Sunday, May 31, 2009

The Qi Gong Exercises

Qi Gong adalah sejenis exercise.. orang yang mencadangkan saya menjalani rawatan tulang belakang saya dengan cara excersise ini ialah dr Razin.. Saya tak ingat tarikh sebenar saya join Qi Gong exercise ni.. mungkin pada akhir tahun 2004 hingga awal tahun 2005.. saya tak ingat sebab tak tulis dalam diary dan resit bayaran yang dibuatpun tidak diberi oleh pusat Qi Gong tu..

Langkah pertama saya disuruh kosongkan fikiran dan pejamkan mata.. saya dan kebanyakan pesakit yang se angkatan dengan saya disuruh sama ada duduk di atas kerusi ataupun berdiri.. bagi kes saya.. kali pertama saya datang saya disuruh berdiri .. kali kedua dan seterusnya saya disuruh duduk di kerusi.. dan berikutnya saya digantung di siling dengan mengunakan alat seperti flying fox.. ramai juga yang datang merawat sakit slipped discs di sini… ada yang telah operate ada yang belum.. ada juga seorang kanak-kank berumur 15 tahun dari Germany.. kata Mr Chow.. Dato’ Seri Anwar Ibrahim g berubat di Germany.. orang Germany berubat di sini..

Selepas mata dipejamkan dan fikiran dikosongkan.. Mr Chow atau pembantunya akan menghalakan kedua2 tapak tangannya ke arah belakang kita jarak se kaki macam tu.. dan energy daripada dia mendorong kita menggerakkan tangan kita seperti senaman.. sama ada kita gerakkan ke atas atau ke bawah.. ini yang saya kurang faham.. bagaimana kita boleh digerakkan.. bilangan gerakan itu seolah2 dikira dengan sendirinya .. saya selalu kira selepas 50 kali atau 100 kali malah ada sampai 300 kali dan akan secara otomatik tukar ke pergerakan lain pula..

Ada orang senang untuk digerakkan.. ada pula susah.. bagi saya pula.. hanya hari pertama saya perlu digerakkan.. tidak pada hari kedua dan seterusnya.. saya ada membawa anak saudara saya yang sakitnya dah lebih 15 tahun.. jari tangan kanannya bergerak-gerak lebih banyak daripada masa berhenti.. jenuh digerakkan oleh Mr Chow ni tapi tak berjaya.. sedangkan saya dapat bonus lagi kata Mr Chow.. bonus tu maksudnya saya tak perlu diactivate olehnya.. saya sampai saja di sana melihat orang ramai yang dah mula excersice tu saya sendiri dah terus bergerak.. bila digantung pula sebaik saja selesai digantung..saya terus menggerakkan kaki dan tangan..

Bonus saya ni bukan setakat saya ber exercise di PJ tu tapi saya seolah2 dipaksa buat di rumah dan di mana2 saja saya pergi.. ada tu sampai saya tidur hanya 2 jam.. atas katil pun exercise.. poom pang poom pang.. bila bertepuk tangan.. angkat kaki hempas ke tilam beratus2 kali kadang2 berjogging bentuk bulatan di dalam rumah beratus kali juga mengikut arah pusingan jam kemudian beratus kali pula mengikut lawan jam… kalau ikut logik orang tak sakitpun tak boleh angkat kaki seperti itu.. inikan pula orang yang sakit tulang belakang.. pernah saya ke sekolah atas urusan memohon pencen awal.. saya berdemo dengan exercise saya.. bukan dibuat2.. timbul rasa malu pula.. ada juga semasa saya ke hospital semasa menungu doktor panggil ke bilik .. saya berexercise di luar.. orang tak tahu mungkin kata saya gila.. ada juga yang bertanya.. bila saya atau anak saya explain baru dia orang faham.. kalau naik kereta pula saya berexercise di sebelah drebar..

Saya mengikuti rawatan cara ini sekejap sahaja hanya belasan kali rasanya.. saya berhenti sebab:

1. saya rasa sakit saya lagi teruk.. sebelum ni sakit hanya di L4 dan L5 kini dah berjangkit ke bahagian belikat.. agaknya excercise terlalu vigorous..

2. saya dapat bonus seperti yang saya ceritakan di atas tadi.. jadi tak perlulah saya ke sana untuk dapatkan exercise tu.. saya sendiri boleh buat tanpa perlu pejam mata dan kosongkan fikiran..

Buat masa ini exercise tu akan jadi jika saya nak buat cuma saya control diri kerana apabila saya exercise cara begitu tulang belakang saya akan lagi teruk.. tambahan pula saya disahkan ada osteopenia pada januari 2007 dan sekarang ada pula osteoperosis..

Tadi saya lihat you tube tentang exercise Qi Gong:



Apa yang saya lihat dalam video ni tak sama seperti yang saya alami.. dalam video ni orang tu di ajar step by step.. sedangkan masa kami buat senaman tu di Pj kami bergerak sendiri.. pergerakan senaman pun digerakan sendiri oleh tenaga dalaman dengan mata terpejam..

Sunday, May 24, 2009

Sonotron Therapy

Hari ini nak cerita fasal terapi Sonotron..

Saya buat rawatan ni kali pertama pada 28/04/2008..dan kali terakhir pada 22/05/2008.. dapat tahu tentang rawatan ni daripada dr Razin yang saya kenal masa buat chelation sesi pertama dulu.

Saya tanya doktor razin ni.. ada tak cara lain lagi nak hilangkan sakit saya.. sebab saya tak nak buat operation kali kedua.. saya takut.. masa tu HKL dan Hospital Pusrawi cadangkan saya buat operation kali kedua.. nak buat fusion.. nak masukkan tulang tiruan kat L4 dan L5 tu..

Sebelum tahu fasal sonotron ni saya dah buat epidural kat Hospital Pusrawi tak ingat dah tarikh tapi awal bulan 4.. malas nak cari resit kalau cari dapat bagi tahu tarikh sebenar.. dalam to do view pun dah ter erase..

Saya buat epidural kerana saya nak elakkan buat pembedahan kali kedua.. mengikut nurse kat pusrawi.. ada 2 nurse yang kerja di situ buat epidural dah elok.. tak sakit lagi.. saya dapat berjumpa salah seorang daripadanya.. masa jumpa tu saya dalam bilik menunggu untuk masuk ke bilik OT.. kebetulan dia yang jaga saya hari tu.. dia bagi tau macam mana rasa selepas buat epidural.. dia pun dah pernah buat operation.. jadi sakit juga, apabila doktor cadangkan buat epidural ni dia setuju.. dan alhamdulillah saya nampak dia boleh buat kerja dia tanpa kekok.. ini memberi harapan kepada saya.. yang seorang lagi saya tak jumpa.. tapi diberitahu dia buat epidural kerana dia bimbang tak dapat buat haji dengan sempurna pada tahun tu.. seronok sangat bila dia orang berjaya hilangkan sakit.. harapan masa tu berbunga.. Ya Allah hendaknya kali ini hilanglah sakitku..

Pagi tu saya masuk ke bilik OT dan buatlah epidural.. mula2 doktor inject kat bahagian tulang pungging tu.. ubat bius setempat lah tu.. lepas tu tak rasa apa dah.. lepas tu doktor dengan pembantu dia buat kerja.. pembantu kata shoot .. tak tau lah maksudnya mungkin tuju x-ray ke tempat yang nak diinject.. masa tu doktor kata dia akan inject ubat campur steroid  ke tempat2 yang dilihat melalui x-ray.. pembantu doktor tu tengok kat xray pastu dan bila dia kata shoot, doktor tu shoot ubat tu supaya keluar melalui jarum ke tempat2 yang saya rasa sakit.. tak taulah macam mana doktor tu tau tempat tu sakit.. teknologi canggihlah tu..

Masa buat epidural tu.. menggigil badan saya.. macam orang demam malaria.. saya pernah demam masa sekolah rendah dulu.. huh makan ubat kuinin .. pahit tak terkira.. saya rasa sejuk.. saya bagi tau doktor sejuk sangat sampai menggigil... doktor gelak.. tu bukan sejuk.. tu sakit sangat tu.. aduh.. doktor cuba tolak supaya L4 dan L5 saya yang dah rapat tu supaya jadi renggang tapi tak dapat.. saya dapat dgr sikit bunyi gerak.. his macam2..

Dah tak dapat nak naikkan.. nak buat macam mana.. sekurang2nya saya dah cuba..

Terlupa pula nak bagi tahu sebelum buat epidural ni doktor kata.. setengah orang buat akan hilang sakit.. ada setengah orang tak hilang sakit.. uh.. saya takut jadi antara yang kedua tu.. kalau hilang sakit sebaik saja hilang ubat bius ni kak werdah dah tak sakit lagilah kata dia

Setengah jam je siap.. doktor pesan lepas ni tidur terlentang jangan bergerak2.. tadi tu ditelangkupkan.. bila dah siap saya diterlentangkan atas troli dibawa keluar tunggu kat bilik luar bilik operation.. ada nurse monitor tekanan darah dan lain-lain..

Selepas 10 minit saya dibawa ke bilik menunggu yang mula2 tadi.. tunggu di situ .. nak tau apa yang saya rasa ketika tu..tak rasa apa2 dari pinggang ke bawah.. aduh takutnya.. takut lumpuh.. saya berfikir beginikah rasanya orang lumpuh.. selepas setengah jam saya dah boleh gerakkan sikit kaki.. alhamdulillah.. nurse tanya dah boleh rasa ke kaki tu.. ya.. ok kata nurse tu cuba2lah bangun.. saya pun bangun dengan berhati2.. nak tau apa saya rasa.. sakit dan beratnya sama.. tak ada perubahan langsung.. kalau ikut kata doktor kalau menjadi.. sakit terus hilang.. begitulah rezeki saya.. Ya Allah tentu ada hikmahMu buatku.. aku je yang tak mengerti.. harap2 bknlah kerana kemurkaanMu tapi jika benar tolonglah ampunkan aku..

Tadi nak cerita fasal sonotron tapi tercerita fasal epidural lak.. saya cerita fasal ni dulu sebab bila dah buat epidural pun sakit tak hilang.. jadi ambil keputusan buat terapi sonotron..
Ok sambung sonotron ni lak.. saya buat di Panmedik kalau nak tau cara rawatan sonotron di panmedik ni sila lihat youtube di bawah:




Boleh juga klik .. Saya buat rawatan sebanyak 9 kali tapi tak hilang juga sakit.. agaknya sebab saya dah buat pembedahan dan macam-macam yang lain.. saya pun tak tahu.. tapi saya perlu berusaha.. saya tak boleh bertawakkal sebelum berusaha..

Artikel tentang sonotron ni ada keluar dalam Mingguan Malaysia sisipan Kesihatan 13 Januari 2008.. Ketua Fisioterapi Institut Sukan Negara Bukit Jalil menjelaskan bahawa ISN telah mula menggunakan mesin sonotron ni pada tahun 1995 dan membawa ke sukan olimpik di Atlanta pada tahun 1996 bagi merawat atlit yang mengalami kecederaan dan kesakitan akibat kerosakan tisu..

Rawatan diberikan dengan menghalakan aplikasi sonotron yang mengeluarkan bunyi yang nyaring.. bunyi ini selari dengan paras tenaga yang digunakan untuk merawat pesakit.. rawatan ini tak perlu ubat jadi tak ada kesan sampingan..

Saya buat rawatan ni mulanya di Panmedic.. panmedic ni di PJ.. jauh dari rumah.. sejam rm150.. kemudian saya dapat tahu dekat AU3 dekat dengan rumah saya ada kilink menawarkan perkhidmatan ni.. jadi saya beralih ke sana.. dekat dengan rumah.. di sini 45 minit rm 45.. alatnya yang dihalakan kepada tempat yang sakit tu.. macam hair dryer.. dalam video you tube di atas tu boleh tengok cara dia rawat dan juga alatnya..

Dengan rawatan ini juga saya tak dapat hilangkan kesakitan.. saya akhirnya buat keputusan buat operation kali kedua pada 20 jun 2008.. pembedahan inipun tak berjaya..

Thursday, May 21, 2009

Ozone Theraphy

Bismillahirrahmanirrahim.



Hari ini saya nak tulis tentang rawatan ozon.. gambar di atas adalah salah satu alat yang digunakan.. saya copy daripada blog seseorang.. izinkan saya ya..

Saya jalani rawatan ini sebanyak 18 kali .. tarikhnya sama dengan tarikh rawatan chelation seperti yang saya tulis dalam entri chelation yang lepas

Rawatan ini mengambil masa setengah jam.. selepas rawatan ozon saya buat rawatan infra red pun selama setengah jam.. selepas infra red terus buat chelation yang kadang2 ambil masa lebih dp 3 jam

Ozon untuk tujuan perubatan dinamakan 'Medical Ozone' iaitu campuran ozon 0.05% - 5.00% dengan Oksigen 95.00% - 99.95% yang dihasilkan dalam bentuk gas

Terapi ozon ni berfungsi membekalkan oksigen dalam badan.. lebih banyak oksigen dalam badan bermakna lebih tenaga dihasilkan.. dengan itu pembuangan toksin lebih berkesan.. oksigen yang cukup juga membolehkan badan membaikpulih sendiri dan mengekalkan sistem ketahanan /imun badan

Menurut pembacaan saya kaedah ini amat berkesan bagi kebanyakan penyakit degeneratif, aids, keletihan kronik, kanser, arthritis dan saluran darah..

Rawatan ini juga boleh digunakan sebagai profilaktis bagi menangani virus, bakteria, dan radikal bebas yang berbahaya sebelum kemunculan penyakit

Individu yang sihat juga boleh menjalani rawatan ini untuk rejunevasi sel.. Ada beberapa cara terapi ini dilakukan.. ada disebut Cara Pemberian Terus Ozon, ada Autohemoterapi Major dan macam-macam lagi.. kalau nak tau lebih lanjut boleh search ozone theraphy pada web..

Terapi ini berfaedah bagi mencegah dan mengubati pelbagai penyakit khususnya yang ada pada darah.. contohnya penyakit yang disebabkan kekentalan darah yang tinggi/darah pekat.. hipertension, hipotension, kolesterol tinggi, kencing manis dan melambatkan proses penuaan, menghaluskan dan memutihkan kulit..

Macam doktor pula saya ni..

Ya lah.. bila dah dapat sakit.. kita perlukan rawatan.. bila kita cari tempat rawatan kita kena tahu apa sebenarnya rawatan tu..

Alhamdulillah.. dengan rawatan ini saya rasa sihat.. walau bagaimanapun keadaan tulang belakang saya semakin hari semakin teruk..

Belum ada rezeki..
Hikmahnya.. mungkin kalau tak dapat sakit saya masih tak belajar banyak..
Ya lah asyik bekerja..
Masa solat pun ingat kerja..
Masa tidur pun ingat kerja..
Mungkin Allah nak bagi sesuatu yang kita tak tahu
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

Boleh baca tentang terapi ozon oleh Pusat Rawatan Kampong Baru.

Wednesday, May 20, 2009

Chelation Therapy

Sumber : Sini


Sumber Gambar: Sini


Dulu saya ada menyebut tentang chelation & rawatan ozon..


Baru sekarang dapat menulis tentangnya..tentang chelation dulu.. ozon.. insyaAllah kemudian.. tak boleh duduk lama di hadapan komputer.. nak beli laptop pun tak sesuai buat saya


Chelation [ key-lay-shun ] ialah rawatan intravena menggunakan cecair yang mengandungi mineral-mineral vitamin dan asid amino (EDTA)


EDTA ialah singkatan kepada Ethylene Diamine Tetracetic Acid.. sejenis asid amino yang menyerupai protin makanan...


Cairan ini juga berupaya membuang racun atau toksin dan logam berat seperti plumbum, raksa, aluminium dan arsenik.. asid ini juga mempunyai tarikan kuat terhadap kalsium dan mengeluarkan kalsium abnormal yang ada dalam tubuh melalui hempedu dan buah pinggang/ pembuangan air kecil.. dan sebahagian kalsium dikitar semula dan dimendapkan pada tulang


Cara menjalani rawatan ini ialah EDTA ini dilarutkan dalam cecair (saline, dextrose solution atau air suling) dalam botol drip .. lalu didripkan ke tangan pesakit.. kemudian EDTA ini akan mengalir melalui urat darah (VEIN) perlahan2 mengambil masa selama 2 jam ke 3 jam.. EDTA ini akan bercampur dengan darah dan kemudiannya akan membawa kalsium dan logam berat kemudian dikeluarkan melalui buah pinggang iaitu melalui urine


Boleh juga dikatakan bahawa Chelation ini ialah satu rawatan utk memulihkan kesan pengerasan dinding saluran darah yang salah satunya disebabkan pemendapan kalsium.. arteri akan menjadi keras dan tersumbat dan akan mengakibatkan sakit jantung, gangrene dan stroke


Banyak maklumat tentang chelation ni.. boleh dapatkan dalam internet melalui url di bawah
[link]
[link]
[link]
Chelation ni perlu dibuat 2 atau 3 kali seminggu sehingga mencapai 20 kali atau 30 kali (berterusan selama 2 atau 3 bulan) dan seterusnya sekali sebulan mengikut keperluan.. dari segi kos sekali rawatan antara rm350 ke rm450..


Rawatan chelation ni sesuai utk penyakit berikut:

Masalah berkaitan saluran darah seperti
-sakit dada
-sakit kaki bila berjalan
-kaki menjadi biru atau pucat
-ingatan semakin berkurang
-angin ahmar/stroke

paras kolesterol tinggi

Kencing manis dan komplikasi seperti
-luka berpanjangan
-gangrene
-kebas tangan dan kaki
-rabun mata
-masalah buah pinggang
-impoten.

Saya buat rawatan chelation kiranya dalam 2 sessi

Sessi pertama di Farrali Medicare.. Saya mula membuat di Farrali Medicare di Anjung Rahmat pada 21/06/04 dan mengikut rekod yang saya simpan sehingga25/08/04 saya buat 18 kali.. saya tak pasti kalau2 ada rekod lain tetapi hilang.. sekarang dengarnya Farrali Medicare ni dah nak jadi hospital di Pulau Pinang..


Kesan Chelation ni amat baik bagi saya untuk perkara2 lain.. tidak kepada tulang.. dengan izin Allah badan saya rasa bertenaga.. tidak menguap.. tak penat.. cholesterol tak ada.. tekanan darah ok, kencing manis tak ada.. sebelum ni pun tak ada.. tetapi dengan keadaan saya yang asyik berbaring semua tu kemungkinan boleh terjadi.. yang paling ketara ialah saya kurang menggunakan cermin mata.. mata dah terang..


Semasa rawatan saya dapat melihat pesakit yang telah dihukum potong kaki kerana gangrene dapat dipulihkan... ada yang hatinya dah kecut dan pihak hospital tak tau nak buat apa dah cuma nak buat permbedahan utk mengkaji.. tetapi dengn chelation alhamdulillah orang tu sihat tanpa perlu buat pembedahan


Saya menjalani chelation sessi ke 2 mulai 27 ogos 2008 hingga disember 2008 sebanyak 16 kali.. ini selepas saya dapat cushing's sindrom.. alhamdulillah kolesterol saya dipulihkan.. insyaAllah saya akan teruskan.. kali ini saya buat dengan doktor Dato' Noorlaily pengasas Nury.. kliniknya di bukit antarabangsa.. saya berhenti buat chelation di situ sejak teragedi tanah runtuh disember lepas.


Saya ingin memberikan pendapat.. sekiranya kita ada masalah jantung atau yang saya sebutkan di atas tadi eloklah buat chelation ni.

Friday, May 15, 2009

Sun bear

Tadi buka blog dhilah.. dia ada sebutkan fasal polar bear n sun bear.. jadi teringat gambar-gambar yang bg ju snap di Zoo Negara pada suatu pagi 2 minggu yang lepas.. jadi post ni khas buat dhilah.. sebagai ubat rindu kat semua yang ada di zoo.. banyak lagi.. sebenarnya tapi tak larat nak tunggu... lama sangat masanya utk upload gambar2 ni..

























Sunday, May 10, 2009

Marah

Marah merupakan tabiat atau naluri manusia semula jadi..tetapi marah boleh dibuang atau dicegah..marah adalah nyala api dari api Allah yang menyala dan kemudian masuk ke dalam hati nurani seseorang..apabila telah masuk ke dalam hati, setiap saat akan membakar hati manusia ibarat api dalam sekam..

Telah datang seorang lelaki kepada nabi Muhammmad SAW dan berkata:

"Ya Rasulullah..ajarilah saya ilmu yang mendekatkan diri saya kepada syurga dan menjauhkan saya dari neraka""

Baginda berkata:

"laa taghdhab"
"jangan marah"
"Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan syaitan itu diciptakan dari api, bila seorang daripada kamu marah hendaklah berwuduk"

Apabila hati diisi dengan sifat marah.. akan terikut-ikut dengan bisikan syaitan..kerana syaitan itu asalnya dari api..seandainya seseorang itu marah seakan-akan dia juga dicipta daripada api..dan bukankah syaitan itu marah apabila Allah memuliakan nabi Adam..

Sekiranya marah ini tidak dikawal..hubungan antara seseorang itu dengan seseorang yang lain akan menjadi tidak baik..mengecilkan perasaan orang lain.. akan bermasam muka.. akan menyebabkan timbul perasaan dendam.. mungkin jika tidak terkawal akan berlaku pergaduhan dan pembunuhan akibat bertindak membabi buta..

Selain timbul kesan kepada orang lain..marah juga memberi kesan kepada diri sendiri.. boleh menyebabkan darah tinggi (hypertension) dan sakit jantung..dan lain-lain penyakit kronik..

Seseorang yang cepat marah juga dikaitkan dengan cepat tua.. selalu kita dengar..jangan marah nanti cepat tua.. mengapa tidak.. kerana jika selalu marah wajahnya tegang.. dan apabila kerap berlaku dalam masa yang lama tiba pada saat reda kemarahannya.. kulit wajahnya akan mengendur dan berkedut..

Wajah tua dan berkedut tidak mengapa jika dibandingkan dengan siksa Allah kemudian hari.. hari pembalasan nanti.. akan dapat masuk syurga ke.. kalau iblis yang dulunya taat dan tinggal di syurga dihalau keluar inikan pula yang entah di mana..

Marah merupakan sifat mazmumah...sifat tercela..

Islam menganjurkan supaya seseorang itu menahan marah

Sabda Nabi Muhammmad SAW:

"bukanlah orang yang kuat itu kerana bergusti..tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang menguasai dirinya ketika marah"

Ketika seorang lelaki yang suka sangat marah meminta nasihat Nabi Muhammad SAW baginda bersabda:

"laa taghdhab"
"jangan marah" (H.R. Bukhari)

Orang itu mengulangi meminta nasihat berulang-ulang kali.. begitu juga jawapan Nabi Muhammad SAW

Dalam hadith lain Nabi Muhammad SAW bersabda

"Waspadalah kamu terhadap marah..sesungguhnya marah itu adalah bara api yang menyala dalam hati keturunan Adam..tidakkah kamu melihat apabila seseorang antara kamu ketika dia marah matanya menjadi merah..urat-urat lehernya tegang..dan bila seseorang berasa ingin marah hendaklah berbaring atau melekapkan dirinya ke tanah"

Banyak lagi hadith nabi yang menganjurkan agar kita jangan marah..dan apabila rasa nak marah ambillah wuduk..jika kita sedang berdiri hendaklah duduk.. baca ayat kursi..dan sebagainya.. dan dianjurkan berdoa seperti di bawah..

"ALLAHUMMAFGHFIRLI ZANBI WA AZHIB GHAIZA QALBI WA AJIRNI MINASSYAITAAN"

ataupun sentiasa membaca Au'uzubillahiminassyaitaanirrajim ataupun Bismillahirahmaanirrahim

Semoga kita semua dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri kita daripada terjerumus ke dalam neraka..ingatlah siapa diri kita sebenar.. asalnya kita dari mana dan akan ke mana..

Boleh juga rujuk di sini



Monday, May 4, 2009

::Mentari waktu senja::







Keindahan selalu berubah-ubah..indahnya subuh berbeza dengan indahnya waktu terbenam mentari di kaki langit senja..


Gambar ini diambil ketika menjelang maghrib..seminggu yang lepas kami dalam perjalanan pulang dari Port Dickson.. dah lama tak melihat matahari naik dan matahari terbenam..
Maklumlah dah lama tak berpeluang keluar rumah waktu-waktu begini.. kalau dulu di waktu pagi dapat juga melihat matahari naik ketika berlumba-lumba ke tempat kerja.. mengejar punch card supaya tidak dapat warna merah..dan pada waktu petang sering juga menikmati keindahan warna merah matahari menghilangkan diri..

Waktu kecil dulu tinggal hampir dengan sawah padi..memang selalu berpeluang menikmati keadaan ini..


Namun aku tetap bersyukur..aku masih bernafas menghirup udara segar setiap pagi..setiap petang dan malam.. dan aku diberi kesempatan berfikir tentang hikmahnya aku diberi kesakitan ini..


Ya Allah..bantulah aku dalam mengingatiMu.. bersyukur kepadaMu dan memperbaiki amalanku..

Ya Allah..bantulah aku mengosongkan hatiku daripada sifat-sifat mazmumah dan isikanlah hatiku dengan sifat-sifat mahmudah..ya Allah tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu ya Allah.
Related Posts with Thumbnails