Assalamu'alaikum.
Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Ayat di atas menyenaraikan 8 perkara yang perlu difikirkan oleh semua manusia tentang kekuasaan, kebijaksanaan dan keesaan Allah swt. Sebab-sebab nuzul ayat ini ialah; diceritakan bahawa ketika Nabi Muhammad saw mengatakan: وَإِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬ۖ ("Tuhan kamu itu Tuhan yang Esa"), orang2 kafir musyrik di Mekah inginkan bukti. Mereka hairan bagaimana pula Tuhan itu Satu sedangkan mereka mempunyai 360 patung2 berhala untuk disembah berada di sekeliling Kaabah ketika itu.
Jadi untuk menjelaskan tentang keesaanNYA Allah swt menurunkan ayat ini dan menyuruh manusia berfikir dengan sebaik-baiknya dalam 8 perkara seperti di bawah:
PERTAMA: Manusia disuruh melihat kepada kejadian langit dan bumi, langit itu berlapis-lapis dan bumi juga berlapis-lapis.
Manusia disuruh melihat kejadian langit; Berapa jaraknya daripada bumi? Berapa tingginya terbentang di angkasa dengan tidak ada pula tempat pergantungannya dan tidak pula ada tiang untuk menyokongnya? Kelihatan pula matahari, bulan dan bintang.

semuanya ini membuktikan bahawa yang menciptanya ialah YANG SATU.
KEDUA: Manusia diminta melihat kepada pertukaran malam dan siang sebagai bukti keesaan Allah swt.
Malam pergi siangpun datang dan begitulah sebaliknya; kedua-duanya sentiasa silih berganti mengambil tempat tanpa berhenti. Ada tempat-tempat malamnya lebih lama daripad siangnya dan ada pula sebaliknya. Terjadilah suasana yang dikatakan gelap apabila malam mengambil tempat dan terang apabila siang mengganti malam. Kehidupan manusia akan jadi teratur bila menggunakan malam untuk berehat dan siang untuk bekerja.
Para ulama' mengatakan malam terjadi lebih dahulu daripada siang; dan setengah yang lain pula mengatakan siang terjadi lebih dahulu daripada malam. Yang mengatakan malam lebih dahulu ialah berdasarkan ayat ini; Allah dahulukan ٱلَّيۡلِ daripada ٱلنَّهَارِ . Dengan sebab itu penetapan haribulan Islam dimulakan sebelah malam dan disudahi dengan siang.
KETIGA: Manusia disuruh melihat kapal yang belayar di lautan. Bukti keesaan Allah ialah kapal yang sarat membawa muatan itu boleh terapung di atas air; badan kapal yang diperbuat daripada logam yang berat serta kayu dan segala isinya yang berat boleh mengapung tidak tenggela

KEEMPAT: Manusia disuruh melihat kepada manfaat yang diperoleh orang yang belayar dengan kapal; membawa barang-barang dagangan. Jika Allah tidak teguhkan hati orang-orang yang berada di dalam kapal yang penuh dugaan mengharungi lautan itu; sudah pasti cita-cita mereka untuk mendapat keuntungan tidak tercapai.
Allah

Keberanian mereka ini tidak lain dan tidak bukan ialah kurniaan Allah; jika tidak kerana Allah yang memberikan keazaman yang kuat kepada mereka dan mengendalikan kapal di atas lautan tentu mereka tidak dapat berbuat apa2.
KELIMA: Manusia disuruh melihat kepada hujan yang Allah turunkan dari langit. Allah menjadikan hujan sebagi punca segala kehidupan makhluk


KETUJUH: Manusia disuruh melihat peredaran angin dan awan; bagaimana Allah meniupkan angin daripada zat yang amat halus; tidak dapat dilihat oleh mata dan dicekau dengan tangan tetapi kekutannya luar biasa; dapat menumbangkan pokok; menerbangkan batu; menterbalikkan rumah, dan sebagainya. Namun dengan adanya angin atau udara; semua makhluk bernyawa hidup; jika sesaat sahaja ketiadaannya yang bernyawa akan mati atau akan busuk dan rosak binasa.

Sesungguhnya Allah menggambarkan 8 keadaan di atas ini bagi membuka hati semua manusia. Andainya tidak juga terbuka maka sia-sialah kurnia Allah yang paling berharga ini buat manusia.
Kurniaan Allah yang paling berharga ialah aqal yang sihat dan waras yang boleh menyingkapkan rahsia-rahsia alam bagi membuktikan bahawa ALLAH MAHA BERKUASA.