Followers

Monday, November 23, 2009

Korbankan "ISMAIL"

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.

Hari ini 6 Zulhijjah 1430H. Ramai sahabat handai, rakan taulan termasuk adik ipar dan biras mengerjakan Haji tahun ini. Mudah2an mereka mendapat haji yang Mabrur. Kepada sesiapa yg telah memasang niat untuk mengerjakan haji pada tahun hadapan didoakan supaya Allah mempermudahkan.. Amiin n tak lama lagi kita akan sama2 menyambut hari raya korban.


Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (27) Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (Al-Hajj [22] :27 - 28)

Panggilan Nabi Ibrahim as ini bkn sekadar utk org2 Arab malah utk seluruh pelosok dunia. Matlamat yg dinyatakan dlm ayat ini ialah utk 1) menyaksikan pelbagai perkara yg mendtgkan pelbagai manfaat, 2) supaya dpt menyebut nama Allah(Zikrullah).

Dimensi manfaat dan zikrullah

Haji ke Baitullah dan HARI Raya Haji atau Korban mempunyai banyak keistimewaan yang harus diperbesarkan oleh umat Islam, bagi mengingati semula serta mengambil iktibar pengorbanan tiga manusia agung iaitu Nabi Ibrahim; isterinya, Hajar dan Nabi Ismail yang wajar dicontohi.

Nabi Ibrahim as adalah seorang yang berjiwa kental dan mempunyai cita-cita unggul serta ketakwaan yang tinggi kepada Allah swt, Baginda juga merupakan pejuang tauhid yg hebat dan pegawai research yg terunggul krn baginda menemui pencarian ttg Allah tanpa peralatan yg canggih. Baginda memperhatikan cakerawla spt bulan, bintang, matahari dan semua makhluk ciptaan Allah sehingga hampir2 hendak menyekutukan Allah krn mengatakan bulan dan matahari itu tuhannya.. Hajar pula seorang wanita solehah yang bertakwa kepada Allah sekali gus sebagai ibu penyayang yang mempunyai kesabaran luar biasa dan Nabi Ismail, sebagai anak salih berjiwa takwa, tawakkal dan sanggup disembelih bapanya demi menjunjung titah perintah Allah.

Keistimewaan inilah yang harus diperbesarkan dan dijadikan teladan segenap lapisan masyarakat terutama ibu bapa, pemimpin dan juga remaja. Semangat dan ketabahan ini haruslah dijadikan landasan dalam kehidupan bagi membina sahsiah diri, kekuatan mental dan fizikal serta kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan Allah. Di samping itu Haji ke Baitullah memberikan manfaat daripada segi ideologi yang sama iaitu tauhid, politik, ekonomi, sosial dan budaya. Ini kerana pada musim inilah ummat Islam dari seluruh pelosok dunia berhimpun.

Dengan mengerjakan haji dan berhimpun melaksanakan rukun2 bolehlah sekalian jemaah membayangkan betapa keadaan kita semasa dihimpunkan di padang Mahsyar nanti.

Kisah Nabi Ibrahim Dan Namrud..

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Nabi Ibrahim as, sangat besar dalam menegakkan agama Allah.. Ketika Raja Namrud yg zalim dan tidak beriman itu membunuh dan mengatakan dia boleh mematikan; Nabi Ibrahim as mendatangi para pelampau di istana Raja Namrud dan berdakwah.

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat? Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. (al-Baqarah [2] : 258)

Raja Namrud memerintahkan org2nya mengumpulkan kayu bakar dan menyalakan api.. lalu Nabi Ibrahim ditangkap dan dilemparkan ke dalam api.

(Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu. (As-Saffat [37] : 97)

Namun Allah menolongnya. Ini kerana Nabi Ibrahim kuat berpegang teguh mengesakan Allah. La ilaha illallah..

Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). (173) Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar. (Ali-Imran [3] : 173 - 174)

Nabi Ibrahim membangunkan Makkah sebagai Kota Suci umat Islam yang amat penting.

Mengenai Kota Makkah, Allah berfirman maksudnya, Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk” (Ali-Imran[3] :97).

Daripada ayat ini jelaslah bahawa pembangunan Kota Suci Makkah banyak membawa kebaikan dan manfaat kepada umat Islam. Selain ia menjadi arah kiblat ke Baitullah, kota ini juga menjadi tumpuan jutaan umat Islam untuk menunaikan haji setiap tahun. Ini dijelaskan dalam ayat sebelumnya melalui firman-Nya bermaksud:
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia.” (Ali-Imran[3] : 96)

Hari Raya Korban wajar diperbesarkan demi mengingati betapa penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh Nabi Ibrahim as, dalam usaha menegakkan agama Allah dan membangunkan Makkah. Baginda Nabi Ibrahim as disenaraikan sebagai salah seorang Rasul yang bergelar ‘Ulul Azmi yang memiliki kesabaran dan ketabahan luar biasa, sanggup menanggung seribu satu macam kesusahan dan penderitaan serta cabaran semata-mata untuk mencari keredaan Allah.

Nabi Ismail as simbolik Korban.

Antara pengorbanan Nabi Ibrahim as ialah meninggalkan isterinya Hajar dan anaknya Ismail di tanah gersang; ditinggalkan isteri dan anak2 di sana atas perintah Allah swt.

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan solat (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. (Ibrahim [14] : 37).

Kemudian ketika Ismail as sedang membesar, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Ismail. Bayangkanlah betapa gundahnya kita jika disuruh berbuat demikian, sedangkan anak itu baru membesar di sampingnya setelah lama ditinggalkan. Namun krn arahan Allah swt Nabi Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja yg diperintah oleh Allah swt. begitu juga dgn Nabi Ismail as yg begitu penyabar krn yakin terhadap perintah allah swt.

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. (102) Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). (103) Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! (104) Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (105) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. (106) Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (107) Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. (108) Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. (109) Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (110) Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. (as-Saffat [37] :102 - 111)

Membesarkan Hari Raya Korban

Dengan pelaksanaan ibadat korban yang dilakukan semata-mata kerana Allah pada Hari Raya Haji dan hari-hari Tasyrik (11,12, dan 13 Zulhijjah).

Firman Allah: Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (al-Hajj [22] : 37) .

Ibadat korban dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli kariah masjid. Peserta yang melakukan ibadat korban melalui daging korban dapat dibahagi-bahagikan kepada golongan fakir miskin dan ahli kariah masjid. Ini akan menimbulkan rasa keinsafan dalam diri untuk terus membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Selain itu, ibadat ini dapat mengukuhkan pertalian dan kasih sayang di kalangan keluarga dan ahli masyarakat yang berkumpul melaksanakan ibadat korban melalui kerja menyembelih, melapah, menyiang daging dan kemudian makan bersama-sama daging korban dimasak.

Ini juga dapat melahirkan rasa kegembiraan dan kesyukuran dengan melaksanakan perintah Allah. Ingatlah firman Allah s.w.t. bermaksud: “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.” (Ibrahim[14] :70).

Hari Raya Korban hendaklah diperbesarkan dengan sewajarnya, dengan mengucapkan takbir secara berterusan pada malam hari raya hingga solat sunat didirikan pada esok harinya. Pada Aidilfitri disunatkan menjamah makanan atau juadah sebelum ke masjid tetapi untuk Hari Raya Korban kita tidak disunatkan berbuat demikian. Sebaliknya disunatkan pergi ke surau atau masjid lebih awal untuk menunaikan solat sunat Aidiladha dan mendengar khutbah yang menyentuh antara lain kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan umat Islam.

Sebaik selesai solat sunat Aidiladha, maka bersegeralah menyembelih binatang korban. Kemudian dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin dan sebahagiannya juga diberikan kepada kariah masjid sebagai hadiah. Nabi SAW bersabda bermaksud:
“Barang siapa dibukakan baginya pintu kebaikan (rezeki) hendaklah memanfaatkan kesempatan itu (untuk berbuat baik) sebab dia tidak mengetahui bila pintu itu akan ditutup baginya.” (Riwayat Asy Syihaab).

Satu kefahaman yg paling besar ttg ibadah korban ini ialah ambillah iktibar ttg pengorbanan Nabi Ibrahim as. Banyak yg dilakukan oleh baginda bagi memantapkan kalimah tauhidnya. Baginda mengorbankan segala 'ISMAIL' bagi menuju Allah.. ketika Allah bertanya (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)? (at-Takwir [81] : 26); Nabi Ibrahim as menjawab :Dan Nabi Ibrahim pula berkata: Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Dia akan memimpinku (ke jalan yang benar). (as-Saffat [37] : 99).

Dan bagi kita apa sahaja "ISMAIL" yg menghalang kita dp melakukan ibadah hendaklah kita korbankan. Korbankanlah "ISMAIL" iaitu harta dan anak2 serta apa sahaja yang boleh menghalangi kita meningkatkan ketakwaan kpd Allah swt. Semoga kita jadi org2 yg bertakwa sebagaimana Nabi Ibrahim yg digelar KHALILULLAH.. KEKASIH ALLAH..

Korban yang dimaksudkan di sini bukanlah sembelih tetapi pengertian yang tersirat di sebaliknya. Jika kita selalu menjadikan alasan sibuk mencari harta atau sibuk melayan kerenah anak2 kita atau sibuk nak mengejar masa ke tempat kerja dsbnya.. Apakah yang kita sumbangkan kepada jalan menegakkan agama kita? Apakah pengorbanan kita dalam menghadapi kesibukan kita mencari dunia..


Ingatlah .. Allah akan bertanya ke manakah matlamat kita? Adakah harta dan anak2 dan lain2nya itu boleh menyelamatkan kita? Wallahua'lam

Sunday, November 22, 2009

7 Rombongan Iblis Ketika Sakaratul Maut

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.

Syaitan laknatullah dan iblis laknatullah akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia sejak dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis laknatullah mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi tujuh golongan dan rombongan.

Hadith Rasulullah SAW menerangkan: Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut."

Rombongan 1 - Akan datang iblis laknatullah dengan banyaknya dengan pelbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam Sakaratul Maut itu pada masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan iblis laknatullah itu, pada waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2 - Akan datang iblis laknatullah kepada orang yang di dalam Sakaratul Maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang ditakuti seperti, harimau, singa, ular dan kala yang berbisa. Maka apabila yang sedang di dalam Sakaratul Maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3 - Akan datang iblis laknatullah mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam Sakaratul Maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4 - Akan datang iblis laknatullah merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam Sakaratul Maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5 - Akan datang iblis laknatullah merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam Sakaratul Maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh iblis laknatullah, berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga." Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6 - Akan datanglah iblis laknatullah merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula iblis laknatullah yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati di dalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?" Berkata orang yang sedang dalam Sakaratul Maut: "Aku tidak tahu."

Berkata ulamak iblis laknatullah: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah hendaklah kamu patuh kepada kami."

Ketika itu orang yang dalam Sakaratul Maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh iblis laknatullah bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam Sakaratul Maut). Kemudian orang yang sedang dalam Sakaratul Maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis laknatullah merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam Sakaratul Maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata iblis laknatullah: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah." Berkata orang yang dalam Sakaratul Maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia daripada sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya daripada yang diketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."

Dalam keraguan itu maka Malaikat Izrail pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7 - Rombongan iblis laknatullah yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa iblis laknatullah itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlainan dalam waktu manusia Sakaratul Maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa ilaaha illallah untuk menyelamatkan dirinya daripada gangguan iblis laknatullah dan syaitan laknatullah yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam Sakaratul Maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa ilaaha illallah."

Wallahu'alam.

Sumber : SINI

Himpitan saraf

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamua'laikum.

Arikel ini dicopy dp kosmo online.. untuk tatapan sendiri.. Sungguh sukar nak ceritakan ttg himpitan ini. Mudah2an tidak adalah yg menderita seperti ini. Sudah 2 kali buat pembedahan namun tak berjaya. Bulan 12 ni nak buat keputusan sama ada nak bedah lagi ke tak? Ikutkan hati macam nak buat je.. ikutkan takut tak mahu lagi. Ikutkan tak larat nak tanggung sakit.. org nak buat apa pun buatlah..

Kebas belakang paha petanda abnormaliti saraf tunjang

HIMPITAN yang berlaku pada dalam atau luar saraf akan memberi impak terhadap postur tubuh, kemampuan anggota tangan dan kaki serta kesakitan semasa berjalan.

KEBAS di bahagian kaki atau belakang paha yang kadang kala melibatkan kawasan pinggul sering sahaja dianggap remeh oleh kebanyakan daripada kita.

Dengan hanya menyapu salap panas atau mengurut, kesakitan dan rasa kebas tersebut hilang seketika, namun ia menyerang kembali tanpa mengira waktu.

Dalam istilah perubatan, kebas atau paresthesia merupakan satu keadaan di mana kawasan pada bahagian anggota badan seperti kaki dan tangan tidak boleh merasa.

Menurut Pakar Perunding Neurosurgeri (Bedah Otak dan Saraf) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Azmi Alias, keadaan tersebut boleh menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan berlanjutan.

Tekanan terhadap saraf

“Kebas atau rasa mencucuk di bahagian aras pinggang hingga ke bawah merupakan antara simptom awal terhadap abnormaliti keadaan saraf tunjang di dalam tulang belakang,” katanya.

Azmi menjelaskan, gejala tersebut boleh berlaku akibat penyakit berkaitan saraf tunjang dan akar saraf yang secara umumnya dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Extradural (25 peratus), Intradural extramedullary (50 peratus) dan Intradural intramedullary (25 peratus), berdasarkan kepada kedudukannya dengan selaput saraf tunjang atau dikenali sebagai Dura Matter.

Tekanan terhadap saraf tunjang boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti lemah anggota kaki, hilang keseimbangan semasa berjalan, kebas, hilang kawalan autonomik terhadap pundi kencing dan kesukaran untuk membuang air besar.

“Tekanan terhadap akar saraf pula menyebabkan pesakit berasa sakit di bahagian belakang dan kadangkala renjatan yang menular ke sebelah bahagian peha dan betis,” jelasnya.

Bagi kategori Extradural, ia berlaku akibat penyakit di luar selaput saraf tunjang seperti Spondylosis, cakera (disk) tulang belakang terkeluar (PID), keretakan tulang belakang akibat kemalangan serta ketumbuhan.

“Bagi kategori ini, himpitan terjadi di kawasan luar saraf tunjang. Ini secara tidak langsung akan mengganggu bahagian saraf yang mengawal deria sentuh serta saraf motor,” ujarnya.

Bagi kategori kedua iaitu Intradural Extramedullary, ia berlaku akibat penyakit di dalam selaput dura tetapi di luar saraf tunjang seperti ketumbuhan Meningioma dan Schwannoma.

Bagi kategori ketiga pula, penyakit tersebut melibatkan saraf tunjang itu sendiri seperti ketumbuhan Ependymoma dan Astrocytoma, jangkitan saraf, penyakit vascular, syringomyelia dan demyelination.

Serang tidak kira masa

Menurut Azmi, gejala seperti kebas, rasa mencucuk pada mana-mana anggota tubuh terutama bahagian kaki perlu diambil perhatian oleh orang ramai.

“Malah, lemah anggota tangan atau kaki serta hilang kawalan pundi kencing dan sembelit memberi petanda terdapat masalah berkaitan saraf,” katanya.

Bukan sekadar itu, rasa kebas atau sakit akan timbul dan menjadi lebih teruk apabila melakukan kerja-kerja harian seperti membongkok, mengangkat barang atau keadaan posisi tubuh yang salah.

Tidak terhad di kawasan pinggul dan belakang paha, kesakitan turut merebak di anggota tubuh yang lain atau radiculopathy turut mengganggu keselesaan pesakit.

“Ada keadaan tertentu, pesakit boleh menjadi lumpuh akibat himpitan pada saraf ini,” jelasnya.

Di samping itu juga, kebas pada anggota kaki ini menyerang tidak kira masa. Malah, dalam keadaan tubuh sedang berehat, kebas ini masih terasa.

“Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa penyakit lain yang boleh menyebabkan gejala kebas seperti arteriosclerosis di mana salur darah di bahagian kaki menjadi lebih sempit menyebabkan pesakit mengalami gejala intermittent claudication termasuk sakit atau kebas di bahagian kaki dan hanya boleh berjalan sehingga beberapa meter sahaja.

Tambahnya lagi, penghidap penyakit kencing manis juga boleh mengalami gejala kebas di hujung jari tangan dan kaki.

Penggantian cakera

Mengenai rawatan, Azmi menjelaskan ia bergantung kepada jenis penyakit dan kerosakan yang berlaku sehingga menghimpit saraf tunjang dan ekor saraf.

“Sekiranya ia melibatkan kehadiran tumor, pembedahan perlu dilakukan bagi membuangnya. Sekiranya ia melibatkan cakera tulang belakang yang terkeluar, pembedahan bagi mengeluarkan bahagian cakera tersebut dan penggantian cakera boleh dilakukan,” katanya.

Tambahnya, ubat penahan sakit dan teknik Traction atau regangan tulang belakang turut dilakukan dalam sesetengah kes PID yang boleh mengurangkan tekanan terhadap akar saraf.

Dalam pada itu, Azmi menjelaskan pesakit perlu berjumpa doktor dan untuk menjalani pemeriksaan fizikal bagi mengetahui keadaan saraf dan kawasan yang terlibat.

“Untuk pemeriksaan tersebut, salah satu caranya ialah penggunaan peta titik saraf sebagai rujukan dan dari situ, pakar dapat mengetahui bahagian sebenar tubuh yang bermasalah,” katanya sambil menunjukkan gambarajah tersebut.

Lanjutan daripada pemeriksaan fizikal, pesakit perlu menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di bahagian tulang belakang bagi meneliti secara terperinci struktur saraf tunjang, akar saraf dan anatomi tisu sekelilingnya dengan lebih jelas.

Selain daripada itu, ujian X-ray dan CT Scan juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang belakang yang secara semulajadi berfungsi melindungi saraf tunjang pesakit.

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
Kosmo Online

Tidak takut : Hati tertutup

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.


Sesungguhnya hati yang tidak takut kepada Allah bukanlah hati yang sebenar dan manusia yang tidak mengharap janji Allah bukanlah manusia yang sebenar.

Semalam YM dgn seorang anak muda belasan tahun dan masih lagi menuntut;

Makcik! katanya; saya risau sangat dengan keadaan sekarang ni; ramai benar remaja sekarang yang bergaul bebas, suka hiburan melampau, bercouple. Ada pula rakan2nya bercouple. Saya tak tahu bagaimana nak nasihatkan sbb saya ni dulu bersekolah biasa je.

Saya nasihatkan berilah hint dan doakanlah banyak2 utk kwn kamu tu. Diberitahu dah buat semua tu. Kami juga bincang ttg dajjal. Saya beritahu ttg hadis yg mengatakan dajjal tu dah ada masa nabi kita belum wafat lagi sebab dalam hadis tu kata dajjal ni adalah pembohong, ada yang mengaku nabi dan rasul. Dajjal ni ialah pembuat kerosakan di muka bumi. Sebab itulah nabi selalu berdoa minta perlindungan kpd Allah dp fitnah dajjal dan kita pun dinasihatkan selalu berdoa untuk berlindung daripada fitnah dajjal.

Maknanya Kiamat ni dah hampir sangat kan makcik?

Ya lah, tanda2 Kiamat dah banyak sangat dah. Cuma tarikh dan masa tu Allah saja yg tahu; kata saya.

Cuma ramai lagi manusia yg tak takut kpd Allah. Jika takut tak adalah apa dibincangkan tadi.

Seronok ada org muda sepertinya yg ambil berat tentang maslah remaja dan masalah yang lebih besar; ke mana arah tuju anak2 muda sekarang.

Didoakan supaya org muda ini dpt menggerakkan remaja lain supaya panji Islam tertegak seperti zaman kegemilangan dulu.. Amiin.

Allah berfirman:

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat). (al-An'am [6] : 122)

Sebaik sahaja manusia dilahirkan; dia telah memikul tanggungjawab dan menghadapi masalah. Tanggungjawab dan masalah yang dihadapi oleh manusia hanya dpt diselesaikan apabila ada rasa takut kepada Allah. Allah berfirman:

(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. (az-Zariyat [51] : 50) .

Allah swt berfirman :

Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga. (ar-Rahman [55] : 46)

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu;(40) Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. (41) Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? (42) Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu? (43) Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya. (44) Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu. (45) (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: Seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja. / (46) (an-Nazi'at [79] : 40 - 46)

Orang yang tidak takut ialah org2 yg menuruti hawa nafsu jahat mereka. Mereka bukannya tidak diberi peringatan tentang adanya hari kiamat, hari akhirat dan hari pembalasan dan pelbagai nama lagi yang diberikan oleh Allah menurut peristiwa yang berlaku pada hari akhirat.

Barangsiapa yang takut kepada Allah dia akan beramal kerana seorang yang mukmin dia akan beramal, memperbaiki amal dan TAKUT. Manakala org munafik memburukkan amalan dan mengharapkan turun rahmat Allah.

Ibnu Mardawaih meriwayatkan daripada Rasulullah saw bahawa Bilal bin Rabah, mua'zzin dan manusia yg keluar daripada kotor berhala menuju kpd CAHAYA ILAHI dengan mengucapkan Ahad! Ahad! keluar menemui Rasulullah saw sebelum solat fajar. Bilal mendapati baginda sedang menangis lalu bilal bertanya kpd Rasulullah saw ; " Wahai Rasulullah! bapa dan ibuku menjadi tebusanmu, apa yg membuatkanmu menangis?" Baginda menjawab: "Beberapa ayat diturunkan kepadaku, celakalah bagi org yg membacanya tetapi tidak menghayatinya!" Kemudian baginda membaca ayat:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191) (Ali Imran[3] : 190 - 191)

Sesiapa yg membaca ayat2 yang seumpama ini tetapi tidak mengahayati dan merenunginya, hatinya telah ditutup kecuali apa yg dikehendaki Allah. Hati tertutup kerana kemaksiatan dan kelalaian.

Lagi ttg Takut di sini

Saturday, November 21, 2009

Panjang Mana?

Bismillahirahmanirahim.

Assalamu'alaikum.

Di bawah ni cucu saya nombor dua daripada lima org cucu; semuanya lelaki. Anak kpd anak sulung saya yg juga lelaki.


Bergambar Pada Hari Raya Tahun 1430

Selalu juga hujung minggu datang ke rumah jika umi n ayah ada kelas. Maknanya Jumaat malam datang, hari minggu balik ke rumah umi ayah di Matang Pagar Sungai Buloh.

Cucu ni nak melangkah ke darjah 2 tahun depan; bersekolah di Kampong Merbau Sempak Sungai Buloh.

Minggu lepas diberitahu dapat jadi pengawas sekolah. Saya bagi tahu; dulu opah jadi ketua pengawas. Saya ingatkan kalau nak jadi pengawas kena pandai, kena bagi dapat nombor satu dalam kelas, jika tidak malulah jika budak2 lain yg tak jadi pengawas dapat nombor satu.

Malam tadi cucu ni dtg lagi sebab hari ini umi n ayah belajar; jadi dia pilih nak duduk dgn opah; tak mahu ikut tinggal dgn emak dia di Matang Pagar (emak ni ialah yg jaga adiknya semasa umi ayah bekerja)

O ya.. lupa nak bagi tahu namanya Amsyahr Nur Daniel bin Hada Syahme.

Pagi tadi berbaring dalam bilik kami berbual.

Opah: Daniel tinggal dgn opah nak tak?

Daniel : Tak nak..

Opah : Bolehlah!. Nnt daniel sekolah tempat ayah bersekolah dulu [Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Permata] ; boleh opah anta pergi n amik bila balik. Sekolah ni di belakang rumah je. Tak jauh sangat.

Daniel : Macam mana opah nak anta; macam mana pulak opah nak baring. [opahnya selalu baring n dah tak boleh bawa keta].

Opah: Takpalah, kita jalan pelan2. Lepas anta opah balik lah sorang2 jalan kaki pelan2. Nnt waktu balik opah amik pula; opah jalanlah pelan2. Nak tak?

Daniel: Habis takyah g ngaji ke?

Opah: lepas sekolah kebangsaan Daniel g ngaji di sekolah agama; tempat ayah ngaji dulu. [Sekolah Rendah Agama Taman Permata] Bila malam opah boleh ajar ngaji.

Daniel: Nak.. nak.

OPah : Betul ke. Nnt opah bagi tahu ayah ya. Kita minta tukar sekarang. bila sekolah buka nnt bolehlah bersekolah di sekolah baru.

Daniel : Taknak lah sekarang. Tunggu bila Daniel darjah 3 boleh tak?

Opah : Ok; insyaAllah ya.. mudah2an umur opah panjang la.

Daniel : Panjang mana?

Opah: La panjang apa pulak ni. [depa tangan; panjang ni; ketawa]

Daniel : Kenapa opah ketawa?

Opah : Jika opah tak matilah!

Daniel : oo.. he he


Thursday, November 19, 2009

Malaikat Bertugas Bergilir2

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.

Allah berfirman:

سَوَآءٌ۬ مِّنكُم مَّنۡ أَسَرَّ ٱلۡقَوۡلَ وَمَن جَهَرَ بِهِۦ وَمَنۡ هُوَ مُسۡتَخۡفِۭ بِٱلَّيۡلِ وَسَارِبُۢ بِٱلنَّہَارِ

Sama sahaja kepadaNya(bagi Rabb): Sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya(berterusterang); dan sesiapa yang bersembunyi pada waktu malam hari yang gelap dan yang keluar berjalan pada waktu siang. Bagi tiap-tiap seorang manusia ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. (Surah Ar-Ra'd [13] : 10)

Allah swt memberitahu bahawa DIA mengetahui semua makhlukNya sama ada merahsiakan ucapannya mahupun yang berterus terang. Allah dapat mendengarnya dan tidak ada sesuatupun yg tersembunyi daripadaNya sama seperti yg difirmankanNya dalam surah An-Naml ayat 25

وَيَعۡلَمُ مَا تُخۡفُونَ وَمَا تُعۡلِنُونَ

"dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan". (An-Naml [27] : 25).

Firman Allah "dan sesiapa yang bersembunyi pada waktu malam hari yang gelap dan siapa yang keluar berjalan pada waktu siang", maksudnya semuanya diketahui oleh Allah. Tiada perbezaannya sama ada gelap ataupun terang. Semuanya Allah mengetahui.

Allah juga memberitahu bahawa bagi setiap manusia ada malaikat yg Allah perintahkan utk menjga manusia bergilir siang dan malam. Ada malaikat penjaga waktu siang dan ada malaikat penjaga waktu malam; malaikat menjaga manusia daripada kejahatan dan kecelakaan. Malaikat ini satu menjaga pada bahagian hadapan dan satu lagi pada bahagian belakang manusia. Selain itu ada malaikat yg bertugas mencatat segala amlan baik dan buruk manusia. Di sebelah kanan mencatat amalan baik dan di sebelah kiri mencatat amalan buruk manusia.

Menurut tafsir Ibnu katsir; manusia ini dikelilingi oleh 4 Malaikat pada siang hari dan 4 Malaikat pada malam hari dengan silih berganti, dua sebagai penjaga dan dua yang lainnya sebagai pencatat amalan.

Dalam tafsir al-Khazin hadis sahih daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda maksunya: Ada beberapa malaikat selalu mengikuti kamu bergilir-gilir, iaitu malaikat pada malam hari dan malaikat pada siang hari, mereka berkumpul pada waktu solat subuh dan solat asar, lalu naiklah malaikat sebelumnya berada bersama kamu, dan Allah menanyakan kepada mereka; sedangkan ALLAH MAHA MENGETAHUI keadaan kamu. Bagaimana kaeadaan hamba2Ku ketika kamu meninggalkan mereka? Malaikat menjawab : Kami mendatangi mereka , mereka sedang solat, dan kami meninggalkan mereka , mereka pun sedang solat".

Bermakna di sini; tiap2 hari malaikat itu memberi laporan dua kali tentang amalan anak Adam terutama tentang solat yang didirikan; adakan dikerjakan atau tidak; malaikat menjadi saksi.

Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan daripada Abdullah; dia berkata Rasulullah saw bersabda; "Tidak ada seorangpun di antara kalian yang tidak ditemani oleh pendamping, daripada jin, dan pendamping daripada malaikat. Mereka bertanya: "Apakah demikian pula dgn engkau wahai Rasulullah? Baginda menjawab; "Demikian juga aku, tetapi Allah menolongku (terhadap pendamping daripada jin itu) sehingga ia tidak menyuruhku kecuali untuk berbuat baik". Hadis diriwayatkan oleh Muslim.

Wednesday, November 18, 2009

Betul ke?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'aliakum.

Kiamat 2012.. betul ke ni???

Klik di sini