Wednesday, December 30, 2009

Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Baru-baru ini membeli buku karya Almarhum al-Ustaz Fathi Yakan bertajuk apa Ertinya Saya Menganut Islam. (Sumber Gambar di sini)

Mungkin ramai antara pembaca blog ini telahpun membacanya, dan saya ni agak ketinggalan.. Antara isi kandungan buku ini ialah Pada Bahagian Pertama termuat:

Saya Mestilah Muslim Di sudut 'Aqidah,
Saya Mestilah Muslim di Sudut 'Ibadah,
Saya Mestilah Muslim Di sudut Akhlak,
Saya Mestilah Muslim di Sudut Berkeluarga,
Saya Mestilah Mampu mengawal Diri
Saya Mestilah Yakin bahawa Masa Depan Di Tangan Islam.

Di bawah ini saya copy n paste isi kandungan Bab 1 daripada sini. Buku ini amat sesuai dibaca bagi meningkatkan kefahaman tentang Islam seterusnya menjadikannya sebagai satu cara hidup.

Bab 1

Saya Mestilah Muslim Di Sudut 'Aqidah

Berpegang dengan 'aqidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkandung di dalam Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ia mestilah beriman dengan apa yang telah diimani oleh orang-orang Islam terdahulu yang terdiri daripada angkatan Salafus-Saleh serta para Imam penyampai agama ini yang telah diakui kebaikan, kebaktian serta ketakwaan mereka. Mereka ini mempunyai kefahaman yang mendalam lagi bersih dalam urusan agama.

Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam akidah maka saya mestilah beriman dengan perkara-perkara berikut:

  1. Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan, saling perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa. Firman Allah s.w.t:

    لَوْ كَانَ فِيهِمَا ءَالِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

    Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain selain Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, daripada apa yang mereka sifatkan. (Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)

  2. Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Maha Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu mencipta sesuatu secara sia-sia. Adalah mustahil seseorang itu dapat memahami maksud tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperinci melainkan melalui penjelasan Rasulullah s.a.w dan wahyu daripada Allah s.w.t sendiri. Firman Allah s.w.t:

    أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ.فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

    Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)

  3. Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul-rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka akan kembali. Saya juga beriman bahawa Rasul terakhir daripada kalangan Rasul-rasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad s.a.w yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim sebagai satu mukjizat yang berkekalan. Firman Allah s.w.t:

    وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

    Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

  4. Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah 'Azzawajalla seperti mana yang Allah s.w.t sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya. Firman Allah s.w.t:

    وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ.مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ.إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ

    Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)

  5. Saya mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka. Allah menjelaskan:

    فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ

    "....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka." (Surah Al-Syura 42: Ayat 7)

  6. Saya mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan dengan taufik dan 'inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya. Firman Allah s.w.t:

    وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا.فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا.قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا.وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

    Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah al-Syams 91: Ayat 7-10)

    Dan firman Allah s.w.t;

    كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

    Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya. (Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38).

  7. Saya juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau membelangkanginya. Apa yang dibolehkan ialah ilmuan Muslim atau para ulama' berijtihad mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas Syari'at dalam batas-batas yang diizinkan. Firman Allah s.w.t:

    وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِنْ شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبِّي عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

    Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan). (Surah Al-Syura 42: Ayat 10)

  8. Saya mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak bagi kemuliaanNya. Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda:

    لِلَّهِ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ اسْمًا مِائَةٌ إِلَّا وَاحِدًا لَا يَحْفَظُهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَهُوَ وَتْرٌ يُحِبُّ الْوَتْرَ

    "Allah s.w.t mempunyai sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus. Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

  9. Saya mestilah berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah, bukan memikirkan tentang ZatNya sebagai mengikuti dan mentaati perintah Rasulullah s.a.w:

    تفكروا فى خلق الله ولا تتفكروا فى الله فإنكم لن تقدروا قدره

    "Berfikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang ZatNya kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan sebenarnya."

    (Hadis diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Al-Halyah dan Al-Asbahani meriwayatkannya di dalam Al-Taghrib wa Al-Tarhib)

  10. Berhubung dengan sifat-sifat Allah s.w.t terdapat banyak ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim yang membuktikan kesempurnaan ketuhanan(UluhiyyahNya). Kita dapati beberapa ayat Al-Quran membuktikan kewujudan Allah, sifat baqa' (kekal), sifat qadim (sedia ada), sifat Ia berlainan dengan segala makhluk, tidak mempunyai anak, tidak ada yang menandingiNya. Kita juga menemui ayat-ayat yang menunjukkan Tuhan itu wujud dengan sendirinya, Maha Kaya daripada segala makhlukNya dan makhluk berhajat kepada kebesaranNya. Demikian juga kita menemui ayat-ayat yang menunjukkan keEsaan Allah pada ZatNya, sifat-sifatNya dan perbuatanNya, kekuasaanNya, keagunganNya dan keluasan ilmuNya ke atas sesuatu. Kita temui lagi ayat-ayat yang menunjukkan iradah Allah mengatasi segala iradah yang lain dan Allah itu bersifat hidup yang penuh dengan kesempurnaan.

    Selain daripada sifat-sifat yang disebut tadi, masih banyak lagi ayat-ayat yang menerangkan sifat-sifat kesempurnaan lain bagi Allah s.w.t yang tidak tercapai oleh daya pemikiran manusia yang terbatas, tentang hakikat sebenarnya. Maha Suci Allah, kita tidaklah dapat membataskan pujian kita terhadapNya sebagaimana memuji dirinya sendiri.

  11. Saya mesti meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang penta'wilan dan pentha'thilan sesetengah ayat suci Al-Quran, yakni membiarkan sebahagian daripada sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya kepada Allah s.w.t.

    Saya juga mesti meyakini bahawa berbagai bentuk penta'wilan sesetengah ayat-ayat tertentu oleh golongan khalaf (terkemudian) tidak wajar dijadikan sebab kepada perselisihan yang berlarutan dan jangan sampai timbul kembali perbalahan di antara golongan khalaf di masa lampau mahupun masa kini.

  12. Saya juga mesti mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata tidak menyekutukan dengan yang lain. Ini saya lakukan kerana menyahut seruan Allah dan RasulNya yang menyeru manusia supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata dan tidak tunduk kepada sesuatu selain Allah. Amaran ini jelas dalam firman Allah s.w.t:

    وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

    Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

  13. Saya juga mestilah takut hanya kepadaNya dan tidak takut kepada yang lain. Perasaan takut tersebut seharusnya menyebabkan saya menjauhi kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya.

    Allah s.w.t menjelaskan:

    وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ

    Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan. (Surah Al-nur 24: Ayat 52)

    Firman Allah s.w.t seterusnya:

    إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

    Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Mulk 67: Ayat 12)

  14. Saya mesti sentiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namaNya untuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir. Ini paling mujarab untuk jiwa dan senjata paling ampuh untuk menghadapi serangan-serangan zaman ini, pancaroba kehidupan serta asam garamnya. Inilah penawar yang sangat diperlukan oleh manusia zaman ini. Sungguh benar peringatan Allah yang menyatakan:

    الَّذِينَ ءَامَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

    (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Surah Al-Ra'ad 13: Ayat 28)

    FirmanNya lagi:

    وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ.وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ

    Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 37- Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (Surah Al-Zukhruf 43: Ayat 36-37).

    Dr. Briel sendiri mengakui kenyataan ini dengan menegaskan "sesungguhnya orang-orang yang berpegang teguh dengan agama, ia tidak akan dihinggapi penyakit jiwa. Manakala seorang pakar jiwa Dr. Riel Karienji menyatakan: "Sebenarnya para doktor penyakit jiwa menyedari bahawa keimanan yang kukuh dan pegangan yang teguh terhadap ajaran agama oleh seseorang adalah satu jaminan untuk menyembuhkan mereka darri penyakit gelisah, tegang perasaan, penyakit saraf dan lain-lain.

  15. Saya juga wajib menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta. Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya. Kecintaan itu juga mendorong saya menambah amalan-amalan kebaikan, berkorban dan berjihad di jalannya di sepanjang masa. Sekalipun hidup dalam kemewahan dan keseronokan dunia serta kecintaan terhadap kaum kerabat, semuanya tidak sepatutnya menghalang saya dari mencintai Allah. Ini adalah sejajar dengan seruan Allah yang mengingatkan:

قُلْ إِنْ كَانَ ءَابَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). (Surah Al-Taubah 9: Ayat 24)

Pengorbanan demikian saya lakukan adalah untuk dapat merasai kelazatan dan kemanisan iman seperti yang disyaratkan oleh Rasul yang mulia s.a.w:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

"Barang siapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman:

  • Jika ia mencintai Allah dan rasulNya mengatasi kasihnya kepada yang lain.
  • Jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah.
  • Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka.
16. Saya mesti bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadanya. Sifat tawakal inilah yang membangkitkan kekuatan zahir dan batin di dalam jiwa dan diri saya yang menyebabkan segala kepayahan dapat dihadapi dengan mudah. Sifat ini menepati seruan Allah s.w.t:

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

"....sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). (Surah Al-Talaq 65: Ayat 3)

Lihat betapa indahnya pesanan Rasulullah s.a.w untuk kita, di dalam sebuah hadisnya:

احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْالْأَقْلَامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

"Peliharalah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu engkau memohon hendaklah engkau memohon petolongan dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengaan sesuatu yang Allah Taala telah tentukan ke atas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan kesemuanya)."

17. Saya mestilah mensyukuri nikmat-nikmatnya ke atas diri saya yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya. Bersyukur itu adalah satu dari tanda kemuliaan adab seseorang penerima terhadap pemberi dan pengurnia. Allah menyatakan:

وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ
مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 78)

Seterusnya Allah berfirman:

وَءَايَةٌ لَهُمُ الْأَرْضُ الْمَيْتَةُ أَحْيَيْنَاهَا وَأَخْرَجْنَا مِنْهَا حَبًّا فَمِنْهُ يَأْكُلُونَ.وَجَعَلْنَا فِيهَا جَنَّاتٍ مِنْ نَخِيلٍ وَأَعْنَابٍ وَفَجَّرْنَا فِيهَا مِنَ الْعُيُونِ.لِيَأْكُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ وَمَا عَمِلَتْهُ أَيْدِيهِمْ أَفَلَا يَشْكُرُونَ

Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan ia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan. 34- Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air, 35- Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?. (Surah Yasin 36: Ayat 33-35)

Sebenarnya Allah s.w.t telahpun menambahkan kurnianya kepada orang-orang yang bersyukur dan mengugut akan menambah kerugian terhadap golongan yang ingkar. Firman Allah:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim 14; Ayat 7)

18. Saya mestilah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah, istighfar itu dapat membersihkan diri daripada dosa di samping memperbaharui taubat dan iman. Istighfar juga dapat memberikan kerehatan dan keheningan kepada jiwa.

Allah berfirman:

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Nisa' 4: Ayat 110)

Firman Allah seterusnya:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah Ali-'Imran 3: ayat: 135)

19. Akhir sekali saya juga mestilah sentiasa bermuraqabah (merasai berada di bawah pengawasan) dengan Allah s.w.t dalam keadaan terang mahupun tersembunyi kerana mengingatkan firman Allah:

مَا يَكُونُ مِنْ نَجْوَى ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَا أَدْنَى مِنْ ذَلِكَ وَلَا أَكْثَرَ إِلَّا هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Dia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat, apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Mujadalah 58: 7)

Selebihnya pembaca boleh baca dengan klik Di sini

Tuesday, December 29, 2009

Syukurlah kerana Dimuliakan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Manusia merupakan sekepal tanah di bumi. Daripada bumi asal kejadiannya, di atas bumi dia berjalan, daripada bumi dia makan dan ke dalam bumi dia kembali. Ini adalah pendapat kaum materialis. Pada pandangan mereka manusia ini tidak lebih daripada kumpulan daging, darah, urat, tulang, urat-urat darah dan alat pencernaan. Mereka menganggap akal dan fikiran hanyalah benda yang dihasilkan oleh otak.

Jadi mereka menganggap tidak ada bezanya dan tidak ada keistimewaan antara manusia dengan benda2 atau makhluk lain, sehinggakan ada yang menganggap bahawa manusia berasal daripada kera, mengalami tempoh yang lama berubah jadi manusia. Pendapat ini seolah2 manusia adalah makhluk yang rendah, hina sama seperti haiwan yang hidupnya hanyalah memenuhi keperluan dan kepuasan kebendaan semata-mata.

Dan mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata. (Al-Jathiyah [24] : 24)
Namun bagi orang2 beriman; manusia adalah makhluk yang mulia, terhormat di sisi Allah, diciptakan dengan bentuk yang amat baik dan sesudah ditiupkan roh ke dalam tubuhnya, para malaikat disuruh memberi hormat kepadanya, diberikan ilmu pengetahuan, kemahuan dan dijadikan khalifah (penguasa) di bumi. Segala apa yang ada di bumi dan langit dan antara keduanya bekerja untuk kepentingan manusia. Kepada manusia juga diberikan hikmah. Alam ini untuk manusia dan manusia dicipta untuk berkhidmat kepada Allah.

Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah [2] : 29)

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (az-Zariyat [51] : 56)
Walaupun manusia ini bentuknya kecil dan bersifat lemah namun mempunyai kekuatan jiwa, daripada segi umur pula seolah2 satu perjalanan yang panjang tetapi kematian bukanlah merupakan titik akhir perjalanan hidup manusia. Mati hanyalah titik perhentian untuk perpindahan daripada perjalanan yg sangat jauh menuju satu tempat yang kekal abadi.
"...Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk). (73)
Kemuliaan manusia disebut di dalam al-Quran dalam beratus-ratus ayat bahkan dalam 5 ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw ada menyebut tentang kejadian manusia dan hubungannya dengan Pencipta.

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5) (al-'Alaq [96] : 1 -5 )


Manusia itu dekat dengan Allah dan Allah juga dekat dengan manusia. Tidak ada batas dan tidak ada pengantara yang menghalangi hubungan antara manusia dengan Pencipta. Demikianlah darjat manusia di sisi Tuhannya.


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah [2] : 186)

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (Qaf [50] : 16)
Pintu rahmat sentiasa terbuka luas kepada manusia. Manusia dapat meminta dan menerima kurnia Allah setiap waktu tidak terbatas. Hadis Qudsi ada menyebut;
Aku (Allah) menurut anggapan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersama dengan dia, apabila dia menyebut (mengingati) Aku. apabila dia menyebut Aku sendirian, nescaya aku menyebutnya sendiri sahaja. Dan kalau dia menyebutku di hadapan orang ramai, nescaya Aku menyebutnya pula di hadapan orang ramai yang lebih baik. Kalau dia mendekatiKu sejengkal, nescaya Aku mendekatinya sehasta. Kalau dia dekat kepadaKu sehasta, nescaya Aku dekat kepadanya sedepa. Dan kalau dia berjalan kepadaKu dengan berjalan kaki (perjalanan biasa) nescaya Aku datang kepadanya dengan berlari (lebih cepat).
Betapa mulianya kita bila membaca perenggan2 di atas, namun adakah kita meletakkan diri kita di tempat selayaknya?.. tepuk dada tanyalah iman kita...

Mari kita lanjutkan lagi; apa pandangan malaikat terhadap manusia;
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (30)


Kedudukan yang tinggi ini diharapkan dapat dipikul oleh para malaikat, kerana mereka sentiasa taat dan bertsabih kepada Allah sedangkan manusia berbuat kerosakan; namun apabila tugas berat ini diberikan kepada manusia dan malaikat diminta memberi hormat dan memberikan segala bantuan, mereka patuh.


Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia, Adam dari tanah; (71) Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (72) (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali. (73) Melainkan Iblis; dia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah dia dari golongan yang kafir. (74)(Sad [38] : 71 - 74 )
Betapa mulianya manusia. Iblis yang menderhaka kerana sombong dan dengki kepada manusia dihukum oleh Allah. Diusirnya daripada taman syurga. Begitulah hukumannya kerana tidak mahu mengaku kemuliaan manusia.

Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir. (77) Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat! (78)(Sad [38] : 77 - 78 )

Bukan itu sahaja; Allah berikan kepada manusia, kekuatan, kekuasaan dan kemampuan untuk memanfaatkan seluruh alam yang diatur dan disusun oleh Allah sebanyak mungkin. Kemajuan teknologi benar2 membuktikannya.
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). (32) Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. (33) Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (34) (Ibrahim [14] : 32 - 34 )


Allah menganugerahkan kemuliaan dan darjat yang tinggi kepada manusia, memberikan keupayaan membina alatan pengangkutan di darat, laut dan udara untuk memindahkan orang dan barang dari satu tempat ke satu tempat. Allah juga memberikan keupayaan kepada manusia untuk memindahkan ilmu dan budaya.


Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. (al-Isra' [17] :70)
Mulianya manusia adalah dengan IMAN, bertambah kemuliaan bila bertambah keimanan, kerana orang yang termasuk ke dalam golongan orang2 beriman disebut sebagai umat yang terpilih dan dilahirkan untuk kebaikan manusia lainnya, berkat keimanannya juga dia mendapat tambahan kemuliaan;
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Ali-Imran [3] : 110)
Berbanggalah jadi manusia, jadilah manusia yang beriman, yang mempunyai harga diri, menjadi tuan dalam alam ini dan hanya menjadi hamba Allah. Jadilah seperti Bilal bin Rabah, jadilah seperti Rubi' bin Amir setelah iman meresap ke dalam jiwa mereka tiada gentar lagi. Sedarlah diri, janganlah masih teraba-raba dalam kegelapan.

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat). (al-An'am [ 6 ] : 122)
Janganlah biarkan hidup kosong kerana orang2 beriman tidak akan membiarkan hatinya kosong. Jangan biarkan diri menjadi seperti haiwan. Sedarlah bahawa seluruh alam ini berkhidmat kepada kita dan para malaikat sentiasa mengawasi serta ALLAH selalu bersama kita.

Tuesday, December 22, 2009

Puji dan Syukur

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Pembaca sekalian, tulisan ini adalah hasil daripada catatan saya semasa mendengar ceramah tentang Alhamdulillah yakni ucapan pujian atau kesyukuran.

Sifat Rububiyah Allah ialah mengurus segala yang diperlukan oleh semua makhluk ciptaanNya termasuk manusia. Segala yang diperlukan oleh manusia telahpun disediakan sebelum manusia diciptakan.

Kita sebagai makhluk tidak perlu rasa khuatir kerana Alah Rabb telah sediakan. Alhamdulillah ialah pujian dan syukur kepada Rububiyah Allah kerana Allah (Rabb) memelihara, mendidik, mengurus, mengatur segala ciptaanNya; khususnya manusia melalui 4 nikmat seperti dalam al-Quran al-Karim melalui 4 surah daripada 114 surah yang Allah mulakan dengan ucapan Alhamdulillah / ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ

PERTAMA: Dalam surah al-An'am yakni surah ke enam:

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَجَعَلَ ٱلظُّلُمَـٰتِ وَٱلنُّورَ‌ۖ ثُمَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّہِمۡ يَعۡدِلُونَ


Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka. (Q.S. Al-An'am [6] : 1)

Dalam ayat ini; Alhamdulillah ialah pujian dan syukur kepada Rububiyah Allah kerana terciptanya langit dan bumi dan segala isinya. Allah ciptakan secara percuma untuk manusia. Allah ciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk membahagiakan manusia yang hidup di antara keduanya. Allah (Rabb) memelihara, mendidik, mengurus, mengatur manusia supaya bahagia atau senang di dunia dan senang juga di akhirat. Jika nak dihitung nikmat Allah tak terhitung dik terlalu banyak. Diberinya udara untuk kita hirup, bayangkan jika tak ada udara dapatkan kita bernafas.


KEDUA: Dalam surah al-Kahfi iaitu surah ke 18 ayat 1;

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَـٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُ ۥ عِوَجَاۜ (١


Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (Q.S. Al-Kahfi [18] : 1)

Dalam ayat ini kita wajib puji dan syukur kepada Allah swt kerana menurunkan kitab al-Quran. Sukar nak faham kenapa Allah suruh puji dan syukur kerana diturunkan al-Quran? Nikmat al-Quran lebih besar daripada bumi serta langit dan segala isinya, kenapa? Bayangkanlah jika tidak diturunkan al-Quran hidup menjadi kucar kacir. Dengan tidak ada petunjuk dapatkah manusia menuju arah yang betul? Bayangkan jika di jalan raya tidak ada 'traffic light' walaupun sekejap, apa yang terjadi, sudah tentu tersangkut berjam-jam tak dapat ke depan atau ke belakang.

Maklumat dalam al-Quran boleh mengubah nasib manusia, yakni daripada calon ahli neraka kepada calon ahli syurga. Contohnya Sayyidina Umar bin Khattab dahulunya adalah calon ahli neraka tetapi selepas turunnya al-Quran berubah menjadi calon ahli syurga dan banyak lagi.

KETIGA: Dalam surah Saba' yakni surah ke 34 ayat 1;

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَهُ ٱلۡحَمۡدُ فِى ٱلۡأَخِرَةِۚ وَهُوَ ٱلۡحَكِيمُ ٱلۡخَبِيرُ (١


Segala puji tertentu bagi Allah Yang Memiliki dan Menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dialah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Q.S. Saba' [34] : 1)


Dalam ayat ini Allah menyatakan patut puji dan syukur kerana Allah jadikan langit, bumi dan segala isinya dan akhirat. Nikmat Allah di akhirat ialah syurga yang Allah sediakan kepada orang-orang yang berbuat kebaikan semasa berada di dunia. Allah bagi tahu kita jika buat baik balasannya syurga; buat jahat balasannya neraka. Kalau manusia tak percaya akan adanya akhirat dan balasan-balasanya; lalu apakah yang akan membuatkan manusia berikhtiar untuk berbuat baik dan meninggalkan laranganNya?

Jika tidak ada nikmat di akhirat sia-sialah hidup manusia. Ini adalah satu bentuk kasih sayang allah kepada manusia. Allah beritahu kita apakah amalan-amalan yang boleh bawa kita ke syurga atau neraka; jika tak diberitahu tentu kita tak bersedia dengan amalan yang baik.

KE EMPAT: Dalam surah Fatir; surah 35 ayat 1;

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ فَاطِرِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ جَاعِلِ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ رُسُلاً أُوْلِىٓ أَجۡنِحَةٍ۬ مَّثۡنَىٰ وَثُلَـٰثَ وَرُبَـٰعَۚ يَزِيدُ فِى ٱلۡخَلۡقِ مَا يَشَآءُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (١

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: Dua, tiga dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Q.S. Fatir [35] : 1)

Dalam ayat ini Allah menyuruh kita memuji dan syukur kerana Allah turunkan malaikat-malaikat dengan pelbagai tugas; ada yang menjaga manusia, jika tak mengantuk dingantukkan, ada yang menjadikan org koma kerana terlalu sakit, bila dah koma hilanglah rasa sakit; bayangkan jika tak mengantuk asyik berjaga. Ada malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan, menjaga manusia di jalan-jalan dan pelbagai tugas lagi termasuk menulis amalan manusia.

Sunday, December 20, 2009

Bila Dah Kembali.. takkan kembali lagi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

".. dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)". (Al-Hasyr [59] : 7)

Allah menyeru manusia agar memajukan diri dengan mengambil ajaran daripada Rasulullah saw kerana itulah cara terbaik bagi manusia meniti jalan ke syurga.

Di bawah adalah ayat-ayat daripada surah (As-sajadah [32] : 5 - 12):

Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Dia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku daripada perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa. (5) Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; (6) Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; (7) Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang; (8) Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (9)


Mesej yang disampaikan oleh Allah dalam ayat-ayat di atas ialah Allahlah yang mentadbir segala sesuatu, dan DIAlah yang mencipta manusia daripada air mani yang busuk lagi menjijikkan apabila manusia melihatnya tertumpah di luar rahim; tetapi apakah manusia terfikir bahawa itulah kejadian mereka sehingga sanggup menderhaka kepada Allah swt dan juga RasulNya.

Dan mereka (yang kafir) itu berkata: Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baru? Betulkah demikian? (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya. (10) Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan). (11) Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin. (12) (As-sajadah [32] : 5 - 12)


Orang-orang kafir; mereka tidak percaya akan adanya hari kebangkitan dan pembalasan. Namun Allah mengingatkan melalui Nabi Muhammad saw bahawa nyawa akan diambil dan akan dikembailkan apabila datangnya hari akhirat.


Justeru Allah, menerusi ayat 12 surah As-Sajadah ini mengingatkan kita bahawa kita mesti patuh akan ajaran Allah swt dan Nabi Muhammad saw; kerana ada kena mengena dengan persoalan hari akhirat yakni ketika orang-orang yang berdosa menyesal dan ingin kembali ke dunia untuk melakukan kebaikan setelah mereka melihat betapa ngerinya keadaan di akhirat nanti. Ketika itu mereka menyesal kerana tidak berbuat kebaikan semasa di dunia, namun penyesalan itu sudah tidak berguna lagi.


Allah menyuruh kita ambil panduan daripada ayat ini; jangan menyesal ketika berada pada hari akhirat, kerana sesal kemudian tidak berguna. Allah menyuruh kita menyesal semasa berada di dunia ketika ini. Selagi kita hidup hendaklah kita memerhati dan meneliti syarat-syarat yang Allah tentukan bagi mendapat syurga yang kekal dengan nikmat yang tak terhingga yang tak pernah kita rasa, dengar dan lihat. semuanya telah Allah terangkan dalam al-Quran dan disampaikan melalui mulut Nabi kita Nabi Muhammad saw dengan memberi khabar gembira dan amaran-amaran.


Ayat 12 ini memberi gambaran apa yang berlaku pada hari akhirat nanti; yakni orang2 yg berdosa yang tidak mengerjakan suruhan Allah mengaku melihat akan balasan-balasan kepada pendosa di hadapan skrin yang ditayangkan kepada mereka. Ketika itu mereka berkata bahawa mereka telah insaf dan meminta supaya dipulangkan ke dunia agar boleh beramal dan mereka begitu yakin dapat mengamalkannya.


Adakah Allah mengizinkan mereka kembali ke dunia? Sedangkan dunia ketika itu sudah binasa, dan apakah jika mereka dikembalikan ke dunia mereka akan mampu menutup segala kelemahan-kelemahan dan menebus segala kesalahan mereka selama ini. Alangkah tertipunya manusia; ketika diberi peluang semasa hidup di dunia mereka melakukan segala-galanya menurut nafsu, mereka susah untuk bangun waktu subuh untuk solat subuh berjemaah; mereka biarkan telinga mereka dikencingi syaitan. Mereka lupa akan Allah ketika mencari rezeki, adakah rezeki mereka halal. Jika mereka solat adakah mereka tunaikan segala perjanjian yang dibuat semasa solat. Jika dalam doa iftitah mereka janji hendak memuji Allah banyak-banyak, pagi dan petang, janji bahawa hidup dan mati mereka hanya untuk Allah, dan lain-lain perjanjian semasa membaca al-Fatihah, semasa membaca selawat ketika tasyahhud dan ketika berdoa yang lain-lainnya; bila dah berakhir solat adakah janji-janji itu ditunaikan?


Pada kesempatan ini penulis mengingatkan diri sendiri dan pembaca agar menyelongkar banyak lagi rahsia-rahsia mengapa Allah menyuruh kita berbuat kebaikan dan melarang kita berbuat kejahatan. Ingatlah bahawa hidup kita di dunia ini hanya sementara. Bila dah kembali ke tempat asal kita takkan kembali lagi ke dunia yang fana ini.

ke manakah kamu hendak pergi ( فَأَيۡنَ تَذۡهَبُونَ ) - bahagian 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Pembaca sekelian,

N3 ini adalah sambungan daripada sini

Allah berfirman: "Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak beriman: Buatlah apa yang kamu sanggup melakukannya (dari perbuatan ingkar itu). Sesungguhnya kami juga tetap mengerjakan (nasihat pengajaran yang Tuhan berikan kepada kami). Dan tunggulah (akibat yang buruk yang akan menimpa kamu)! Sesungguhnya kami juga menunggu (akan kemenangan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah kepada kami). Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan". (Hud [11] : 121 - 123)

Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang tidak beriman, yang melakukan perbuatan melanggar perintah Allah, namun bagi orang-orang beriman juga disuruh beramal. Ayat ini menyuruh kita merenung, berfikir bahawa apabila kita tenggelam dalam kesibukan bekerja, dalam kesibukan mengejar cita-cita adakah kita berfikir akan matlamat kita dambakan dalam pekerjaan atau amalan kita. Adakah kita ingin kejar duniawi (harta, pangkat, pujian atau matlamat lain yang tersembunyi) AWAS!! jika lari daripada tujuan asal iaitu ingin beramal semata-mata untuk mendapat keredhaan Ilahi seperti Firman Allah swt:

"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar". (Al-Bayyinaat [98] : 5)

cepat-cepatlah kembali kepada persoalan; Allah bertanya kepada kita dalam surah at-Takwir ayat 26 :

فَأَيۡنَ تَذۡهَبُونَ

"(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng daripada jalan Al-Quran)?" (At-Takwir [81] : 26).

Cuba perhati ayat ini :

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun".
(Q.S. Al-Isra' [17 ] : 44)
.

Alam ini sebenarnya tidak mati, kerana alam ini semuanya bertasbih mensucikan Allah, memuji Allah, mereka semuanya mengasihi Allah. Sebagai saintis yang belajar atau mengkaji keajaiban ciptaan Allah (Di darat, di lautan dan di udara); banyak masa yang digunakan; adakah hanya ingin mengetahui sunnatullah? yakni hanya ingin mengkaji keajaiban ciptaan Allah tanpa mahu memikirkan KEBESARAN ALLAH dan KEESAAAN ALLAH?. Jika kita sebagai saintis boleh menjelaskan keajaiban ciptaan Allah tetapi tidak mengenal PENCIPTAnya (semoga dilindungi Allah) gagallah kita dalam menuju matlamat kehidupan kita.

Sebagai pengakji; jadikanlah bidang ini sebagai alat untuk menuju ke jalan lurus kerana Allah memuji mereka dalam firmannya:

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun". (Fatir [35] : 27 - 28)

Dalam ayat di atas banyak objek-objek yang Allah terangkan untuk dikaji oleh manusia yakni hujan yang turun dari langit; dengan bantuan pengkaji kita dapat tahu tentang penyerapan, penyejatan dan pengewapan, akhirnya hujan turun dengan perlahan-lahan; tidak serentak datang menghempap seluruh penduduk bumi. MAHA SUCI ALLAH yang menjadikan keajaiban alam. Air hujan ini menyuburkan tanam-tanaman; buahnya pula pelbagai bentuk rasa dan warna, walaupun tumbuh bersebelahan cili terasa pedas, mempelam terasa masam dan berwarna hijau ketika belum masak dan kuning serta manis ketika masak. Semuanya ini menjadi sumber rezeki kepada manusia. Gunung-ganang pula Allah jadikan dengan jalur-jalur hitam putih; ada batuan igneus, matamorf; ada batu marmar, ada granite dan pelbagai jenis digunakan untuk membina rumah, jalan raya dan lebuh raya dan lain-lain; semuanya untuk kepentingan manusia. Begitu juga lapisan tanah pelbagai pula, ada yang menyatakan ada tanah atas, tanah liat, tanah pasir, tanah merah dan lapisan di bawah tanah sentiasa bergerak. Binatang pula pelbagai; ada yang melata ada yang berjalan tegak dijadikan makanan dan juga alat bercucuk tanam, alat berperang dan lain-lain lagi.

Setiap makhluk; Allah sediakan rezeki; semua aspek kehidupan manusia berubah dengan pantas. Mula-mula manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan berjalan kaki, kemudian 50 tahun berikutnya menggunakan kuda barangkali, kemudian 100 tahun berikutnya dah ada kenderaan keretapi, kereta lalu 1000 tahun kemudiannya dah ada kapal terbang dan kini kemjuan teknologi dan telekomunikasi berkembang dengan pantasnya. Lalu jika para pengkaji dan para saintis dan sekelian kita tidak mahu berfikir dan merenung akan KEBESARAN ALLAH dan KEESAANNYA, hendaklah kita kembali bertanya ke manakah kita akan pergi? adakah kita akan mati begitu sahaja; tanpa dikembalikan untuk disoal? Oleh itu sebelum kita disoal pada hari kita dikembalikan eloklah kita mencari jawapannya sekarang sebagaimana Nabi Allah Ibrahim kekasih Allah menjawab; "Dan Nabi Ibrahim pula berkata: Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Dia akan memimpinku (ke jalan yang benar)". (Q.S As-Soffat [37] : 99).

Allah berfirmann:

"Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?" (As-Shuara [26] : 129)

Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang Kaum 'Ad dan Tsamud yang pintar. Kaum 'Ad membina bangunan yang tinggi-tinggi manakala Kaum Tsamud pula memahat dan mengukir gunung-gunung untuk dijadikan rumah sebagai tempat tinggal. Mereka memahat di lereng2 bukit dan mejadikan sebagai satu tanda kemegahan. Lalu Allah mencerca dan memusnahkan mereka.

Sebenarnya Allah tidak melarang dan mencerca sifat pintar mereka membina bangunan yang indah dan kukuh, Begitu juga Allah tak larang kita menjadikan hutan belantara sebagai kawasan pembangunan. Namun kisah kaum2 di atas diceritakan sebagai panduan kepada kita yakni jika kita membina kemajuan; adakah tujuannya selari dengan kehendak Allah. Adakah kerana kita hendak bermegah-megah.

Firman Allah SWT : "Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh)", (At-Takatsur [102] : 1)

Ingatlah Qarun dibinasakan oleh Allah kerana hartanya, kerana menunjuk-nunjuk yakni berbangga dan mengaku bahawa harta yang diperolehnya itu hasil kebijaksanaannya sendiri tanpa menyandarkan kepada Allah.

Mudah2an memberi manfaat.

Sunday, December 13, 2009

Anugerah Allah yang Paling Berharga

Bismillahirrahmaninrrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan daripada langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya daripada berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran". (al-Baqarah [2] : 164)

Ayat di atas menyenaraikan 8 perkara yang perlu difikirkan oleh semua manusia tentang kekuasaan, kebijaksanaan dan keesaan Allah swt. Sebab-sebab nuzul ayat ini ialah; diceritakan bahawa ketika Nabi Muhammad saw mengatakan: وَإِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬‌ۖ ("Tuhan kamu itu Tuhan yang Esa"), orang2 kafir musyrik di Mekah inginkan bukti. Mereka hairan bagaimana pula Tuhan itu Satu sedangkan mereka mempunyai 360 patung2 berhala untuk disembah berada di sekeliling Kaabah ketika itu.

Jadi untuk menjelaskan tentang keesaanNYA Allah swt menurunkan ayat ini dan menyuruh manusia berfikir dengan sebaik-baiknya dalam 8 perkara seperti di bawah:

PERTAMA: Manusia disuruh melihat kepada kejadian langit dan bumi, langit itu berlapis-lapis dan bumi juga berlapis-lapis.

Manusia disuruh melihat kejadian langit; Berapa jaraknya daripada bumi? Berapa tingginya terbentang di angkasa dengan tidak ada pula tempat pergantungannya dan tidak pula ada tiang untuk menyokongnya? Kelihatan pula matahari, bulan dan bintang.

Manusia disuruh melihat pula kepada bumi yang bulat, berapa lebar dan luasnya; di sana pula ada lautan, daratan, gunung-ganang; ada sungai, ada hutan, ada pelbagai logam di dalamnya.

semuanya ini membuktikan bahawa yang menciptanya ialah YANG SATU.

KEDUA: Manusia diminta melihat kepada pertukaran malam dan siang sebagai bukti keesaan Allah swt.

Malam pergi siangpun datang dan begitulah sebaliknya; kedua-duanya sentiasa silih berganti mengambil tempat tanpa berhenti. Ada tempat-tempat malamnya lebih lama daripad siangnya dan ada pula sebaliknya. Terjadilah suasana yang dikatakan gelap apabila malam mengambil tempat dan terang apabila siang mengganti malam. Kehidupan manusia akan jadi teratur bila menggunakan malam untuk berehat dan siang untuk bekerja.

Para ulama' mengatakan malam terjadi lebih dahulu daripada siang; dan setengah yang lain pula mengatakan siang terjadi lebih dahulu daripada malam. Yang mengatakan malam lebih dahulu ialah berdasarkan ayat ini; Allah dahulukan ٱلَّيۡلِ daripada ٱلنَّهَارِ . Dengan sebab itu penetapan haribulan Islam dimulakan sebelah malam dan disudahi dengan siang.

KETIGA: Manusia disuruh melihat kapal yang belayar di lautan. Bukti keesaan Allah ialah kapal yang sarat membawa muatan itu boleh terapung di atas air; badan kapal yang diperbuat daripada logam yang berat serta kayu dan segala isinya yang berat boleh mengapung tidak tenggelam; boleh belayar dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan; menempuh ombak dan badai. Siapakah yang menyelamatkan kapal itu daripada dan diancam ombak dan badai lalu tenggelam? Tiadalah penyelamat semasa mengharungi lautan penuh bahaya itu kecuali ALLAH.

KEEMPAT: Manusia disuruh melihat kepada manfaat yang diperoleh orang yang belayar dengan kapal; membawa barang-barang dagangan. Jika Allah tidak teguhkan hati orang-orang yang berada di dalam kapal yang penuh dugaan mengharungi lautan itu; sudah pasti cita-cita mereka untuk mendapat keuntungan tidak tercapai.

Allah menghendaki setiap negeri mempunyai hasil yang tersendiri yang tidak dipunyai oleh negeri lain. Begitu juga Allah menghendaki tiap2 negeri itu berkehendakkan hasil daripada negeri2 yang lain. Dengan itu wujudlah perhubungan laut menggunakan kapal-kapal bagi mengangkut hasil daripada satu negeri ke negeri yang lain untuk ditukar secara perdagangan; lalu wujudlah perhubungan perdagangan. Masing2 mahu keuntungan; lalu pelaut, pengembara, pemodal, pedagang dan yang seumpanya tidak takut akan bahaya dan tidak takut rugi.

Keberanian mereka ini tidak lain dan tidak bukan ialah kurniaan Allah; jika tidak kerana Allah yang memberikan keazaman yang kuat kepada mereka dan mengendalikan kapal di atas lautan tentu mereka tidak dapat berbuat apa2.

KELIMA: Manusia disuruh melihat kepada hujan yang Allah turunkan dari langit. Allah menjadikan hujan sebagi punca segala kehidupan makhluk yang melata di muka bumi. Allah biakkan tanaman dan binatang2 ternakan. Allah turunkan hujan dengan kadar yang dikehendaki dan dihajati. Ada tempa-tempat yang diturunkan hujan dan ada pula yang tidak.

KEENAM: Manusia disuruh melihat bagaimana Allah membiakkan makhluk yang ada di muka bumi ini. Manusia yang berasal daripada yang SATU (An-Nisa' [4] : 1), kemudian menjadi berlainan warna kulit, berlainan bahasa pertuturan, pelbagai bentuk tubuh badan, bermacam-macam pula perangai dan tabiat'. Begitu juga halnya dengan binatang dan tumbuh2an yang pelbagai.

KETUJUH: Manusia disuruh melihat peredaran angin dan awan; bagaimana Allah meniupkan angin daripada zat yang amat halus; tidak dapat dilihat oleh mata dan dicekau dengan tangan tetapi kekutannya luar biasa; dapat menumbangkan pokok; menerbangkan batu; menterbalikkan rumah, dan sebagainya. Namun dengan adanya angin atau udara; semua makhluk bernyawa hidup; jika sesaat sahaja ketiadaannya yang bernyawa akan mati atau akan busuk dan rosak binasa.

KELAPAN: Manusia disuruh melihat bagaimana awan yang berada di antara langit dan bumi. awan yang berarak-arak di angkasa; mengandungi air yang tak terhingga banyaknya. Jika ditimbang bertan-tan beratnya. Air inilah yang mengairi gunung dan bukit; membanjiri lembah dan lurah. Awan ini pula tidak mempunyai tiang atau penyokong; lalu siapakah yang menyokongnya dan berarak antara langit dan bumi? tidak juga mempunyai tali yang menggantungnya daripada langit. Sungguh ajaib; awan yang berat itu dapat berarak melayang-layang di udara; ringan pula bagikan kapas berterbangan di udara; kemudian menaburkan pula biji-biji air dengan perlahan-lahan; tidak serentak datang menghempap seluruh penduduk bumi. MAHA SUCI ALLAH yang menjadikan keajaiban alam.

Sesungguhnya Allah menggambarkan 8 keadaan di atas ini bagi membuka hati semua manusia. Andainya tidak juga terbuka maka sia-sialah kurnia Allah yang paling berharga ini buat manusia.

Kurniaan Allah yang paling berharga ialah aqal yang sihat dan waras yang boleh menyingkapkan rahsia-rahsia alam bagi membuktikan bahawa ALLAH MAHA BERKUASA.

Saturday, December 12, 2009

Nikmat2 yang dikurniakan Allah kpd Bani Israel.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

"Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah [2] : 47)

Sekali lagi Allah memberi peringatan kepada kaum Bani Israel (yahudi) di Madinah akan nikmat2 yang dikurniakan kepada kaum mereka sebagaimana yang dihuraikan dalam ayat 40 dengan menyatakan keagungan sejarah mereka; kerana ramai para nabi dan rasul diutuskan daripada golongan mereka tidak berlaku di kalangan kaum2 lain.

Di dalam al-Quran ada menyebutkan beberapa keistimewaan atau nikmat yang Allah kurniakan kepada Kaum bani Israel ini.

Antara keistimewaan dan nikmat itu ialah:

1. Mereka diselamatkan daripada kekejaman Firaun.

2. Laut Merah terbelah dua hingga mereka dapat melarikan diri dan terselamat daripada Firaun dan tentera2nya.

3. Orang yang mati dipanah petir Allah hidupkan semula.

4. Allah menyelubungkan awan ke atas mereka daripada panas matahari semasa mereka hidup di padang pasir.

5. Allah menurunkan kepada mereka MANNA iaitu sejenis manisan untuk mereka sebagai penganan.

6. Allah menurunkan SALWA iaitu sejenis burung sebagai makanan.

7. Allah ampunkan segala kesalahan mereka yakni menyembah patung lembu semasa nabi Musa as pergi bermunajat kepada Allah ke Bukit Tursina.

8. Allah memberi keampunan ketika mereka memohon keampunan.

9. Allah menurunkan kitab Taurat kepada nabi Musa sebagai penduan hidup.

10. Allah memancarkan 12 mata air untuk minuman ketika mereka kehausan di padang pasir.

Nikmat2 di atas dan juga kesalahan2 Bani Israel; Allah sebutkan dalam ayat2 di bawah :

(al-Baqarah [2] ayat 49 hingga 60; yang bermaksud:

"Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu daripada Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar daripada Tuhan kamu. (49)

Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri daripada angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. (50)

Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah dia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah dia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri). (51)

Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur. (52)

Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa Kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk. (53)

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (54)

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami). Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya. (55)

Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur. (56)

Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. (57)

Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah daripada benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri) dan (mintalah ampun dengan) berkata: Ya Allah ampunilah dosa kami; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik. (58)

Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah Kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka). (59)

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (dia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". (60)

Allah menyatakan kepada bangsa Yahudi, bahawa leluhur mereka daripada kaum Bani Israel pada zaman Nabi Musa as telah diselamatkan daripada kekejaman Firaun.

Para mufssirin menyatakan bahawa firaun ialah gelaran raja-raja yang memerintah negeri Mesir zaman peurbakala. Firaun dalam ayat2 di atas ditujukan kpd raja Mesir yang mengaku dirinya Tuhan dan menyuruh rakyat menyembahnya. Menurut yang diberitakan bahawa Firaun yang ini hidup selama 400 tahun.

Seperti yang ditulis dahulu Firaun menyiksa Bani Israel dan suatu hari bermimpi melihat api yang bernyala2 yang datangnya daripada negeri Baitulmaqdis dan membinasakan semua penduduk Mesir kecuali Bani Israel. Kisah ini membawa kepada kisah Nabi Musa yang dihanyutkan ibunya ke sungai dan akhirnya membesar di istana Firaun. Di atas tadi disenaraikan nikmat2 yang mereka terima.

Disamping disebutkan nikmat2 Allah, Allah juga menyenaraikan sifat buruk mereka iaitu:

1. Mereka selalu menyebut; (Sami'na wa'asaina) "kami sedia mendengar tetapi tetap menderhaka".

2. Menyembah patung anak lembu sebagai Tuhan.

3. Perkataan mereka: Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami).

4. Mereka berlaku zalim dengan mengubah perkataan yang benar dengan perkataan yang lain dengan tujuan memperkecilkan Allah.

5. Mereka berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; daripada sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya".

6. Menyalahgunakan firman2 Allah dengan memalingkan makna yang sebenar kepada makna yang lain.

7. Mereka berpaling daripada Taurat setelah pada aslanya mereka terima.

8. Hati mereka keras seperti batu sekalipun mereka bersalah mereka tak akan mengaku.

9. Mereka kufur dengan ayat2 Allah.

10. Mereka membunuh para Nabi yang tidak berdosa.

Begitulah antara nikmat2 yang Allah kurniakan kepada kaum bani Israel serta kelakuan buruk mereka seperti yang tertera dalam ayat2 daripada surah al-Baqarah.

Related Posts with Thumbnails