Thursday, January 23, 2014

Pintu Syurga VS Pintu Neraka


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa ta'aala (SWT) yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam (SAW) serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Alhamdulillah pagi ini berkesempatan mendengar kuliyah Ustaz Nouman Ali Khan seperti di bawah. Saya dapati kebanyakan isi kuliyah beliau ada persamaannya dengan Kuliyah Ustaz Kariman pada sebahagiannya dan ada juga perspektif yang berbeza. Bagi kuliyah di bawah ini saya dapati ada persamaan pendapat tentang pintu Syurga dan pintu Neraka.



Lama dulu pernah dengar ceramah oleh ustaz Kariman tentang keberkatan Bulan Ramadhan dan saya pernah menulis di blog ini. Dalam mukaddimahnya ustaz huraikan hadis yang popular iaitu hadis sahih Abu Hurairah:

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari: Nabi bersabda : “Apabila tiba bulan Ramdahan dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan syaitan dibelenggu”..

Ustaz berkata sepintas lalu kita boleh bertanya apakah bila Ramadhan belum tiba pintu-pintu syurga tidak dibuka? Dan neraka tidak ditutup manakala syaitan bebas. Cuba fikir katanya; terbuka pintu syurga dan tertutup pintu neraka dalam hadis ini berlawanan dengan ayat al-Quran dalam Surah Az-Zumar ayat 71 menunjukkan bahawa pintu neraka sentiasa ditutup apabila calun ahli neraka sampai ke pintu neraka barulah pintu itu dibuka. Dalam ayat 73 pula dinyatakan pintu syurga sentiasa terbuka. Syurga sentiasa terbuka dan pintu neraka sentiasa ditutup walaupun dunia belum kiamat. Ini bermakna sekarang dan dulu lagi perkara ini berlaku.



“Dan orang-orang kafir akan dihalau ke Neraka Jahanam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini? Mereka menjawab: Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir”. (Az-Zumar  [39] : 71)

Maksud ayat ini ialah pintu neraka sentiasa tertutup, apabila ahli-ahli neraka yang digiring ke neraka sampai barulah pintu neraka dibuka. Dan ayat di bawah pula menyatakan bahawa pintu syurga telah sedia terbuka dan penjaga pintu syurga mengalu-alukan ketibaan ahli-ahli syurga.



“Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk)”. (Az-Zumar [39] : 73)

Kata ustaz lagi Hadis yang diakui sahih ini nampak seperti berlawanan dengan ayat-ayat al-Quran jadi sudah tentu ada sesuatu yang Nabi nak beritahu kita. Syaitan dibelenggu, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka apabila Ramadhan tiba. Ini bermakna syaitan tak berdaya / tak ada kemampuan lagi / lemah untuk menyesatkan manusia apabila tiba bulan Ramadhan.

Kenapa? Sebab semua amalan manusia (umat Islam) pada bulan Ramadhan mengarah ke syurga, iaitu bulan ibadah mendekatkan diri kepada Allah. Ramai yang bersolat terawih, beriktikaf, bertadarus, bersedekah dan sebagainya. Amalan-amalan ini mendapat ganjaran berlipat ganda dengan kemurahan Allah SWT; bukan kerana bulan Ramadhan itu musuh syaitan. Selain itu kata ustaz lagi bukan syaitan lemah kerana bulan Ramadhan tetapi kerana amalan ikhlas umat Islam. Jikalau kita berpuasa kita tak beritahu orang, tak ada siapa yang tahu. Ini berbeza dengan amalan lain seperti solat, zakat, haji bersedekah. Jadi puasa ini adalah amalan ikhlas. Syaitan dan Iblis tidak akan dapat menyesatkan hamba Allah yang ikhlas seperti yang dinyatakan oleh Allah swt dalam surah al-Hijr ayat 39 hingga 42.






“Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang ikhlas Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). (al-Hijr [15] : 39 - 42)

Ustaz Nouman Ali Khan juga bercakap tentang pintu syurga. Dengarlah kerana pendapatnya juga sama dengan apa yang diberitahu oleh Ustaz Kariman cuma Ustaz Nouman tak kaitkan dengan hadis. 

Allah berkehendakkan semua manusia memasuki Syurga sebab itulah Allah membaeritahu bahawa pintu Syurga sentiasa terbuka dan nanti dialu-alukan masuk ke dalamnya. Manakala ahli Neraka dihalau, diasak/ditolak ke dalamnya selepas pintu dibuka. Betapa Allah tidak mahu kita masuk Neraka dan dengan sebab itu pintu Neraka sentiasa tertutup. Sungguh indah kalamullah.


Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka;


(Penjaga neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu): " Ini ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu ". (Ketua-ketua itu berkata): " Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran neraka ".

Semoga bermanfaat.


12 comments:

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah...

Apa yg jelas samada Usz Nouman atau Usz Kariman punya huraian lebih kurang. Pintu neraka ditutup sebab Allah sayang hambaNya supaya menjauhi kemungkaran dan kalau boleh biarlah beramal dgn keikhlasan seperti kita beribadah di bulan ramadhan. Sebab itulah bila pintu neraka dibuka yg masuk akan diasak-asak (na'uzubillah takutnya kakak). Manakala pintu syurga sentiasa terbuka kerana Allah mahu kita berbuat baik dan sentiasa mahu hambaNya mencari syurga indah tersebut..

Moga Kak Werdah sihat..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...:)

Moga kakak sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT dan dilimpahkan kesihatan yang baik dapat menyempurnakan ibadah dengan sempurna...aamiin.

Kebaikan dan keberkahan bulan Ramadhan membuka banyak peluang untuk kita meraih pahala dan keampuan Allah SWT, serta menutup dan menghalang kita dari terjebak dengan maksiat dan dosa.

Subhanallah, itulah kasih sayang Allah kepada kita.

aby said...

salam k werdah.
Wlupun bulan ramadan adalah bulan yg setiap perbuatan dpt gndaan pahala, namun bulan ramadan juga ada bulan di mana apabila mngingkari
perintah Allah, balasan dosanya juga brgnda2 juga.
Pintu nikmat dan pintu keazaban mnunggu kita. Pilihan d tngan sndiri. Moga kita mmbuat pilihan yg tepat sbb disana adalah tmpat yg kekal

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Kak alhamdulillah sihat.

Amalan hanya diterima bila ikhlas. Usaha mentarbiyahkan diri dengan keikhlasan tu amat perlu. Acapkali kita kecundang dalam bab ini. Mudah-mudahan kita akan terus istiqamah mohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Penerangan tentang terbuka dan tertutup pintu Syurga ini merungkai permasalahan bahawa ada juga yang memahami hadis sahih yang disebutkan dengan maksud yang lain.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Terima kasih atas doa. Semoga dirimu juga sentiasa berada dalam kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.. aamiin

Ya, dengan kemurahanNya peluang diberikan buat kita. RahmatNya tercurah kepada kita; cuma kitalah yang membuat pilihan. Mudah-mudahan kita sentiasa istiqamah memerhatikan diri.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Benar aby, Para ulama menjelaskan, setiap kejahatan yang kita lakukan tetaplah satu kejahatan, bukan beberapa kejahatan sebagaimana halnya dalam kebaikan.

Allah SWT berfirman, “Barang siapa membawa amal yang baik, baginya (pahala) 10 kali lipat amalnya dan barang siapa yang membawa perbuatan jahat, dia tidak diberi pembalasan, melainkan seimbang dengan kejahatannya sedangkan mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan).” (QS al-An’am [6]: 160).

Tetapi, kejahatan itu dosanya boleh menjadi lebih besar dan hukumannya lebih berat apabila contohnya dilakukan dalam bulan-bulan haram.

Mudah-mudahan kita berada di atas jalan yang benar.

Rose Azadir said...

Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Rose Azadir

Salam kenal...terima kasih dan dah follow di sana :)

laila74 said...

Assalamualaikum...saya ada terbaca tentang saudari yg sakit sendi...saya baru 3 minggu mengalaminya..sakit seakan sama...sukar nk nyatakan...tiada org yg memahami...umur saya 40 thun...boleh bgtau di mana nk berubat..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam laila74

Untuk makluman saudari Laila..kak telah banyak berubat selepas operation jadi kebanyakan usaha tu kurang berkesan. Namun bagi yang belum melakukan pembedahan rasanya peluang untuk sembuh sangat besar,

Laila boleh cuba proloteraphy caranya injection cecair hypertonic boleh baca di sini

http://permatainn.blogspot.com/2010/10/rawatan-prolotherapy.html

dan di sini http://permatainn.blogspot.com/2010/10/proses-membaikpulihprolotheraphy.html (BACA SEKALI KOMEN DI SANA Sebab di sana ada contact number).. boleh juga cuba RF baca di sini

http://permatainn.blogspot.com/2010/04/alhamdulillah-la-hawla-wala-quwwata.html

contact number dr Nizar 013-9803389 dan blog Dr Nizar adalah http://drnizarabduljalil.blogspot.com/

Jika di HTAR boleh jumpa Dr Murali boleh baca di sini

http://permatainn.blogspot.com/2011/06/dan-apabila-aku-sakit-dia-yang.html

(INI bahagian Paint management) boleh telefon HTAR tanya prosedur nak jumpa doktor tu.. kak dulu DR Nizar yg rekomen.. mungkin Laila boleh rujuk klinik biasa dulu dapatkan surat recomendation..

Selain itu rawatan ceragem, akupantur, urut di PUSRATU ataupun PUSAS boleh juga dicuba.

PUSAS : http://permatainn.blogspot.com/2012/01/perubatan-urat-saraf.html

Mungkin buat permulaan Laila boleh cuba prolotheraphy dulu kemudian jika tak berkesan cubalah RF (radiofrekuensi)...

SEmoga dapat berusaha dan sakitnya sembuh yang tidak ada sakit lagi

Ibu Daswati said...

PENGAKUAN TULUS DARI SAYA IBU DASWATI KERJA DI MALAYSIA

Assalamualaikum.wr.wb. Kami ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang Pembantu rumah tangga di MALAYSIA yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun, merantau itu sangat menderita dan di suatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan AKY .dan katanya bisa membantu orang Lewat nomor T0GEL yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di MALAYSIA :akhirnya saya coba untuk menhubungi.AKY SANTADEWA dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor TOGEL 6D 275944 dan nomor yg diberikan AKY meman betul2 terbukti tembus 100% dan saya sangat bersyukur berkat bantuan AKY akhir y saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri munkin saya tidak bisa membalas budi baik AKY sekali lagi makasih yaa AKY dan bagi teman2 yg KESULITAN DALAM KEUANGAN

APAKA ANDA TERMASUK DALAM KATEGORI DI BAWAH INI

1/" Dikejar-kejar hutang

2" Selaluh kalah dalam bermain togel

3" Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

4" Anda udah kemana2 tapi tidak menghasilkan

5" Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya tapi tidak ada satupun yang berhasil. Solusi yang tepat jangan anda putus asah..

AKY SANTADEWA.akan membantu anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB..
angka GHOIB:SINGAPURA
angka GHOIB:HONGKONG
angka GHOIB:MALAYSIA
angka GHOIB:TOTO MAGNUM 4D.6D.8D
angka GHOIB:LAOS
angka GHOIB:SIDNEY
angka GHOIB:CAMBODIA
angka GHOIB:CHINA
angka GHOIB:KOREA
angka GHOIB:TOTO KUDA
angka GHOIB:ARAB SAUDI
angka GHOIB:BRUNEI DARUSSALAM
angka GHOIB:TAIWAN
angka GHOIB:THAILAND

bila butuh bantuan hubungi BELIAU DI N0 HP : 0852-8315-2944 ATAU KLIK http://akisantadewa.blogspot.com
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET DAN NO HP AKY …

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts with Thumbnails