04 Jamadil Akhir 1432.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.
Cuba ambil sebiji gelas kosong, tuangkan air kopi di dalamnya. Warnanya hitam pekat bukan? Kemudian sinarilah gelas itu dengan lampu. Apa terjadi?
Begitulah saranan seorang penulis buku 'SMART HEART' Rusdin S. Rauf yang juga menulis buku 'QURANIC LAW OF ATTRACTION'. SMART HEART baru dibeli semasa PBAKL baru-baru ini.
Apa yang terjadi?
Adakah cahaya itu akan menerobos masuk ke dalam gelas?
Tentu tidak bukan?
Bagaimana cahaya dapat masuk?
Air kopi itu hitam pekat.
Bagaimana jika gelas itu diisi dengan air kosong yang jernih?
Tentulah cahaya lampu itu menerobos dinding gelas bukan?
Apakah kesimpulan daripada eksperimen ini?
Kita boleh kaitkan bahawa ada perbezaan antara hati yang tidak jernih dengan hati yang jernih. Hati adalah umpama wadah kosong boleh diisi dengan air jernih atau air keruh.
Hati yang tidak jernih, emosi tak terkawal, emosi jadi negatif. Bila ini berlaku hati jadi keruh atau gelap. Bila gelap itulah yang menyebabkan seseorang mengikut nafsu.
Bagaimana nak kawal nafsu negatif?
Bagaimana nak jernihkan hati?
Salah satu anjuran;
"Apabila ada orang mengajakmu bergaduh, katakan kepadanya 'Aku sedang berpuasa hari ini'". Begitulah sabda Nabi kita.
Berpuasa tak semestinya berpuasa fizikal. Betapa ramai yang berpuasa tapi tak dapat ganjarannya.
Berpuasa nafsu, kawallah nafsu yang boleh membawa kepada kehancuran.
Sudah tentu banyak kaedah menjernihkan hati.
Sudah tentu banyak kaedah menjernihkan hati.
Ada tujuh cara bagaimana melembutkan hati yang didedahkan di dalam buku ini:
* Melembutkan hati secara cerdas emosi
* Melembutkan hati secara cerdas spiritual
* Melembutkan hati secara cerdas sosial
* Melembutkan hati secara cerdas linguistik
* Melembutkan hati secara cerdas fizikal
* Melembutkan hati secara cerdas muzikal
* Melembutkan hati secara cerdas visual
* Melembutkan hati secara cerdas logik-matematik
Apabila hati berjaya dilembutkan, bermulalah titik-tolak meraih kejayaan dan kebahagiaan di dunia serta akhirat.