mula2 tadi berkaitan dengan material. Dan 8 TERAKHIR berkaitan dgn nikmat di syurga kelak.

Kaitan dengan syukur ialah apabila kita pandai bersyukur kepada nikmat pada 8 KALI yang PERTAMA kita akan tidak tertimpa 7 BENCANA yang disebut dalam 7 KALI yang berikutnya.

Ya Allah! semua nikmtmu benar ya Allah. Tidak ada satupun nikmatMu yang dapat kami dustakan".


Terima kasih kepada Acik kerana memberikan award ini.

Wednesday, January 20, 2010

AS-SYUKRU BIL QALBI

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Syukur sebenarnya mesti ditunjukkan dalam 3 pernyataan iaitu:

1) syukur dengan hati (AS-SYUKRU BIL QALBI),
2) syukur dengan lisan (AS-SYUKRU BIL-LISAN) dan
3) syukur dengan amal ( AS-SYUKRU BI- AMAL).

N3 kali ni sambung tentang syukur dengan hati.

Dalil syukur dengan hati ini ada pada ayat dalam surah An-Naml (semut) yakni surah 27 ayat 40.


Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. (40)

D
i sini Nabi Sulaiman tatkala melihat singgahsana Balqis dibawa dari Yaman ke Palestin; baginda berkata "Inilah limpah kurnia daripada Tuhnku krn nak menguji aku sama ada aku daripada kalangan org2 yang bersyukur atau tidak" Baginda sedikitpun tidak merasa bahawa baginda berkuasa, sebaliknya Allahlah yang berkuasa.



Satu lagi dalil ada pada ayat 39 surah al-Kahfi (Gua) yakni surah ke 18


Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu. (39)

Kisah daripada ayat ini boleh dibaca di sini. Di sini Allah peringatkan kita apabila tengok atau nampak apa sahaja nikmat yang Allah beri, HATI akan menyedari dan akan menggerakkan lidah berkata nikmat itu semuanya daripada Allah. Jangan nisbahkan kepada diri sendiri seperti Qarun yang menjawab dengan sombong bahawa harta yang banyak yang diperolehnya itu adalah hasil kecerdikannya. Dan Qarun juga tidak mahu mengeluarkan zakat.


Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari pada pelbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). (76) Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. (77) Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah dia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). (78) (Al-Qasas [28] : 76 -78)
Jadi sayugia kita juga apabila dianugerahkan kepandaian, rezeki dan sebagainya menyatakan syukur bil Qalbi seperti ini iaitu dengan mengatakan seperti yang Nabi sulaiman ucapkan ataupun dgn berkata MasyaAllah, La Quwwataillabillah. Sebutkan bahawa semua itu adalah kurnia Allah, aku ni tak punya kuasa, aku ni lemah, jika Allah tak tolong aku tidaklah aku dapat semua kurniaan Allah ini. Dikatakan syukur bil qalbi ini ialah HATI yang lebih dulu merasai bahawa diri kita lemah seterusnya menggerakkan kita berkata dgn lidah kita.

Apabila kita kata Islam itu adalah cara hidup, sepatutnyalah kita amalkan seperti yang dianjurkan ini. Apabila kita dipuji; lebih baik ucapkanlah seperti yang disarankan di atas semoga dengan ini tak timbul ujub. Kita kena ingat kita ni lemah, kita tak ada daya dan upaya jika Allah tak tolong kita. Bila kita ujub samalah kita dengan Qarun sebab kita rasa amalan kita baik dan kita jadi takaasur (berbangga). Bila ini terjadi Allah akan serahkan penjagaan harta dan diri kita kepada kita, dan jadilah seperti Qarun dan hartanya musnah.

Saturday, January 16, 2010

memanglah hanya sedikit sahaja orang yang bersyukur. Komen Abu Muaz

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

N3 kali ini nak sambung tentang As-Syakur.. teruja nak sambung kerana dapat komen daripada saudara Abu Muaz pada N3 sebelum ni

abu muaz said...
memanglah hanya sedikit sahaja orang yang bersyukur.
January 14, 2010 9:11 AM.
dan di sini pula komen balas saya
DeleteBloggerWerdah said...
Salam Abu Muaz, benar kenyataan itu.. dalam surah al-Qasas ayat 7 Allah berfirman : Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (13) Yang akhir tu adalah kisah berkaitan dgn Nabi daud yang Allah kurniakan nikmat kpdnya.. Nabi Daud boleh melembutkan besi, Nabi Daud bersyukur dgn menggunakan kebolehannya membuat barangan daripada besi,utk mendapatkan rezeki yang halal. Ini namanya syukur dengan beramal.
January 15, 2010 8:11 AM
Apa yang akan dituliskan selepas ini adalah hasil mendengar ceramah.. ceramah daripada ustaz ini sungguh mengesankan.. As-syakur bermakna Allah akan membalas kebaikan yang sedikit yang dilakukan oleh hambaNya dengan balasan yang banyak. Kalimah yang berkaitan as-syakur diulang2 dalam al-Quran sebanyak 10 kali, 3 kali sebagai sifat Allah dan 7 kali sebagai sifat manusia. InsyaAllah akan dicatat dalam N3 yang lain bagi ayat2 yang dinyatakan oleh penceramah..

Saya minta maaf kerana sebenarnya ayat di atas tu bukanlah ayat 7 surah al-Qasas tetapi ayat 13 dalam surah Saba'. Saya tulis semula di bawah:
Allah berfirman :Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Saba' [34] : 13).
Saya akan tuliskan sedikit sahaja cerita bagi ayat di atas ini pada akhir N3 ni insyaAllah.

Sebelum itu baca yang ini dahulu... itupun jika sudi.. saya ni tak pandai tulis rengkas2.. seperti kl Citizen dan Seharum Doa Bersulam Cinta... dan banyak lagi.

Sesungguhnya nikmat yang patut kita syukuri secara umum (global) ada 4; iaitu seperti yang telah saya tulis dalam Puji Dan Syukur.

Manakala nikmat yang patut kita syukuri secara terperinci pula ialah:

1. Nikmat kehidupan dan kematian.

Hidup itu nikmat dan mati pun nikmat. Kita faham dan mengerti bahawa hidup itu nikmat tetapi fahamkah kita bahawa mati juga merupakan nikmat?

Mati dikatakan nikmat kerana jika kita tak mati2 kita akan penat, bilakah kita akan dapat upah. Allah hanya tunjukkan upah kepada apabila kita mati (Bagi yang syukur) . Bila mati dalam husnul khatimah, kubur dilapangkan, jika bakal penghuni syurga, syurga ditunjukkan. Jika nak lihat semua itu mesti kena mati. Nikmat kepada yang hidup pula ialah dunia tidak menjadi sempit kerana manusia baru dilahirkan. jika tak mati2 penuhlah dunia dengan manusia. Rumahpun makin sempit. SUBHANALLAH.. begitulah aturan Allah SWT.
Dalilnya ada dalam surah al-Baqarah [2] ayat 28 : Bagaimana kamu tergamak kufur (tidak syukur/mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). (Al-Baqarah [2] : 28).
2. Nikmat Hidayah /Petunjuk.

Tidak semua orang boleh mempercayai keagungan Allah, begitu juga kerasulan Nabi2 dan juga bukan semua orang percaya bahawa Nabi Muhammad saw adalah Nabi dan Rasul terakhir. Jika tidak, tidak adalah Rasul Melayu dll sebelum ini dan mubgkin aakan ada lagi mengaku nabi. Tak semua orang percaya Al-Quran.. ada yang percaya namun tak sepenuhnya.. masih mengambil undang2 sendiri. ALLAH HANYA akan bagi hidayah kepada orang2 yang terpilih. Jadi BERSYUKURLAH!!!
Dalilnya dalam surah al-Baqarah ayat 185 di hujungnya : dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah [ 2 ] :185).
3. Nikmat Pengampunan Allah.

Allah Maha Pengampun.. Jadi bila berdosa mohonlah ampun. Tentang Allah Al-Ghaffar, Allah Al-Ghaffur dan Allah Ghafir.. insyaAllah jika diberi kekuatan akan dibuat N3 lain..

Allah memberi pengampunan kepada sesiapa yang mahu memohon ampun bahkan yang tak memohonpun Allah ampunkan seperti dalam kisah Bani Israel yang ditinggalkan oleh Nabi Musa as selama 40 hari, mereka menyembah patung anak lembu. Belumpun mereka memohon ampun Allah dah ampunkan. Kisah ini diceritakan dalam surah al-Baqarah.
Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah [2] : 52).
Jadi mohonlah ampun kepada Allah Yang Maha Pengampun dan ingatlah pesan Nabi, janganlah orang2 Mukmin dipatuk ular dua kali di tempat yang sama.

4. Nikmat Pancaindera.

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (An-Nahl [16] : 78)
Kita dianugerahkan oleh Allah nikmat pendengaran, penglihatan dan akal, kadang2 kita terlepas pandang. Masa kita dilahirkan kita menangis dan org2 sekeliling kita bergembira. Hendaknya masa kita meninggal nanti kita bergembira dan org sekeliling kita menangis dan bukan bergembira. Maksudnya hendaklah nanti bila kita mati; kita bergembira kerana menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa dan org2 sekeliling kita menangis kerana kehilangan kita bukan suka kita mati disebabkan kita ni menyusahkan mereka (semoga dijauhkan).

Mensyukuri nikmat deria ini; hendaklah gunakan mengerjakan amal soleh, yang ikhlas, menggembirakan orang2 sekeliling, banyakkan memberi manfaat bukan menyusahkan. Kita diberi pancaindera, bersyukurlah!!!

5. Kemerdekaan.

Kita tidak lagi ditindas tidak seperti orang2 dahulu, sesama mereka tertindas dan menindas. Bila merdeka, kita boleh tentukan halatuju kita sendiri.
Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (Yang diberikan) kepada kamu ketika Dia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi dan Dia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhamba oleh Firaun dan orang-orangnya) dan Dia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun daripada umat-umat (yang ada pada masa itu). (Al-Maidah [ 5 ] : 20)
Jadi apabila ada kebebasan, kemerdekaan, gunakan pemikiran yang betul menetapkan halatuju masing2. Allah beri kebebasan memilih sama ada nak masuk syurga atau nak masuk neraka. Allah dah bagi segala nikmat yang patut disyukuri.. Jadi gunakanlah semaksima yang mungkin.

6. Nikmat2 Yang Allah Nyatakan dalam Surah AR-RAHMAN.

Surah Ar-Rahman yakni surah ke 55 ada 78 ayat. 31 daripadanya Allah bertanya:

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?.
31 kali bukanlah satu jumlah yang sedikit. Secara mudah, surah ini menyebutkan banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Menurut seorang ahli tafsir (TAK DAPAT NAK CATATKAN NAMANYA KRN KELEMAHANKU mendictate) yang mengkaji surah ini; dia mengatakan bahawa pertanyaan Allah ini adalah bertujuan nak minta/dapatkan pengakuan daripada manusia dan jin dengan berkata; "SEMUA NIKMATMU BENAR! YA ALLAH! tidak ada satupun nikmatMu yang dapat kami dustakan".

PERINCIAN bagi 31 ayat2 itu ialah 8 KALI daripadanya berkaitan dengan nikmat kehidupan di dunia (Langit, bumi, tumbuh2an, pengajian, pekerjaaan dan lain-lain). 7 KALI berkaitan dengan ancaman siksa di akhirat (memberitahu apa jenis siksa agar kita hindari) 8 KALI berkaitan dengan yang ada di syurga pertama (syurga dunia) yakni ketenangan, kebahagiaan, keredhaan berlainan dgn 8 yang mula2 tadi berkaitan dengan material. Dan 8 TERAKHIR berkaitan dgn nikmat di syurga kelak.

Kaitan dengan syukur ialah apabila kita pandai bersyukur kepada nikmat pada 8 KALI yang PERTAMA kita akan tidak tertimpa 7 BENCANA yang disebut dalam 7 KALI yang berikutnya.

Ok sekarang, tentang ayat yang Allah katakan sangat sedikit hambaNya yang bersyukur seperti dalam ayat 13 surah Saba' yang ditulis pada permulaan N3 ini.

Ayat ini adalah berkaitan dengan syukur dengan amal. Syukur sebenarnya mesti ditunjukkan dalam 3 pernyataan iaitu syukur dengan hati (AS-SYUKRU BIL QALBI), syukur dengan lisan (AS-SYUKRU BIL-LISAN) dan syukur dengan amal ( AS-SYUKRU BI- AMAL).

Ni nak ulas dgn (AS-SYUKRU BI- AMAL) berdasarkan ayat 13 surah Saba'.

Syukur dengan amal ialah menunjukkan rasa terima kasih kepada Allah yang memberikan kita segala nikmat, kita menggunakan semua nikmat yang Allah beri itu sebaik mungkin supaya kita dikatakan hamba yang bersyukur. Nabi Daud, Allah berikan (kelebihan) iaitu kepandaian dan kebolehan melentur besi tanpa perlu menggunakan api atau alat2 tangan. Baginda menggunakan kurnia Allah itu untuk mencari pendapatan dan baginda mengagihkan kekayaannya. Baginda tak duduk bertopang dagu. di samping itu baginda tidak meninggalkan ibadah serta sentiasa bertasbih mengingati Allah. maknanya baginda mengagihkan masa dan tenaga baginda sebaik2nya mengikut proportion yang betul.

Sekarang kita bandingkan usaha kita pula, berapa banyak masa dan tenaga kita gunakan untuk berbisik dengan Kekasih (Allah SWT).. berapa banyak masa kita guna utk mengaji al-Quran, mentadabbur dan mengkajinya, berapa banyak masa kita gunakan untuk mencari orang2 yang patut kita hulurkan bantuan, berapa banyak masa kita gunakan untuk baca suratkhabar, dan baca blog buat blog.. (INI PERINGATAN BUAT DIRIKU) dan juga sahabat2 yag mahu bertanya kepada diri sendiri. Adakah kita gunakan segala nikmat yang Allah berikan itu sepenuhnya? Cukuplah itu sahaja pertanyaan walaupun masih banyak lagi yang boleh disenaraikan. JADI itulah sebabnya ALLAH kata:


"Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur". (Saba' [34] : 13).

Cukup dulu buat kali ini insyaAllah jika ada kekuatan dan pertolongan Allah SWT akan tulis contoh2 syukur dengan hati dan lisan.

Hayatilah bacaan Surah Ar-Rahman lengkap dengan terjemahannya.



Segala yang baik daripada Allah dan yang tidak baik adalah kelemahan diriku. Mudah2an memberi manfaat.
Semoga kita jadi manusia yang bersyukur.. amiin

Wednesday, January 13, 2010

Meneladani Allah Sebagai Zat Penerima Syukur


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Sebenarnya hidup ini dilimpahi pelbagai macam kenikmatan yang dikurniakan oleh Allah, namun ramai yang tidak menyedari dan tidak pernah mahu mensyukuri sehingga baru tersedar apabila nikmat itu hilang daripadanya. Ada yang kecewa dilahirkan di kalangan orang miskin, ada yang kecewa buruk rupanya. Ada yang kecewa kerana putus cinta, lalu menjadi gila. Tidak sedikit yang dikelilingi hutang , gagal dalam pemilihan kenaikan pangkat dan pelbagai rasa kecewa lagi. Hidupnya terasa susah, batinnya terasa sempit, sehingga hatinya tertutup melihat bahwa di sebalik setiap kesusahan itu disediakan kemudahan oleh Allah. 

Dalam Al Qur'an Surah Ash-Sharh [94] 1 hingga 8 Allah berfirman maksudnya:

"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (daripada suatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhan-mulah hendaknya kamu berharap." 

Semoga Allah menjadikan kita sebagai hamba-hamba yang pandai mensyukuri segala nikmat yang telah Allah curahkan. Semoga pula Allah memberi kemampuan kepada kita untuk dapat mensyukuri semua nikmat tersebut dengan cara terbaik. 

As-Syakur adalah satu daripada 99 nama Allah yang terdapat dalam Asmaul Husna. Nama Allah, As-Syakur, terambil daripada kata syakara yang berarti "pujian atas kebaikan" serta "penuhnya sesuatu". Keterangan lain menyebutkan bahwa tumbuh-tumbuhan yang boleh tumbuh walaupun dengan sedikit air, atau binatang yang gemuk walaupun dengan sedikit rumput, dalam bahasa Arab disebut syakur.

Daripada penggunaan istilah ini, maka kata syakur yang menjadi nama dan sifat Allah bererti, "Dia mengembangkan atau memperbanyak balasan yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya, meskipun amalannya sedikit". Oleh sebab itu, tidak hairan apabila Allah SWT selalu melipatgandakan amalan-amalan yang dilakukan oleh hamba-Nya.

Dalam Al-Quran surah Al-Baqarah [2] ayat 261 diungkapkan, 

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya".

Kata syukur biasanya diungkapkan sekali tetapi berlawanan dengan kata kufur. 

Dalam Al-Quran Surah Ibrahim [14] ayat 7 disebutkan, 

''Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras''. 

Diungkapkan kata syukur yang dipertentangkan dengan kata kufur adalah kerana keduanya mempunyai maksud yang berlawanan. Syukur bererti menampakkan sesuatu ke permukaan, sedangkan kufur bererti menutupinya.

Apa makna As-Syakur ini? Allah SWT memperlihatkan sifat-Nya yang tidak sombong. Allah SWT akan memberikan penghargaan tertinggi terhadap semua yang dilakukan hamba-Nya dengan "penghargaan" dan darjat kemuliaan, walaupun pada pandangan manusia amalan tersebut sangat tidak bererti. 

Dalam Al-Quran Al Zalzalah: 7 disebutkan, " Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!".

As-Syakur, Allah SWT Yang Maha Bersyukur, memberikan pahala kepada hamba-hamba-nya yang beriman yang mau berbuat kebajikan. Walaupun untuk seseorang yang hidup dalam kemaksiatan. Ini dikisahkan oleh Rasulullah SAW, bahawa dulu ada seorang pelacur yang melihat seekor anjing yang kehausan dan lidahnya terjulur keluar, lalu dibukanya kasut, diambilnya air menggunakan kasut itu dan diberikannya pada si anjing. Kebajikan si pelacur terhadap anjing tadi, dibalas Allah As-Syakur dengan ampunan terhadap dosanya dan ia dimasukkan ke dalam syurga. Subhanallah.

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak akan sedikitpun berbuat aniaya terhadap kebaikan orang Mukmin, penghargaan-Nya diberikan sewaktu ia di dunia dan di akhirat kelak pun ia akan mendapatkannya" (HR Ahmad).

Begitulah tingginya penghargaan yang diberikan Allah SWT kepada setiap kebaikan hamba-Nya. Oleh itu seharusnya membuat kita terangsang untuk melakukan yang terbaik untuk Allah, sekaligus menghargai apapun yang Ia berikan kepada kita. Dengan kata lain, kita harus menjadi hamba yang bersyukur.

Bagaimana Caranya Untuk Mensyukuri Nikmat Allah?

Pertama, meyakini bahwa segala sesuatu hanyalah milik Allah SWT atau tidak merasa dimiliki dan memiliki kecuali oleh Allah semata. Berdasarkan keyakinan ini, kekayaan duniawi yang melimpah tidak akan membuat kita sombong atau takabbur kerana apa yang ada pada kita sekarang hanya sekadar pinjaman yang suatu saat akan diambil oleh pemiliknya. "..Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..." (Al-Baqarah [2]: 284).

Kedua, selalu memuji Allah SWT dalam segala keadaan. Alangkah baiknya apabila lidah kita selalu basah dengan memuji Allah kerana banyaknya nikmat yang tercurah, baik dalam keadaan senang atau susah. Andai kita teliti, musibah yang kita dapatkan jauh lebih sedikit daripada nikmat yang Allah berikan. Tidak salah bila dikatakan bahwa kita "dicelupkan" Allah ke dalam samudera nikmat yang tiada bertepi. Tak sedetik pun Allah melepaskan kurnianya pada kita. Maka sangat wajar apabila ucapan tahmid, hamdalah, tahlil, takbir, dan istighfar selalu terbit daripada mulut kita.

Ketiga, manfaatkan nikmat yang ada sebagai sarana/wasilah taqarub pada Allah. Bagi seorang ahli syukur, kegembiraannya tidak lagi terletak pada pesona indahnya dunia, tapi terletak pada manfaat dunia tersebut untuk mendekatkan dirinya pada Allah. Baginya, dunia adalah kenderaan menuju Allah SWT.

Keempat, berterima kasih kepada orang-orang yang menjadi jalan nikmat dan kebaikan bagi kita. Tahu berterima kasih (balas budi) adalah salah satu ciri ahli syukur. Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa telah berbuat kebaikan kepada kalian, maka hendaklah kalian membalasnya, jika kalian tidak mampu membalasnya, maka berdolah baginya, hingga kalian tahu bahwa kalian telah bersyukur. Sebab Allah adalah Zat yang Maha Tahu berterima kasih dan sangat cinta kepada orang-orang yang bersyukur" (HR Thabrani). Dalam hadis lain disebutkan, "Tidaklah bersyukur kepada Allah, orang yang tidak tahu berterima kasih kepada sesama manusia" (HR Ahmad).

Sebagai manusia,kita sering lalai mensyukuri betapa besar nikmat Allah pada penciptaan diri yang lengkap dengan fungsi setiap anggota tubuh kita. Diciptakan-Nya mata untuk dapat melihat, diciptakan-Nya telinga untuk dapat mendengar, hidung untuk dapat mencium, tangan untuk dapat memegang, kaki untuk dapat melangkah, dan semua yang ada di tubuh kita pasti berfungsi melengkapi aktiviti hidup seharian. Pentingnya nikmat itu disyukuri baru muncul jika ada sebahagian daripada tubuh sakit dan tidak berfungsi.

Mulai sekarang ingat-ingatlah selalu kebaikan orang-orang yang menjadikan kita berjaya, menjadikan kita berilmu, dan menunjukkan jalan kebaikan kepada kita. Maksimakan berbuat kebaikan kepada mereka. Seandainya mereka telah tiada, jagalah hubungan baik dengan ahli warisnya, juga sahabat-sahabatnya, dan doakanlah mereka dalam ibadah-ibadah kita. InsyaAllah dengan menjadi hamba yang pandai bersyukur, Allah akan membukakan pintu-pintu kebaikan bagi kita. Amin.


Related Posts with Thumbnails