Showing posts with label Kisah Nabi. Show all posts
Showing posts with label Kisah Nabi. Show all posts

Friday, January 27, 2017

Dakwah Nabi Nuh 'alaihis salam

UMUR NABI NUH 'ALAIHIS SALAM 1000 TAHUN?

Sebelum terungkai jawapan kepada soalan di atas, mari kita lihat ayat Al-'Ankabut 29: 14 di bawah:

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِۦ فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَامًا فَأَخَذَهُمُ ٱلطُّوفَانُ وَهُمْ ظَٰلِمُونَ ﴿١٤﴾

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, dia tinggal di antara mereka SERIBU TAHUN KURANG LIMA PULUH TAHUN. Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang-orang yang zalim."
(Surah Al-'Ankabut 29: 14)

Ayat ini merupakan ayat 'Tasliah' iaitu ayat hiburan kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam dan umatnya. Ayat ini memberitahu kisah Nabi Nuh 'alaihis salam yang tinggal dan berdakwah kepada kaumnya selama SERIBU TAHUN KURANG LIMA PULUH TAHUN. Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam bahawa Nabi Nuh 'alaihis salam tinggal bersama dengan kaumnya dalam tempoh yang sangat lama, menyeru kepada agama Allah tetapi bilangan yang beriman hanya sedikit. Namun kesabarannya membuatkan baginda tidak rasa jemu menyeru kaumnya kepada agama tauhid. .

Dalam ayat ini ada kalimah yang perlu dijelaskan.

Dari segi bahasa, kalimah  SANAH  dan 'AAMAN ini kedua-duanya membawa makna TAHUN.

Dalam surah Yusuf 12:47 digunakan kalimah SININ bagi TAHUN.

قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ......َ ﴿٤٧﴾

"Dia (Yusuf) berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh TAHUN (berturut-turut) sebagaimana biasa; ............."
(Yusuf 12: 47)

Dalam surah Yusuf juga, ayat 49 digunakan kalimah 'AAMUN bagi TAHUN

ثُمَّ يَأْتِى مِنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ ٱلنَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ ﴿٤٩﴾

"Kemudian setelah itu akan datang TAHUN yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan pada masa itu mereka memerah anggur."
(Yusuf 12: 49)

Di dalam Al-Quran, bila tahun-tahun ditulis dengan SININ bermaksud tahun-tahun SUSAH manakala tahun-tahun yang ditulis dengan kalimah 'AAMUN pula bermaksud tahun-tahun SENANG.

Oleh itu dalam ayat 14 Surah Al-'Ankabut di atas tadi bolehlah kita memahami bahawa Allah utuskan Nabi Nuh 'alaihis salam 1,000 UNTUK BERDAKWAH, iaitu 950 tahun (SANAH) dalam SUSAH dan 50 tahun ('AAMUN) dalam SENANG.

Taufan MEMBINASAKAN kaumnya yang ZALIM termasuk isteri dan anaknya manakala Nabi Nuh 'alaihis salam bersama dengan kaumnya yang BERIMAN DISELAMATKAN di dalam kapal. Oleh itu sempatlah Nabi Nuh 'alaihis salam berdakwah dalam keadaan SENANG lenang selama 50 tahun bersama-sama kaumnya yang beriman itu. Daripada kenyataan ini dapatlah kita faham bahawa Nabi Nuh 'alaihis salam berdakwah 950 tahun dalam keadaan susah dan 50 tahun lagi dalam keadaan senang.

Hadis daripada Anas radhiallahu 'anhu, sanad hasan, "Malakul maut datang menemui Nabi Nuh 'alaihis salam dan berkata, "Wahai Nabi yang paling panjang umurnya! Wahai Nuh! Bagaimana kamu dapati pengalaman hidup di dunia?" Jawab Nabi Nuh, "Wahai malakul maut, aku dapati seperti aku masuk ke rumah yang ada dua pintu, masuk sekejap di tengah-tengah rumah kemudian keluar melalui pintu yang satu lagi.""

Umur Nabi Nuh 'alaihis salam yang 10 abad lebih dirasakan sekejap bila dibandingkan dengan alam akhirat, apatah pula umur kita yang rata-rata hanya antara 60-70 tahun. Tentulah sangat sekejap berbanding kehidupan di akhirat.

Kisah Nabi Nuh 'alaihis salam banyak terdapat dalam Al-Quran dan baginda adalah nabi pertama meluruskan tauhid.

KESIMPULAN: 

Daripada ayat-ayat di atas dan kupasan makna tahun-tahun yang disebutkan dalam ayat-ayat di atas, bolehlah kita buat kesimpulan bahawa umur Nabi Nuh 'alaihis salam ialah lebih dari 1000 tahun.

Wallahu a'lam.

~Catatan kuliyah Ustaz Dr Kariman Abdul Muin di Masjid Bangsar.

Semoga bermanfaat.

Lama tak berblog - sudah 3 tahun lamanya menebabkan terasa kekok mencari 
ikon-ikon yang hendak digunakan.

Monday, January 4, 2010

Kalimah Tauhid

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Keajaiban Kalimah Tauhid

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 19


فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لِذَنۢبِكَ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مُتَقَلَّبَكُمۡ وَمَثۡوَٮٰكُمۡ

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat). (19)

Maksud (tetapkanlah pengetahuanmu) dalam ayat di atas ialah Allah menganjurkan supaya kita mempelajari ilmu mengenal Allah .. Allah menyatakan bahawa asas ajaran agama ialah mengenal Allah.. sebab sebanyak manapun ilmu yang kita tahu tetapi jika kita buta tentang uluhiyah Allah.. tentang kalimah tauhid, ilmu yang dipelajari atau ilmu yang diketahui itu akan sia-sia.. akidah akan tertolak.


Tidak ada satupun perbuatan baik yang kita lakukan itu melainkan dengan pertolongan Allah.. manakala perbuatan jahat kita tinggalkan juga dengan perlindungan Allah. Oleh itu bersyukurlah apabila kita telah dapat melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan. Jika kita telah rasa bersyukur.. kita akan rasa akrab dengan Allah.


Kalimah tauhid (La ilaha illallah) ini merupakan zikir yang paling utama. Kalimah ini pasti akan diucapkan oleh sama ada mukmin atau kafir apabila dia menghadapi musibah.. apabila berada dalam keadaan kritikal. Ini boleh dilihat dalam kisah Firaun dan juga kisah Nabi Yunus dalam perut ikan nun.


Dalam ayat surah Yunus ayat 90 Allah berfirman:


وَجَـٰوَزۡنَا بِبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱلۡبَحۡرَ فَأَتۡبَعَهُمۡ فِرۡعَوۡنُ وَجُنُودُهُ ۥ بَغۡيً۬ا وَعَدۡوًا‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَدۡرَڪَهُ ٱلۡغَرَقُ قَالَ ءَامَنتُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱلَّذِىٓ ءَامَنَتۡ بِهِۦ بَنُوٓاْ إِسۡرَٲٓءِيلَ وَأَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah dia (pada saat yang genting itu): Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah). (90)

Manakala dalam Surah anbiya' ayat 87


وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَـٰضِبً۬ا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِى ٱلظُّلُمَـٰتِ أَن لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ إِنِّى ڪُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ


Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (87)

Dalam ayat2 di atas, surah Yunus ayat 90 menceritakan tentang Firaun yang dalam keadaan terdesak.. sangat2 kritikal kerana hampir2 tenggelam.. manakala dalam surah al-Anbiya' ayat 87 pula kisah nabi Yunus yang juga dalam keadaan terdesak dan kritikal kerana berada dalam perut ikan nun yang jauh di dalam lautan.


Dalam kedua2 ayat ini Allah ingin memberitahu kita bahawa hambanya seorang kafir, musuh Allah iaitu Firaun dan seorang lagi mukmin dan muslim yang disayangi Allah.. kedua2nya berada dalam keaadan terdesak.. kritikal kerana merasakan tidak ada siapa yang dapat menolong kecuali Allah.. lalu kedua2nya mengucapkan kalimah tauhid.


Tetapi kenapa Allah hanya selamatkan nabi Yunus tidak Firaun?


Dalam surah Yunus ayat 90 tadi Firaun dalam keadan hampir tenggelam berkata: " Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah daripada orang-orang yang berserah diri (menurut perintah).


Dalam kisah ini ribuan kaum bani Israil dibawa dari Mesir ke Palestin.. Allah menyuruh nabi Musa membawa mereka ini lari daripada Firaun mengikut jalan laut.. Firaun mengejar di belakang apabila hampir di lautan pengikut nabi Musa melihat di hadapan laut dibelakang pula Firaun sehinga hampir putus asa.. pada keytka itu Allah mewahyukan kepada Musa supaya memukul tongkatnya ke laut.. apabila tongkat dipukul.. terbelah laut menjadi dua bahagian.. apabila Nabi Musa dan pengikutnya sampai ke seberang.. Allah menyuruh lagi Nabi Musa memukul tongkatnya ke laut.. Firaun yang masih belum sampai.. hampir2 sampai ke seberang.. tenggelam di laut.. sebelum tenggelam Firaun sempat mengatakan bahawa dia beriman.


Imannya ditolak kerana dia tidak yakin.. syahadahnya juga pelik kerana dia berkata bahawa dia percaya kepada Tuhan yang dipercayai oleh bani Israil.. ini bermakna dia cuma taklifkan dengan Tuhan bani Israil.. dia jahil .. tidak mengenal Allah.. memang bani Israil percaya kepada Allah.. Allah yang satu.. tetapi Firaun kalau ditanya siapa Tuhan yang engkau sembah dia tak akan dapat menjawab dengan penuh yakin. Firaun mengucap kalimah itu hanyalah semata2 untuk menyelamatkan dirinya. Firaun tak kenal Allah, tak tau siapa Allah, tak kenal dirinya.. untuk apa dia dijadikan.. dan Firaun mengaku pula dia Tuhan dan menyuruh kaumnya menyembah dia.. dia sedikitpun tidak insaf yang selama ini dia berdosa dan derhaka kepada Allah..Ini boleh dilihat dalam ayat 23 dan 24 surah An-Naziat.


فَحَشَرَ فَنَادَىٰ . فَقَالَ أَنَا۟ رَبُّكُمُ ٱلۡأَعۡلَىٰ

Lalu dia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru; (23) Dengan berkata: Akulah tuhan kamu, yang tertinggi. (24)


Berbeza dengan Nabi Yunus.. dia bukan takut mati tetapi takut berdosa.. dia berkata tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau.. dia yakin yang dapat menolong dia hanya Allah.. dia memuji Allah.. Maha Suci Allah.. dia mengakui kesalahannya meninggalkan kaumnya.. kalau dia mati sebelum Allah ampunkan kesalahannya bagaimana?


Dalam ayat 143 dan 144 surah Assaffat, Allah menerangkan:


فَلَوۡلَآ أَنَّهُ ۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُسَبِّحِينَ


Maka kalaulah dia bukan daripada orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih). (143)

لَلَبِثَ فِى بَطۡنِهِۦۤ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ

Tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. (144)


Allah keluarkan Nabi Yunus disebabkan Nabi Yunus seorang yang sentiasa mengingati Allah.. baik ketika senang mahupun susah.. Rahsianya ialah kalimah tauhid Nabi Yunus .. sebelum menimpa musibah dia sudah mengenal Allah.


Daripada kisah Nabi Yunus dan Firaun ini marilah kita ambil iktibar bahawa hendaklah kita sentiasa menetapkan iman kita bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah dan memelihara supaya kalimah itu tidak terbatal dengan menjaga 3 perkara seperti yang telah saya tulis dalam entri yang lepas sini.. di samping itu hendaklah kita sentiasa mengingati Allah baik dalam keadaan apa sekalipun.. masa senang, masa susah, masa sakit, masa muda, masa tua.. jadi apabila kita sentiasa ingat Allah, Allah hampir dengan kita.. apabila kita ditimpa musibah, berdoalah dengan mengakui kesalahan kita.. tanamkan rasa bersalah.. mengakui kebaikan Allah yang telah kita terima.. kita tak mintapun Allah dah beri.. akuilah kelemahan kita.. supaya Allah kabulkan permohonan kita.

Nabi Adam as ketika sedar buat salah dia mengaku dia zalim.. katanya :"Wahai Tuhan kami, kami zalim, jika Engkau tidak mengasihaniku pasti aku jadi orang yang merugi". Nabi Adam tidak minta senag semula sebaliknya mengakui kesilapannya supaya diampunkan Allah.

Rasulullah SAW berpesan kepada kita : "Kenalilah kamu akan Allah semasa kamu senang nescaya Allah kenal kamu ketika kamu susah".

Yang baik daripada Allah yang silap daripada diriku sendiri.

Dicopy daripada SINI

Saturday, December 12, 2009

Nikmat2 yang dikurniakan Allah kpd Bani Israel.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

"Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah [2] : 47)

Sekali lagi Allah memberi peringatan kepada kaum Bani Israel (yahudi) di Madinah akan nikmat2 yang dikurniakan kepada kaum mereka sebagaimana yang dihuraikan dalam ayat 40 dengan menyatakan keagungan sejarah mereka; kerana ramai para nabi dan rasul diutuskan daripada golongan mereka tidak berlaku di kalangan kaum2 lain.

Di dalam al-Quran ada menyebutkan beberapa keistimewaan atau nikmat yang Allah kurniakan kepada Kaum bani Israel ini.

Antara keistimewaan dan nikmat itu ialah:

1. Mereka diselamatkan daripada kekejaman Firaun.

2. Laut Merah terbelah dua hingga mereka dapat melarikan diri dan terselamat daripada Firaun dan tentera2nya.

3. Orang yang mati dipanah petir Allah hidupkan semula.

4. Allah menyelubungkan awan ke atas mereka daripada panas matahari semasa mereka hidup di padang pasir.

5. Allah menurunkan kepada mereka MANNA iaitu sejenis manisan untuk mereka sebagai penganan.

6. Allah menurunkan SALWA iaitu sejenis burung sebagai makanan.

7. Allah ampunkan segala kesalahan mereka yakni menyembah patung lembu semasa nabi Musa as pergi bermunajat kepada Allah ke Bukit Tursina.

8. Allah memberi keampunan ketika mereka memohon keampunan.

9. Allah menurunkan kitab Taurat kepada nabi Musa sebagai penduan hidup.

10. Allah memancarkan 12 mata air untuk minuman ketika mereka kehausan di padang pasir.

Nikmat2 di atas dan juga kesalahan2 Bani Israel; Allah sebutkan dalam ayat2 di bawah :

(al-Baqarah [2] ayat 49 hingga 60; yang bermaksud:

"Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu daripada Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar daripada Tuhan kamu. (49)

Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri daripada angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. (50)

Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah dia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah dia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri). (51)

Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur. (52)

Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa Kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk. (53)

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (54)

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami). Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya. (55)

Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur. (56)

Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. (57)

Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah daripada benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri) dan (mintalah ampun dengan) berkata: Ya Allah ampunilah dosa kami; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik. (58)

Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah Kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka). (59)

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (dia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". (60)

Allah menyatakan kepada bangsa Yahudi, bahawa leluhur mereka daripada kaum Bani Israel pada zaman Nabi Musa as telah diselamatkan daripada kekejaman Firaun.

Para mufssirin menyatakan bahawa firaun ialah gelaran raja-raja yang memerintah negeri Mesir zaman peurbakala. Firaun dalam ayat2 di atas ditujukan kpd raja Mesir yang mengaku dirinya Tuhan dan menyuruh rakyat menyembahnya. Menurut yang diberitakan bahawa Firaun yang ini hidup selama 400 tahun.

Seperti yang ditulis dahulu Firaun menyiksa Bani Israel dan suatu hari bermimpi melihat api yang bernyala2 yang datangnya daripada negeri Baitulmaqdis dan membinasakan semua penduduk Mesir kecuali Bani Israel. Kisah ini membawa kepada kisah Nabi Musa yang dihanyutkan ibunya ke sungai dan akhirnya membesar di istana Firaun. Di atas tadi disenaraikan nikmat2 yang mereka terima.

Disamping disebutkan nikmat2 Allah, Allah juga menyenaraikan sifat buruk mereka iaitu:

1. Mereka selalu menyebut; (Sami'na wa'asaina) "kami sedia mendengar tetapi tetap menderhaka".

2. Menyembah patung anak lembu sebagai Tuhan.

3. Perkataan mereka: Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami).

4. Mereka berlaku zalim dengan mengubah perkataan yang benar dengan perkataan yang lain dengan tujuan memperkecilkan Allah.

5. Mereka berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; daripada sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya".

6. Menyalahgunakan firman2 Allah dengan memalingkan makna yang sebenar kepada makna yang lain.

7. Mereka berpaling daripada Taurat setelah pada aslanya mereka terima.

8. Hati mereka keras seperti batu sekalipun mereka bersalah mereka tak akan mengaku.

9. Mereka kufur dengan ayat2 Allah.

10. Mereka membunuh para Nabi yang tidak berdosa.

Begitulah antara nikmat2 yang Allah kurniakan kepada kaum bani Israel serta kelakuan buruk mereka seperti yang tertera dalam ayat2 daripada surah al-Baqarah.

Friday, December 11, 2009

Lagi Tentang Bani Israel

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Kali ini sambung tentang Bani Israel yang dahulunya ditulis di sini .

Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). (al-Baqarah [2] : 40) .

Ayat ini bermaksud bahawa Allah menggesa orang2 Yahudi di Madinah agar menepati janji dengan mempercayai bahawa nabi Muhammad saw itu adalah utusan Allah; sesuai dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada leluhur (asal usul keturunan mereka). hanya dengan menepati janji merka akan dikurniakan nikmat yang lain pula.

Seperti yang dinyatakan terdahulu bahawa Bani Israel ini ialah keturunan Nabi Yaakub iaitu anak2nya, cucu2nya dan keturunannya yang kemudian digelarkan nama kaum Yahudi. Sejarah rengkas mereka mengikut Enciklopedia oleh Muhammad farid Wajdi. Sejarah mereka bermula sejak abad ke-20 SM yakni 2000 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa as. Ahli2 sejarah telah membahagikan sejarah kaum Bani Israel ini kpd 5 peringkat:

Peringkat Pertama: Mengambil masa selama 351 tahun, iaitu dari tahun 1996 hingga 1645 SM. Yakni zaman Nabi Ibrahim as hingga baginda keluar meninggalkan negeri Mesir.

Peringkat kedua: Mengambil masa 565 tahun, iaitu dari tahun 1645 hingga 1080 SM, iaitu sejak keluarnya Nabi Ibrahim as dari Mesir hingga terciptanya Kerajaan Bani Israel.

Peringkat ketiga: Mengambil masa selama 544 tahun yakni dari tahun 1080 hingga 536 SM, iaitu dari terciptanya Kerajaan Bani Israel hinggalah tertawannya Babylon.

Peringkat keempat: Mengambil masa selama 671 tahun iaitu mulai 536 SM hingga 135 selepas kelahiran Nabi Isa as, iaitu sejak tertawannya Negeri Babylon hingga hancurnya negeri tanah suci mereka Baitulmaqdis kerana dileburkan oleh Raja Rom; Adrian.

Peringkat kelima: iaitu peringkat terakhir, sejak 135 Masihi hinggalah sekarang ini.

Pada peringkat pertama; seperti yang ditulis dahulu bermula selepas Nabi Ibrahim as pindah keluar dari Mesir, baginda mendapat dua orang anak iaitu Ismail dan Ishak. Daripada Ishak ini lahir Nabi Yaakub, kemudian daripada Nabi Yaakob yang digelar Israel inilah bermulanya kaum yang dipanggil Bani Israel dan akhirnya kaum Yahudi. Nabi Yaakub as mendapat 12 orang anak. Salah seorang ialah Nabi Yusuf as yang mendapat pangkat yang tinggi di sisi Firaun Raja Mesir. Bila datang bahaya kelaparan semua anak2 Nabi Yaakub serta anak cucu berpindah ke Mesir dari negeri mereka iaitu Kan'an di utara semenanjung Tanah Arab. kesemuanya 70 orang kemudian kembang biak dengan banyaknya.

Kemudian firaun menindas mereka, tenaga mereka diperas secara paksa. Bukan itu sahaja, kekejaman dilakukan terhadap mereka. Lelaki dibunuh dan perempuan dibiarkan hidup; sehinggalah Nabi Musa as diutuskan Allah untuk membela mereka dan membawa mereka berpindah keluar dari Mesir ke kan'an. Bilangan mereka ramai; yang boleh mengangkat senjata sahaja ialah seramai lebihkurang 600,000 orang.

Pada Peringkat Kedua ini; iaitu sejarah mereka meninggalkan negeri Mesir dengan menyeberangi Laut Merah yang terbelah dua oleh mukjizat Nabi Musa as. Mereka tinggal di Padang Sahara selama 40 tahun. Padang pasir yang tandus dengan kehidupan yang serba perit.

Allah berfirman: Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu. (Q.S. Al-Maidah [ 5 ] : 26)

Nabi Musa menyampaikan syari'at Allah daripada wahyu yang diterima daripada Bukit Tursina (di Semenanjung Sinai). Syariat itulah yang digunakan bagi mendidik kaum Bani Israel ini sehingga baginda mangkat pada tahun 1065 SM. Baginda digantikan dengan Nabi Yushak bin Nun sebagai ketua Bani Israel. semenjak itulah terdirinya kerajaan Bani Israel dan dapat pula menundukkan kerajaan2 yang berjiran dengannya sehingga pemerintahannya meliputi Semenanjung Sinai, Jordan, Palestin dan Syria.

Sejak itu pada peringkat ketiga antara tahun 1080 SM hingga 356 SM kerajaan Bani Israel makin bertambah besar hingga dapat menawan kerajaan babylon di Iraq daripada tangan Parsi. Pada zaman inilah dibangkitan ramai nabi2 dan rasul2 daripada kalangan Bani Israel untuk memberi peringatan, membimbing dan memimpin mereka supaya mengikut ajaran Allah swt; antaranya ialah Samwil (Samuel) Daud dan Sulaiman ('alaihimussalam). Semasa pemerintahan Nabi Sulaiman ini kerajaan Bani Israel berada di mercu kejayaan.

Setelah mangkat Nabi Sulaiman as anaknya Rahba'an menggantikan pemerintahannya. maka bermulalah kejatuhan kerajaan Bani Israel. Pada masa ini mula pudar sedikit demi sedikit akibat perselisihan dan perpecahan. Mereka berpecah menjadi dua golongan. satu puak menubuhkan kerajaan Yahudi dan satu lagi kerajaan Israel. Kedua-dua golongan yang berpecah ini saling memerangi antara satu sama lain. dari situlah bermulanya kejatuhan kerajaan bani Israel kerana kerajaan2 yang berjiran seperti Mesir dan Parsi silih berganti mengalahkan kerajaan mereka.

Pada peringkat keempat sejarah mereka iaitu antara 536 Sebelum Masehi hingga 135 Sesudah Masehi, bukan sahaja kerajaan Parsi sudah dapat menawan semula negeri Baylon dan telah menghalau mereka balik ke Palestin bahkan kerajaan Rom juga telah menyerang Iskandar Maqduni (Alexander The Great) dan menakluki negara palestin. Sejak itu mereka secara bergilir2 dikuasai oleh kerajaan Rom dan Parsi iaitu dua kerajaan yang sangat kuat ketika itu. Mereka ditekan, ditindas, diperas, diperkosa, dipaksa membayar ufti dan cukai negeri, di samping agama mereka dipersendakan. Mereka dilarang berkhatan, dipaksa menyembelih babi sebagai korban, dan di rumah ibadat mereka didirikan patung Jupiter (Tuhan org2 Grek kuno). Akhir sekali negeri Baitulmaqdis yang mereka hormati dan pandang suci dihancurkan sama sekali dan tidak kurang 500,000 bangsa Yahudi disembelih. Dengan malapetaka ini bertambah kua lagi pegangan agama mereka.

Sejak 135 Masihi, iaitu tarikh hancurnya kota Jurusalem (Baitulmaqdis) maka berseleraklah kaum Yahudi, (yakni saki baki daripada yang disembelih yang dahsyat itu) ke seluruh muka bumi. Peringkat inilah peringkat terakhir daripada sejarah kaum Bani Israel yang dicatat oleh ahli sejarah.

Peringkat seterusnya iaitu selepas 135 Masehi tidak dituliskan di sini.. memadailah disebutkan bahawa Kaum Yahudi pada zaman Nabi Muhammad saw ialah saki baki kaum Bani Israel yang merayau-rayau selepas selamat daripada penyembelihan besar2an itu. Mereka merayau-rayau ke Madinah sehingga dapat bertapak di situ. Mereka masih teguh memegang agama, kerana masih berpegang dengan kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa as. Mereka tahu bahawa seorang nabi akan dibangkitkan oleh Allah iaitu bernama Muhammad. Di dalam Taurat ada tercatat sifat2 Nabi Muhammad. Tetapi setelah menjadi kenyataan mereka telah mungkir janji sebab mereka mengharapkan nabi yang dibangkitkan itu daripada kalangan Bani Israel iaitu bangsa mereka yang mempunyai sejarah yang agung; berbanding kaum Arab yang yang tidak terkenal dalam sejarah pada masa itu; kerana Nabi Muhammad lahir daripada kalangan bangsa Arab keturunan Nabi Ismail as.

Sejarah memang mengakui keagungan kaum Bani Israel, sejarah juga tidak lupa mencatatkan penderitaan dan penghinaan yang dihadapi oleh mereka. Bahkan al-Quran juga banyak menceritakan kisah2 mereka kpd nabi Muhammad saw untuk menghiburkan hati baginda disebabkan baginda selalu menghadapi tentangan dan ejekan daripada kaum Yahudi semasa baginda menyampaikan ajaran2 Allah swt dan menyeru supaya kaum Yahudi ini menurut ajaran Allah.

InsyaAllah sambung lagi..

Sunday, December 6, 2009

Syamail Muhammad S.A.W.



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Buku di atas, iaitu "SYAMAIL MUHAMMAD S.A.W. : Keperibadian Rasulullah" merupakan satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah SAW. Buku ini adalah karya Imam At-Tirmizi. Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah S.A.W. yang mulia itu. Buku ini menjadi ubat penawar rindu kepada sosok Nabi Muhammad SAW yang mulia yang dapat melembutkan hati yang keras serta menjadikan tegas kepada orang yg lemah.

Buku SYAMAIL MUHAMMAD SAW ini ialah himpunan hadis-hadis oleh Imam At-Tirmizi ; (seorang imam ahli hadis yang tidak diragukan kekuatan hujjah dan kualiti hadis-hadisnya) tentang semua aspek kehidupan dan sifat yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.

Ini merangkumi 5 aspek kehidupan Rasulullah SAW iaitu :

1. FIZIKAL : Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, cincin, kasut, sandal, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat idur.

2. PERILAKU : Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minuman dan buah-buahan.

3. IBADAH : Wudhu', doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca Al-Qur'an.

4. PERHUBUNGAN & AKHLAK : Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawadhu', rasa malu dan tangisan.

5. PENGHIDUPAN : Nama-nama Rasulullah SAW., penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah SAW.

Profil Ringkas Imam At-Tirmizi.

Nama lengkapnya ialah Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa Ibnu Adh-Dhahhak As-Silmi At-Tirmizi Adh-Dharir. Beliau juga mendapat julukan Al-Hafizh, Al-'Alim, Al-Imam dan Al-Wari'. Selain buku ini, beliau turut menyusun Kitab Al-Jami' (Sunan At-Tirmizi) dan Kitab Al-'Ilal.

Para ulama berbeza pendapat tentang keadaan Imam At-Tirmizi semasa kecil. Sebahagian ahli sejarah menyatakan bahawa Imam At-Tirmizi buta sejak lahir. Sebenarnya, beliau menjadi buta setelah lanjut usianya iaitu setelah selesai melakukan perjalanan menuntut ilmu dan menulis karya-karyanya.

Imam At-Tirmizi lahir di Hudud pada tahun 214 Hijriyyah. Beliau melakukan perjalanan menuntut ilmu hingga ke Khurasan, Iraq, Mekah dan Madinah. Tidak benar kisah yang menyebut bahawa beliau pernah belajar ke Mesir dan Syam. Salah seorang gurunya ialah Imam Bukhari yang seringkali didatanginya untuk bertanya mengenai kesahihan hadis dan persoalan-persoalan akademik yang lain. Di dalam kitab Sunan At-Tirmizi, seringkali dijumpai pernyataan, "Aku tanyakan kepada Muhammad Ibnu Ismail (Imam Bukhari) tentang hadis ini. Dan beliau berkata..."

Imam At-Tirmizi meninggal dunia pada tanggal 13 Rejab tahun 274 Hijriyyah di Tirmidz.

Mengapa Kita harus Mengetahui Sifat-Sifat Keperibadian Nabi Muhammad SAW.

1. Bila kita mengetahui akan keperibadian baginda; akan timbullah rasa takzim kita kepada baginda. Itulah yang akan mejadi wasilah untuk kita cinta kepada syariat Allah. Syariat hebat tentu dibawa oleh orang yang hebat. Bagaimana kita nak kenal Allah jika kita tak mengenali Nabi kita Muhammad SAW.

2. Bila mengetahui tentang Syamail Nabi Muhammad SAW ini ; secara tak langsung kita akan ketahui betapa baik dan mulianya Nabi kita; betapa baik dan mulianya ciptaan Allah SWT yakni baik daripada sifat anggota tubuh badan baginda; betapa cantiknya fizikalnya; daripada segi pergaulan pula betapa baik sikapnya dan mulia cara baginda bergaul dengan isteri2 , anak2 dan cucu2 serta para sahabat baginda. Nabi hanya tersenyum dan jarang ketawa hanya ada sesekali sahaja baginda ketawa menampakkan gerahamnya.

3. Bila kita mengetahui syamail Nabi Muhammad SAW ;kita akan mengetahui cara nak memuji baginda dengan rasa takzim. Sesetengah orang mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adaah manusia biasa seperti kita berdasarkan ayat "Ana basyarun mislukum"; tetapi sebenarnya Nabi Muhammad SAW adalah manusia luar biasa. Sifat2 Nabi ini membantu kita bila kita bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW.

4. Dengan mengetahui sifat2 Nabi kita akan rasa seronok, akan timbul rasa cinta. Bila orang puji Nabi kita; kita akan rasa gembira sebaliknya bila orang menghina baginda kita akan rasa terluka; sama seperti bila orang puji kekasih kita; kita tentu gembira.

5. Dengan membaca buku syamail Muhammad SAW ini, dapatlah ibu bapa menceritakan keperibadian baginda kepada anak2; tidaklah diberi buku2 kisah dongeng semata2. Buku ini mudah difahami.

Ada banyak lagi manfaat yang dapat kita peroleh dengan mengetahui keperibadian baginda SAW dan paling penting kita akan diberi syafaat oleh baginda semasa berada di Padang Mahsyar nanti. Mudah2an.

Buku ini mengandungi 56 bab tentang sifat2 Nabi; dihuraikan melalui hadis-hadis.

Buku ini juga boleh dimanfaatkan dengan:

1. Beli beberapa naskah dan hadiahkan untuk masjid, surau, pejabat dan kepada orang yang disayangi.

2. Dibaca setiap lepas solat 5 waktu terutamanya selepas Subuh dan Maghrib.

3. Suami isteri baca bersama-sama sebelum tidur.

4. Dibaca kepada anak-anak selepas solat berjemaah atau sebelum mereka tidur.

5. Bahan tazkirah, usrah dan halaqah.

6. Bahan untuk mengisi laman web atau blog.



-->

Thursday, November 19, 2009

Bulan Terbelah Dua Pada Zaman Rasulullah SAW?

Bismillahirrahmaniirahim.

Assalamu'alaikum.Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat Nabi Muhammad saw dan kelurga serta para sahabat yang mulia.

SOALAN:


Sudah banyak kali saya mendengar cerita mengenai mukjizat Nabi Muhammad SAW membelah bulan. Cerita itu hakikatkah atau ilusi (khayalan) manusia zaman itu sahaja. Jika betul-betul bulan terbelah dua, tentu ada fakta fizikal secara geografi, kerana manusia berjaya mendarat di bulan, kesannya tentu dapat dilihat sehingga ke hari ini. Pernahkah manusia menemui kesan tersebut, apakah pandangan Dato' dalam hal sebegini - IBNU ABDULLAH, menerusi e-mel


JAWAPAN:

Kisah bulan terbelah dua, bukan ilusi atau khayalan. Ia bukan sihir & silap mata. Malah ini adalah kisah yang benar-benar berlaku, sungguh berlaku secara waqi'e (berlaku di alam nyata). Bulan terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW adalah kisah benar yang dirakam dalam Quranul Karim iaitu dalam satu surah yang Allah namakan sendiri Suratul Qamar (Surah Bulan). Firman Allah (mafhumNya):

"Telah hampir saat (kedatangan Hari Kiamat) & terbelahlah bulan. "Dan kalau mereka (kaum musyrik Makkah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus-menerus berlaku. "Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad & mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan Allah). "Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian daripada kisah-kisah & berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (daripada perbuatan kufur itu). "(Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan & amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar). (Surah Al-Qamar, ayat 1-5)

Amat jelas dalam ayat di atas bulan terbelah dua, kisahnya cukup jelas disebut dalam kitab-kitab sirah dan hadis-hadis sahih antaranya.

Al-Imam bin Ahmad bin Hanbal meriwayatkan hadis daripada Jabir bin Mat'am katanya (mafhum):

"Pada zaman Rasulullah SAW bulan telah terbelah dua, benar-benar terlihat dua belahannya, satu di bukit sebelah kanan, satu di bukit sebelah kiri. Orang-orang kafir berkata Muhammad telah melakukan sihir. Ada pula di kalangan mereka yang menjawab, kalau sihir dilakukan, maka yang kena sihir adalah kita di sini, & sihir tidak mungkin terkena kepada semua orang di tempat lain." (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Apabila berlaku sedemikian, Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:

"Ya Allah, kamulah yang menjadi saksi, ini adalah benar" Sabda Baginda lagi (mafhumnya):

"Nah! lihatlah itu, ini adalah kejadian yang benar".

Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan hadis (mafhumnya):

"Bulan terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW Quraisy berkata ini adalah sihir Ibnu Abi Kabshah. Mereka berkata lagi, tunggu dahulu, jangan percaya apa yang kita lihat ini, sehinggalah pengembala-pengembala di padang pasir daripada ahli-ahli Badiah, tiba di Makkah dalam sehari dua ini, kita tanya tentang peristiwa ini, mereka melihat atau tidak. Kalau mereka tidak melihat, ini (bulan terbelah dua) adalah sihir, jika mereka melihatnya, maka apa yang kita nampak benar-benar berlaku"


Keesokan & beberapa hari berikutnya, maka tibalah pengembara-pengembara tersebut, semua mereka menceritakan peristiwa yang sama, bahawa mereka lihat pada malam itu, bulan terbelah dua. Namun demikian kuffar Makkah tetap mengingkarinya secara degil & keras kepala. Maka dari sinilah turunnya ayat yang saya paparkan di atas. Adapun bukti fizikal berdasarkan fakta, apakah di atas bulan terdapat rekahan yang menunjukkan bulan itu pernah terbelah dua. Memang telah wujud bukti tersebut.

Pengunjung-pengunjung bulan yang terdiri daripada angkasawan Amerika Syarikat & Rusia, pernah merakamkan gambar di atas bulan yang menunjukkan kesan rekahan besar di atas bulan, mengelilingi bulatan sebesar bulan itu. Gambar yang diambil telah tersiar pada beberapa akhbar dunia & disiarkan dalam sebuah majalah tempatan kita yang bernama al-Hunafa isu 2009/2010 di bawah tajuk 'Splitting of the Moon' yang bermaksud bulan terbelah. Gambar tersebut ada pada saya. Mungkin suatu ketika dapat kita siarkan. Oleh kerana telah disedari bahawa jika dibeasr-besarkan cerita tersebut & diketahui umum bulan terbelah dua, dengan kesan yang nyata, maka akan terbukitilah satu lagi bukti yang paling nyata & kuat.

Ia menjelaskan bahawa Al-Quran itu benar, mukjizat Nabi Muhammad SAW itu benar. Dengan sendirinya membuktikan Islam itu benar. Maka ketika itu akan kecewalah orang yang kuffar. Bahawa Rasulullah SAW membuktikan mukjizatnya kepada musrikin Makkah & dengan bukti pengembara padang pasir, telah menjadikan mereka keras kepala & mungkar. Mereka menolak kebenaran yang dibawa dengan nyata.

Lihatlah sekarang, dalam zaman sains & teknologi, amat terbukti dengan paparan yang begitu nyata bahawa bulan meninggalkan rekahannya di sepanjang lilit bulatannya, menandakan benarnya mukjizat yang telah berlaku ke atas Nabi Muhammad SAW. Inilah satu bukti nyata bahawa mukjizat nabi-nabi yang terdahulu, semuanya telah hilang kesan, sedangkan mukjizat Nabi Muhammad SAW, dengan Al-Quran sebagai kepala segala mukjizat boleh dilihat & dilihat sehingga sekarang. Ini membuktikan bahawa Islam adalah agama Allah yang benar. Wallahu a'lam

Sumber: Ustaz Dr. Harun Din Al-Hafiz.

Sunday, November 15, 2009

Memahami Istilah Yahudi dan Israel

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.

Saya telah menonton satu kuliah dan saya juga membaca tafsir surah al-Baqarah yg banyak menyentuh ttg asal usul yahudi daripada Bani Israel dan juga org2 Yahudi pada masa pemerintahan Nabi Muhammad saw di Madinah.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri ra: "Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?. Rasulullah SAW menjawab, :"Siapa lagi kalau bukan mereka". Hadith Riwayat Muslim (Hadis sahih)

Keterangan

Nabi Muhammad SAW berkata bahawa suatu masa nanti umat Islam akan mengikuti jejak langkah ataupun cara hidup orang2 Yahudi (orang2 yang dimurkai Allah) dan Nashrani (orang2 yang sesat), hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya jika orang2 Yahudi dan Nashrani itu masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun orang2 Islam akan mengikut mereka. Sekarang ini kita sudah dapat melihat ramai orang yang hilang pegangan dalam kehidupan seharian. Ramai yang meniru cara hidup orang yang dimurkai dan yang sesat ini. Contoh April Fool dan macam2 lagi seperti gaya berpakaian dan gaya hidup keseluruhannya. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah yahudi dan nashrani sehingga ada yg menjadi talibarut mereka dan membuat kerosakan di muka bumi..


Di bawah ni saya catatkan apa yg diperkatakan dalam ceramah itu dan juga saya rujuk tafsir bagi menerangkan:

Apa itu Yahudi?
Apa itu Israel?
Dari mana asal Bani Israel?
Ke mana mereka pernah berhijrah?
Apa kisah mereka di bumi Kanaan, ke Mesir, dalam pelarian,
Di Palestin (zaman para ketua, zaman raja-raja & zaman kejatuhan), zaman penaklukan Babylon.

Bila sebut Yahudi ada 2 pengertian:

1. Org Yahudi atau Bangsa Yahudi
2. Agama Yahudi

Israel pula ada 3 pengertian:

1. Israel = Nabi Yaakub; gelaran bagi Nabi Yaakub ialah Nabi Israel. Tersusun dp 2 kalimah Ibrani (Hebrew) iaitu Isra: maksudnya Hamba dan El : maksudnya Allah; jadi Israel ertinya Hamba Allah.

2. Keturunan Nabi Yaakub disebut Bani Israel yang kemudiannya digelarkan dengan nama kaum Yahudi.

3. Negara Israel ialah Negara haram ZIONIS di Palestin sekarang ini.

Daripada zaman Nabi Adam as hingga zaman Nabi Nuh as belum ada lagi Bani Israel.

Nabi Ibrahim ada mempunyai 2 org anak.

Salah seorang ialah Nabi Ismail as yg dibesarkan di Hijaz yakni Makkah melahirkan anak berketurunan Arab Quraisy hinggalah kpd Nabi Muhammad saw.

Manakala seorang lagi ialah Nabi Ishak as tinggal di Kan'an. Nabi Ishak mempunyai 2 org anak masing2 nama Isu dan Nb Yaakub. Nabi Yaakub inilah yg dipanggil Israel, dan anak cucunya digelar Bani Israel. Drp sinilah asal keturunan Yahudi.

Ramai lagi Nabi2 keturunan Bani Israil spt Zulkifli, Daniel, Musa, Harun, Isa, samwil, Daud, Sulaiman, dll.

Keturunan Nb Ismail berakhir pd Nabi Muhammad saw, sdgkan Nabi2 dan Rasul2 yg diutuskan kpd Bani Israil ramai, mereka juga diturunkan 3 kitab yakni Taurat, Zabur dan Injil. Ini menunjukkan kaum Bani Israel ni memang teruk perangainya. Itu sebabnya diutuskan ramai nabi di kalangan mereka namun sampai sekarang mereka derhaka, banyak nabi2 yg mereka bunuh. Sedangkan untuk umat Nabi Muhammad saw hanya diberi satu sahaja kitab yakni al-Quranul Karim.

Bagaimana Bani Israel pindah dp Kan'an ke Mesir kemudian ke Palestin?

Nabi Yaakub ada 12 org anak dp 4 org isteri.

1. Lia
2. Rahil
3. Zilfah (jariah kpd Lia)
4 . Bilhah (jariah kpd Rahil)

Rahil melahirkan 2 org anak iaitu Yusof dan Bunyamin; sangat disayangi oleh Nabi Yaakub.. manakala yg lain2 amat cemburu dan dengki kpd Nabi Yusof.. tentu pernah dgr fsl mimpi Nb yusof diceritakan kpd bapanya bukan? kmd adik beradik Yusof meninggalkan Yusof di telaga dan diselamatkan oleh org dan dibesarkan di istana al-Aziz bertemu dgn Zulaikha, dicintai oleh Zulaikha, akhirnya jd menteri perbendaharaan.

Anak2 Nabi Yaakub hidup terlalu susah lalu ke Mesir, bertemu dgn Nabi Yusof akhirnya mereka berdamai. Lalu Nabi Yaakub dan anak2nya pindah dr Kan'an ke Mesir; tetapi mereka ni suka hidup menyendiri; mereka kuasai ekonomi Mesir dan beranak pinak di Mesir. Kmd Firaun menindas Bani Israel, tenaga mereka diperas dan ada yang dibunuh.

Kemudian pd suatu ketika Firaun (Raja Mesir) bermimpi seorg budak lelaki akan hidup dan akan mengalahkan dia. Selama satu tahun bayi lelaki diperintahkan supaya dibunuh tetapi Nb Musa selamat; akhirnya Firaun yg memelihara Nb Musa.

Pada suatu hari ada 2 org bergaduh; org Mesir bergaduh dgn org Bani Israel ni. Lalu Nb Musa nak damaikan, tiba2 org Mesir mati lalu Firaun marah kpd Nb Musa. Firaun perintahkan askar2nya menangkap Nb Musa. Nb Musa lari, Bani Israil tinggal di Mesir. Nb Musa bertemu 2 org gadis iaitu anak2 Nb Shuaib. Nb Musa menolong anka2 Nb Shuaib ambil air. Lalu Nb Shuaib yg menyedari bhawa suatu hari nnt Musa akan jd Nb, Nb shuaib menikahkannya dgn salah seorg anaknya dan menjdkan syarat tinggal selama 8 tahun.. setengah riwayat kata 10 tahun. Nb Musa pun berkahwin dan bila sampai tempoh Nb Shuaib menguji Nb Musa, disuruhnya Nb Musa masuk ke dlm bilik ambil tongkat. Dipilihnya tongkat dikatakan tongkat tu turun temurun sejak Nb Adam lagi. Diberikan tongkat tu kpd Nb Musa.

Nb Musa bergerak ke Mesir membawa keluarganya. Sampai di Bukit Tursina, Nb Musa nampak api. Dia tinggalkan keluarganya dgn membawa tongkatnya ke Bukit Tursina lalu Nb Musa bertajalli dgn Allah swt. Nb Musa dilantik menjadi nabi dan rasul. Diperintahkan supaya berdakwah kpd Firaun dan kaumnya. Nb Musa dimusuhi oleh Firaun, akhirnya Nb Musa membawa Bani Israel pindah melalui Laut Merah. Dipukulnya tongkat laut terbelah, ada riwayat kata satu lorong ada yg kata 12 lorong mengikiut 12 kumpulan Bani Israel.

Selepas keluar dp Mesir ni org Bani Israel atau Yahudi ni tinggal di padang pasir. Disebabkan mereka ni mmg berperangai buruk mereka protes kpd Nb Musa, mereka menyesal ikut Nb Musa pindah keluar dp Mesir.

Mereka minta Nb Musa turunkan hidangan dp langit.. Allah turunkan dan banyak nikmat yg Allah bagi kpd mereka tetapi mereka ni memang tak tahu bersyukur. Ketika Nb Musa dipanggil Allah utk mengambil kitab 10 perjanjian yg ditulis di atas batu, bani Israel ni menyembah lembu. Nb Musa tinggalkan mereka ni bersama dgn Nb Harun namun Nb Harun ni kurang tegas. Selama 40 hari sahaja ditinggalkan mereka ni dipengaruhi oleh samiri yg munafik. Samiri ni membaut patung lembu dp emas dan enjadikan seolah2 lembu ni bersuara.

Pada masa itu Nb Musa mengajak mereka ke Palestin. Masa tu penduduk Palestin dah ada di sana. Kalau nak masuk juga mereka kena berperang, tetapi org2 Yahudi ni pengecut, mereka takut berperang. Kisah ni boleh baca dalam surah al-Maidah mulai ayat 21 hingga 26 di bawah:

(Nabi Musa berkata lagi): Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya) dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat). (21) Mereka menjawab: Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu). (22) Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah Tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman. (23) Mereka (menolak dengan) berkata: Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu. (24) Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu. (25) Allah berfirman: Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu. (26)

Nabi Musa bermunajat kpd Allah, Allah kata jika mereka masuk mereka akan menang, tetapi jahatnya mulut org2 yahudi ni; mereka kata kpd Nabi Musa jika dah boleh menang kamu dengan Tuhan je lah yang masuk memerangi Palestin. Kmd Allah mengharamkan mereka masuk ke Palestin selama 40 tahun.

Nabi Musa wafat sblm dapat masuk ke Palestin lalu digantikan oleh Yushak bin Nun. Yushak yg sama menemani nb Musa bertemu dgn Nb Khidir. Mereka dapat masuk ke Palestin disebabkan Yushak ni berjaya memujuk mereka supaya masuk melalui sungai Jordan.

Di Palestin mereka melalui 3 zaman:

1. Zaman Para Ketua
2. Zaman Raja2
3. Zaman Kejatuhan.

Pada zaman Para Ketua ni Yushak jd pemimpin. Pada zaman ini ramai nabi2 jadi ketua, dan yg akhir ialah Samwil (Samuel). Samuel ni ada 2 org anak tetapi mereka berdua ni tidak berguna. Di Palestin org2 yahudi ni ni dibuli; jadi mereka tak tahan dibuli oleh org2 Palestin lalu mereka minta supaya Nabi Samuel ni berdoa kpd Allah memohon supaya mereka diperintahkan oleh raja. Samuel berdoa, dan raja pertama mereka ialah Talut. Org2 Yahudi kaum bani Israel ni tak puas hati krn Talut ni org kebanyakan(biasa). Disebabkan mereka ni berperangai buruk mereka selalu berasa tak puashati.

Kemudian Nb Daud yg jd penghulu lebih kuat dp Talut, Talut nak serang dan bunuh Nb Daud, lalu Nb Daud dgn bantuan org2 Palestin dpt membunuh Talut; menang dan dapat jd Raja Bani Israel dan Nb Daud diturunkan kitab Zabur. Selepas Nb Daud, Nb sulaiman ambil alih pemerintahan. Bani Israel berada di kemuncak semasa pemerintahan Nbi Sulaiman. Selepas wafat Nb Sulaiman 2 org anaknya bergaduh. Masa dua org anak ini bergaduh Firaun yg bernama Sesac (tak pasti sgt ejaan) kalahkan Bani Israel, kemudian dtg pula Raja Budkadnezar (Raja Baylon) lalu hacurlah kerajaan Bani Israel (Yahudi) di Palestin


Nak lihat dan dengar sendiri kuliah :Di SINI

Saturday, October 24, 2009

Alam Jin 3

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia. Kita hendaklah melindungi diri kita daripada gangguan mereka dan godaan mereka.. Bagaimana caranya?

Pertama: Berwudhuk.

Saya berpesan kepada diriku sendiri dan anda sekalian, selalulah berada dalam keadaan berwudhuk baik dalam keadaan solat mahupun di luar solat. Wudhuk adalah salah satu tanda org beriman. Syaitan tidak akan mendekati seseorang selama dia berwudhuk, selama itu juga dia tidak akan marah.. InsyaAllah.

Pada suatu hari, ada seorang lelaki yg marah hampir dgn Rasulullah saw, maka baginda bersabda: "Kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan dicipta dpd api, dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Jika seorang daripada kamu sedang marah maka hendaklah berwudhuk". (hadis Riwayat Abu Daud, dan Ahmad).

jika seorang daripada kamu marah, maka berwudhuklah utk menyejukkan badan. Jika marah dalam keadaan berdiri duduklah, lalu mohonlah pertolongan daripada Allah.

Kedua: Membaca Bismillah.

Bacalah bismillah seamasa berwudhuk, masuk rumah, keluar rumah, makan dan apa sahaja pekerjaan yg diredhai Alah. Jika anda membaca bismillah sebelum memulakan satu pekerjaan InsyaAllah syaitan tidak akan mendekatimu selamanya. dalam satu hadis dikatakan; "Jika seseorang hendak memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah adn ketika makan maka syaitan akan berkata kepada semua syaitan yg lain: "Tidak ada tempat tinggal bagi kamu dan tidak ada makanan". Jika dia masuk dgn tidak menyebut nama Allah maka syaitan akan berkata; "Kamu menemui tempat tinggal dan makanan". (Hadis Riwayat Muslim).

Ketiga: Memohon perlindungan daripada Allah swt.

Mintalah pertolongan daripada syaitan yang terkutuk. Dalam satu riwayat dikatakan bahawa ada dua org lelaki yg saling mencela hampir dgn Rasulullah saw, hingg wajah seorang adripada keduanya merah padam dan urat lehernya tegang. Rasulullah bersabda; "Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah jika diucapkan tentulah akan hilang kemarahan, iaitu jika dia membaca : اعوذ بالله من الشيطان الرجيم "A'uzubillahiminasysyaitanirrajim (aku berlindung kpd Allah dp syaitan yg terkutuk". (H.R. Bukhari). Kemudian kata2 Rasulullah itu disampaikan kpd org yg sedang marah itu. Dia membacanya lalu redalah kemarahannya. setelah reda dia berkata ttg dirinya yg sedang marah tadi "Sungguh aku telah gila tadi". Kemarahan atau emosi tidak terkawal dpt membutakan akal dan hati.

4. Membaca Ayat Kursi.

Ayat Kursi ialah ayat yg agong. Hafallah ayat ini. Mintalah seluruh ahli keluarga anda menghafalnya dan sentiasa membacanya. Bacalah ketika hendak tidur, ketika pagi selepas solat subuh dan selepas solat fardhu yg lainnya. Sesungguhnya ayat ini merupakan perlindungan daripada syaitan yg ada dalam dirinya dan juga syaitan yg lainnya, dgn izin Allah. Rumah yg dibaca ayat ini tidak akan dihampiri syaitan.

5. Membaca surah al-Falaq dan an-Nas.

Dlm hadis Uqbah bin Amir dikatakan bahawa Rasulullah saw menyuruhnya utk membaca dua surah ini setiap selesai solat.

Abu Sa'id berkata; "Sebelunya Rasulullah saw biasa membaca ruqyah utk al-Hassan dan al-Hussin namun ketika Allah menurunkan ayat2 ini Rasulullah saw meninggalkan ruqyah dan membaca kedua2 surah ini". (H.R At-Tirmizi)

Surah ini adalah bacaan terbaik utk anak2 kecil dibacakan di dalam rumah ketika hendak tidur dan ketika bangun tidur.

6. Membaca:

بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim

Dengan nama Allah yang tidaklah memudharatkan bersama NamaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Hendaklah anda membacanya sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang.

SabdaRasulullah saw: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi , Ibnu Majah dan Ahmad).

7. Membaca:

"A'uzubikalimaatillahit taammaati min syarrima kholak"

"Aku berlindung dengan kalimah Allah yang serba sempurna daripada keburukan makhluk"

Org yg membaca ayat ini tidak akan dihampiri keburukan.

Perawi hadis berkata: "Aku mendgr Rasulullah saw bersabda; "Sesipa yg membaca bacaan di atas sebanyak 3 kali pada satu malam, dia tidak akan ditimpa keburukan pd malam itu". Pada satu malam perawi hadis ini disengat kala jengking. Kemudian org bertanya kepadanya; "Mana hadis yg diriwatkan oleh kamu kpd kami dahulu, sdg kamu skrg ditimpa keburukan (disengat kala jengking)?" Dia menjawab: "Demi Zat yg Yg tida ada Tuhan yg disembah melainkan Dia, aku lupa membacanya".

8. Membaca Tahlil (La Ilahaillallah)

Membaca tahlil 100 kali termasuk usaha memohon perlindungan daripada Allah dripada menimpa keburukan. Ini disebut dalam dalam kitab Badal al-Fawa'id oleh Ibnul Qayyim.

Dalam satu hadis disebutkan bhw Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yg membaca: La Ilahaillallahu wahdahu la syarika lah lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wahuwa 'ala kulli syayin qadir. (Tiada tuhan yg wajib disembah selain Allah, Dialah tuhan satu2nya, dan tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan kerajaan dan bagiNya segala puji. Dia Yg menghidupkan dan Yang mematikan dan Dia Maha Kuasa atas sgl sesuatu).

Bacalah 100 kali dalam sehari. Akan dicatat pahala 100 kebaikan dan dihapus daripada 100 keburukan. Dan baginya pahala setanding memerdekakan 10 hamba dp anak cucu Nabi Ismail. Bacaan ini juga menjadi pelindung daripada syaitan pd hari itu hingga ke malamnya dan tidak ada pada hari kiamat org yg lebih baik amalnya spt amalnya atau lebih dp amalnya. (H.R. Bukhari)

Sebenarnya tidak lamapun masa utk membaca ayat2 ini, namun tidak ramai yg mahu meluangkan masanya utk membacanya. Kebanyakan masa kita, kita habiskan utk perkara2 lain yg kadg2 tidak berguna pun kpd kita. Kita lebih suka bergurau senda, bersembang, menonton TV dan kdg2 ke sana ke mari tanpa tujuan, bahkan ada yg mengumpat, mengadu domba memfitnah, memberi kesaksian palsu, memacing permusuhan dsbnya.

9. Selalu mengingati Allah (Zikrullah).

Jadikan bibir anda sentiasa basah menyebut nama Allah, bibir anda bergerah mensucikan Allah (Suhanallah), memuji Allah (Alhamdulillah), memohon perkenan Allah (InsyaAllah) dan pelbagai macam sebutan zikrullah yg lain2. Jgnlah lalai dp mengingatiNya:"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (Ail-Imran [3] : 190 & 191) .

Rasulullah saw bersabda: "Allah swt mengatakan; "AKU akan selalu bersama hambaKu selagi dia mengingatiKU dan kedua bibirnya bergerak menyebut namaKU.(Hadis hasan riwayat at-Tirmizi). Dan disebut bahawa Abdullah bin Busr mendatangi Rasulullah saw dan berkata; "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syari'at Islam terasa banyak olehku, Maka beritahulah aku ttg suatu amalan yg menjdkan syari'at Islam itu mudah kepadaku melaksanakannya". Rasulullah saw bersabda; "Selalulah basahi lidahmu dgn menyebut nama Allah".(H.R. At-Tirmizi).

10. Membaca surah Al-Baqarah di dalam rumah.

Jika surah al-Baqarah dibaca di dalam rumah, rumah itu tidak didekati syaitan sebagaimana diriwayatkan oleh satu hadis riwayat Muslim.

Dengan adanya panduan ini tidak perlulah lagi kita mencari bomoh utk menghalau syaitan daripada diri kita. Allah swt melalui lidah dan perbuatan Rasulullah telah memberi kita petunjuk supaya kita amalkan.

Marilah kita memohon kepada Allah mudah2an kita sentiasa mendapat penjagaanNYa dan perlindunganNya daripada kejahatan makhkluk jin dan syaitan dan juga manusia yg dengki.

Sekian, Allah jua Yang Lebih Mengetahui.

Boleh tonton video tentang alam jin di sini, sini dan sini

Related Posts with Thumbnails