Saturday, November 7, 2009

Husnul Khatimah Vs Suul Khatimah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum warahmatullah..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.


Mati adalah penutup tirai kehidupan di dunia. Mati menjadi penentu kehidupan abadi selepasnya. Jika mati dgn husnul khatimah, insya Allah akan aman dan bahagia. Jika mati dgn suul khatimah bererti menempuh hidup yang celaka (wal'iyazubillah).

Amalan di dunia merupakan suatu perhitungan yg belum pasti sama ada dpt mati dgn husnul khatimah ataupun sebaliknya. Rasulullah SAW menyatakan dalam hadisnya bahawa ada org yg sentiasa melakukan amalan spt amalan2 ahli syurga, tetapi apabila telah hampir kpd ajalnya tiba2 dia melakukan amalan ahli neraka, maka malanglah dia krn mdpt suul khatimah. Sebaliknya ada pula org yg amalannya seperti amalan ahli neraka, namun apabila hampir ajalnya dia berubah melakukan amalan ahli syurga, lalu dia bahagia krn mdpt husnul khatimah.

Berdasarkan hadis ini nyatalah bahawa penyudah kpd kehidupan seseorang itu akan menjadi penentu kpd kesudahan hidup yang abadi di akhirat.

Ini hendaklah dijadikan peringatan kpd kita bahawa kita tak boleh terlalu optimis, sekalipun jika kita melihat ada org yg amalan hariannya terbukti sebagai hamba Allah yg taat, mengerjakan sgl perintah Allah dan meninggalkan sgl larangan Allah belum tentu lagi org itu akan mendapat kesudahan yang baik.

Walau sebanyak manapun ketaatan dan kebaikan yg dilakukan oleh seseorg; setelah didatangkan ujian barulah terbukti bahawa org itu benar2 beriman serta ikhlas dlm setiap amalan kebajikannya.

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah [2] : 214)

Orang2 terdahulu iaitu para rasul Allah telah didatangkan pelbagai ujian. Nabi Ibrahim diuji dengan dibakar dalam api oleh Raja Namrud dan kaumnya, Nabi Zakariya dan Nabi Yahaya dibunuh oleh kaumnya yang menentang, Nabi Ayub diuji dgn sakit, Nabi Musa diuji dgn Firaun dan kaumnya, dan kebanyakan para rasul diperangi oleh kaumnya dgn pelbagai kekejaman. Keimanan dan ketakwaan yg sebenar tidak akan tergugat dgn sgl ujian krn pasti para rasul itu merupakan org2 yg terpilih.

Bagi org awam jika Allah timpakan ujian; kemiskinan umpamanya, keimanannya akan teruji sama ada hilang perhitungan dgn mencuri atau merompak disebabkan kesempitan hidup, ataupun semakin bertambah taat kpeda Allah. Begitu juga dgn ujian kesenangan, apabila Allah kurniakan rezeki yang banyak tidak mustahil org yg lemah imannya akan lupa daratan.

Bukankah Rasulullah saw telah menyatakan bahawa ada org yg beramal sebagai ahli neraka tiba2 Allah menghendaki dia bertaubat, dan insaf lalu memperbaiki amalannya akhirnya apabila ajal tiba mendapat rahmat Allah disebabkan rasa insafnya lalu mati dlm husnul khatimah.

Oleh itu kehidupan yg bernama kesempatan ini sewajarnya dihargai. Kesempatan yg berlalu tak akan kembali lagi. Disebabkan kita tak tahu kesudahan kita bagaimana, maka kita hendaklah sentiasa mengamati diri, awasilah jika ada tanda2 akan wujud suul khatimah. Jika kiamat diketahui dgn tanda2nya, suul khatimah juga boleh diketahui melalui tanda2nya.

Kalimah LA ILAHA ILLALLAH yg diucap ketika hampir ajal sebenarnya dtg dpd hati, tetapi hati yg bagaimana yg akan mendorong lidah untuk mengucap; sdgkan hatinya tak pernah bersungguh2 semasa melaksanakan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat, bersedekah dan lain2 ibadat. Solat semata2 krn tak mahu org kata dia tak solat, puasa krn org lain berpuasa, pergi hajipun krn org2 sekeliling pergi haji.

Jika inilah yang dilakukan oleh hati bagaimana akan mendapat husnul khatimah. Bukankah beribadah itu kerja hati. Solat yang khusyuk juga kerja hati. Bersedekah, solat malam, puasa sunat dengan niat ikhlas tetapi bila dah bercerita dah jadi riya', bila memperdengarkan dah jadi sum'ah. Riya' dan sum'ah pula syirik kecil. Ingatlah syaitan yang sentiasa berusaha menggelincirkan kita.

Oleh itu kita hendaklah sentiasa berusaha memperbaiki kualiti hati. Hati dalam al-Quran disebut qalbun; bermaksud yang berbolakbalik dan berpotensi untuk berubah2. Boleh diisi dgn sifat mahmudah dan boleh diisi dgn sifat mazmumah. Rasulullah SAW yg maksum dan dijamin sebagai org pertama berjaya menyeberangi sirat dan sampai ke syurga sentiasa mengucapkan doa yang bermaksud : "Ya Allah Yang membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu."


4 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

semoga kita mati dalam iman..

zai said...

Salam Kak Werdah..semakin cantik wardrobe umah kak werdah..pasti rumah sebenar pun cantik..malu zai nak menjemput kak werdah ke rumah sebenar zai yg tunggang langgang ni hehehe..tapi apapun kak werdah ni zai perasan sangatla merendah diri..tak langsung membayangkan keadaan sebenar tu rasa2nya..hebat sungguh jiwa kak werdah..bertuah suami dan anak2 punyai ibu spt kak werdah.

Berbalik kepada entri ini..zai sentiasa berdoa mudah2an Allah akan sentiasa memberi hidayah kepada kita agar terus tetap dijalanNYA dan kekal beriman sehingga ke hujung nyawa..sangat takut apabila pernah mendengar hadis bahawa ramai umat islam yg paginya islam dan petangnya kafir dan petangnya islam dan paginya pula kembali kafir...Nauzubillah...

Minta dijauhkan dgn keadaan sebegitu kerana kadang2 kita tidak perasan walau sebesar zarah dalam hati kita merasa ragu2 atas kekuasaanNYA sudah boleh jatuh kafir...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Normah,

Mudah2an kita sentiasa berusaha kuat utk menjamin dpt mati dalam iman. Amiin

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Zai,

Tersenyum meleret kak.. Zai astaghfirullah.. betul ke Zai cantik wardrobe ni.. bkn apa.. kak suka yg backgrund putih tp susah benar nak dpt.. kmd taknak yg comot kat tengah2 mcm yg sebelum2 ni.. jd dpt yg clear ni kira oklah.. alhamdulilah.

Zai,

Malu kak tau, he he, bila Zai ckp macam tu.. Zai datanglah nnt tengok rumah kak macam org nak pindah je.. kmd kak ni tak boleh amik brg kat bawah, jd brg2 susun atas meja berlapis2.. hi malulah.. maklumlah tak ada pembantu.. ada anak perempuan sorang tu masih belajar.. dia pula sorang2 nak buat kerja, kesian pula.. tp suami tak kisah rumah selerak pun dia fhm.. alhamdulillah

Ingat fsl cerita Zai ttg pembantu lari tu.. kak takleh cter kat sini..

Sejak tu tak ada pembantu dah.. jadi macam mana nak nampak kemas..

Ok fsl N3 ni, mmg takut kan?.. kita ni tak tau apa kesudahan kita.. namun marilah sama2 berdoa dan berusaha sungguh2 ya!.. ustaz selalu ingatkan iman ni kena amal bkn bila dah belajar, tahu, fhm tp tak amal.

Related Posts with Thumbnails