Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.
Kali ini menulis tentang Nama Allah yang Pertama iaitu ALLAH. Sebanyak 2698 kali diulang-ulang dalam al-Quranul Karim. Semuanya itu merujuk kepada ZAT yang berhak menerima pengabdian makhluk. Tidak satupun selain DIA yang berhak menerima pengabdian kepadanya. Kita tidak boleh tujukan rasa takut, rasa cinta, rasa harap, rasa cemas dan PATUH selain kepada ALLAH swt. Dengan kata lain SEMUA makhluk wajib menghambakan diri HANYA kepada ALLAH.

Allah berfirman maksudnya : "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku". (Q.S. Ta-Ha [20] : 14).
Yang memberi nama Allah ialah Allah sendiri, Allah berfirman Sesungguhnya Akulah Allah, dalam hal ini Allah berfirman kepada Nabi Musa as.
ALLAH ialah al-ismul a'azam (Nama yang paling agung). Dalam kalimah Allah terdapat pengertian 99 nama yang lain. Kalimah Allah tiada terjemahannya sebab itulah bila kita berdoa kita sebut Ya Allah! bukan Oh God!. Jadi tidak perlulah kita tukar kalimah Allah kepada selainNya. Kalimah ALLAH ini begitu agung kerana Allah sendiri berfirman yang bermaksud:
"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?" (Maryam [19] : 65)
Pertanyaan Allah kepada Nabi Muhammad saw "adakah engkau (wahai Muhammad) mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?(engkau tidak akan mendapati ada nama lain sebanding dengan Allah" ini adalah untuk memberitahu kita bahawa kalimah ALLAH hanyalah untuk Allah dan menyuruh kita supaya mengEsakan Allah dalam semua ibadah kita. Hanya DIA yang berhak memiliki keagungan dan kesempurnaan sebagai pemilik nama itu. Hanya DIA yang berhak mempunyai nama Allah, DIAlah zat yang satu-satunya. TIDAK ADA nama lain yang lebih agung daripada NAMA ALLAH.
Allah begitu penting dalam kehidupan makhluk. Apa sahaja pertolongan yang diperlukan semuanya daripada Allah, Nabi Yunus as dikeluarkan daripada kegelapan dalam perut ikan nun dengan memohon pertolongan Allah. Nabi Yunus memohon dengan mengatakan bahawa Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku menganiayai diriku sendiri. Firaun juga dalam keadaan kritikal sewaktu hampir tenggelam berkata aku beriman dengan Tuhan yang diimani oleh Bani Israel tetapi tidak diselamatkan kerana Firaun bukanlah orang yang mengenali Allah.
Kalimah ALLAH sangat istimewa, dalam bahasa Arab bila disebut Ya Allah (Wahai Allah) boleh ditukar jadi Allahumma (Wahai Allah) tetapi ambillah contoh nabi Adam as tak boleh tukar Ya Adam (Wahai Adam) kepada Adamumma. Selain itu istimewanya kalimah Allah ialah jika kita buang salah satu huruf maksudnya masih Allah; Jika dibuang hamzah masih LILLAH, yakni maksudnya bagi Allah, untuk Allah, kerana Allah malah jika tinggal huruf ha' sahajapun masih maksudnya NYA yakni Allah, (tetapi tidak kalimah lain, contoh nama kita cuba tinggalkan satu huruf sahaja adakah masih lagi nama kita).
Sesetengah pakar bahasa Arab dan al-Quran mengatakan bahawa Kalimah Allah daripada A LA HA maksudnya menakjubkan, mengahirankan kerana semakin kita memikirkanNya kita semakin rasa kagum, semakin mengkaji segala ciptaanNya semakin bertambah kagum kepadaNya. Jadi tidak hairanlah jika para pengkaji bukan Islam bila mengakaji alam semesta ramai yang memeluk Islam.
Catatan ini adalah hasil daripada mendengar ceramah tentang asmaul husna dan Samudera al-Fatihah.