Friday, April 23, 2010

Nikmat yang tidak dapat didustakan.

Salam Semua.

Pada pagi Jumaat yang mulia ini marilah kita hayati bacaan ayat-ayat daripada Surah Ar-Rahman ini.




Ambil sedikit petikan daripada SINI

Nikmat2 Yang Allah Nyatakan dalam Surah AR-RAHMAN.

Surah Ar-Rahman yakni surah ke 55 ada 78 ayat.

31 daripadanya Allah bertanya:

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?".

31 kali bukanlah satu jumlah yang sedikit. Secara mudah, surah ini menyebutkan banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Menurut seorang ahli tafsir yang mengkaji surah ini; beliau mengatakan bahawa pertanyaan Allah ini adalah bertujuan nak minta/dapatkan pengakuan daripada manusia dan jin dengan berkata; "SEMUA NIKMATMU BENAR! YA ALLAH! tidak ada satupun nikmatMu yang dapat kami dustakan".

PERINCIAN bagi 31 ayat-ayat itu ialah 8 KALI daripadanya berkaitan dengan nikmat kehidupan di dunia (Langit, bumi, tumbuh2an, pengajian, pekerjaaan dan lain-lain). 7 KALI berkaitan dengan ancaman siksa di akhirat (memberitahu apa jenis siksa agar kita hindari) 8 KALI berkaitan dengan yang ada di syurga pertama (syurga dunia) yakni ketenangan, kebahagiaan, keredhaan berlainan dgn 8 yang mula2 tadi berkaitan dengan material. Dan 8 TERAKHIR berkaitan dgn nikmat di syurga kelak.

Kaitan dengan syukur ialah apabila kita pandai bersyukur kepada nikmat pada 8 KALI yang PERTAMA kita akan tidak tertimpa 7 BENCANA yang disebut dalam 7 KALI yang berikutnya.

Ya Allah! semua nikmtmu benar ya Allah. Tidak ada satupun nikmatMu yang dapat kami dustakan".


Terima kasih kepada Acik kerana memberikan award ini.

10 comments:

manna_salwa said...

salam,
Bismillah Ar-rahman Ar-Rahim,
"فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ"

sungguh tiada 1 pun nikmat Allah yg dpt kita dustakan..
baik atau buruk semuanya nikmt..
Allah maha Pemurah lagi maha Penyayang..

terima kasih ats perkongsian..

merah_s said...

Segalanya Nikmat.. Apakah tanda Syukur? Adakah cukup sekadar kita ucap 'alhamdulillah' lantas terus ibadah saja? Fikir2kanlah..

Werdah said...

Salam Manna_salwa

Banyak nikmat Allah, tidak terperi. Sesungguhnya ramai yang tak tahu bersyukur.

Mudah2am kita jadi umat yang bersyukur.

Werdah said...

Salam merah_s

Tanda syukur, kena tunjukkan dgn hati, lisan dan amal.

Hati berdetik oh ini kurniaan Allah kpdku, alhamdulillah, masyaAllah, lahala wala quwwataillabillah (lidah atau hati berkata) mengerjakan sgl suruhan, meninggalkan segala lrgn dan berbuat baik kepada semua hatta yg tak berbuat baik kpd kita. Banyak telah ditulis dlm N3 yg lepas.

Sama-sama kita fikirkan dan hayati. InsyaAllah.

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah..

Semoga Kakak sihat di sana..

Betapa banyak nikmat yang kita peroleh dan betapa sedikit kita bersyukur kepada Allah SWT. Bagaimana wujud rasa syukur itu? Orang-orang yang bersyukur adalah orang-orang yang kembali ke fitrahnya yakni menghambakan diri kepada Yang Khaliq.

Werdah said...

Salam Abd Razak.

Kak alhamdulillah 'ala kulli haal, insyaAllah.

Mudah2an Abd Razak juga sihat di sana.

Jika semua bersyukur insyaAllah dunia jadi aman tak kacau bilau dan kita rasa tenang.

Acik said...

Salam..
Tiada satu pun nikmat Allah yg dpt didustai..
Firman Allah;
" Demi jika kamu berterimakasih, nescaya Ku-tambah nikmat yang ada padamu, tetapi jika kamu kufur (tiada berterimakasih) sesungguhnya seksaan-Ku amat keras." Q.S Ibrahim:7

Werdah said...

Salam Acik.

Pokok pangkalnya jika semua bersyukur indahlah hidup ini. InsyaAllah. Malangnya sedikit sangat yang bersyukur.

Solehah said...

Rasa sayu baca entry akak ni..tersedar terlalu bnyk nikmat yang Allah telah berikan..

Werdah said...

Salam Solehah.

Alhamdulillah,mudah2an kita semua bersyukur atas nikmat yang diberikan. InsyaAllah.

Related Posts with Thumbnails