Saturday, May 7, 2011

Air Kopi VS Air Kosong

04 Jamadil Akhir 1432.


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Cuba ambil sebiji gelas kosong, tuangkan air kopi di dalamnya. Warnanya hitam pekat bukan? Kemudian sinarilah gelas itu dengan lampu. Apa terjadi? 

Begitulah saranan seorang penulis buku 'SMART HEART' Rusdin S. Rauf yang juga menulis buku 'QURANIC LAW OF ATTRACTION'.  SMART HEART baru dibeli semasa PBAKL baru-baru ini.

Apa yang terjadi?

Adakah cahaya itu akan menerobos masuk ke dalam gelas?

Tentu tidak bukan?

Bagaimana cahaya dapat masuk?

Air kopi itu hitam pekat.

Bagaimana jika gelas itu diisi dengan air kosong yang jernih?

Tentulah cahaya lampu itu menerobos dinding gelas bukan?

Apakah kesimpulan daripada eksperimen ini?

Kita boleh kaitkan bahawa ada perbezaan antara hati yang tidak jernih dengan hati yang jernih. Hati adalah umpama wadah kosong boleh diisi dengan air jernih atau air keruh.

Hati yang tidak jernih, emosi tak terkawal, emosi jadi negatif. Bila ini berlaku hati jadi keruh atau gelap. Bila gelap itulah yang menyebabkan seseorang mengikut nafsu.

Bagaimana nak kawal nafsu negatif?

Bagaimana nak jernihkan hati?

Salah satu anjuran;

"Apabila ada orang mengajakmu bergaduh, katakan kepadanya 'Aku sedang berpuasa hari ini'". Begitulah sabda Nabi kita.

Berpuasa tak semestinya berpuasa fizikal. Betapa ramai yang berpuasa tapi tak dapat ganjarannya. 

Berpuasa nafsu, kawallah nafsu yang boleh membawa kepada kehancuran.


Sudah tentu banyak kaedah menjernihkan hati.

Ada tujuh cara bagaimana melembutkan hati yang didedahkan di dalam buku ini: 


* Melembutkan hati secara cerdas emosi 
* Melembutkan hati secara cerdas spiritual 
* Melembutkan hati secara cerdas sosial 
* Melembutkan hati secara cerdas linguistik 
* Melembutkan hati secara cerdas fizikal 
* Melembutkan hati secara cerdas muzikal 
* Melembutkan hati secara cerdas visual 
* Melembutkan hati secara cerdas logik-matematik 

Apabila hati berjaya dilembutkan, bermulalah titik-tolak meraih kejayaan dan kebahagiaan di dunia serta akhirat.

16 comments:

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Mudah2an kita jadi seperti sebuah gelas yang berisi air kosong.

Saya dah beli dan baca buku ni tahun lepas. beli tempat jual buku di Masjid Negeri ni.

Ros Illiyyuun said...

Assalamualaikum,

Gelas yang berisi air kosong perlu dibersihkan dahulu supaya tidak tercemar dengan kotoran yang tidak sepatutnya.

Begitulah hati kita, perlu dibersihkan selalu dengan menanamkan dengan sifat-sifat mahmudah, sekaligus menjauhkan diri dari sifat mahmudah.

Wallahu A'lam.

abu muaz said...

jagalah hati....

werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Nampaknya Kak lambat setahun membeli buku ni.

Ya mudah2an hati kita jernih bak air kosong yang suci. Mohon pertolongan Allah juga. Amiin

werdah said...

Wa'alaikumussalam Ros

Begitulah nampaknya kena cuci dulu wadah tu, kena ada proses menyucikan dengan membuang segala kotoran, kemudian memasukkannya dengan yang bersih, jernih lagi suci, lalu berusaha keras mengekalkan yang baik dan jernih tu supaya tidak bercampur kotoran yang membawa penyakit.

werdah said...

Wa'alaikumussalam Abu Muaz

Mudah2an Allah membantu kita. Dialah yang membolak-balikkan hati.

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Werdah..

Semoga Allah kurniakan buat kakak kesihatan yang berpanjangan dan kemantapan keimanan..

Hati jika sudah bersih maka tidak akan ada hijab lagi, ia akan memandang dengan pandangan Allah.

Berusahalah memiliki kejernihan hati, agar rahmat dan berkah dari Allah senantiasa mengalir dan memberikan yang terindah untuk hati, perasaan dan seluruh diri kita.

Solehah said...

Assalamualaikum.

Kak, tertarik dengan langkah-langkah nak jernihkan hati tu. kene pergi cari buku tu juga.

werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Terima kasih atas doa yang dipanjatkan.Allahumma Amiin. Semoga Abd Razak juga diberikan kekuatan dan kemantapan iman serta kesejahteraan.

Bila hijab sudah tiada mudahlah cahaya Allah menyinari hidup kita. CahayaNya kekal menerangi hidup kita sepanjang perjalanan menujuNya. Dia terus menyinarkan cahayanya hingga ke syurga.

Sungguh! memerlukan mujahadah yang jitu.

werdah said...

Wa'alaikumussalam Solehah.

InsyaAllah, mudah2an dipermudahkan. Di dalamnya dituliskan langkah penjernihan menurut apa yang Nabi Muhammad SAW lakukan.

cemomoi said...

assamualaikum kak werdah

ada orang bagitau, hati ni ada satu tempat je, kalau dah isi yang baik, baik le dia. kalu isi yang tak baik tak baik le... dia tak bole nak bercampur segala macam kat satu tempat tu

werdah said...

Wa'alikumussalam cemomoi

Beruntung kan jika dapat hati yang sejahtera.. hanya diisi dengan yang baik.. janjinya adalah syurga. Sungguh banyak ujian yang perlu dihadapi dalam mendapatkan hati yang sejahtera.

shaniza said...

Salam kak werdah,
Hati jadi bersih atas amalan seseorg dan hati jadi hitam pun atas amalannya jua...

werdah said...

Wa'alaikumussalam shaniza

Ya, sebab itu perlu ada hati yang 'smart' boleh menangkis segala yang tak baik dan mengamalkan yang baik.

ummu said...

assalamualaikum makcik
sungguh indah ekperimen ni...
menarik tuk dihayati
terima aksih makcik
bersusah payah menaip artikel ini untuk manfaat bersama
selamat ahri guru untuk makcik
maaf terlewat memberi ucapan...

werdah said...

Wa'alaikumussalam ummu

Selamat Hari Guru juga buat ummu di sana.. semoga Allah berkati ummu sekeluarga. Amiin

Related Posts with Thumbnails