Friday, December 11, 2009

Lagi Tentang Bani Israel

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Kali ini sambung tentang Bani Israel yang dahulunya ditulis di sini .

Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). (al-Baqarah [2] : 40) .

Ayat ini bermaksud bahawa Allah menggesa orang2 Yahudi di Madinah agar menepati janji dengan mempercayai bahawa nabi Muhammad saw itu adalah utusan Allah; sesuai dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada leluhur (asal usul keturunan mereka). hanya dengan menepati janji merka akan dikurniakan nikmat yang lain pula.

Seperti yang dinyatakan terdahulu bahawa Bani Israel ini ialah keturunan Nabi Yaakub iaitu anak2nya, cucu2nya dan keturunannya yang kemudian digelarkan nama kaum Yahudi. Sejarah rengkas mereka mengikut Enciklopedia oleh Muhammad farid Wajdi. Sejarah mereka bermula sejak abad ke-20 SM yakni 2000 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa as. Ahli2 sejarah telah membahagikan sejarah kaum Bani Israel ini kpd 5 peringkat:

Peringkat Pertama: Mengambil masa selama 351 tahun, iaitu dari tahun 1996 hingga 1645 SM. Yakni zaman Nabi Ibrahim as hingga baginda keluar meninggalkan negeri Mesir.

Peringkat kedua: Mengambil masa 565 tahun, iaitu dari tahun 1645 hingga 1080 SM, iaitu sejak keluarnya Nabi Ibrahim as dari Mesir hingga terciptanya Kerajaan Bani Israel.

Peringkat ketiga: Mengambil masa selama 544 tahun yakni dari tahun 1080 hingga 536 SM, iaitu dari terciptanya Kerajaan Bani Israel hinggalah tertawannya Babylon.

Peringkat keempat: Mengambil masa selama 671 tahun iaitu mulai 536 SM hingga 135 selepas kelahiran Nabi Isa as, iaitu sejak tertawannya Negeri Babylon hingga hancurnya negeri tanah suci mereka Baitulmaqdis kerana dileburkan oleh Raja Rom; Adrian.

Peringkat kelima: iaitu peringkat terakhir, sejak 135 Masihi hinggalah sekarang ini.

Pada peringkat pertama; seperti yang ditulis dahulu bermula selepas Nabi Ibrahim as pindah keluar dari Mesir, baginda mendapat dua orang anak iaitu Ismail dan Ishak. Daripada Ishak ini lahir Nabi Yaakub, kemudian daripada Nabi Yaakob yang digelar Israel inilah bermulanya kaum yang dipanggil Bani Israel dan akhirnya kaum Yahudi. Nabi Yaakub as mendapat 12 orang anak. Salah seorang ialah Nabi Yusuf as yang mendapat pangkat yang tinggi di sisi Firaun Raja Mesir. Bila datang bahaya kelaparan semua anak2 Nabi Yaakub serta anak cucu berpindah ke Mesir dari negeri mereka iaitu Kan'an di utara semenanjung Tanah Arab. kesemuanya 70 orang kemudian kembang biak dengan banyaknya.

Kemudian firaun menindas mereka, tenaga mereka diperas secara paksa. Bukan itu sahaja, kekejaman dilakukan terhadap mereka. Lelaki dibunuh dan perempuan dibiarkan hidup; sehinggalah Nabi Musa as diutuskan Allah untuk membela mereka dan membawa mereka berpindah keluar dari Mesir ke kan'an. Bilangan mereka ramai; yang boleh mengangkat senjata sahaja ialah seramai lebihkurang 600,000 orang.

Pada Peringkat Kedua ini; iaitu sejarah mereka meninggalkan negeri Mesir dengan menyeberangi Laut Merah yang terbelah dua oleh mukjizat Nabi Musa as. Mereka tinggal di Padang Sahara selama 40 tahun. Padang pasir yang tandus dengan kehidupan yang serba perit.

Allah berfirman: Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu. (Q.S. Al-Maidah [ 5 ] : 26)

Nabi Musa menyampaikan syari'at Allah daripada wahyu yang diterima daripada Bukit Tursina (di Semenanjung Sinai). Syariat itulah yang digunakan bagi mendidik kaum Bani Israel ini sehingga baginda mangkat pada tahun 1065 SM. Baginda digantikan dengan Nabi Yushak bin Nun sebagai ketua Bani Israel. semenjak itulah terdirinya kerajaan Bani Israel dan dapat pula menundukkan kerajaan2 yang berjiran dengannya sehingga pemerintahannya meliputi Semenanjung Sinai, Jordan, Palestin dan Syria.

Sejak itu pada peringkat ketiga antara tahun 1080 SM hingga 356 SM kerajaan Bani Israel makin bertambah besar hingga dapat menawan kerajaan babylon di Iraq daripada tangan Parsi. Pada zaman inilah dibangkitan ramai nabi2 dan rasul2 daripada kalangan Bani Israel untuk memberi peringatan, membimbing dan memimpin mereka supaya mengikut ajaran Allah swt; antaranya ialah Samwil (Samuel) Daud dan Sulaiman ('alaihimussalam). Semasa pemerintahan Nabi Sulaiman ini kerajaan Bani Israel berada di mercu kejayaan.

Setelah mangkat Nabi Sulaiman as anaknya Rahba'an menggantikan pemerintahannya. maka bermulalah kejatuhan kerajaan Bani Israel. Pada masa ini mula pudar sedikit demi sedikit akibat perselisihan dan perpecahan. Mereka berpecah menjadi dua golongan. satu puak menubuhkan kerajaan Yahudi dan satu lagi kerajaan Israel. Kedua-dua golongan yang berpecah ini saling memerangi antara satu sama lain. dari situlah bermulanya kejatuhan kerajaan bani Israel kerana kerajaan2 yang berjiran seperti Mesir dan Parsi silih berganti mengalahkan kerajaan mereka.

Pada peringkat keempat sejarah mereka iaitu antara 536 Sebelum Masehi hingga 135 Sesudah Masehi, bukan sahaja kerajaan Parsi sudah dapat menawan semula negeri Baylon dan telah menghalau mereka balik ke Palestin bahkan kerajaan Rom juga telah menyerang Iskandar Maqduni (Alexander The Great) dan menakluki negara palestin. Sejak itu mereka secara bergilir2 dikuasai oleh kerajaan Rom dan Parsi iaitu dua kerajaan yang sangat kuat ketika itu. Mereka ditekan, ditindas, diperas, diperkosa, dipaksa membayar ufti dan cukai negeri, di samping agama mereka dipersendakan. Mereka dilarang berkhatan, dipaksa menyembelih babi sebagai korban, dan di rumah ibadat mereka didirikan patung Jupiter (Tuhan org2 Grek kuno). Akhir sekali negeri Baitulmaqdis yang mereka hormati dan pandang suci dihancurkan sama sekali dan tidak kurang 500,000 bangsa Yahudi disembelih. Dengan malapetaka ini bertambah kua lagi pegangan agama mereka.

Sejak 135 Masihi, iaitu tarikh hancurnya kota Jurusalem (Baitulmaqdis) maka berseleraklah kaum Yahudi, (yakni saki baki daripada yang disembelih yang dahsyat itu) ke seluruh muka bumi. Peringkat inilah peringkat terakhir daripada sejarah kaum Bani Israel yang dicatat oleh ahli sejarah.

Peringkat seterusnya iaitu selepas 135 Masehi tidak dituliskan di sini.. memadailah disebutkan bahawa Kaum Yahudi pada zaman Nabi Muhammad saw ialah saki baki kaum Bani Israel yang merayau-rayau selepas selamat daripada penyembelihan besar2an itu. Mereka merayau-rayau ke Madinah sehingga dapat bertapak di situ. Mereka masih teguh memegang agama, kerana masih berpegang dengan kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa as. Mereka tahu bahawa seorang nabi akan dibangkitkan oleh Allah iaitu bernama Muhammad. Di dalam Taurat ada tercatat sifat2 Nabi Muhammad. Tetapi setelah menjadi kenyataan mereka telah mungkir janji sebab mereka mengharapkan nabi yang dibangkitkan itu daripada kalangan Bani Israel iaitu bangsa mereka yang mempunyai sejarah yang agung; berbanding kaum Arab yang yang tidak terkenal dalam sejarah pada masa itu; kerana Nabi Muhammad lahir daripada kalangan bangsa Arab keturunan Nabi Ismail as.

Sejarah memang mengakui keagungan kaum Bani Israel, sejarah juga tidak lupa mencatatkan penderitaan dan penghinaan yang dihadapi oleh mereka. Bahkan al-Quran juga banyak menceritakan kisah2 mereka kpd nabi Muhammad saw untuk menghiburkan hati baginda disebabkan baginda selalu menghadapi tentangan dan ejekan daripada kaum Yahudi semasa baginda menyampaikan ajaran2 Allah swt dan menyeru supaya kaum Yahudi ini menurut ajaran Allah.

InsyaAllah sambung lagi..

No comments:

Related Posts with Thumbnails