Sunday, September 20, 2009

Panduan Solat 'Idulfitri dan 'Iduladha

Assalamu'alaikum,

1. Diriwayatkan daripada Abu Said, ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar ke mushalla ( padang untuk solat ), maka pertama yang baginda kerjakan adalah solat, kemudian setelah selesai beliau berdiri menghadap kepada manusia sedang manusia masih duduk tertib pada Saf mereka, lalu baginda memberi nasihat dan wasiat (khutbah ) apabila baginda hendak mengutus tentera atau ingin memerintahkan sesuatu yang telah baginda putuskan, baginda perintahkan setelah selesai beliau pergi. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )

2. Telah berkata Jaabir (R.A.): Saya menyaksikan solat 'ied bersama Nabi (S.A.W.). Baginda memulai solat sebelum khutbah tanpa azan dan tanpa iqamah, setelah selesai baginda berdiri bertekan atas Bilal, lalu memerintahkan manusia supaya bertaqwa kepada Allah, mendorong mereka untuk taat, menasihati manusia dan memperingatkan mereka, setelah selesai bainda turun mendatangi saf wanita dan selanjutnya beliau memperingatkan mereka. (H.R : Muslim )

3. Diriwayatkan dari Ibnu Umar (R.A.). ia berkata : Umar mendapati pakaian tebal dari sutera yang dijual, lalu beliau mengambilnya dan membawa kepada Rasulullah (S.A.W.). lalu berkata : Ya Rasulullah belilah pakaian ini dan berhiaslah dengannya untuk hari raya dan untuk menerima utusan. Maka bagindapun menjawab : Sesungguhnya pakaian ini adalah bagian orang-orang yang tidak punya bagian di akhirat (yakni orang kafir). ( H.R Bukhary dan Muslim )

4. Diriwayatkan daripada Ummu 'Atiyah (R.A.). ia berkata : Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan kami keluar pada Aidilfitri dan Aidiladha semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Adapun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari mushalla (tempat solat 'ied ), mereka meyaksikan kebaikan dan mendengarkan dakwah kaum muslimin (mendengarkan khutbah ). Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Baginda bersabda: Supaya saudaranya meminjamkan kepadanya dari pada jilbabnya. (H.R : Jama'ah)

5. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). Tidak berangkat menuju mushalla kecuali baginda memakan beberapa biji kurma, dan baginda memakannya dalam jumlah bilangan ganjil. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )

6. Diriwayatkan daripada Burayaidah (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) keluar untuk solat Aidilfitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada solat Aidiladha sehingga beliau kembali daripada solat 'ied. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

7. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas (R.A.). ia berkata : Bahwasanya Nabi (S.A.W.). keluar untuk solat Aidilfitri dua raka'at, tidak solat sunah sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. (H.R : Bukhary dan Muslim )

8. Diriwayatkan daripada Jaabir (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) apabila keluar untuk solat 'ied ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan (yakni waktu berangkat melalui satu jalan dan waktu kembali melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhary )

9. Diriwayatkan dari Yazid bin Khumair Arrahbiyyi (R.A.). ia berkata : Sesungguhnya Abdullah bin Busri seorang sahabat nabi (S.A.W.). keluar bersama manusia untuk solat Aidilfitri atau Aidiladha, maka beliau mengingkari keterlambatan imam, lalu berkata : Sesungguhnya kami dahulu ( pada zaman Nabi (S.A.W.) pada jam-jam seperti ini sudah selesai mengerjakan solat 'ied. Pada waktu ia berkata demikian adalah pada solat Dhuha. (H.R. : Abu Daud dan Ibnu Majah)

10. Diriwayatkan daripada Abi Umair bin Anas, diriwayatkan daripada seorang pamannya dari pada golongan Anshar, ia berkata: Mereka berkata: Kerana tertutup awan maka tidak terlihat oleh kami hilal Syawal, maka pada pagi harinya kami masih tetap puasa, kemudian datanglah satu kafilah berkendaraan di akhir siang, mereka bersaksi di hadapan Rasulullah (S.A.W.) bahawa mereka kelmarin melihat hilal. Maka Rasulullah (S.A.W.) memerintahkan semua manusia ( ummat Islam ) agar berbuka pada hari itu dan keluar menunaikan solat 'ied pada hari esoknya. (H.R. : Lima kecuali At-Tirmidzi)

11. Diriwayatkan daripada Azzuhri, ia berkata : Adalah manusia (para) sahabat) bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah-rumah mereka menuju tempat solat 'ied sampai mereka tiba di mushalla ( tempat solat 'ied ) dan terus bertakbir sampai imam datang, apabila imam telah datang, mereka diam dan apabila imam bertakbir maka merekapun ikut bertakbir. (H.R.: Ibnu Abi Syaibah)

12. Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas'ud (R.A.). bertakbir pada hari-hari tasyriq dengan lafadz seperti berikut: (artinya): Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada Illah melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagiNya segala puji. (H.R. Ibnu Abi Syaibah dengan sanad shahih )

13. Diriwayatkan daripada Amru bin Syu'aib, daripada ayahnya, daripada neneknya, ia berkata : Sesungguhnya Nabi (S.A.W.). bertakbir pada solat 'ied dua belas kali takbir. dalam raka'at pertama tujuh kali takbir dan pada raka'at yang kedua lima kali takbir dan tidak solat sunnah sebelumnya dan juga sesudahnya. (H.R. : Amad dan Ibnu Majah )

14. Diriwayatkan daripada Samuroh, ia berkata: Adalah Nabi (S.A.W.). dalam solat kedua hari raya beliau membaca: Sabbihisma rabbikal A'la dan hal ataka haditsul ghosiah. (H.R. : Ahmad )

15. Diriwayatkan daripada Abu Waqid Allaitsi, ia berkata : Umar bin Khaththab telah menanyakan kepadaku tentang apa yang dibaca oleh Nabi (S.A.W.). Waktu solat 'ied . Aku menjawab : baginda membaca surah (iqtarabatissa'ah ) dan ( Qaaf walqur'anul majid). (H.R. : Muslim )

16. Diriwayatkan daripada Zaid bin Arqom (R.A.). ia berkata : Nabi (S.A.W.). Mendirikan solat 'ied, kemudian baginda memberikan ruhkshah / kemudahan dalam menunaikan solat Jumaat, kemudian baginda bersabda : Barang siapa yang mahu solat Jumaat, maka kerjakanlah. (H.R. : Imam yang lima kecuali At-Tirmidzi )

17. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (R.A.). bahwasanya Nabi (S.A.W.). bersabda pada hari kamu ini, telah berkumpul dua hari raya (hari Jumaat dan hari raya), maka barang siapa yang suka solat Jum'at, maka solatnya diberi pahala sedang kami akan melaksanakan solat Jum'at. (H.R: Abu Daud )


KESIMPULAN
Hadits-hadits tersebut memberi pelajaran kepada kita tentang adab-adab solat hari raya seperti berikut:

Pakaian: Pada saat mendirikan solat kedua hari raya disunnahkan memakai pakaian yang paling bagus. (Dalil: 3 )

Makanan: Sebelum berangkat solat Aidilfitri disunnahkan makan terlebih dahulu, jika terdapat beberapa butir kurma, jika tidak ada maka makanan apa saja. Sebaliknya pada Aidiladha, disunahkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai solat Aidiladha. (Dalil: 5 dan 6 )

Mendengungkan takbir:

a. Pada hari raya Aidilfitri, takbir didengungkan sejak keluar dari rumah menuju ke tempat solat dan sesampainya di tempat solat terus dilanjutkan takbir didengungkan sampai solat dimulai. (Dalil : 11 )

b. Pada hari raya Aidiladha, takbir boleh didengungkan sejak Shubuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari tasyriq ( 13 Dzulhijjah ). (Dalil: 12)

Jalan yang dilalui Disunnahkan membedakan jalan yang dilalui waktu berangkat solat hari raya dengan jalan yang dilalui di waktu pulang dari solat 'ied ( yakni waktu berangkat melalui satu jalan, sedang waktu pulang melalui jalan yang lain ). (Dalil: 8 )

Bila terlambat mengetahui tibanya hari raya Apabila datangnya berita tibanya hari raya sudah tengah hari atau petang hari, maka hari itu diwajibkan berbuka sedang pelaksanaan solat hari raya dilakukan pada hari esoknya. (Dalil : 10 )

Yang menghadiri solat 'ied Solat 'ied disunnahkan untuk dihadiri oleh orang dewasa, baik lelaki maupun wanita, baik wanita yang suci daripada haid maupun wanita yang sedang haid dan juga kanak-kanak baik laki-laki maupun wanita. Wanita yang sedang haid tidak ikut solat, tetapi hadir untuk mendengarkan khutbah 'ied. (Dalil: 4 )

Tempat solat 'ied Solat 'ied lebih afdhal (utama) diadakan di mushalla iaitu suatu padang yang di sediakan untuk solat 'ied, kecuali ada uzur hujan maka solat diadakan di masjid. Mengadakan solat 'ied di masjid pada hal tidak ada hujan sementara lapangan (padang ) tersedia, maka ini kurang afdhal karena menyelisihi amalan Rasulullah (S.A.W.). yang selalu mengadakan solat 'ied di mushalla (padang tempat solat), kecuali sekali dua kali beliau mengadakan di masjid kerana hujan. (Dalil: 1 dan 8 )

Cara solat 'ied:

a. solat 'ied dua rakaat, tanpa azan dan iqamah dan tanpa solat sunnah sebelumnya dan sesudahnya. (Dalil: 1,2 dan 7 )

b. Pada rakaat pertama setelah takbiratul ihraam sebelum membaca Al-Fatihah, ditambah 7 kali takbir. Sedang pada raka'at yang kedua sebelum membaca Al-Fatihah dengan takbir lima kali. (Dalil: 13 )

c. Setelah membaca Fatihah pada rakaat pertama di sunnahkan membaca surah (sabbihisma rabbikal a'la/surat ke 87 ) atau surat iqtarabatissa'ah / surat ke 54 ). Dan setelah membaca Al-Fatihah pada raka'at yang kedua disunnahkan membaca surat (Hal Ataka Haditsul Ghaasyiyah/surat ke 88 ) atau membaca surat (Qaaf walqur'anul majid/surat ke 50 ).(Dalil : 15)

d. Setelah selesai solat, imam berdiri menghadap makmum dan berkhutbah memberi nasihat-nasihat dan wasiat-wasiat, atau perintah-perintah penting.

e. Khutbah hari raya ini boleh diadakan khusus untuk laki-laki kemudian khusus untuk wanita.

f. Khutbah hari raya ini tidak diselangi duduk. (Dalil: 1 dan 2 )

Waktu solat Solat 'ied diadakan setelah matahari naik, tetapi sebelum masuk waktu solat Dhuha. (Dalil: 9 )

Hari raya jatuh pada hari Jum'at.

Bila hari raya jatuh pada hari Jum'at, maka solat Jum'at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak. (dalil: 16 dan 17 )

Sumber: Berita Harian


Friday, September 18, 2009

Selamat Menyambut 'Idul Fitri 1430H

Saya ingin mengucapkan kepada seluruh pembaca dan pengunjung blog saya, follower saya, anak2 saya, anak2 saudara yg berblog, bekas pelajar saya, dan sahabat2 blog saya, Selamat Menyambut 'Idul Fitri dan merayakan kemenangan, semoga Allah membantu kita semua mencapai takwa.

Saya juga memohon ampun dan maaf jika ada penulisan saya yang telah menyinggung mana2 pihak. Semoga kita sentiasa dapat MEMBESARKAN ALLAH di mana sahaja dan pada bila2 masa sahaja.

Monday, September 14, 2009

MENGHAYATI 'IDULFITRI

Assalamu'alaikum,

Satu tajuk yang penting ini telah banyak disentuh oleh ahli2 agama baik dalam suratkhabar mahupun dalam blog2. 'Idulfitri disambut setiap tahun merupakan hari perayaan/kemenangan selepas berpuasa selama sebulan.

Apakah makna atau falsafah 'idulfitri ini?

'Id ini terambil daripada kalimah 'ada, ya'ud yang bermaksud kembali kepada keadaan atau ke tempat

Al-Fitri pula diterjemah sebagai asal (suci - kejadian manusia asalnya suci/bebas daripada dosa)

Jadi 'Idulfitri ini bolehlah diterjemahkan sebagai kembali menjadi suci daripada dosa.

Dosa menjadikan manusia jatuh/jauh daripada Allah penciptanya, sekian banyak ayat2 Allah dalam al-Quran menyebutkannya.. salah satu cth: Allah ingatkan Nabi Adam as dan pasangannya: Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah - 35) Namun selepas kedua2nya melanggar perintah Allah kerana terpedaya disebabkan kejahilan atau kealpaan atau tidak mempunyai keazaman yang kuat melawan nafsu, Allah ingatkan lagi dalam surah al-A'raf ayat 22: Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata? (Al-A'raf - 22).

Daripada susunan ayat2 di atas, sebelum Nabi Adam as dan Hawa melanggar perintah Allah, kedudukannya amat hampir (paling dekat disisi) dengan Allah tetapi setelah melanggar larangan Allah kedudukan mereka berdua amat jauh daripada Allah, Allah juga menjauhkan dirinya daripada mereka dan berseru dalam surah Al-A'raf ayat 22 tadi.

Namun setelah Nabi Adam kembali berusaha untuk mendekati Allah dengan bertaubat menyesali perbuatannya.. inilah yang dinamakan fitrah yakni kembali kepada fitrah.

Dalam usaha kita meraikan hari kemenangan kita, mari kita renungkan apa yang kita lakukan pada hari raya.

1. TAKBIR - membesarkan Allah SWT
2. Lahirkan rasa SYUKUR krn Allah menempatkan kita di dunia, DIAlah yang beri kita RAMADHAN.
3. SEDAR akan saudara2 kita yang tak dapat bersama kita, sama ada merantau jauh ke negara orang, ada yang sakit terlantar, ada yang hidup melarat, dan ada yang telah kembali ke RAHMATULLAH.

Dalam solat ketika dahi kita sujud menyentuh tanah kita katakan MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA TINGGI, kita akui kelemahan diri kita.. kita sedar akan KETINGGIAN Allah SWT, sedar akan KEBESARAN ALLAH 'AZZAWAJALLA. DIA boleh mencabut nyawa kita, harta kita, menjatuhkan pangkat kita pada bila2 masa sahaja. Dan dalam masa yang sama DIA juga setiap saat melimpahkan RAHMAT kasih sayangnya.

TETAPI olehkerana KECINTAAN kita kepada DUNIA dan kita mempertahankan dunia, kita besarkan diri kita, jawatan kita, harta kita hingga kita lupakan Allah. ALLAHlah yang memberikan kita semuanya itu. Apabila kita lupa ALLAH, Allah pun lupa kepada kita.. :"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka)". (Al-Hasyr ayat 19)


Secara jujur di sini dikatakan bahawa ada di antara kita yang tidak manusia lagi, kadang2 kita seperti singa ingin membaham sesiapa sahaja, peniaga suka mendapat keuntungan dengan cara menipu, pegawai yang bergaji kecil pula tidak ragu2 korbankan IMAN kerana LUPA ALLAH. Sedangkan ajaran Islam yang diturunkan melalui Nabi Muhammad saw seluruhnya bertujuan supaya MANUSIA dapat menampilkan dirinya sebagai manusia yang berakhlak sempurna.

Setelah kita ruku' dan sujud mensucikan ALLAH kita membesarkan ASMA ALLAH (Solat) kita berpuasa, kita berterawih, kita bersedekah, bertadarus, bertadabbur lalu kita berharap agar Allah kembalikan kita ke FITRAH (asal).

SYAHADAH bertujuan mensucikan akidah.
SOLAT utk mensucikan jiwa, supaya kembali kepada Allah, dengan solat kita mengingati Allah.
PUASA mengawal hawa nafsu kita supaya tunduk/bertakwa kpd Allah.
ZAKAT dapat menyucikan harta kita, membantu org2 yang memerlukan.
HAJI sekali seumur hidup bagi yang mampu, dapat mengarahkan perjalanan kita menuju Allah.

SEBAB itulah syahadah kita batal jika kita merelakan diri kita dizalimi dan menzalimi.. Sabda Nabi bermaksud : Sesiapa saja yang berjalan bersama2 org2 yang zalim kerana ingin membantu berbuat kezaliman sedangkan dia tahu orang tu zalim dia telah keluar daripada Islam"

Begitu juga solat jika lalai, jika tidak dpt mencegah kita dp berbuat mungkarNERAKA tempat kita. Puasa jika tak dapat apa2 kecuali lapar dan dahaga, begitu juga dengan ibadah2 yang lain jika tak dapat mencapai tujuan.

Jadi apabila sambut 'idulfitri ingatlah supaya kembali kepada Fitrah/suci sperti dalam Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30 bermaksud :(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya (Fitrah Allah); tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (30)

Apabila kita sambut 'Idulfitri kita saling kunjung mengunjung, yakni saling membalas kunjungan. Tetapi sillaturrahim juga dituntut, kerana sillaturrahim bermaksud "menyambung yang telah putus". Sambunglah silaturrahim bermakna berkunjung kpd mereka yg telah lama tidak kita kunjungi.

Seperti yg telah disebutkan dlm N3 sebelum ini,
Berbuat BAIK kepada org yang berbuat BAIK kepada kita adalah PERKARA BIASA, maknanya tidaklah hebat manapun
Berbuat JAHAT kepada org yang berbuat JAHAT kpd kita adalah DENDAM, ini tidak dibenarkan oleh agama
Berbuat JAHAT kepada org yang berbuat baik kepada kita adalah ZALIM, ini ditegah oleh agama
Berbuat BAIK kpd orang yg berbuat JAHAT kepada kita inilah AKHLAK. inilah yang dituntut oleh agama.

Dalam AL-Baqarah ayat 185 Allah berfirman maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah - 185)

Cuba perhatikan kalimah Allah "Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur". Di sini Allah ajar kita apabila kita selesai laksanakan ibadah kita hendaklah membesarkan Allah dan bersyukur kerana tanpa pertolongan Allah kita tak mampu menjalankan kewajipan beribadah. Kita kena MEMBESARKAN ALLAH dan melihat diri kita dan selain Allah semuanya kecil.

Jika dalam ibadat solat puasa zakat dan haji kita membesarkan Allah maka hendaklah di luar ibadah juga kita MEMBESARKANNYA. JGN apabila di dalam masjid di atas sejadah kita membesarkan Allah tp bila dah keluar kita besarkan nafsu kita.. bila dlm masjid kita TAKBIR tp bila di luar ibadah kita TAKBUR.. Jawatan yg seharusnya kita gina utk membela nasib org kita salah guna (kita bangga jika dpt memaksa org ikut telunjuk kita, bangga dgn sedikit kecerdikan yang Allah bagi kpd kita dan seumpamanya)

ITULAH SEBABNYA ALLAH SURUH KITA TERUS MENERUS MENGAGUNGKANNYA walaupun kita tak lagi berada di dalam bulan Ramadhan.

Pada hari raya kita sering memohon maaf. Ucapan MAAF ZAHIR DAN BATIN sering diungkapi.. saling memohon maaf dan saling melupakan kesalahan, tidak lagi berasa tersinggung dan kecewa. Maaf bukan sekadar ucapan di mulut tetapi hendaklah dibenarkan dalam hati. Allah menghendaki hak2 manusia yg diambil dpd org lain dikembalikan, hutang dibayar atau dihalalkan, jd tidaklah semudah mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAF ZAHIR DAN BATIN.

Perkataan 'afuwwun atau maaf disebut 34 kali dalam al-Quran. Dalam bahasa Arab 'afuwwun ini bermaksud sesuatu yang lebih daripada yang diperlukan.


وَيَسۡـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ ٱلۡعَفۡوَ‌ۗ

Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu). Al-Baqarah ayat 219.

Daripada pengertian di atas yang berlebihan itulah yang harus dibuat iaitu MEMAAFKAN ORANG SEBELUM ORANG MEMOHON MAAF, Sebab itulah Allah sering ingatkan kita jika org membuat salah kpd kita kita kena maafkan sblm org tu meminta. Peristiwa Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang begitu marah kpd Mistah yang memfitnah Saiyidatina 'Aishah bt Abu Bakar, bersumpah menghentikan bantuan kpd Mistah (dipercayai kerabat Abu Bakar) yg dianggap tak mengenang budi kepadanya ditegur oleh Allah swt dalam surah An-Nur ayat 22 bermaksud: Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (22)

Jika kita ampunkan kesalahan org Allah akan mengampunkan dosa2 kita. Itu janji Allah kpd kita.

MEMOHON MAAF JIKA BUAT SALAH ADALAH PERBUATAN MULIA
MEMAAFKAN KESALAHAN SBLM ORG MEMOHON KEMAAFAN AMAT TERPUJI.

At-Taghabun ayat 14 bermaksud "dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Pada hari raya juga kita tunjukkan kegembiraan kita, pakai baju cantik pakai wangian (utk lelaki, wanita kpd suami sahaja). Ini tidak salah. Anas bin Malik berkata: Rasulullah saw tatkala tiba di Madinah semasa hijrah didapati org2 di Madinah merayakan 2 hari raya dan mereka bergembira, dan Allah memberi ganti 2 hari raya iaitu 'idulfitri dan 'iduladha. Kita berkumpul bersenang2/merehatkan badan/ memberi kelapangan jiwa slps ibadah berpuasa. Hadis ini menjd dalil bhw menzahirkan kegembiraan /kesenangan adalah digalakkan/disukai.

Yang haram pada hari raya ialah puasa.
Selepas tu membazir.
Kemudian berhibur dengan hiburan yang melalaikan.

Kejayaan seseorang ber'idulfitri boleh dijadikan tanda aras bagaimana kita jalani ibadah berpuasa selama sebulan. Adakah kiata dapat terus MEMBESARKAN ALLAH?

Semoga ibadah ramadhan kita diterima ALLAH, menjadi penghapus dosa, menjadi pendinding kepada api neraka dan kembali kepada FITRAH/SUCI.

Lagi ttg 'idulfitri di sini dan sini

Sekian,

Selamat Menyanbut 'Idulfitri, Maaf dipohon,

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR, LAAILAAHAILLAHU WALLHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD.


TAQABBALALLAHUMINKUM, MINNA WAMINKUM TAQABBAL YA KARIIM.

Friday, September 11, 2009

Subhanallah n MasyaAllah

Assalamu'alaikum,

Kita diberitahu bahawa kita kena puji Allah banyak2 pagi dan petang (siang dan malam) dan seharusnya kita kena puji Allah banyak2 seperti yang kita janji dalam doa iftitah "Allahuakbaru kabira, wallhamdulillahi kathira Wasubhanallahi bukratan waasila" (tulisan Rumi ni kdg2 mengelirukan! krn tak tau panjang pendek, hilang dengung dan hilang huruf Shad dll) yang banyak diterjemahkan seperti ini "Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan pujian bagi Allah sebanyak2nya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam".

Sebab itulah kita kena Ucap “Subhanallah” (Maha Suci Allah) ketika kita melihat keindahan ciptaan Allah swt, nescaya terasa betapa kebesaran dan keagungan Allah yang Mencipta.

Kemudian kita kena ucap “MasyaAllah, Lahaula wa la quwwata illa billahil 'aliyyil 'adziim” (Itulah kehendak Allah, Tiada kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung), ketika melihat keanehan, kejayaan dan sebagainya. Dengan itu kita mengiyakan kekuasaan dan qudrat Allah dalam melakukan apa jua kemungkinan mengikut iradahNya. Ini kerana kita tidak mampu melakukan sesuatu tanpa pertolongan Allah hatta mengangkat tangan kita sekalipun.

Dalam Tahiyyat kita baca "Attahiyyatul mubarakatus salawatut taiyyibatulillah" maksud "Segala ucapan selamat yang berkat-berkat dan doa yang baik2 semuanya untuk Allah"

Tetapi ramai juga yang salah tempat apabila memuji Allah dengan ucapan2 sebegini.. Antara kesilapan yang berlaku .. mari kita lihat contoh apabila seseorang menceritakan satu suasana

"Teman saya sudah 15 tahun menetap di bandar ini berniaga, dulu masa di kampung rumahnya masyaAllah buruk sekali".

"Anak jiran saya masyaAllah, selalu melawan cakap orang tuanya, balik rumah lewat malam..."

"Anak saya ni masyaAllah nakalnya boleh tahan!"

"Anak daranya telah dibuntingkan? masyaAllah"

Apa yang sepatutnya diucapkan di situ ialah Subhanallah bukan masyaAllah.. kan tadi kata Subhanallah tu maksudnya Maha Suci Allah.. dan “MasyaAllah, Lahaula wa la quwwata illa billahil 'aliyyil 'adziim” (Itulah kehendak Allah, Tiada kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung), jadi takkan Allah nak jadikan rumah kawan tu buruk dan anak2 tu tak baik serta perbuatan berzina itu baik. Perbuatan Allah semuanya baik.. Jadi di sini mana janji kita yang kata kita nak ucapkan yang baik2 untuk Allah seperti dala tahiyyat itu?

Saya tonton TV dan baca suratkhabar serta blog, didapati ramai lagi yang salah menempatkan ucapan ini. mudah2an kita sama2 perbetulkan insyaAllah.

Wednesday, September 9, 2009

Perang Badar inspirasi umat Islam di bulan Ramadan

Setelah penghijrahan baginda Nabi s.a.w ke Madinah, permusuhan kaum kafir Quraisy terhadap umat Islam masih belum reda.

Penyiksaan dan gangguan mereka kepada kaum muslimin yang masih berada di Mekah dan tidak dapat keluar dari kota itu semakin menjadi-jadi.

Pada sudut yang lain pula harta benda yang ditinggalkan oleh mereka yang telah berhijrah ke Madinah dirampas oleh Quraisy.

Hal inilah yang menjadi dasar bagi baginda Rasulullah s.a.w untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang melintas berhampiran Madinah dalam perjalanan perniagaan menuju Syam atau dari Syam menuju Mekah.

Tahun kedua hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 313 sahabatnya bergerak menuju Badar untuk menyekat kafilah Quraisy yang membawa harta berlimpah hasil dari perniagaan di Syam.

Setelah mendengar berita itu, Abu Sufyan, yang memimpin kafilah ini, mengirimkan utusannya ke Mekah untuk meminta bantuan tentara Quraish dalam menghadapi ancaman ini.

Bagi Quraish, sekatan kafilahnya oleh kaum muslimin tidak bererti kerugian harta tetapi apa yang paling penting baginya ialah kehormatan suku besar di Mekah ini.

Untuk itu, Abu Jahl yang merupakan salah seorang bangsawan terkemuka Quraisy bersama seribu orang lengkap dengan peralatan perang meninggalkan kota Mekah dan bergerak menuju Badr.

Sementara kafilah pimpinan Abu Sufyan dengan melintasi jalan alternatif berjaya meloloskan diri daripada sekatan kaum muslimin.

Abu Sufyan mengirimkan utusannya untuk meminta Abu Jahl kembali ke Mekah kerana baginya dia telah berjaya melepaskan diri daripada sekatan bahaya itu.

Namun pesanan itu ditolak oleh Abu Jahl, beliau segera bersiap untuk berperang bagi menghadapi pasukan Islam Madinah.

Di Badar, pasukan muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w telah bersiap siaga sepenuhnya. Pasukan kecil berjumlah 313 orang dan peralatan yang ala kadarnya, siap menghadapi seribu orang dalam barisan Quraisy yang lengkap bersenjata.

Namun keimanan yang dimiliki oleh umat Islam menjadi sandaran dan pendorong mereka untuk tegar dan siap menanti kematian di jalan Allah yang basalannya adalah syurga.

Tepat pada tarikh 17 Ramadan tahun kedua hijrah, perang di Badar berkecamuk setelah dimulai dengan konfrantasi iaitu satu lawan satu antara tiga pihak dari dua barisan perang.

Satu demi satu wakil musuh terkorban. Darah bersimbah di sana sini. Tak lama, berita tersebar bahwa Abu Jahl yang pernah disebut Rasulullah sebagai Firaun di tengah umat ini tewas di tangan pasukan muslimin.

Dengan terbunuhnya Abu Jahl dan beberapa pemuka Quraisy di medan perang Badar menjadi pukulan hebat bagi pasukan Mekah yang akhirnya memilih untuk melarikan diri.

Dalam perang Badar, pasukan Quraisy menderita kerugian, tujuh puluh tewas dan tujuh puluh yang lain menjadi tawanan.

Sementara barang rampasan perang yang ditinggalkan bukanlah jumlah yang sedikit, dianggarkan sebanyak 150 unta, sepuluh kuda, sejumlah kulit dan kain, serta peralatan perang ditinggalkan oleh pasukan Mekah yang lari tunggang langgang menyelamatkan diri.

Suasana pada malam tercetusnya perang di Badar

Malam itu terjadi beberapa keajaiban, perasaan takut dan tertekan yang ada pada kaum Muslimin tiba-tiba hilang, pasukan Islam menikmati malam itu dengan senang dan tenang, dan akhirnya tertidur dengan puas.

Hujan pun turun, membasahi pasir padang Badar sehingga menjadi padat dan lembut apabila dipijak (pasir dalam keadaan kering, seperti pasir pantai, membuat susah berjalan). Inilah seperti yang dijanjikan Allah dalam Al Anfaal (surat kedelapan) ayat 8:

"(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan setan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu)."

Subuh hari, Abu Bakar "mengganggu" ibadah Rasulullah karena kafir Quraisy sudah semakin hampir mendekati umat Islam.

Pasukan Islam dengan segera membuat persiapan, ketika pasukan kafir Quraisy sudah kelihatan jelas oleh Rasulullah, Rasulullah memanjatkan doa: "Ya Allah! Kaum kafir Quraisy yang enggan untuk menyembahMu dan mendustai utusanMu sudah berada di sini. Ya Allah, kami menunggu dan megharapkan daripadaMu kemenangan yang Engkau janjikan kepadaku dan sahabat-sahabatku. Kami memohon kepadaMu, ya Allah, untuk mengalahkan mereka."

Rasulullah minta pendapat sahabat sebelum berangkat ke Badar.

Sebaliknya pihak Muslimin, yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan, sudah sepakat akan bertahan terhadap musuh bila diserang.

Oleh karena itu merekapun segera berangkat ke tempat mata air di Badar itu, dan perjalanan ini lebih mudah lagi karena waktu itu hujan turun.

Setelah mereka sudah mendekati mata air, Rasulullah berhenti. Ada seseorang yang bernama Hubab bin Munzir bin Jamuh, orang yang paling mengetahui atau disifatkan sebagai seorang pakar tentang mengenal tempat itu, setelah melihat Nabi turun di tempat tersebut, dia bertanya: "Rasulullah, bagaimana pendapat tuan untuk berhenti di tempat ini? Kalau ini sudah wahyu Tuhan, kita takkan maju atau mundur setapakpun dari tempat ini. Ataukah ini sekadar pendapat tuan sendiri, suatu taktik perang belaka?"

"Sekadar pendapat saya dan sebagai taktik perang," jawab Rasulullah.

"Rasulullah," katanya lagi. "Kalau begitu, tidak tepat kita berhenti di tempat ini. Mari kita pindah sampai ke tempat mata air terdekat yang tahu tempat itu dengan penuh yakin, lalu telaga-telaga kering yang di belakang itu kita timbun setelah diambil airnya. Selanjutnya kita membuat kolam, kita isi sepenuhnya. Barulah kita hadapi mereka berperang. Kita akan mendapat air minum, mereka tidak."

Melihat saran Hubab yang begitu tepat itu, Nabi Muhammad dan rombongannya segera pula bersiap-siap dan mengikut pendapat temannya itu, sambil mengatakan kepada sahabat-sahabatnya bahawa dia juga manusia seperti mereka, dan bahawa sesuatu pendapat itu dapat dimusyawarahkan bersama-sama dan dia tidak akan menggunakan pendapat sendiri di luar mereka. Dia perlu sekali mendapat konsultasi yang baik dari sesama mereka sendiri.

Selesai kolam itu dibuat, Sa'd b. Mu'az memberikan usulnya: "Rasulullah," katanya, "kami akan membuatkan sebuah dangau buat tempat Tuan tinggal, kenderaan Tuan kami sediakan. Kemudian biarlah kami yang menghadapi musuh. Kalau Tuhan memberi kemenangan kepada kita atas musuh kita, itulah yang kita harapkan.

"Tetapi kalau pun sebaliknya yang terjadi; dengan kenderaan itu Tuan dapat menyusul teman-teman yang ada di belakang kita. Rasulullah, masih banyak sahabat-sahabat kita yang tinggal di belakang, dan cinta mereka kepada tuan tidak kurang dari cinta kami ini kepada tuan".

"Sekiranya mereka dapat menduga bahawa tuan akan dihadapkan pada perang, nescaya mereka tidak akan berpisah dari tuan. Bagi mereka Tuhan menjaga tuan. Mereka benar-benar ikhlas kepada tuan, berjuang bersama tuan."

Nabi Muhammad s.a.w sangat menghargai dan menerima baik saranan Sa'd itu. Sebuah dangau buat Nabi lalu dibangunkan. Jadi bila nanti kemenangan bukan di tangan Muslimin, ia takkan jatuh ke tangan musuh, dan masih akan dapat bergabung dengan sahabat-sahabatnya di Yathrib.

Di sini orang perlu berhenti sejenak dengan penuh kekaguman, kagum melihat kesetiaan Muslimin yang begitu dalam, rasa kecintaan mereka yang begitu besar kepada Rasulullah, serta dengan kepercayaan penuh kepada ajarannya.

Semua mereka mengetahui, bahawa kekuatan Quraisy jauh lebih besar daripada kekuatan mereka, jumlahnya tiga kali ganda banyaknya. Tetapi, sungguhpun begitu, mereka sanggup menghadapi, mereka sanggup melawan.

Dan mereka inilah yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan. Tetapi sungguhpun begitu kerana bukan pengaruh kebendaan yang mendorong mereka bertempur, mereka selalu siap sedia di samping Nabi, memberikan sokongan, memberikan kekuatan.

Dan mereka inilah yang juga sangsi, antara harapan akan menang, dan kecemasan akan kalah. Tetapi, sungguhpun begitu, fikiran mereka selalu hendak melindungi Nabi, hendak menyelamatkannya dari tangan musuh. Mereka menyiapkan jalan baginya untuk menghubungi orang-orang yang masih tinggal di Medinah.

Suasana yang bagaimana lagi yang lebih patut dikagumi daripada ini? Iman mana lagi yang lebih menjamin akan memberikan kemenangan seperti iman yang ada ini?

Menentukan nasib 70 orang tawanan.

Baginda Rasulullah s.a.w mencari kesempatan dan ruang ada untuk bertemu dua sahabat terdekatnya bagi meminta pandangan mereka berdua berhubung isu tawanan.

Abu Bakar menyatakan bahawa setiap seorang daripada mereka mengajar sepuluh anak orang Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, agar kesemua mereka hingga berjumlah 700 anak orang-orang Islam menjadi pandai dan celik ilmu, inilah juga pandangan peribadi Rasulullah s.a.w.

Walau bagaimanapun, Saidina Umar tidak bersetuju dengan pandangan itu, beliau mencadangkan agar setiap mereka itu dibunuh sahaja, kerana merekalah penyebab kepada masalah syirik dan penentangan terhadap ajaran-ajaran baginda Rasulullah kalau masih mahu mereka terus hidup.

Rasulullah tidak dapat berkata apa-apa terhadap dua pandangan yang sama sekali bercanggah antara satu sama lain, namun pada malam itu baginda menerima turunnya wahyu Ilahi agar kesemua tawanan itu dihapuskan dari muka bumi ini, kisah itu dirakam menerusi ayat 67 surah al-Anfal : "Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai (menyimpan) tawanan sebelim ia dapat melumpuhkan musushnya di muka bumi. Kamu mengharapkan harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat untukmu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Keesokan harinya, baginda bertemu semula dengan dua orang sahabat karibnya bagi menyatakan ketegasan Allah mengenai masalah tawanan, sambil baginda menyifatkan sikap Abu Bakr seperti Nabi Nuh dan Isa dan menyifatkan sikap Umar seperti Nabi Ibrahim dan Musa yang sentiasa tegas dalam segenap tindak-tanduknya.

Akhirnya baginda Rasulullah s.a.w menyatakan arahan Allah supaya kesemua tawanan itu perlu dihapuskan daripada muaka bumi ini dengan segera sebelum berbagai-bagai tindakan lain muncul bagi melemahkan Islam dan umatnya.

Mengapa perang ini begitu istimewa?

Pertama, kerana Perang ini Rasulullah beserta pasukannya mengalami kemenangan meskipun hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri daripada 82 Muhajirin, 61 daripada suku Aus dan 170 daripada suku Kharaj) serta pasukan kaum muslimin hanya memiliki dua ekor kuda dan 70 ekor unta, bahkan satu ekor dinaiki sampai dua tiga orang.

Kedua, baginda mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum berangkat ke Badr, sesungguhnya tindakan baginda itu tidak sedikitpun mengurangkan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tertinggi umat Islam dan perkara bagi menentukan nasib para tawanan yang berjumlah seramai 70 orang, baginda meminta pandangan dua orang sahabatnya yang terdekat iaitu Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar Bin al-Khattab untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ketiga, peranan doa yang diajarkan oleh baginda menjadi teras dan pemangkin sebelum sesuatu tindakan dibuat, ia bertujuan untuk mendapatkan keredaan dan restu Allah.

Keempat, walaupun menghadapi suasana getir dalam peperangan, ia sedikitpun tidak menghalang umat Islam daripada terus berpuasa, apatah lagi ia merupakan arahan Rasulullah dan pelengkap kepada rukun Islam yang lima.

Kelima, jumlah yang sedikit bukan ukuran untuk mudah dikalahkan, yang penting kesungguhan, keutuhan jati diri, kerjasama dan perancangan yang hebat menjadi penentu kepada sesuatu kejayaan.

Keenam, kepatuhan kepada arahan pimpinan yang tidak berbelah bagi dalam perkara yang tidak menyanggah agama, menjadi faktor utama keberhasilan mendapatkan kejayaan.

Ketujuh, mengetahui sumber peralatan perang pihak musuh seperti pengetahuan Nabi terhadap bilangan unta yang dimiliki tentera Quraisy boleh membantu melancarkan strategi peperangan.

Kelapan, menghantar wakil bertemu pihak musuh dari kalangan individu yang hebat seperti Saidina Hamzah, Saidina Ali boleh menggerunkan pihak musuh, kerana mereka beranggapan bahawa pihak umat Islam memiliki pasukan perang terkuat yang sukar dikalahkan.

Kesembilan, menghalakan niat dan matlamat perang menghadapi musuh adalah kerana Allah dan meninggikan syiar-syiar agama-Nya, bukan atas tujuan meraih harta dan habuan dunia yang melalaikan.

Kesepuluh, cara berfikir yang bernas patut dilontarkan ketika mengadakan sesuatu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Omar bagi menyelesaikan isu tawanan perang.

Kesebelas,
sebagai seorang Nabi, baginda tidak sedkitpun rasa malu untuk menerima pandangan daripada sahabatnya yang bukan bertaraf Nabi atau Rasul dalam isu-isu tertentu bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Kedua belas, sesungguhnya banyak pengajaran positif yang perlu diambil kira oleh setiap individu muslim yang cintakan agamanya ke arah satu tahap kekuatan dalam pelbagai aktiviti harian hidup mereka

Zaini Hashimi Harakahdaily/-

Monday, September 7, 2009

Pujian Hanya Milik Allah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


Assalamu'alaikum, 

Hari ini  sambung tentang Al-hamdulillah (Segala Pujian Bagi Allah) yang dulu ditulis serba sedikit di sini . 

Rasulullah saw bersabda: "Apabila kamu melihat orang-orang yang suka memuji orang di depan orang lain, kamu ambil pasir kamu tabur ke mukanya" (Hadis Muslim). Ini kerana puji memuji ini hanya hak Allah.. jika kita hendak juga memuji kita kena nisbahkanlah kepada Allah.. dan bila kita dipuji hendaklah juga kita kembalikan juga kepada Allah.

Menurut Al-Quran, seseorang itu hanya layak dipuji apabila dia melakukan perbuatan-perbuatan yang memenuhi 3 SYARAT.

PERTAMA: Perbuatannya mesti baik dan indah dan tidak ada cacat dan cela.

Adalah perbuatan Allah itu semuanya indah dan tidak ada cacat cela bahkan anak-anak orang kulit hitam sekalipun.. 

Dalilnya dalam ayat 7 surah As-sajadah yang bermaksud: 

Dialah Zat yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; (As-sajadah : 7) 

Ini bermaksud Allahlah yang mencantikkan setiap sesuatu yang Dia cipta, kalaupun nampak tak cantik, itu hanyalah pada pandangan kita, pada pandangan Allah semuanya cantik dan indah. Oleh itu kita hendaklah memandang sesuatu seperti yang Allah pandang.

KEDUA: Amalan dilakukan dengan sedar (lawan sedar ialah tak sengaja).

Allah ciptakan alam ini secara sedar, penuh perhitungan bukan secara suka-suka atau saja-saja. Dalilnya dalam ayat 115 surah Al-Mukminun yang bermaksud:

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja (suka2) dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Al-Mukminun : 115).

Kita manusia selalu sangat membuat sesuatu pekerjaan secara suka-suka, jika ditanya kenapa buat ini kita akan jawab saja-saja, tidak ada perancangan dan matlamat, tetapi Allah menjadikan segala sesuatu ada tujuannya bahkan sehelai bulu hidung kitapun ada tujuan kenapa Allah adakan.

KETIGA: Amalan dilakukan tanpa dipaksa (ikut kemahuan sendiri).

Sebaik manapun amalan kita buat tetapi bukan kerana kemahuan sendiri tetapi terpaksa amalan itu tidak diberi pahala.

Allah swt cipta segala sesuatu tidak dipaksa, dalilnya dala ayat 4 surah Az-Zumar yang bermaksud: 

Maha Sucilah Dia (dari menghendaki yang demikian). Dialah Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya(Maha mempunyai kemampuan/ tidak dipaksa, Maha memaksa). (Az-Zumar : 4)

Sesuatu apapun yang Allah lakukan, ketika memakbulkan doa atau ketika tidak memakbulkan doa seseorang semuanya dilakukan dengan iradahnya yang MUTLAK TANPA DIPAKSA.

KETIGA-TIGA keadaan ini hanya dimiliki oleh Allah. Jika kita hendak dipuji kita mesti memiliki ketiga2 keadaan ini.. Jadi kita sebagai manusia yang lemah kita tidak mampu mencipta, kita merancang pun tidak sempurna dan kita buat sesuatupun kerana terpaksa.. Boleh juga baca di sini berkenaan puji dan bodek atau mengampu.

Friday, September 4, 2009

Kisah Musa as berguru kpd Nabi Hidhir as

Bismillahirrahmanirrahim.

Untuk memahami bahawa musibah itu sebenarnya nikmat buat kita.. mari kita ikuti kisah nabi Musa a.s berguru dengan nabi Hidhir a.s yang diterangkan oleh Allah SWT dalam surah al-Kahf.. dan juga memahami ayat (216) daripada surah al-Baqarah di bawah:

كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (216)
Di bawah ini adalah ayat-ayat daripada surah al-Kahf dari (60) hingga (82)

 وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَٮٰهُ لَآ أَبۡرَحُ حَتَّىٰٓ أَبۡلُغَ مَجۡمَعَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ أَوۡ أَمۡضِىَ حُقُبً۬ا
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun. (60)

 فَلَمَّا بَلَغَا مَجۡمَعَ بَيۡنِهِمَا نَسِيَا حُوتَهُمَا فَٱتَّخَذَ سَبِيلَهُ ۥ فِى ٱلۡبَحۡرِ سَرَبً۬ا
Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelongsor menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah. (61)
 فَلَمَّا جَاوَزَا قَالَ لِفَتَٮٰهُ ءَاتِنَا غَدَآءَنَا لَقَدۡ لَقِينَا مِن سَفَرِنَا هَـٰذَا نَصَبً۬ا
Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini. (62)
قَالَ أَرَءَيۡتَ إِذۡ أَوَيۡنَآ إِلَى ٱلصَّخۡرَةِ فَإِنِّى نَسِيتُ ٱلۡحُوتَ وَمَآ أَنۡسَٮٰنِيهُ إِلَّا ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَنۡ أَذۡكُرَهُ ۥ‌ۚ وَٱتَّخَذَ سَبِيلَهُ ۥ فِى ٱلۡبَحۡرِ عَجَبً۬ا
Temannya berkata: Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan syaitan dan ikan itu telah menggelongsor menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan. (63)
قَالَ ذَٲلِكَ مَا كُنَّا نَبۡغِ‌ۚ فَٱرۡتَدَّا عَلَىٰٓ ءَاثَارِهِمَا قَصَصً۬ا
Nabi Musa berkata: Itulah yang kita kehendaki; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka. (64)
فَوَجَدَا عَبۡدً۬ا مِّنۡ عِبَادِنَآ ءَاتَيۡنَـٰهُ رَحۡمَةً۬ مِّنۡ عِندِنَا وَعَلَّمۡنَـٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلۡمً۬ا
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami. (65)
قَالَ لَهُ ۥ مُوسَىٰ هَلۡ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمۡتَ رُشۡدً۬ا
Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku? (66)
قَالَ إِنَّكَ لَن تَسۡتَطِيعَ مَعِىَ صَبۡرً۬ا
Dia menjawab: Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. (67)

وَكَيۡفَ تَصۡبِرُ عَلَىٰ مَا لَمۡ تُحِطۡ بِهِۦ خُبۡرً۬ا
Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi? (68)

قَالَ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ صَابِرً۬ا وَلَآ أَعۡصِى لَكَ أَمۡرً۬ا
Nabi Musa berkata: Engkau akan dapati aku, Insya Allah: Orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu. (69)

قَالَ فَإِنِ ٱتَّبَعۡتَنِى فَلَا تَسۡـَٔلۡنِى عَن شَىۡءٍ حَتَّىٰٓ أُحۡدِثَ لَكَ مِنۡهُ ذِكۡرً۬ا
Dia menjawab: Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu. (70)
فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰٓ إِذَا رَكِبَا فِى ٱلسَّفِينَةِ خَرَقَهَا‌ۖ قَالَ أَخَرَقۡتَہَا لِتُغۡرِقَ أَهۡلَهَا لَقَدۡ جِئۡتَ شَيۡـًٔا إِمۡرً۬ا
Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, dia membocorkannya. Nabi Musa berkata: Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar. (71)

قَالَ أَلَمۡ أَقُلۡ إِنَّكَ لَن تَسۡتَطِيعَ مَعِىَ صَبۡرً۬ا
Dia menjawab: Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku? (72)
قَالَ لَا تُؤَاخِذۡنِى بِمَا نَسِيتُ وَلَا تُرۡهِقۡنِى مِنۡ أَمۡرِى عُسۡرً۬ا
Nabi Musa berkata: Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu) dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu). (73)

فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰٓ إِذَا لَقِيَا غُلَـٰمً۬ا فَقَتَلَهُ ۥ قَالَ أَقَتَلۡتَ نَفۡسً۬ا زَكِيَّةَۢ بِغَيۡرِ نَفۡسٍ۬ لَّقَدۡ جِئۡتَ شَيۡـًٔ۬ا نُّكۡرً۬ا
Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu dia membunuhnya. Nabi Musa berkata Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar! (74)

قَالَ أَلَمۡ أَقُل لَّكَ إِنَّكَ لَن تَسۡتَطِيعَ مَعِىَ صَبۡرً۬ا
Dia menjawab: Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku? (75)

قَالَ إِن سَأَلۡتُكَ عَن شَىۡءِۭ بَعۡدَهَا فَلَا تُصَـٰحِبۡنِى‌ۖ قَدۡ بَلَغۡتَ مِن لَّدُنِّى عُذۡرً۬ا
Nabi Musa berkata: Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku. (76)

فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَيَآ أَهۡلَ قَرۡيَةٍ ٱسۡتَطۡعَمَآ أَهۡلَهَا فَأَبَوۡاْ أَن يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيہَا جِدَارً۬ا يُرِيدُ أَن يَنقَضَّ فَأَقَامَهُ ۥ‌ۖ قَالَ لَوۡ شِئۡتَ لَتَّخَذۡتَ عَلَيۡهِ أَجۡرً۬ا
Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu dia membinanya. Nabi Musa berkata: Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya! (77)
قَالَ هَـٰذَا فِرَاقُ بَيۡنِى وَبَيۡنِكَ‌ۚ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأۡوِيلِ مَا لَمۡ تَسۡتَطِع عَّلَيۡهِ صَبۡرًا
Dia menjawab: Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. (78)
أَمَّا ٱلسَّفِينَةُ فَكَانَتۡ لِمَسَـٰكِينَ يَعۡمَلُونَ فِى ٱلۡبَحۡرِ فَأَرَدتُّ أَنۡ أَعِيبَہَا وَكَانَ وَرَآءَهُم مَّلِكٌ۬ يَأۡخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصۡبً۬ا

Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat. (79)
وَأَمَّا ٱلۡغُلَـٰمُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤۡمِنَيۡنِ فَخَشِينَآ أَن يُرۡهِقَهُمَا طُغۡيَـٰنً۬ا وَڪُفۡرً۬ا
Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa dia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur. (80)

فَأَرَدۡنَآ أَن يُبۡدِلَهُمَا رَبُّہُمَا خَيۡرً۬ا مِّنۡهُ زَكَوٰةً۬ وَأَقۡرَبَ رُحۡمً۬ا
Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa dan lebih mesra kasih sayangnya. (81)
وَأَمَّا ٱلۡجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَـٰمَيۡنِ يَتِيمَيۡنِ فِى ٱلۡمَدِينَةِ وَكَانَ تَحۡتَهُ ۥ كَنزٌ۬ لَّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَـٰلِحً۬ا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَن يَبۡلُغَآ أَشُدَّهُمَا وَيَسۡتَخۡرِجَا كَنزَهُمَا رَحۡمَةً۬ مِّن رَّبِّكَ‌ۚ وَمَا فَعَلۡتُهُ ۥ عَنۡ أَمۡرِى‌ۚ ذَٲلِكَ تَأۡوِيلُ مَا لَمۡ تَسۡطِع عَّلَيۡهِ صَبۡرً۬ا

Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu dan di bawahnya ada harta terpendam kepunyaan mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. (82)

Huraian:


Diriwayatkan daripada Ubai bin Ka'ab.. dia mengatakan dia mendengar Rasulullah saw bersabda: bahawasanya Musa a.s telah berpidato di hadapan kaum Bani Israel.. semasa orang bertanya "siapakah manusia yang paling pandai/berilmu/alim? Nabi Musa menjawab: "Aku".. lalu Allah menempelak/menegur kerana dia tak mengatakan Allah Yang Lebih Tahu.. kemudian Allah mewahyukan kepada Musa bahawa ada lagi manusia yang lebih pandai daripada engkau (namanya Hidhir).


Lalu Allah mewahyukan kepada Musa as: "Aku ada mempunyai seorang hamba yang lebih alim daripada engkau dan tempatnya dipertemuan dua laut".. Musa as bertanya: "Ya Tuhanku! bagaimana saya akan dapat bertemu dengannya?". Allah menjawab: "Pergilah engkau berjalan (belayar) dan bawalah bekalan seekor ikan (ikan asin/ikan yang telah dimasak). masukkan ke dalam bakul.. nanti di mana ikan itu hilang di situlah tempatnya Hidhir".

Lalu nabi Musa berangkatlah membawa ikan dan ditemani seorang pemuda sebagai khadamnya (bernama Yusak bin Nun). ( ayat 60) apabila sampai di sebuah batu besar kedua-duanya tertidur.. semasa kedua2nya tertidur ikan itu menjadi hidup dan menggelupur terus ke laut.. apabila terjaga Yusak terlupa untuk memberitahu kepada Nabi Musa.. kedua2nya berjalan sehingga pada keesokan harinya Nabi Musa berkata kepada pembantunya itu: "Bawalah makanan tengah hari buat kita, sesungguhnya kita telah kepenatan dalam perjalanan kita ini. Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan dan ikan itu telah menggelongsor menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan.. lalu Nabi Musa berkata: "itulah tempat yang dikehendaki" dan mereka pun berpatah balik ke tempat pertemuan dua lautan itu.. lihat ayat (61 - 64)..


Apabila sampai di tempat berkenaan mereka mendapati seorang lelaki berpakaian putih.. lalu Nabi Musa memberi salam dan memperkenalkan diri masing2.. setelah itu Nabi Musa meminta izin untuk bersama-sama Nabi Hidhir.. Nabi Musa berkata: "Bolehkah aku mengikutimu agar engkau mengajarkan ilmu yang menjadi petunjuk yang telah diajarkan Allah kepadamu".. Hidhir menjawab "Sesungguhnya engkau tak akan sabar bersama aku.. betapa engkau akan bersabar tentang sesuatu yang belum menjadi pengalaman bagimu" .. Musa berkata "Nanti engkau akan mendapati insyaAllah aku orang yang sabar dan aku tidak akan mengingkari perintahmu.".. lalu Hidhir berkata : "Jika engkau mengikut aku janganlah bertanyakan sesuatu kepadaku sehingga aku menceritakan kepadamu". (ayat 65 - 67 )


Setelah itu Nabi Hidhir dan Nabi Musa berjalan dan menaiki kapal.. mengenali nabi Hidhir, orang2 kapal itu tidak menuntut bayaran.. disuruh oleh nabi Hidhir supaya kapal itu berjalan.. tatkala kapal sedang belayar tiba2 Nabi Hidhir melubangkan kapal itu dengan kapak.. Nabi Musa terkejut lalu berkata: "Orang-orang kapal ini telah mengajak kita belayar tanpa bayaran.. lalu mengapa engkau lubangkan kapal ini? tentu penumpang2 akan karam semuanya.. sesungguhnya engkau melakukan kesalahan yang amat besar". Nabi Hidhir berkata: "Bukankah aku sudah mengingatkanmu, bahawa engkau tidak akan dapat bersabar bersamaku?" Musa menjawab: "Janganlah engkau marah kepadaku disebabkan kelupaanku.. dan janganlah engkau membebani aku atas kesalahanku dengan kesukaran". (71 - 73)

Kemudian Nabi Hidhir dan Nabi Musa keluar daripada kapal itu berjalan hingga bertemu dengan seorang kanak2 lelaki.. lalu Nabi hidhir membunuhnya.. Musa berkata: “Mengapa engkau membunuh seorang yang bersih dan tidak bersalah? Sesungguhnya engkau telah berbuat mungkar” (ayat 74). Berkata Hidhir : “Bukankah aku sudah katakana kepadamu, bahawa engkau tidak dapat bersamaku?”.Teguran Nabi Hidhir kali ini lebih keras (ayat 75).. Lalu Musa berkata : “Jika aku bertanya lagi selepas ini janganlah aku engkau bawa berkawan lagi.. Sesunguhnya telah cukuplah engkau memberi kemaafan kepadaku”. (ayat 76).

Kemudian mereka berdua terus berjalan.. sehingga sampai di sebuah negeri lalu keduanya meminta makanan kepada penduduk di situ.. tetapi penduduk di situ enggan memberikan mereka makanan.. kemudian didapati dalam negeri itu ada sebuah tembok yang hampir roboh lalu Hidhir tampil membina semula tembok itu.. Lalu Nabi Musa yang tidak dapat bersabar itu berkata kepada Hidhir: “Jika engkau mahu sememangnya engkau berhak meminta upahnya”.(ayat 77). Menurut Nabi Musa, buat apa nak dibantu org2 di situ padahal mereka semuanya tidak mahu memberi makanan kepada mereka apabila diminta.. jadi kalau nak bantu juga bukankah patut diminta upah?

Hidhir pun berkata: Inilah hari perpisahan antara kita, nanti aku akan terangkan kepadamu tentang takwil perbuatanku yang engkau tidak sabar mengenainya.(78) Adapun kapal itu kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut.. sengaja aku rosakkan kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang zalim yang akan merampas setiap kapal yang tidak rosak.(79)

Adapun kanak2 lelaki itu kedua-dua orang tuanya orang beriman. Kami (Allah) takut kalau2 dia kelak akan mendesak kedua orang tuanya melakukan kezaliman dan kufur.. maka kami ingin supaya Tuhan menggantikan dengan anak yang lebih baik daripadanya daripada segi kebersihan jiwanya dan lebih penyantun(80 dan 81)

Adapun tembok itu dipunyai oleh 2 orang anak yatim di kota itu.. di bawah tembok itu ada harta terpendam yang disimpan oleh kedua orang tuanya yang soleh.. Maka Tuhanmu menghendaki supaya keduanya dewasa baru keduanya mengeluarkan harta terpendam itu sebagai rahmat daripada Tuhanmu.. dan bukanlah yang aku lakukan itu dengan kehendak aku sendiri (melainkan dengan wahyu daripada Tuhanku) demikianlah takwilnya (keterangan) yang engkau tidak dapat bersabar dengannya.

Apabila selesainya kisah ini, Rasulullah SAW pun bersabda : "Allah rahmati Musa. Alangkah baiknya kalau Musa bersabar, sehingga Hidhir dapat meneruskan ceritanya kepada kita tentang kisah kedua2 orang itu”.

Kesimpulan/pengajaran daripada kisah ini:

Ilmu Allah amat luas.. sebahagian diberi kepada Nabi Musa dan sebahagian kepada Nabi Hidhir dan Nabi2 yang lain. Allah akan memberikan ilmu kepada hambanya yang soleh.

Allah menyatakan musibah yang diberi adalah baik buat kita seperti dalam ayat 216 al-Baqarah.. peperangan akan menggadai nyawa tetapi Allah menyatakan Dia lebih Tahu.

Allah menerangkan bagaimana rahmat di sebalik ujian yang ditimpakan ke atas hamba2Nya yang soleh. Apabila berlaku musibah biasanya kita tidak dapat mengetahui apakah hikmahnya.. kita tak tahu di mana keadilan Allah.. tetapi apabila kita sudah menyedari, contohnya apabila kita sepatutnya naik kereta atau kapal terbang.. tetapi kita tak sempat naik kerana ditinggalkan, tiba2 kereta/kapal terbang itu kemalangan.. pemandu dan penumpang ada yang meninggal dan ada yang cedera barulah kita tahu hikmah di sebalik musibah/kita ditinggalkan itu.

Begitulah juga kisah nelayan yang miskin di atas kapal tadi.. kapal dirosakkan adalah musibah.. tetapi musibah lebih besar jika tidak dirosakkan oleh nabi Hidhir.. mereka akan kehilangan kapal dan punca mencari rezeki..jadi bila kapal dirosakkan, kapal dah jd buruk tetapi mereka boleh lagi membaiki dan boleh terus mencari rezeki, sayugia diingatkan bahawa nelayan2 ini adalah org2 soleh.. Kanak2 lelaki yang dibunuh oleh Nabi Hidhir bukan saja2.. tetapi untuk menyelamatkan akidah ibubapanya dan anak itu diambil dalam keadaan suci tidak berdosa.. jadi Allah mengkehendaki ibubapa dan anaknya itu masuk syurga.. dan Allah akan menggantikannya dengan anak yg soleh.. manakala tembok yang dibina adalah untuk menyelamatkan harta anak2 yatim yang ditinggalkan oleh ibubapanya yang soleh.. jika tidak dibuat demikian tentu hartanya diambil oleh orang2 di kota itu, yang sudah tentunya orang2 yang tidak beriman.

Allah menyuruh kita memandang setiap perkara itu seperti yg Allah pandang.. Bahawasanya hidup ini terasa sempit jika kita memandang setiap kejadian yang berlaku tidak seperti yang Allah suruh kita pandang.. segalanya adalah Qadar dan Qadha' Allah SWT. Hanya Dia yang Mengetahui setiap perkara yang dirancangkannya.

Thursday, September 3, 2009

Pengasas sos Aminah Hassan meninggal

SHAH ALAM: Pengasas perniagaan kicap dan sos terkenal keluaran Bumiputera jenama Aminah Hassan, Aminah Othman meninggal dunia di rumah anaknya di Seksyen 11 di sini, jam 9.10 pagi semalam kerana sakit tua.

Allahyarhamah yang berumur 76 tahun menghembuskan nafas terakhir di samping ahli keluarga terdekat.

Allahyarhamah pernah menghidap angin ahmar selama lima tahun sehingga menyebabkan beliau sukar mengingat atau mengenali seseorang.

Anaknya, Datuk Mohd Taib Hassan, berkata jenazah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini selepas Zuhur semalam.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat dan kenalan arwah yang datang melawat,” katanya di sini, semalam.

Mohd Taib berkata, perniagaan sos jenama Aminah Hassan masih diteruskan dan ia menjadi perniagaan keluarga, malah beliau turut menafikan perniagaan itu dijual kepada syarikat bukan Bumiputera.

Menyingkap sejarah perniagaan, bermula dengan perniagaan kicap dan sos secara kecil-kecilan di Kampung Merdeka, Batu Pahat pada 1966, perniagaan makanan itu berkembang maju sebelum Allahyarham membuka kilang pengeluaran di Jalan Kapar, Klang.

Jenama Aminah Hassan gabungan nama Aminah dan suaminya, Hassan Abu Bakar.

Bermula dengan sos cili, Aminah Hassan menghasilkan 10 produk termasuk sos tomato, sos tiram, kicap dan sos lada hitam.

Pasarannya bukan hanya di peringkat tempatan, malah menembusi United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia dan negara di Asia Barat.

Di UK, AS dan Australia, Aminah Hassan memasarkan produknya menggunakan jenama ‘AH’, tetapi di Asia Barat seperti di Arab Saudi, Kuwait dan Dubai, sosnya dipasarkan pengimport menggunakan jenama mereka.

Harian Metro 3 September 2009


kepada keluarga Allahyarhamah diucapkan takziah.. sejak mengenali sos cili dan sos tomato Aminah Hassan kami sekelurga jarang sekali membeli sos berjenama lain.. Alhamdulillah Allah anugerahkan pengusaha seperti ini.. semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan org2 beriman, dan para syuhada' dan diampuni dosa.. Aamiin..

Tadabbur ayat-ayat al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim.


KELIBAT 10 hari pertama Ramadan telah berlalu meninggalkan umat Islam. Kalangan tetamu Ramadan antaranya terus melaksanakan ibadah solat fardu masing-masing di samping menghidupkan waktu siang dan malam Ramadan dengan melipat-gandakan amalan-amalan sunat yang lain.



Pelbagai aktiviti Ramadan berbentuk praktikal barangkali turut dilakukan seperti kunjung mengunjung mengeratkan tali silaturrahim sesama Muslim, bersedekah, memberi makan orang yang berpuasa, fakir miskin dan anak-anak yatim.



Sewajarnya umat Islam melakukan penilaian sama ada setiap hari atau setidak-tidaknya seminggu sekali terhadap puasa yang telah dijalani. Nilaian terhadap puasa yang dilakukan berdimensi amal lahiriah dan batiniah.



Amalan lahiriah berdimensikan sosial, manakala amalan batiniah berdimensikan niat ikhlas kerana Allah ke arah mencapai ketaqwaan yang sebenar. Di sinilah tersiratnya pengertian sabda baginda yang bermaksud, Sesiapa yang melaksanakan puasa Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran nescaya diampuni dosa-dosanya yang lalu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Menilai tingkat tadabbur terhadap ayat-ayat al-Quran



Ramadan al-Mubarak pastinya menggamit memori sejarah besar bagi seluruh Umat Islam lantaran di dalam bulan inilah berlakunya penurunan al-Quran atau disebut sebagai Nuzul al-Quran.



Firman Allah SWT yang bermaksud: 


"Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)". (al-Baqarah: 185)



Al-Quran diturunkan untuk dihayati setiap perkatan dan bait-bait maksudnya. 


Firman Allah yang bermaksud: 


"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), Kitab yang mempunyai banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayat-Nya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna sebagai peringatan dan iktibar". (Shaad: 29)


Kefahaman yang tepat dan mendalam terhadap isi kandungan al-Quran akan menjadikan seseorang hamba itu bertambah teguh keimanannya kepada Allah SWT. 


Dr. 'Aid Ibn Abdullah Al Qarni mengatakan: "Seseorang itu tidak dianggap membaca al-Quran jika tidak menghayati (tadabbur) apa yang dibacanya kerana tadabbur merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Tadabbur melahirkan iman, menanamkan keikhlasan dalam hati dan memberikan ruang dan dapatan ilmu kepada manusia tentang ketauhidan.



"Keyakinan dan keutuhan seseorang itu kepada Allah SWT akan semakin bertambah cantik sekiranya menghayati setiap untaian kalam Allah SWT". (Sejenak Bersama Hidangan Al-Quran)



Selain itu, hafalan ayat-ayat Allah SWT di samping tadabbur merupakan usaha yang sangat efektif untuk mengecapi roh al-Quran. Natijah istiqamah dalam gerak kerja murni ini akan memberi kekuatan bagi setiap hamba dalam mengharungi mehnah dan tribulasi yang menimpa dalam kehidupan.



Namun persoalannya adakah setiap dari kita berusaha memperoleh nikmat kefahaman dan tadabbur yang dinyatakan dalam setiap tilawah yang dibaca, tidak berusaha memahami dan memikirkan isi al-Quran?



Firman Allah SWT yang bermaksud: 


"(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?" (Muhammad: 24)



Berapa ramai pembaca al-Quran yang membaca ayat-ayat al-Quran, namun akhlaknya tidak meneladani akhlak nabi SAW serta kehidupannya jauh dari garapan dan ajaran al-Quran al-Karim. Mereka membaca al-Quran sebagaimana puak al-khawarij membaca al-Quran.



Bacaan al-Quran mereka tidak meruntun dan menyelinap masuk ke dalam hati sanubari dan hanya mengikut desakan hawa nafsu semata-mata.



Ali r.a pernah berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Pada akhir zaman kelak akan muncul kaum yang muda usia dan lemah akalnya. Mereka berkata-kata seolah-olah mereka adalah manusia yang terbaik. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melepasi kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan. Apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya, membunuh mereka akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah pada hari kiamat. (riwayat al-Imam al-Bukhari, Muslim, al-Nasai, Abu Daud)



Tadabbur ayat doa



Mengisi bingkisan bicara sunnah Ramadan al-Mubarak kali ini, melalui kupasan tafsiran ringkas dan beberapa hadis Rasulullah, sama-sama kita mentadabbur intisari ayat doa (al-Baqarah: 186) dalam potongan ayat puasa dalam al-Quran.



Tadabbur bermaksud usaha memahami setiap ayat-ayat al-Quran yang dibaca atau didengar, disertai kekhusyukan hati dan anggota badan seterusnya dibuktikan dengan cara mengamalkannya atau mempraktikkannya.



Kupasan Ringkas



Ayat 186 ini difirmankan oleh Allah SWT setelah ayat perintah berpuasa dan ayat yang menerangkan tentang kelebihan bulan Ramadan, hikmah penurunannya dalam bulan Ramadan serta beberapa hukum berkaitan puasa pada ayat 183,184,185 surah al-Baqarah.



Setelah itu maka datanglah ayat doa iaitu ayat 186 melalui firman Allah SWT yang bermaksud: 


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul". (al-Baqarah: 186)


Doa: manifestasi keimanan kepada Allah



Doa merupakan manifestasi keimanan kepada Allah SWT. Ia secara psikologi berfungsi sebagai sumber harapan dan motivasi yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia dapat menghadirkan cinta hamba kepada Allah SWT dalam rutin kehidupan sehari-hari pembaca, pada setiap langkah dan tarikan nafas hela pembaca yang mendamba cinta Allah dan Rasul-Nya.



Menurut Ibn Kathir, ayat ini diletakkan di antara ayat-ayat hukum puasa sebagai petunjuk agar setiap muslim bersungguh-sungguh dalam berdoa setelah menyelesaikan jumlah hari berpuasa dalam sebulan, bahkan anjuran berdoa pada setiap kali waktu berbuka.



Ketika menafsirkan ayat ini Ibn Kathir telah menukilkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abu Hatim yang menyatakan bahawa seorang Arab Badawi bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, adakah Tuhan kita itu dekat dan kita dapat bermunajat kepada-Nya atau Tuhan itu jauh dan kita perlu menyeru-Nya? Rasulullah SAW terdiam seketika dan turunlah ayat ini. (Tafsir Ibn Kathir, al-Imam al-Tabari dalam tafsirnya Tafsir al-Tabari menyebutkan riwayat yang sama seperti yang dibawa oleh Ibn Kathir).



Abu Hurayrah r.a berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak ditolak doanya iaitu imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka puasa dan doa orang yang dizalimi". (Riwayat Abu Dawud al-Tayalisi dalam musnadnya)



Daripada Abdullah ibn 'Amr dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bagi orang yang berpuasa doanya dimakbulkan (diperkenankan) ketika saat berbuka". (riwayat Abu Dawud al-Tayalisi dalam musnadnya]



Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a. dia berkata: Kami bersama-sama Rasulullah SAW di dalam perperangan, setiap kali kami menaiki bukit dan mendakinya, serta menuruni lembah, kami akan mengangkat suara dengan bertakbir. Rasulullah SAW mendekati kami dan bersabda: Wahai manusia, bersederhanalah pada diri-diri kamu (tidak terlalu mengangkat suara). Ini kerana kamu tidaklah menyeru sesuatu yang pekak mahupun yang tiada, sesungguhnya yang kamu seru atau doakan adalah yang paling hampir dengan kamu daripada leher unta. Wahai Abdullah ibn Qays hendakkah kamu jika aku ajarkanmu suatu kalimah yang merupakan perbendaharaan syurga? (iaitu) kalimah La Hawla Wa Quwwata Illa Billah. (riwayat al-Bukhari)



Al-Imam Malik r.a meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Doa seseorang di antara kamu akan dikabulkan selama dia tidak meminta untuk dipercepat dengan mengatakan, "Aku sudah berdoa, namun doaku tidak dikabulkan". (riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Daripada Anas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman, Wahai anak Adam, satu untukmu, satu untuk-Ku, dan satu antara Aku dan kamu. Satu empunya-Ku ialah hendaklah kamu menyembah-Ku dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu. Manakala satu empunyamu ialah apa jua yang kamu amalkan akan Aku tepati. Dan yang satu antara Aku dan kamu ialah, kamu yang berdoa dan Aku yang mengkabuIkannya". (riwayat al-Imam al-Bazzar)



Sebagai kesimpulan, Ramadan al-Mubarak tidak hanya berfungsi sebagai bulan menjalani ibadah puasa semata-mata. Ia merupakan madrasah intensif dan proses perjalanan seseorang hamba menjalani ibadah puasa dengan iringan doa berterusan di samping menghidupkan amalan-amalan sunat pada setiap malamnya.



Tanpa doa, ibadah yang dilakukan seakan-akan tidak mencapai haknya dan barangkali seorang hamba tidak akan mengecapi sesuatu yang dihajati seperti memohon keampunan dan pembebasan dari azab api neraka pada hari kiamat.



Wallahu A'laam.

Sumber QASSAM'S COLLECTIONS
Related Posts with Thumbnails