Thursday, July 23, 2009

'Panjang Tangan' Isteri Rasulullah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Telah dirawayatkan dalam sebuah hadith Rasulullah saw bahawa kebanyakan isteri-isteri rasululullah berusia muda.. sedangkan Rasulullah menjangkau usia tua.. tatkala membayangkan bahawa sekiranya Allah swt mewafatkan baginda ketika itu pastilah mereka akan menjadi balu ketika usia mereka masih muda.. kebanyakan daripada isteri2 yang mulia ini amat berharap Allah mengizinkan mereka mati bersama2 suami keasayangan mereka.. dan berharap selepas kewafatan Rasulullah kebanyakan daripada mereka amat mengharapkan akan mati dahulu.. agar dapat segera bersama2 dengan Rasulullah saw semula.. lantaran itu mereka berbincang sesama meraka dan bersepakat untuk bertanya kepada Rasulullah tentang hal itu..


Pada suatu ketika isteri2 Rasulullah saw telah bertanyakan kepada Nabi, siapakah antara mereka yang akan dimatikan oleh Allah swt seiring dengan kewafatan Rasulullah saw.. lalu Rasulullah saw memberitahu para Ummahatul Mukminin itu.. bahawa isteri Nabi yang akan yang akan dimatikan oleh Allah swt seiring dengan kewafatan Rasulullah saw ialah mereka yang 'panjang tangan'..


Sebaik sahaja para Ummahatul Mukminin itu mendengar jawapan Rasulullah saw mereka pun berpakat dan bergilir2 mengukur tangan-tangan mereka.. dan mendapati tangan Siti Saodah lebih panjang daripada tangan2 para isteri yang lain.


Selepas beberapa ketika setelah Rasulullah wafat, tiba2 mereka dapati bukan Siti Saodah yang segera menyusul pulang ke rahmatullah sebaliknya yang pulang dahulu ialah Zainab.. Dengan peristiwa itu para isteri Nabi ini memikirkan semula apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan panjang tangan oleh Rasulullah saw itu.


Mengikut riwayat, isteri Rasulullah yang bernama Zainab ini ialah seorang pengusaha dan peniaga kulit2 binatang.. kulit2 itu direndam dengan bahan2 tertentu untuk menghilangkan baunya.. kemudian dijemur sebelum dijual.. perniagaannya sangat maju dan meluas ketika itu.. kulit bukan sahaja dijadikan kasut.. malah dijadikan permaidani, timba, atap dan dinding rumah.. dan ini menjadikan Zainab tidak terlalu bergantung kepada pemberian Nabi saw.. justeru Zainab menggunakan sebahagian besar daripada keuntungan perniagaanya untuk bersedekah serta membantu orang2 susah dsb.. maka terkenallah di kalangan para isteri nabi bahawa Zainab adalah isteri Nabi yang banyak memanjangkan tangan menghulur bantuan..


Dengan demikian fahamlah mereka apa yang dimaksudkan dengan panjang tangan itu bukanlah ukuran fizikal tetapi membawa makna tangan yang menderma, bersedekah dan berbuat kebaikan untuk meringankan orang lain.. Peribahasa 'panjang tangan' yang diberitahu oleh Rasulullah saw ini amat berbeza dengan panjang tangan dalam peribahasa orang2 melayu.. kerana orang2 Melayu memahami makna panjang tangan ialah megambil hak orang lain tanpa pengetahuan atau kebenaran atau dengan kata lain mencuri..

Dalam al-Quran banyak ayat menitikbertkan soal memberi infak.. antaranya..

Surah At-Taubah ayat 41 Islam mengajarkan kita menggunakan harta kita ke jalan menuju Allah

ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (41)

Dan dalam surah al-Baqarah ayat 3


وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ

serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3)

Dan dalam surah Ibrahim ayat 7


لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (7)

dan banyak lagi..

Sumber: Mutiara 2 Tok Guru Membangun Ummah

Monday, July 20, 2009

Sifat Mazmumah: Ujub dan Takabbur


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Persamaan ujub dan takabbur ialah kedua2nya adalah berkaitan dengan kesombongan


Perbezaannya pula ialah ujub terbit di dalam hati, orang tak nampak manakala takabbur zahir melalui ucapan atau perbuatan.

Definisi ujub ialah membanggakan nikmat yang Allah berikan dengan menyandarkan kepada diri sendiri serta lupa mengembalikannya kepada Yang Memberi.

Nikmat pula ialah segala pemberian Allah baik yang nampak atau tidak nampak.

Contoh nikmat: boleh melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah , boleh menuntut ilmu hingga berjaya, diberi rezeki. diberi kesihatan, anak yang ramai lagi berjaya.. dan sebagainya.

Kesan ujub terhadap amalan.. amalan akan terhapus dan harta benda akan binasa.. cuba lihat dalam ayat 78 surah al-Qasas..


قَالَ إِنَّمَآ أُوتِيتُهُ ۥ عَلَىٰ عِلۡمٍ عِندِىٓ‌ۚ أَوَلَمۡ يَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ قَدۡ أَهۡلَكَ مِن قَبۡلِهِۦ مِنَ ٱلۡقُرُونِ مَنۡ هُوَ أَشَدُّ مِنۡهُ قُوَّةً۬ وَأَڪۡثَرُ جَمۡعً۬ا‌ۚ وَلَا يُسۡـَٔلُ عَن ذُنُوبِهِمُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ

Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku". Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka.(78)

Dalam ayat di atas Allah menceritakan tentang seorang hamba Allah yang amat angkuh namanya Qarun.. Qarun adalah salah seorang anak kepada bapa saudara Nabi Musa a.s. .. perangainya pelik.. Allah berikan hartanya sangat banyak seperti digambarkan dalam ayat 76 surah al-Qasas iaitu perbendaharaannya terlalu banyak sehinggakan kunci-kunci bagi tempat penyimpanan hartanya juga terlalu banyak dan berta.. dipikul oleh sejumlah orang2 yang kuat.. apabila Allah menyuruhnya mengikuti ajaran Musa, Qarun membanggakan diri dengan mengatakan harta itu adalah disebbakan kepandaiannya mencari dan mengumpulkan harta. Dia lupa menisbahkan kepada Allah swt lalu Allah memusnahkannya bersama2 dengan hartanya.




إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَى فَبَغَى عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَلَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ


Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri". Al-Qasas ayat 76.


Dalam surah al-kahfi ayat 34 , 35, 36 pula cerita tentang orang kaya musyrik mengajak kawannya muslim yang miskin melihat kebunnya yang banyak buah. Lalu si kaya berkata kepada si miskin : “lihatlah hartaku lebih banyak daripada engkau dan aku lebih kuat dan aku tidak fikir semua ini akan binasa dan aku tidak fikir kiamat akan berlaku”.. ucapannya ini menunjukkan dia berbangga dengan diri sendiri..



وَكَانَ لَهُ ۥ ثَمَرٌ۬ فَقَالَ لِصَـٰحِبِهِۦ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ ۥۤ أَنَا۟ أَكۡثَرُ مِنكَ مَالاً۬ وَأَعَزُّ نَفَرً۬ا



"Dan dia mempunyai kekayaan besar, maka dia berkata kepada kawannya (yang mu'min) ketika bercakap-cakap dengan dia: "Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat" (34).


وَدَخَلَ جَنَّتَهُ ۥ وَهُوَ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ قَالَ مَآ أَظُنُّ أَن تَبِيدَ هَـٰذِهِۦۤ أَبَدً۬ا


"Dan dia memasuki kebunnya sedang dia zalim terhadap dirinya sendiri ; dia berkata: "Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya, iaitu: dengan keangkuhan dan kekafirannya." (35)


وَمَآ أَظُنُّ ٱلسَّاعَةَ قَآٮِٕمَةً۬ وَلَٮِٕن رُّدِدتُّ إِلَىٰ رَبِّى لَأَجِدَنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡهَا مُنقَلَبً۬ا
.
"Dan aku tidak mengira hari kiamat itu akan datang, dan jika sekiranya aku kembalikan kepada Tuhanku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik dari pada kebun-kebun itu"(36).


Lalu dengan sebab ujub dan takabbur orang kafir ini Allah binasakan kebunnya.. dan penyesalan sudah tidak berguna lagi.. lihat ayat al-Kahfi (42) di bawah..


وَأُحِيطَ بِثَمَرِهِۦ فَأَصۡبَحَ يُقَلِّبُ كَفَّيۡهِ عَلَىٰ مَآ أَنفَقَ فِيہَا وَهِىَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِہَا وَيَقُولُ يَـٰلَيۡتَنِى لَمۡ أُشۡرِكۡ بِرَبِّىٓ أَحَدً۬ا


"Dan harta kekayaannya dibinasakan; lalu dia membulak-balikkan kedua tangannya (tanda menyesal) terhadap apa yang dia telah belanjakan untuk itu, sedang pohon anggur itu roboh bersama para-paranya dan dia berkata: "Aduhai kiranya dulu aku tidak mempersekutukan seorangpun dengan Tuhanku" (42).

Definisi Takabbur pula ialah menolak kebenaran dan merendah2kan sesama manusia.. ada orang yang bersifat takabbur kerana dia ada pangkat/kedudukan/kekuasaan dalam masyarakat.. dan merasai kedudukannya begitu tinggi.. tidak mahu menerima pendapat orang bawahan..

Iblis menolak perintah Allah supaya sujud kepada Nabi Adam as kerana takabbur.. Iblis rasa dia lebih mulia daripada Adam as.. dia menghina Adam as dan merendah2kan Nabi adam..

Jika ada orang yang mengerjakan amal ibadat tetapi suka merendah2kan orang lain juga dikatakan takabbur.. apabila bersopan santun tetapi rasa dirinya lebih santun daripada orang lain juga dikatakan takabbur..

Mutakabbir ialah orang yang melakukan kesombongan.. Mutakabbirun bih ialah perkara yang disombongkannya.. merasa diri lebih mengetahui, lebih tinggi dsbnya. Manakala Mutakkabbirun ‘alaih ialah orang yang jadi mangsa kepada kesombongannya cth Nabi Adam as jadi mangsa kepada Iblis.

Berbalik kepada ujub.. ujub terdiri daripada Muujibun iaitu orang melakukan ujub seperti Qarun tadi manakala Muujibun bih ialah apa yang diujubkannya.. tak kiralah sama ada ibadat atau kekayaan dsbnya.

Bagiamana nak mengelakkan ujub dan takabbur:

Jangan sandarkan kepada diri sendiri sebaliknya akan apa2 nikmat yang kita dapat.. sandarkanlah kepada Allah swt yang mencipta kita.. ingat asal kita lahir ke dunia dulu tidak ada apa2 yang kita bawa.. telanjang semata2 dan ingat kita pergi nanti membawa beberapa helai kain kafan.. sementara dua yang menghantar kita ke kubur akan kembali ke rumah.. amalan kita yang baik dan ikhlas saja yang akan dinilai..

Mudah-mudahan memberi manfaat.

Sunday, July 19, 2009

Nabi Muhammad SAW Untuk seluruh Manusia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

(28) وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيراً وَنَذِيراً وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ


Dan tiadalah Kami (Allah) mengutus kamu (Ya Muhammad), melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. Surah (34) Saba’ ayat (28).

Ayat ini memberi peringatan kepada semua manusia di dunia ini bahawa Nabi Muhammad bukanlah diutuskan untuk sesuatu kaum sahaja, bukan untuk bangsa Arab semata-semata.. Allah menjelaskan kepada baginda, Nabi Muhammad saw, bahawa : ”Kami (Allah) tidak mengutus engkau Ya Muhammad sebagai rasul kepada kaummu daripada bangsa Arab semata-mata tetapi kepada seluruh umat manusia, tak kira apa bangsa sekalipun sama ada daripada bangsa Arab ataupun bangsa ‘Ajam (bukan Arab), dan tidak mengira apa warna kulit sekalipun sama ada orang kulit hitam, putih, kuning ataupun perang. Tugasmu ialah untuk memberi khabar gembira berupa pahala yang besar bagi sesiapa yang taat kepada Allah.. serta memberi ancaman atau peringatan berupa azab dan siksa yang pedih kepada sesiapa yang derhaka kepada Allah serta berbuat maksiat”

Ada banyak lagi ayat2 yang memberi pengertian yang sama jika kita dapat memerhatikan di dalam Al-Quran.. di bawah ini satu lagi ayat yang sama maksudnya iaitu daripada Surah al-Furqaan 25 ayat (1).


(1) تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيراً


Maha suci / berkat Allah yang telah menurunkan Al Furqaan (Al Qur'an) kepada hamba-Nya (Muhammad), agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam ( jin dan manusia). Surah al-Furqaan 25 ayat (1).

Diriwayatkan sebuah hadith al-Bukhari daripada Jabir bin Abdullah katanya: “Bersabda Rasulullah saw yang maksudnya :” Saya telah dikurniakan lima perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelum saya mendapatnya:

1. Saya ditolong dengan mendatangkan ketakutan kepada musuh sejauh perjalanan satu bulan.

2. Bumi ini dijadikan buat saya tempat bersujud dan berkeadaan bersih, maka sesiapa orang lelaki daripada umatku menemui waktu solat hendaklah mendirikannya.

3. Dihalalkan bagiku mengambil harta rampasan perang, sedangkan sebelumku tidak seorangpun dihalalkan.

4. Saya dikurniakan peluang memberi syafaat pada hari akhirat.

5. Tiap-tiap nabi diutus khusus untuk kaumnya, sedangkan saya diutus secara umum untuk sekelian manusia.

Daripada hadith di atas jelas menunjukkan keutamaan Nabi Muhammad saw dan keunggulan daripada lain-lain utusan Allah swt.. kelebihan yang lima itu tidak diberikan kepada Nabi2 yang lain sebelumnya.. Ternyata perutusannya tidak terbatas kepada satu kaum bahkan menyeluruh bukan sahaja kepada manusia bahkan kepada jin..

Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.. Kejahilan manusia itu yang menyebabkan mereka berterusan dalam keadaan derhaka dan kesesatan.

Semoga kita menjadi umat yang bersyukur..

Friday, July 17, 2009

Sedikit Renungan Dicelah Kesibukan Kita Setiap Hari

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Quran dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."


"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".


"Inilah yang akan kita lakukan," kata Iblis. "Alihkan perhatian mereka daripada usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". 


"Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin iaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"


Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".


"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."


"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahawa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja".. "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."


"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."


"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"


"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan pelbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".


"Serang mereka dengan pelbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari pelbagai macam iklan.


"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"


"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".


"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"


"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."


"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"


"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.


"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."


PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS ." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."


"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"


"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"


Sumber sini

Saturday, July 11, 2009

Rahsia Solat Pada Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh: pada waktu ini alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat pada awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.


Waktu Zohor :Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau pada waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur). Jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan pada waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


Sumber daripada sini

Friday, July 10, 2009

Mengapa Yahudi Bijak?

Artikel ini saya copy n paste daripada blog ustaz Badrul Amin..elok ini dibuat renungan

Mengapa Yahudi Bijak?

Antara sunnah Nabi (s.a.w) ialah:

- makan buah sebelum makan nasi
- tidak makan lauk ikan dan daging serentak dalam satu masa
- minum air sebelum dan selepas makan, bukan ketika makan
- ibu bapa membaca quran ketika ibu mengandung
- susu & kurma antara kegemaran Nabi (s.a.w.)

Baca artikel di bawah… Seolah2 Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan mengamalkannya sedang umat Islam sendiri mengabaikannya.

Wassalam

Baca… Renung… Fikir… Bertindak!
Based on true story...

Mengapa Yahudi Bijak?

Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya…, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau
melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan pelbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab).Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini kerana menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara dis amping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute pengajian tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Pada akhir tahun di universiti, para penuntut dalam bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai. Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ini memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan, di sini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali dan seperti Israel ia begitu taboo dan cara pentadbiran dan daripada segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma beberapa sen US! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah ratusan juta orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka dalam pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabnya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ini memerlukan perubahan, daripada segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 muka surat penuh. Eseinya hanyalah mengenai “Mengapa saya gemarkan tomato!”

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Daripada sini

Thursday, July 9, 2009

Suasana Alam Akhirat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Surah di dalam al-Quran berjumlah 114.. 80 daripadanya menerangkan tentang suasana Alam Akhirat.

Ini menunjukkan bahawa tujuan utama Allah turunkan al-Quran ialah untuk meyakinkan manusia akan adanya Alam Akhirat serta membayangkan kepada manusia bagaimana keadaan Alam Akhirat nanti.. agar manusia bersiap sedia menghadapinya dengan bekalan2 tertentu .. supaya manusia dapat menghindarkan diri daripada kesulitan2 serta dapat menyediakan diri dengan mengerjakan perkara2 yang menjanjikan kesenangan dan kebahagiaan di Alam akhirat nanti.Ini adalah merupakan rahmat Allah kepada kita.. andainya kita tidak diberi peringatan bagaimana kita nak bersedia.. samalah seperti kita nak menghadapi peperiksaan tentunya kita dah tau apa yang akan diuji..

Allah membuat penegasan dan pengulangan dalam al-Quran tentang kerugian yang akan ditanggung di Alam Akhirat nanti tidak dapat ditebus dengan apa-apa sekalipun biarpun seseorang itu mempunyai harta menggunung, anak pinak yang ramai serta pangkat darjat yang tinggi.. jika pengadilan di dunia boleh dibincang dan meminta keringanan hukuman mana bolaeh di sana nanti..

Allah menyatakan dengan ayat-ayat yang begitu indah dan mengagumkan untuk menanamkan keyakinan manusia terhadap Akhirat sehinggakan selama 23 tahun, yakni selama al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, sebahagian besar manusia berbangsa Arab menjadi yakin seyakin2nya/tanpa ragu sedikitpun tentang adanya kehidupan di Alam Akhirat. Disebabkan itulah keadaan bangsa Arab ketika itu berubah daripada serba jelik, rosak, kotor serta berpecahbelah menjadi keadaan serba baik, teratur, bersih dan bersatupadu di bawah pimpinan Rasulullah SAW.. sehingga dalam jangka waktu yang pendek mereka menjadi bangsa yang terkemuka, kuat serta mendapat kemenangan.. serta Agama Islam menjadi berkembang dan menjadi Agama yang terkehadapan (leading religion).

Jadi.. salah satu faktor kemenangan Islam dan Nabi Muhammad SAW dari dulu hingga hari kiamat ialah faktor kepercayaan kepada Alam Akhirat ini. Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 33 bermaksud:

Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (33)

Pelbagai cara Allah menanamkan keyakinan kepada manusia terhadap Akhirat , hinggakan manusia yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat dan tinggi pengetahuan dapat menerima dengan mudah walaupun permasalahan ini amat rumit disebabkan alam akhirat ini tidak dapat dipandang dan dilihat.

Antara cara Allah menerangkan dalam al-Quran

Dalam Surah al-Insaan Ayat (1 – 6 ) yang bermaksud:

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? (1) Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (2) (Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka). (3) (Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): Beberapa rantai dan belenggu serta Neraka yang menjulang-julang. (4) Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: Sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur". (5) Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya. (6)

Dalam ayat di atas Allah menerangkan penciptaan manusia telah lama wujud sebelum wujudnya kaum musyrik di Mekah ketika itu.. lalu mengapa mereka tidak percaya akan adanya hari akhirat.. Allah boleh saja mencipta manusia dan makhluk lain betapa pula tidak boleh mencipta Alam Akhirat.. seterusnya Allah mengingatkan tentang balasan kepada orang2 yang kufur dengan menyediakan rantai dan belenggu serta api Neraka yang menjulang2.. sedangkan untuk orang2 yang beriman Allah sediakan minuman yang lazat daripada mata air yang hampir dengan mereka.

Manakala dalam Surah al-Ankabut ayat 54 yang bermaksud:

Mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab itu, padahal sesungguhnya Neraka Jahanam tetap akan meliputi orang-orang yang kafir. (54)

Dalam ayat ini orang2 musyrik Mekah ketika itu meminta ditunjukkan azab padahal Allah akan turunkan azab tidak mengira sama ada mereka minta atupun tidak.. tidak ada siapa pun (orang2 yang kufur) yang dapat melepaskan diri daripada azab Neraka Jahanam pada hari tersebut.

Banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang menerangkan tentang adanya hari akhirat.. kita akan jumpa jika kita rajin meneliti dan mengkaji.. sayangnya ramai antara kita yang tidak memahami bahasa Arab kerana tidak mempelajarinya jika adapun ketika dalam darjah 1 hingga darjah 6 di sekolah Arab.. (termasuklah saya) tidak banyak yang dapat dikutip dalam masa tersebut.. mungkin kerana sukatan pelajaran atau guru2 yang mengajar kurang mahir berbahasa Arab ketika itu.. saya tidak tahu.. tetapi yang jelasnya ramai yang membaca al-Quran tidak memahami apa yang dibacanya.. lebih malang lagi kalau tidak mahu membacanya.. Apabila kita tidak faham bagaimana kita nak menurut segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang.. zaman Nabi Muhammad SAW dahulu ketika turun ayat memerintahkan wanita menutup aurat.. masa itu juga wanita2 yang ada tidak kira di mana berada akan mencapai apa saja untuk menutup aurat mereka kerana mereka faham.

Berikut saya catatkan antara ayat2 dalam salah satu surah yang jumlahnya 80 yang saya nyatakan di atas tadi yang membayangkan suasana Alam Akhirat:

Surah Al-Qalam (Pena)

(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya; (42) Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat. (43)


Pada hari itu, di hadapan pengadilan mereka (orang-orang yang tidak beriman) dibentak supaya sujud tetapi tidak dapat melaksanakan perintah itu kerana bukan masanya lagi untuk bersolat di akhirat.. di dunia mereka tidak pernah solat dan tidak mahu menerima ajaran Rasulullah.. lalu Allah berfirman kepada RasulNya

Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya. (44) Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh. (45)

Allah tarik mereka sedikit demi sedikit.. Allah hulurkan waktu bagi mereka dan membiarkan mereka terus hidup yang akhirnya pasti akan mati juga.. Pada masa itulah Allah menjalankan tipudayaNya(rencana) yang ditetapkan, yang tidak dapat dihalang kerana manusia tidak berdaya.. sedangkan Allah Maha Perkasa.. Mereka lalai terhadap Allah tetapi Allah tak pernah lalai..

Inilah suasana yang dibayangkan oleh Allah di dalam al-Quran tentang keadaan pada harai Akhirat nanti.. suasana ini sudah tentu membekas di hati ORANG2 YANG BERIMAN, YANG IKHLAS tetapi dianggap kosong dan sebagai angina lalu sahaja oleh orang2 yang tidak beriman.

InsyaAllah sambung lagi dengan Surah yang lain pula..

Wednesday, July 8, 2009

Temuduga sebagai :calon Jenazah

Oleh : ungku salleh ungku jamal

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal yang Ikhlas serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA :
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu... Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.



Daripada sini

Monday, July 6, 2009

Siapakah Orang2 Ini?

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi! Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang adadan sentiasa mengumpul harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah orang yang tidak mengendahkan peringatan ini dan tidak menyampaikan pula kepada org lain.

Wallahu'alam.


Thursday, July 2, 2009

Dapat Award




Award ini dapat daripada anakku Suhida..Thank you and I love you
Related Posts with Thumbnails