Showing posts with label Husnul Khatimah Vs Suul Khatimah. Show all posts
Showing posts with label Husnul Khatimah Vs Suul Khatimah. Show all posts

Saturday, November 7, 2009

Husnul Khatimah Vs Suul Khatimah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum warahmatullah..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.


Mati adalah penutup tirai kehidupan di dunia. Mati menjadi penentu kehidupan abadi selepasnya. Jika mati dgn husnul khatimah, insya Allah akan aman dan bahagia. Jika mati dgn suul khatimah bererti menempuh hidup yang celaka (wal'iyazubillah).

Amalan di dunia merupakan suatu perhitungan yg belum pasti sama ada dpt mati dgn husnul khatimah ataupun sebaliknya. Rasulullah SAW menyatakan dalam hadisnya bahawa ada org yg sentiasa melakukan amalan spt amalan2 ahli syurga, tetapi apabila telah hampir kpd ajalnya tiba2 dia melakukan amalan ahli neraka, maka malanglah dia krn mdpt suul khatimah. Sebaliknya ada pula org yg amalannya seperti amalan ahli neraka, namun apabila hampir ajalnya dia berubah melakukan amalan ahli syurga, lalu dia bahagia krn mdpt husnul khatimah.

Berdasarkan hadis ini nyatalah bahawa penyudah kpd kehidupan seseorang itu akan menjadi penentu kpd kesudahan hidup yang abadi di akhirat.

Ini hendaklah dijadikan peringatan kpd kita bahawa kita tak boleh terlalu optimis, sekalipun jika kita melihat ada org yg amalan hariannya terbukti sebagai hamba Allah yg taat, mengerjakan sgl perintah Allah dan meninggalkan sgl larangan Allah belum tentu lagi org itu akan mendapat kesudahan yang baik.

Walau sebanyak manapun ketaatan dan kebaikan yg dilakukan oleh seseorg; setelah didatangkan ujian barulah terbukti bahawa org itu benar2 beriman serta ikhlas dlm setiap amalan kebajikannya.

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah [2] : 214)

Orang2 terdahulu iaitu para rasul Allah telah didatangkan pelbagai ujian. Nabi Ibrahim diuji dengan dibakar dalam api oleh Raja Namrud dan kaumnya, Nabi Zakariya dan Nabi Yahaya dibunuh oleh kaumnya yang menentang, Nabi Ayub diuji dgn sakit, Nabi Musa diuji dgn Firaun dan kaumnya, dan kebanyakan para rasul diperangi oleh kaumnya dgn pelbagai kekejaman. Keimanan dan ketakwaan yg sebenar tidak akan tergugat dgn sgl ujian krn pasti para rasul itu merupakan org2 yg terpilih.

Bagi org awam jika Allah timpakan ujian; kemiskinan umpamanya, keimanannya akan teruji sama ada hilang perhitungan dgn mencuri atau merompak disebabkan kesempitan hidup, ataupun semakin bertambah taat kpeda Allah. Begitu juga dgn ujian kesenangan, apabila Allah kurniakan rezeki yang banyak tidak mustahil org yg lemah imannya akan lupa daratan.

Bukankah Rasulullah saw telah menyatakan bahawa ada org yg beramal sebagai ahli neraka tiba2 Allah menghendaki dia bertaubat, dan insaf lalu memperbaiki amalannya akhirnya apabila ajal tiba mendapat rahmat Allah disebabkan rasa insafnya lalu mati dlm husnul khatimah.

Oleh itu kehidupan yg bernama kesempatan ini sewajarnya dihargai. Kesempatan yg berlalu tak akan kembali lagi. Disebabkan kita tak tahu kesudahan kita bagaimana, maka kita hendaklah sentiasa mengamati diri, awasilah jika ada tanda2 akan wujud suul khatimah. Jika kiamat diketahui dgn tanda2nya, suul khatimah juga boleh diketahui melalui tanda2nya.

Kalimah LA ILAHA ILLALLAH yg diucap ketika hampir ajal sebenarnya dtg dpd hati, tetapi hati yg bagaimana yg akan mendorong lidah untuk mengucap; sdgkan hatinya tak pernah bersungguh2 semasa melaksanakan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat, bersedekah dan lain2 ibadat. Solat semata2 krn tak mahu org kata dia tak solat, puasa krn org lain berpuasa, pergi hajipun krn org2 sekeliling pergi haji.

Jika inilah yang dilakukan oleh hati bagaimana akan mendapat husnul khatimah. Bukankah beribadah itu kerja hati. Solat yang khusyuk juga kerja hati. Bersedekah, solat malam, puasa sunat dengan niat ikhlas tetapi bila dah bercerita dah jadi riya', bila memperdengarkan dah jadi sum'ah. Riya' dan sum'ah pula syirik kecil. Ingatlah syaitan yang sentiasa berusaha menggelincirkan kita.

Oleh itu kita hendaklah sentiasa berusaha memperbaiki kualiti hati. Hati dalam al-Quran disebut qalbun; bermaksud yang berbolakbalik dan berpotensi untuk berubah2. Boleh diisi dgn sifat mahmudah dan boleh diisi dgn sifat mazmumah. Rasulullah SAW yg maksum dan dijamin sebagai org pertama berjaya menyeberangi sirat dan sampai ke syurga sentiasa mengucapkan doa yang bermaksud : "Ya Allah Yang membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu."


Related Posts with Thumbnails