Showing posts with label Tazkirah Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Ramadhan. Show all posts

Monday, September 14, 2009

MENGHAYATI 'IDULFITRI

Assalamu'alaikum,

Satu tajuk yang penting ini telah banyak disentuh oleh ahli2 agama baik dalam suratkhabar mahupun dalam blog2. 'Idulfitri disambut setiap tahun merupakan hari perayaan/kemenangan selepas berpuasa selama sebulan.

Apakah makna atau falsafah 'idulfitri ini?

'Id ini terambil daripada kalimah 'ada, ya'ud yang bermaksud kembali kepada keadaan atau ke tempat

Al-Fitri pula diterjemah sebagai asal (suci - kejadian manusia asalnya suci/bebas daripada dosa)

Jadi 'Idulfitri ini bolehlah diterjemahkan sebagai kembali menjadi suci daripada dosa.

Dosa menjadikan manusia jatuh/jauh daripada Allah penciptanya, sekian banyak ayat2 Allah dalam al-Quran menyebutkannya.. salah satu cth: Allah ingatkan Nabi Adam as dan pasangannya: Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah - 35) Namun selepas kedua2nya melanggar perintah Allah kerana terpedaya disebabkan kejahilan atau kealpaan atau tidak mempunyai keazaman yang kuat melawan nafsu, Allah ingatkan lagi dalam surah al-A'raf ayat 22: Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata? (Al-A'raf - 22).

Daripada susunan ayat2 di atas, sebelum Nabi Adam as dan Hawa melanggar perintah Allah, kedudukannya amat hampir (paling dekat disisi) dengan Allah tetapi setelah melanggar larangan Allah kedudukan mereka berdua amat jauh daripada Allah, Allah juga menjauhkan dirinya daripada mereka dan berseru dalam surah Al-A'raf ayat 22 tadi.

Namun setelah Nabi Adam kembali berusaha untuk mendekati Allah dengan bertaubat menyesali perbuatannya.. inilah yang dinamakan fitrah yakni kembali kepada fitrah.

Dalam usaha kita meraikan hari kemenangan kita, mari kita renungkan apa yang kita lakukan pada hari raya.

1. TAKBIR - membesarkan Allah SWT
2. Lahirkan rasa SYUKUR krn Allah menempatkan kita di dunia, DIAlah yang beri kita RAMADHAN.
3. SEDAR akan saudara2 kita yang tak dapat bersama kita, sama ada merantau jauh ke negara orang, ada yang sakit terlantar, ada yang hidup melarat, dan ada yang telah kembali ke RAHMATULLAH.

Dalam solat ketika dahi kita sujud menyentuh tanah kita katakan MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA TINGGI, kita akui kelemahan diri kita.. kita sedar akan KETINGGIAN Allah SWT, sedar akan KEBESARAN ALLAH 'AZZAWAJALLA. DIA boleh mencabut nyawa kita, harta kita, menjatuhkan pangkat kita pada bila2 masa sahaja. Dan dalam masa yang sama DIA juga setiap saat melimpahkan RAHMAT kasih sayangnya.

TETAPI olehkerana KECINTAAN kita kepada DUNIA dan kita mempertahankan dunia, kita besarkan diri kita, jawatan kita, harta kita hingga kita lupakan Allah. ALLAHlah yang memberikan kita semuanya itu. Apabila kita lupa ALLAH, Allah pun lupa kepada kita.. :"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka)". (Al-Hasyr ayat 19)


Secara jujur di sini dikatakan bahawa ada di antara kita yang tidak manusia lagi, kadang2 kita seperti singa ingin membaham sesiapa sahaja, peniaga suka mendapat keuntungan dengan cara menipu, pegawai yang bergaji kecil pula tidak ragu2 korbankan IMAN kerana LUPA ALLAH. Sedangkan ajaran Islam yang diturunkan melalui Nabi Muhammad saw seluruhnya bertujuan supaya MANUSIA dapat menampilkan dirinya sebagai manusia yang berakhlak sempurna.

Setelah kita ruku' dan sujud mensucikan ALLAH kita membesarkan ASMA ALLAH (Solat) kita berpuasa, kita berterawih, kita bersedekah, bertadarus, bertadabbur lalu kita berharap agar Allah kembalikan kita ke FITRAH (asal).

SYAHADAH bertujuan mensucikan akidah.
SOLAT utk mensucikan jiwa, supaya kembali kepada Allah, dengan solat kita mengingati Allah.
PUASA mengawal hawa nafsu kita supaya tunduk/bertakwa kpd Allah.
ZAKAT dapat menyucikan harta kita, membantu org2 yang memerlukan.
HAJI sekali seumur hidup bagi yang mampu, dapat mengarahkan perjalanan kita menuju Allah.

SEBAB itulah syahadah kita batal jika kita merelakan diri kita dizalimi dan menzalimi.. Sabda Nabi bermaksud : Sesiapa saja yang berjalan bersama2 org2 yang zalim kerana ingin membantu berbuat kezaliman sedangkan dia tahu orang tu zalim dia telah keluar daripada Islam"

Begitu juga solat jika lalai, jika tidak dpt mencegah kita dp berbuat mungkarNERAKA tempat kita. Puasa jika tak dapat apa2 kecuali lapar dan dahaga, begitu juga dengan ibadah2 yang lain jika tak dapat mencapai tujuan.

Jadi apabila sambut 'idulfitri ingatlah supaya kembali kepada Fitrah/suci sperti dalam Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30 bermaksud :(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya (Fitrah Allah); tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (30)

Apabila kita sambut 'Idulfitri kita saling kunjung mengunjung, yakni saling membalas kunjungan. Tetapi sillaturrahim juga dituntut, kerana sillaturrahim bermaksud "menyambung yang telah putus". Sambunglah silaturrahim bermakna berkunjung kpd mereka yg telah lama tidak kita kunjungi.

Seperti yg telah disebutkan dlm N3 sebelum ini,
Berbuat BAIK kepada org yang berbuat BAIK kepada kita adalah PERKARA BIASA, maknanya tidaklah hebat manapun
Berbuat JAHAT kepada org yang berbuat JAHAT kpd kita adalah DENDAM, ini tidak dibenarkan oleh agama
Berbuat JAHAT kepada org yang berbuat baik kepada kita adalah ZALIM, ini ditegah oleh agama
Berbuat BAIK kpd orang yg berbuat JAHAT kepada kita inilah AKHLAK. inilah yang dituntut oleh agama.

Dalam AL-Baqarah ayat 185 Allah berfirman maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah - 185)

Cuba perhatikan kalimah Allah "Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur". Di sini Allah ajar kita apabila kita selesai laksanakan ibadah kita hendaklah membesarkan Allah dan bersyukur kerana tanpa pertolongan Allah kita tak mampu menjalankan kewajipan beribadah. Kita kena MEMBESARKAN ALLAH dan melihat diri kita dan selain Allah semuanya kecil.

Jika dalam ibadat solat puasa zakat dan haji kita membesarkan Allah maka hendaklah di luar ibadah juga kita MEMBESARKANNYA. JGN apabila di dalam masjid di atas sejadah kita membesarkan Allah tp bila dah keluar kita besarkan nafsu kita.. bila dlm masjid kita TAKBIR tp bila di luar ibadah kita TAKBUR.. Jawatan yg seharusnya kita gina utk membela nasib org kita salah guna (kita bangga jika dpt memaksa org ikut telunjuk kita, bangga dgn sedikit kecerdikan yang Allah bagi kpd kita dan seumpamanya)

ITULAH SEBABNYA ALLAH SURUH KITA TERUS MENERUS MENGAGUNGKANNYA walaupun kita tak lagi berada di dalam bulan Ramadhan.

Pada hari raya kita sering memohon maaf. Ucapan MAAF ZAHIR DAN BATIN sering diungkapi.. saling memohon maaf dan saling melupakan kesalahan, tidak lagi berasa tersinggung dan kecewa. Maaf bukan sekadar ucapan di mulut tetapi hendaklah dibenarkan dalam hati. Allah menghendaki hak2 manusia yg diambil dpd org lain dikembalikan, hutang dibayar atau dihalalkan, jd tidaklah semudah mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAF ZAHIR DAN BATIN.

Perkataan 'afuwwun atau maaf disebut 34 kali dalam al-Quran. Dalam bahasa Arab 'afuwwun ini bermaksud sesuatu yang lebih daripada yang diperlukan.


وَيَسۡـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ ٱلۡعَفۡوَ‌ۗ

Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu). Al-Baqarah ayat 219.

Daripada pengertian di atas yang berlebihan itulah yang harus dibuat iaitu MEMAAFKAN ORANG SEBELUM ORANG MEMOHON MAAF, Sebab itulah Allah sering ingatkan kita jika org membuat salah kpd kita kita kena maafkan sblm org tu meminta. Peristiwa Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang begitu marah kpd Mistah yang memfitnah Saiyidatina 'Aishah bt Abu Bakar, bersumpah menghentikan bantuan kpd Mistah (dipercayai kerabat Abu Bakar) yg dianggap tak mengenang budi kepadanya ditegur oleh Allah swt dalam surah An-Nur ayat 22 bermaksud: Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (22)

Jika kita ampunkan kesalahan org Allah akan mengampunkan dosa2 kita. Itu janji Allah kpd kita.

MEMOHON MAAF JIKA BUAT SALAH ADALAH PERBUATAN MULIA
MEMAAFKAN KESALAHAN SBLM ORG MEMOHON KEMAAFAN AMAT TERPUJI.

At-Taghabun ayat 14 bermaksud "dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Pada hari raya juga kita tunjukkan kegembiraan kita, pakai baju cantik pakai wangian (utk lelaki, wanita kpd suami sahaja). Ini tidak salah. Anas bin Malik berkata: Rasulullah saw tatkala tiba di Madinah semasa hijrah didapati org2 di Madinah merayakan 2 hari raya dan mereka bergembira, dan Allah memberi ganti 2 hari raya iaitu 'idulfitri dan 'iduladha. Kita berkumpul bersenang2/merehatkan badan/ memberi kelapangan jiwa slps ibadah berpuasa. Hadis ini menjd dalil bhw menzahirkan kegembiraan /kesenangan adalah digalakkan/disukai.

Yang haram pada hari raya ialah puasa.
Selepas tu membazir.
Kemudian berhibur dengan hiburan yang melalaikan.

Kejayaan seseorang ber'idulfitri boleh dijadikan tanda aras bagaimana kita jalani ibadah berpuasa selama sebulan. Adakah kiata dapat terus MEMBESARKAN ALLAH?

Semoga ibadah ramadhan kita diterima ALLAH, menjadi penghapus dosa, menjadi pendinding kepada api neraka dan kembali kepada FITRAH/SUCI.

Lagi ttg 'idulfitri di sini dan sini

Sekian,

Selamat Menyanbut 'Idulfitri, Maaf dipohon,

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR, LAAILAAHAILLAHU WALLHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD.


TAQABBALALLAHUMINKUM, MINNA WAMINKUM TAQABBAL YA KARIIM.

Wednesday, September 9, 2009

Perang Badar inspirasi umat Islam di bulan Ramadan

Setelah penghijrahan baginda Nabi s.a.w ke Madinah, permusuhan kaum kafir Quraisy terhadap umat Islam masih belum reda.

Penyiksaan dan gangguan mereka kepada kaum muslimin yang masih berada di Mekah dan tidak dapat keluar dari kota itu semakin menjadi-jadi.

Pada sudut yang lain pula harta benda yang ditinggalkan oleh mereka yang telah berhijrah ke Madinah dirampas oleh Quraisy.

Hal inilah yang menjadi dasar bagi baginda Rasulullah s.a.w untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang melintas berhampiran Madinah dalam perjalanan perniagaan menuju Syam atau dari Syam menuju Mekah.

Tahun kedua hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 313 sahabatnya bergerak menuju Badar untuk menyekat kafilah Quraisy yang membawa harta berlimpah hasil dari perniagaan di Syam.

Setelah mendengar berita itu, Abu Sufyan, yang memimpin kafilah ini, mengirimkan utusannya ke Mekah untuk meminta bantuan tentara Quraish dalam menghadapi ancaman ini.

Bagi Quraish, sekatan kafilahnya oleh kaum muslimin tidak bererti kerugian harta tetapi apa yang paling penting baginya ialah kehormatan suku besar di Mekah ini.

Untuk itu, Abu Jahl yang merupakan salah seorang bangsawan terkemuka Quraisy bersama seribu orang lengkap dengan peralatan perang meninggalkan kota Mekah dan bergerak menuju Badr.

Sementara kafilah pimpinan Abu Sufyan dengan melintasi jalan alternatif berjaya meloloskan diri daripada sekatan kaum muslimin.

Abu Sufyan mengirimkan utusannya untuk meminta Abu Jahl kembali ke Mekah kerana baginya dia telah berjaya melepaskan diri daripada sekatan bahaya itu.

Namun pesanan itu ditolak oleh Abu Jahl, beliau segera bersiap untuk berperang bagi menghadapi pasukan Islam Madinah.

Di Badar, pasukan muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w telah bersiap siaga sepenuhnya. Pasukan kecil berjumlah 313 orang dan peralatan yang ala kadarnya, siap menghadapi seribu orang dalam barisan Quraisy yang lengkap bersenjata.

Namun keimanan yang dimiliki oleh umat Islam menjadi sandaran dan pendorong mereka untuk tegar dan siap menanti kematian di jalan Allah yang basalannya adalah syurga.

Tepat pada tarikh 17 Ramadan tahun kedua hijrah, perang di Badar berkecamuk setelah dimulai dengan konfrantasi iaitu satu lawan satu antara tiga pihak dari dua barisan perang.

Satu demi satu wakil musuh terkorban. Darah bersimbah di sana sini. Tak lama, berita tersebar bahwa Abu Jahl yang pernah disebut Rasulullah sebagai Firaun di tengah umat ini tewas di tangan pasukan muslimin.

Dengan terbunuhnya Abu Jahl dan beberapa pemuka Quraisy di medan perang Badar menjadi pukulan hebat bagi pasukan Mekah yang akhirnya memilih untuk melarikan diri.

Dalam perang Badar, pasukan Quraisy menderita kerugian, tujuh puluh tewas dan tujuh puluh yang lain menjadi tawanan.

Sementara barang rampasan perang yang ditinggalkan bukanlah jumlah yang sedikit, dianggarkan sebanyak 150 unta, sepuluh kuda, sejumlah kulit dan kain, serta peralatan perang ditinggalkan oleh pasukan Mekah yang lari tunggang langgang menyelamatkan diri.

Suasana pada malam tercetusnya perang di Badar

Malam itu terjadi beberapa keajaiban, perasaan takut dan tertekan yang ada pada kaum Muslimin tiba-tiba hilang, pasukan Islam menikmati malam itu dengan senang dan tenang, dan akhirnya tertidur dengan puas.

Hujan pun turun, membasahi pasir padang Badar sehingga menjadi padat dan lembut apabila dipijak (pasir dalam keadaan kering, seperti pasir pantai, membuat susah berjalan). Inilah seperti yang dijanjikan Allah dalam Al Anfaal (surat kedelapan) ayat 8:

"(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan setan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu)."

Subuh hari, Abu Bakar "mengganggu" ibadah Rasulullah karena kafir Quraisy sudah semakin hampir mendekati umat Islam.

Pasukan Islam dengan segera membuat persiapan, ketika pasukan kafir Quraisy sudah kelihatan jelas oleh Rasulullah, Rasulullah memanjatkan doa: "Ya Allah! Kaum kafir Quraisy yang enggan untuk menyembahMu dan mendustai utusanMu sudah berada di sini. Ya Allah, kami menunggu dan megharapkan daripadaMu kemenangan yang Engkau janjikan kepadaku dan sahabat-sahabatku. Kami memohon kepadaMu, ya Allah, untuk mengalahkan mereka."

Rasulullah minta pendapat sahabat sebelum berangkat ke Badar.

Sebaliknya pihak Muslimin, yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan, sudah sepakat akan bertahan terhadap musuh bila diserang.

Oleh karena itu merekapun segera berangkat ke tempat mata air di Badar itu, dan perjalanan ini lebih mudah lagi karena waktu itu hujan turun.

Setelah mereka sudah mendekati mata air, Rasulullah berhenti. Ada seseorang yang bernama Hubab bin Munzir bin Jamuh, orang yang paling mengetahui atau disifatkan sebagai seorang pakar tentang mengenal tempat itu, setelah melihat Nabi turun di tempat tersebut, dia bertanya: "Rasulullah, bagaimana pendapat tuan untuk berhenti di tempat ini? Kalau ini sudah wahyu Tuhan, kita takkan maju atau mundur setapakpun dari tempat ini. Ataukah ini sekadar pendapat tuan sendiri, suatu taktik perang belaka?"

"Sekadar pendapat saya dan sebagai taktik perang," jawab Rasulullah.

"Rasulullah," katanya lagi. "Kalau begitu, tidak tepat kita berhenti di tempat ini. Mari kita pindah sampai ke tempat mata air terdekat yang tahu tempat itu dengan penuh yakin, lalu telaga-telaga kering yang di belakang itu kita timbun setelah diambil airnya. Selanjutnya kita membuat kolam, kita isi sepenuhnya. Barulah kita hadapi mereka berperang. Kita akan mendapat air minum, mereka tidak."

Melihat saran Hubab yang begitu tepat itu, Nabi Muhammad dan rombongannya segera pula bersiap-siap dan mengikut pendapat temannya itu, sambil mengatakan kepada sahabat-sahabatnya bahawa dia juga manusia seperti mereka, dan bahawa sesuatu pendapat itu dapat dimusyawarahkan bersama-sama dan dia tidak akan menggunakan pendapat sendiri di luar mereka. Dia perlu sekali mendapat konsultasi yang baik dari sesama mereka sendiri.

Selesai kolam itu dibuat, Sa'd b. Mu'az memberikan usulnya: "Rasulullah," katanya, "kami akan membuatkan sebuah dangau buat tempat Tuan tinggal, kenderaan Tuan kami sediakan. Kemudian biarlah kami yang menghadapi musuh. Kalau Tuhan memberi kemenangan kepada kita atas musuh kita, itulah yang kita harapkan.

"Tetapi kalau pun sebaliknya yang terjadi; dengan kenderaan itu Tuan dapat menyusul teman-teman yang ada di belakang kita. Rasulullah, masih banyak sahabat-sahabat kita yang tinggal di belakang, dan cinta mereka kepada tuan tidak kurang dari cinta kami ini kepada tuan".

"Sekiranya mereka dapat menduga bahawa tuan akan dihadapkan pada perang, nescaya mereka tidak akan berpisah dari tuan. Bagi mereka Tuhan menjaga tuan. Mereka benar-benar ikhlas kepada tuan, berjuang bersama tuan."

Nabi Muhammad s.a.w sangat menghargai dan menerima baik saranan Sa'd itu. Sebuah dangau buat Nabi lalu dibangunkan. Jadi bila nanti kemenangan bukan di tangan Muslimin, ia takkan jatuh ke tangan musuh, dan masih akan dapat bergabung dengan sahabat-sahabatnya di Yathrib.

Di sini orang perlu berhenti sejenak dengan penuh kekaguman, kagum melihat kesetiaan Muslimin yang begitu dalam, rasa kecintaan mereka yang begitu besar kepada Rasulullah, serta dengan kepercayaan penuh kepada ajarannya.

Semua mereka mengetahui, bahawa kekuatan Quraisy jauh lebih besar daripada kekuatan mereka, jumlahnya tiga kali ganda banyaknya. Tetapi, sungguhpun begitu, mereka sanggup menghadapi, mereka sanggup melawan.

Dan mereka inilah yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan. Tetapi sungguhpun begitu kerana bukan pengaruh kebendaan yang mendorong mereka bertempur, mereka selalu siap sedia di samping Nabi, memberikan sokongan, memberikan kekuatan.

Dan mereka inilah yang juga sangsi, antara harapan akan menang, dan kecemasan akan kalah. Tetapi, sungguhpun begitu, fikiran mereka selalu hendak melindungi Nabi, hendak menyelamatkannya dari tangan musuh. Mereka menyiapkan jalan baginya untuk menghubungi orang-orang yang masih tinggal di Medinah.

Suasana yang bagaimana lagi yang lebih patut dikagumi daripada ini? Iman mana lagi yang lebih menjamin akan memberikan kemenangan seperti iman yang ada ini?

Menentukan nasib 70 orang tawanan.

Baginda Rasulullah s.a.w mencari kesempatan dan ruang ada untuk bertemu dua sahabat terdekatnya bagi meminta pandangan mereka berdua berhubung isu tawanan.

Abu Bakar menyatakan bahawa setiap seorang daripada mereka mengajar sepuluh anak orang Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, agar kesemua mereka hingga berjumlah 700 anak orang-orang Islam menjadi pandai dan celik ilmu, inilah juga pandangan peribadi Rasulullah s.a.w.

Walau bagaimanapun, Saidina Umar tidak bersetuju dengan pandangan itu, beliau mencadangkan agar setiap mereka itu dibunuh sahaja, kerana merekalah penyebab kepada masalah syirik dan penentangan terhadap ajaran-ajaran baginda Rasulullah kalau masih mahu mereka terus hidup.

Rasulullah tidak dapat berkata apa-apa terhadap dua pandangan yang sama sekali bercanggah antara satu sama lain, namun pada malam itu baginda menerima turunnya wahyu Ilahi agar kesemua tawanan itu dihapuskan dari muka bumi ini, kisah itu dirakam menerusi ayat 67 surah al-Anfal : "Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai (menyimpan) tawanan sebelim ia dapat melumpuhkan musushnya di muka bumi. Kamu mengharapkan harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat untukmu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Keesokan harinya, baginda bertemu semula dengan dua orang sahabat karibnya bagi menyatakan ketegasan Allah mengenai masalah tawanan, sambil baginda menyifatkan sikap Abu Bakr seperti Nabi Nuh dan Isa dan menyifatkan sikap Umar seperti Nabi Ibrahim dan Musa yang sentiasa tegas dalam segenap tindak-tanduknya.

Akhirnya baginda Rasulullah s.a.w menyatakan arahan Allah supaya kesemua tawanan itu perlu dihapuskan daripada muaka bumi ini dengan segera sebelum berbagai-bagai tindakan lain muncul bagi melemahkan Islam dan umatnya.

Mengapa perang ini begitu istimewa?

Pertama, kerana Perang ini Rasulullah beserta pasukannya mengalami kemenangan meskipun hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri daripada 82 Muhajirin, 61 daripada suku Aus dan 170 daripada suku Kharaj) serta pasukan kaum muslimin hanya memiliki dua ekor kuda dan 70 ekor unta, bahkan satu ekor dinaiki sampai dua tiga orang.

Kedua, baginda mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum berangkat ke Badr, sesungguhnya tindakan baginda itu tidak sedikitpun mengurangkan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tertinggi umat Islam dan perkara bagi menentukan nasib para tawanan yang berjumlah seramai 70 orang, baginda meminta pandangan dua orang sahabatnya yang terdekat iaitu Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar Bin al-Khattab untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ketiga, peranan doa yang diajarkan oleh baginda menjadi teras dan pemangkin sebelum sesuatu tindakan dibuat, ia bertujuan untuk mendapatkan keredaan dan restu Allah.

Keempat, walaupun menghadapi suasana getir dalam peperangan, ia sedikitpun tidak menghalang umat Islam daripada terus berpuasa, apatah lagi ia merupakan arahan Rasulullah dan pelengkap kepada rukun Islam yang lima.

Kelima, jumlah yang sedikit bukan ukuran untuk mudah dikalahkan, yang penting kesungguhan, keutuhan jati diri, kerjasama dan perancangan yang hebat menjadi penentu kepada sesuatu kejayaan.

Keenam, kepatuhan kepada arahan pimpinan yang tidak berbelah bagi dalam perkara yang tidak menyanggah agama, menjadi faktor utama keberhasilan mendapatkan kejayaan.

Ketujuh, mengetahui sumber peralatan perang pihak musuh seperti pengetahuan Nabi terhadap bilangan unta yang dimiliki tentera Quraisy boleh membantu melancarkan strategi peperangan.

Kelapan, menghantar wakil bertemu pihak musuh dari kalangan individu yang hebat seperti Saidina Hamzah, Saidina Ali boleh menggerunkan pihak musuh, kerana mereka beranggapan bahawa pihak umat Islam memiliki pasukan perang terkuat yang sukar dikalahkan.

Kesembilan, menghalakan niat dan matlamat perang menghadapi musuh adalah kerana Allah dan meninggikan syiar-syiar agama-Nya, bukan atas tujuan meraih harta dan habuan dunia yang melalaikan.

Kesepuluh, cara berfikir yang bernas patut dilontarkan ketika mengadakan sesuatu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Omar bagi menyelesaikan isu tawanan perang.

Kesebelas,
sebagai seorang Nabi, baginda tidak sedkitpun rasa malu untuk menerima pandangan daripada sahabatnya yang bukan bertaraf Nabi atau Rasul dalam isu-isu tertentu bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Kedua belas, sesungguhnya banyak pengajaran positif yang perlu diambil kira oleh setiap individu muslim yang cintakan agamanya ke arah satu tahap kekuatan dalam pelbagai aktiviti harian hidup mereka

Zaini Hashimi Harakahdaily/-

Thursday, September 3, 2009

Tadabbur ayat-ayat al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim.


KELIBAT 10 hari pertama Ramadan telah berlalu meninggalkan umat Islam. Kalangan tetamu Ramadan antaranya terus melaksanakan ibadah solat fardu masing-masing di samping menghidupkan waktu siang dan malam Ramadan dengan melipat-gandakan amalan-amalan sunat yang lain.



Pelbagai aktiviti Ramadan berbentuk praktikal barangkali turut dilakukan seperti kunjung mengunjung mengeratkan tali silaturrahim sesama Muslim, bersedekah, memberi makan orang yang berpuasa, fakir miskin dan anak-anak yatim.



Sewajarnya umat Islam melakukan penilaian sama ada setiap hari atau setidak-tidaknya seminggu sekali terhadap puasa yang telah dijalani. Nilaian terhadap puasa yang dilakukan berdimensi amal lahiriah dan batiniah.



Amalan lahiriah berdimensikan sosial, manakala amalan batiniah berdimensikan niat ikhlas kerana Allah ke arah mencapai ketaqwaan yang sebenar. Di sinilah tersiratnya pengertian sabda baginda yang bermaksud, Sesiapa yang melaksanakan puasa Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran nescaya diampuni dosa-dosanya yang lalu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Menilai tingkat tadabbur terhadap ayat-ayat al-Quran



Ramadan al-Mubarak pastinya menggamit memori sejarah besar bagi seluruh Umat Islam lantaran di dalam bulan inilah berlakunya penurunan al-Quran atau disebut sebagai Nuzul al-Quran.



Firman Allah SWT yang bermaksud: 


"Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)". (al-Baqarah: 185)



Al-Quran diturunkan untuk dihayati setiap perkatan dan bait-bait maksudnya. 


Firman Allah yang bermaksud: 


"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), Kitab yang mempunyai banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayat-Nya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna sebagai peringatan dan iktibar". (Shaad: 29)


Kefahaman yang tepat dan mendalam terhadap isi kandungan al-Quran akan menjadikan seseorang hamba itu bertambah teguh keimanannya kepada Allah SWT. 


Dr. 'Aid Ibn Abdullah Al Qarni mengatakan: "Seseorang itu tidak dianggap membaca al-Quran jika tidak menghayati (tadabbur) apa yang dibacanya kerana tadabbur merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Tadabbur melahirkan iman, menanamkan keikhlasan dalam hati dan memberikan ruang dan dapatan ilmu kepada manusia tentang ketauhidan.



"Keyakinan dan keutuhan seseorang itu kepada Allah SWT akan semakin bertambah cantik sekiranya menghayati setiap untaian kalam Allah SWT". (Sejenak Bersama Hidangan Al-Quran)



Selain itu, hafalan ayat-ayat Allah SWT di samping tadabbur merupakan usaha yang sangat efektif untuk mengecapi roh al-Quran. Natijah istiqamah dalam gerak kerja murni ini akan memberi kekuatan bagi setiap hamba dalam mengharungi mehnah dan tribulasi yang menimpa dalam kehidupan.



Namun persoalannya adakah setiap dari kita berusaha memperoleh nikmat kefahaman dan tadabbur yang dinyatakan dalam setiap tilawah yang dibaca, tidak berusaha memahami dan memikirkan isi al-Quran?



Firman Allah SWT yang bermaksud: 


"(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?" (Muhammad: 24)



Berapa ramai pembaca al-Quran yang membaca ayat-ayat al-Quran, namun akhlaknya tidak meneladani akhlak nabi SAW serta kehidupannya jauh dari garapan dan ajaran al-Quran al-Karim. Mereka membaca al-Quran sebagaimana puak al-khawarij membaca al-Quran.



Bacaan al-Quran mereka tidak meruntun dan menyelinap masuk ke dalam hati sanubari dan hanya mengikut desakan hawa nafsu semata-mata.



Ali r.a pernah berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Pada akhir zaman kelak akan muncul kaum yang muda usia dan lemah akalnya. Mereka berkata-kata seolah-olah mereka adalah manusia yang terbaik. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melepasi kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan. Apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya, membunuh mereka akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah pada hari kiamat. (riwayat al-Imam al-Bukhari, Muslim, al-Nasai, Abu Daud)



Tadabbur ayat doa



Mengisi bingkisan bicara sunnah Ramadan al-Mubarak kali ini, melalui kupasan tafsiran ringkas dan beberapa hadis Rasulullah, sama-sama kita mentadabbur intisari ayat doa (al-Baqarah: 186) dalam potongan ayat puasa dalam al-Quran.



Tadabbur bermaksud usaha memahami setiap ayat-ayat al-Quran yang dibaca atau didengar, disertai kekhusyukan hati dan anggota badan seterusnya dibuktikan dengan cara mengamalkannya atau mempraktikkannya.



Kupasan Ringkas



Ayat 186 ini difirmankan oleh Allah SWT setelah ayat perintah berpuasa dan ayat yang menerangkan tentang kelebihan bulan Ramadan, hikmah penurunannya dalam bulan Ramadan serta beberapa hukum berkaitan puasa pada ayat 183,184,185 surah al-Baqarah.



Setelah itu maka datanglah ayat doa iaitu ayat 186 melalui firman Allah SWT yang bermaksud: 


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul". (al-Baqarah: 186)


Doa: manifestasi keimanan kepada Allah



Doa merupakan manifestasi keimanan kepada Allah SWT. Ia secara psikologi berfungsi sebagai sumber harapan dan motivasi yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia dapat menghadirkan cinta hamba kepada Allah SWT dalam rutin kehidupan sehari-hari pembaca, pada setiap langkah dan tarikan nafas hela pembaca yang mendamba cinta Allah dan Rasul-Nya.



Menurut Ibn Kathir, ayat ini diletakkan di antara ayat-ayat hukum puasa sebagai petunjuk agar setiap muslim bersungguh-sungguh dalam berdoa setelah menyelesaikan jumlah hari berpuasa dalam sebulan, bahkan anjuran berdoa pada setiap kali waktu berbuka.



Ketika menafsirkan ayat ini Ibn Kathir telah menukilkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abu Hatim yang menyatakan bahawa seorang Arab Badawi bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, adakah Tuhan kita itu dekat dan kita dapat bermunajat kepada-Nya atau Tuhan itu jauh dan kita perlu menyeru-Nya? Rasulullah SAW terdiam seketika dan turunlah ayat ini. (Tafsir Ibn Kathir, al-Imam al-Tabari dalam tafsirnya Tafsir al-Tabari menyebutkan riwayat yang sama seperti yang dibawa oleh Ibn Kathir).



Abu Hurayrah r.a berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak ditolak doanya iaitu imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka puasa dan doa orang yang dizalimi". (Riwayat Abu Dawud al-Tayalisi dalam musnadnya)



Daripada Abdullah ibn 'Amr dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bagi orang yang berpuasa doanya dimakbulkan (diperkenankan) ketika saat berbuka". (riwayat Abu Dawud al-Tayalisi dalam musnadnya]



Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a. dia berkata: Kami bersama-sama Rasulullah SAW di dalam perperangan, setiap kali kami menaiki bukit dan mendakinya, serta menuruni lembah, kami akan mengangkat suara dengan bertakbir. Rasulullah SAW mendekati kami dan bersabda: Wahai manusia, bersederhanalah pada diri-diri kamu (tidak terlalu mengangkat suara). Ini kerana kamu tidaklah menyeru sesuatu yang pekak mahupun yang tiada, sesungguhnya yang kamu seru atau doakan adalah yang paling hampir dengan kamu daripada leher unta. Wahai Abdullah ibn Qays hendakkah kamu jika aku ajarkanmu suatu kalimah yang merupakan perbendaharaan syurga? (iaitu) kalimah La Hawla Wa Quwwata Illa Billah. (riwayat al-Bukhari)



Al-Imam Malik r.a meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Doa seseorang di antara kamu akan dikabulkan selama dia tidak meminta untuk dipercepat dengan mengatakan, "Aku sudah berdoa, namun doaku tidak dikabulkan". (riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Daripada Anas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman, Wahai anak Adam, satu untukmu, satu untuk-Ku, dan satu antara Aku dan kamu. Satu empunya-Ku ialah hendaklah kamu menyembah-Ku dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu. Manakala satu empunyamu ialah apa jua yang kamu amalkan akan Aku tepati. Dan yang satu antara Aku dan kamu ialah, kamu yang berdoa dan Aku yang mengkabuIkannya". (riwayat al-Imam al-Bazzar)



Sebagai kesimpulan, Ramadan al-Mubarak tidak hanya berfungsi sebagai bulan menjalani ibadah puasa semata-mata. Ia merupakan madrasah intensif dan proses perjalanan seseorang hamba menjalani ibadah puasa dengan iringan doa berterusan di samping menghidupkan amalan-amalan sunat pada setiap malamnya.



Tanpa doa, ibadah yang dilakukan seakan-akan tidak mencapai haknya dan barangkali seorang hamba tidak akan mengecapi sesuatu yang dihajati seperti memohon keampunan dan pembebasan dari azab api neraka pada hari kiamat.



Wallahu A'laam.

Sumber QASSAM'S COLLECTIONS

Saturday, August 29, 2009

Luasnya Ruang Utk Zikrullah

Assalamu'alikum,


Banyak malam2 yang penuh dengan keberkatan/kebaikan Allah nyatakan dalam al-quran .. Antara malam2 yang penuh dengan kebaikan itu adalah malam2 antara 1 Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah, malam antara 1 Muharram hingga 10 Muharram dan malam antara 10 Ramadhan sama ada 10 hari yang pertama atau 10 Ramadhan yang terakhir.. ini disebut dalam surah al-Fajr (1-6) serta dalam surah al-Qadr (1-5)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡفَجۡرِ (١) وَلَيَالٍ عَشۡرٍ۬ (٢) وَٱلشَّفۡعِ وَٱلۡوَتۡرِ (٣) وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَسۡرِ (٤) هَلۡ فِى ذَٲلِكَ قَسَمٌ۬ لِّذِى حِجۡرٍ (٥) أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ (٦


Demi waktu fajar; (1) Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); (2) Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; (3) Dan malam, apabila ia berlalu; (4) Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna? (5) (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) (6)

dan dalam surah Al-Qadr (1-5)

إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤) سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ (٥

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! / (5)


Ini semua adalah WAKTU2 YG TERPILIH untuk memperbanyakkan zikrullah.. kita sepatutnya mencatat dalam buku harian kita sebagai langkah SUPAYA TIDAK TERTINGGAL WAKTU2 MUSTAJAB daripada berlalu begitu sahaja.. jika kita boleh menulis perancangan untuk aktiviti2 lain mengapa pula kita tidak boleh catat masa penting ini SEBAGAI TO DO NOTES KITA.. kita ada handphone yang canggih.. kata ustaz, rugilah kita kalau kita belanja beribu2 RM atau berjuta2 RUPIAH jika hp kita tu digunakan hanya untuk menerima panggilan, menekan button dial n sms sahaja..


Kita perlu kpd kehidupan yg SEMAKIN HARI SEMAKIN DEKAT DGN ALLAH dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan seterusnya MENUJU KEMATIAN.. kita tak boleh hidup dengan TIDAK MENGINGATI ALLAH, kita tak boleh semakin liat mengingati Allah apabila semakin dekat dengan kematian.. Dalam Al-Quran, banyak ayat2 menyeru kita supaya mengingati Allah antaranya:

1.

فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ (١٥٢


Maksudnya "Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)". (Al-Baqarah - 152)


2.

فَإِذَآ أَفَضۡتُم مِّنۡ عَرَفَـٰتٍ۬ فَٱذۡڪُرُواْ ٱللَّهَ عِندَ ٱلۡمَشۡعَرِ ٱلۡحَرَامِ‌ۖ

Maksudnya: "......Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa, "talbiah" dan tasbih) di tempat Masy`arilharam (di Muzdalifah)......" (Al-Baqarah - 198)

3.

فَإِذَا قَضَيۡتُم مَّنَـٰسِكَڪُمۡ فَٱذۡڪُرُواْ ٱللَّهَ كَذِكۡرِكُمۡ ءَابَآءَڪُمۡ أَوۡ أَشَدَّ ذِڪۡرً۬ا‌ۗ

Maksudnya : "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi". (Al-Baqarah - 200)

4.

ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (١٩١

Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (Ali-Imran - 191)

5.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرً۬ا كَثِيرً۬ا (٤١) وَسَبِّحُوهُ بُكۡرَةً۬ وَأَصِيلاً (٤٢

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang. (Al-Ahzab 41-42)

6.

فَإِذَا قَضَيۡتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱذۡڪُرُواْ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِڪُمۡ‌ۚ فَإِذَا ٱطۡمَأۡنَنتُمۡ فَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۚ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَـٰبً۬ا مَّوۡقُوتً۬ا (١٠٣


Maksudnya: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya". (An-Nisa' - 103)


7.

وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِى نَفۡسِكَ تَضَرُّعً۬ا وَخِيفَةً۬ وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأَصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَـٰفِلِينَ (٢٠٥

Maksudnya: "Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. (Al-A'araf - 205)


8.

وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۗ ...

Maksudnya : ... dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) ...(Al-'Ankabut - 45)


Dalam ayat Al-'Ankabut di atas Ibn Abbas ra memberi 2 pengertian iaitu:

i) Ingatan Allah swt kepada kita lebih agung daripada ingatan kita kepadaNya.

ii) Mengingati Allah swt itu lebih agung daripada ibadah2 yg lain.


Allah menggambarkan ORG2 YG LALAI DPD MENGINGATI ALLAH dlm ayat 142 an-Nisa'.. yakni Allah mencela sikap org2 munafik


إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَـٰدِعُهُمۡ وَإِذَا قَامُوٓاْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُواْ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلاً۬ (١٤٢


Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan solatnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (an-Nisa' - 142)



Ada hadis2 yg menekankan kepentingan zikir.. antaranya ialah seperti berikut:


Rasulullah saw bersabada:



1. "Org yg mengingati Allah di tengah2 org2 yg lalai ibarat pohon yg hijau di tengah2 pohon yg kering"


2. "Org yg berzikir kpd Allah di tengah2 org lalai spt pahlawan di tengah2 para pengecut"


3. "(Allah berfirman yg bermaksud): "Aku bersama hamba2ku selama dia mengingatiKu dan bergerak kedua bibirnya denganKu"


4. "Tidak ada amal manusia yg lebih menyelamatkannya daripada siksa Allah daripada mengingati Allah"


5. "Siapa yg ingin hidupmewah di taman syurga, hendaklah memperbanyakkan zikrullah"


6. "Tujuh golongan yg dinaungi Allah pd hari yg tidak ada naungan kecuali naunganNya.. antaranya ialah lelaki yg berzikir kpd Allah di tempat yg sunyi lalu kedua2 matanya berlinangan krn takutkan allah"



7. "Suatu kaum yg duduk dalam majlis, mereka berzikir kpd Allah swt, pasti para malaikat menghampiri (mengelilingi) mereka.. Rahmat menyelimuti mereka dan Allah swt mengingati mereka kpd makhluk yg ada di sisiNya"


8. "Mana2 kaum yg duduk dalam majlis tp tidak berzikir kpd Allah swt atau tidak membaca selawat kpd Rasulullah saw mereka pasti ditimpa kerugian pada hari kiamat"


9. "Bagi org Mukmin suatu majlis yg baik dapat menebus sejuta majlis yg buruk"


Dipetik daripada Himpunan Ayat2 al-Quran dan Hadis karangan Imam al-Ghazali.


Bila diteliti gesaan Allah swt ttg zikrullah ini, jelas menunjukkan kita dituntut supaya melakukan zikrullah tak kira dalam keadaan apa sekalipun, krn secara praktiknya kita bukanlah sentiasa berada di atas sejadah selama 24 jam.. "Dalam semua keadaan" ini menunjukkan luasnya ruang Allah berikan kepada kita untuk mengingatiNya.. apabila kita bangun sahaja daripada tidur kita akan mulai zikrullah dengan menyebut" Sgl puji bagi Allah yg telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami dan kepadaNya tempat kami kembali" lalu ke bilik air berzikir lagi, sebelum masuk dg memohon perlindungan Allah dp syaitan jantan dan betina.. memakai pakaian, bercermin, minum, bergerak meninggalkan rumah dgn menyebut nm Allah dan bertawakkal kpdNya.. di atas kenderaan memuji Allah krn mengerakkan kenderaan kita, memohon pertolongan Allah dp kemalangan dan seterusnya.. seterusnya.. seterusnya hinggalah kita tidur dg menyebut "Dg nmMu ya Allah kami mati dan kami hidup".. begitulah Allah dan RasulNya mengajar kita ttg zikrullah dalam Islam sebagai cara hidup kita..

Di samping itu dengan zikrullah kita akan sentiasa mengingatkan mana yg Allah suruh kita buat dan mana yg Allah suruh kita tinggalkan.. kita akan sentiasa menjaga mana yang halal dan mana yg haram..



Bersambung... insyaAllah.. semoga dg takzirah ini kita sama2 berusaha mendapatkan manfaatnya.. mulai hari ini kita mulakan hidup kita dg banyak berzikir.. kata ustaz.. sesuatu yg kita nak, kita perlu berusaha bersungguh2.. Allah dah bagi kita fitrah untuk berbuat baik itu lebih banyak dp untuk berbuat jahat.. Allah sediakan kepada kita ruang berbuat baik itu lebih dp ruang untuk berbuat jahat.. cuma kita yg suka mengikuti hawa nafsu kita..


Tuesday, August 25, 2009

Kini Baru Ku Mengerti

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Assalamu'alaikum,


Saya baru saja selesai mendengar CD ceramah Ustaz Kariman Abdul Mu'in - Tazkirah Ramadan tentang Keistimewaan Orang Berpuasa. Ada dua CD.. dalam N3 yang LEPAS ada sentuh sikit tentang hadis popular yang nampak bertentangan dengan ayat2 al-Quran tetapi sebenarnya tidak.


Kali ini nak cerita ttg penerangan ustaz fasal hadis yang menunjukkan Islam amat menitikberatkan pembentukan akhlak yang mulia di kalangan umatnya sehingga Nabi Muhammad saw sendiri enggan menemui/mengakui umatnya yang buruk akhlaknya, mungkin orang itu daripada segi amalan ritualnya sah tetapi akhlaknya buruk.. Sabda Nabi : "Siapa yang suka menipu dia bukan golongan aku" maknanya kalau org itu menipu dia bukanlah umat Nabi Muhammad saw walaupun dia solat.


Sabda Nabi lagi : "Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan2/perbuatan2 kotor/hina maka tiada keperluan kpd Allah daripada puasa orang itu" Hadis Sahih Bukhari.


Maksudnya apa saja yang dilakukan bukan sahaja menjaga diri daripada melakukan kerja2/tindakan yang bodoh atau perbuatan mencaci, mengumpat dan mencerca, membalas cerca orang terhadap kita pun tak boleh. sebaliknya katakan kpd org itu "sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa".


Allah menyenaraikan sifat2 yang perlu ada pada 'ibadul Rahmaan (hamba2 yg sentiasa mendpt rahmat/keredhaan) dlm ayat 63 surah al-Furqan Allah berfirman:


وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنً۬ا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَـٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَـٰمً۬ا (٦٣


yang bermaksud : "Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang dirahmati/diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di atas muka bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan ucapan salam (perkataan yang selamat daripada perkara yang tidak diingini); (63)


Allah memerintahkan kita memberi salam (bercakap yang baik2) hatta kepada org2 yang berbuat tidak baik kepada kita.. ini memang berat.


Berbuat BAIK kepada org yang berbuat BAIK kepada kita adalah PERKARA BIASA,
Berbuat JAHAT kepada org yang berbuat JAHAT kpd kita adalah DENDAM,
Berbuat JAHAT kepada org yang berbuat baik kepada kita adalah ZALIM,
Berbuat BAIK kpd orang yg berbuat JAHAT kepada kita inilah AKHLAK.


Untuk berakhlak berbuat baik kepada yang berbuat jahat ini kena diusahakan bersungguh2 krn ini fardhu 'ain bkn fardhu kifayah..


Bahawasanya Allah perintahkan kita beribadah spt solat, puasa zakat dll itu adalah sbg wasilah untuk mencapai matlamat.. matlamat nak masuk syurga tak nak masuk neraka, solat adalah wasilah untuk mengingati Allah dan mencegah melakukan yg mungkar.. puasa pula wasilah untuk mencapai takwa, tetapi Allah kutuk org yang solat walaupun solatnya nampak cantik lihat surah Al-Ma'un. begitu juga Allah masukkan org yang berpuasa ke dalam neraka.. kenapa?


Ada beberapa hadis Nabi Muhammad saw yang Ustaz huraikan di sini antaranya ialah:


1) "Puasa itu perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa janganlah mengerjakan sesuatu yang sia2/jangan bercakap kotor dan jangan bertindak bodoh.. jika seseorang memusuhimu, mencercamu dan mengejekmu katakanlah: "sesungguhnya aku berpuasa, aku berpuasa (2 kali)" dan jangan dilawan orang itu"


2) "Demi Allah Zat Yang nayawaku berada dalam genggamanNya sesungguhnya perubahan mulut org yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada misk kerana dia meningalkan makan minum dan kemahuannya kerana Aku'


3) "Puasa itu adalah milikku dan Aku akan memberi balasan dan kebaikan akan dibalas 10 kali ganda"


Tentang hadis ke 2 ustaz kata selama ini kebanyakan daripada kita memahami perubahan bau mulut lebih baik daripada bau kasturi.. rupa2nya apa yang dimaksudkan di sini ialah perubahan perkataan, pertuturan, ucapan.. kalu dulu kita mengumpat, mengeji, mengejek, menyindir dan seumpama dengannya.. kita ubah kepada mengucapkan perkara2 yang baik2 tidak mengumpat, mengeji mencela, membuat fitnah, berbohong dan sebagainya.. memang benar selama ini saya faham bahawa bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada bau kasturi rupa2nya tidak begitu..


Lalu kata ustaz bila diterjemahkan perubahan bau mulut, timbullah perbincangan tentang fiqh, tentang bersiwak, bersugi dan sebagainya, mungkin ada kebenarannya kata ustaz tetapi maksud ayat langsung tak sebut bau mulut tetapi perubahan mulut.. jadi kata ustaz mungkim bila sahur orang pun nak makan petai nak bagi bau busuk(untuk meningkatkan kebusukan)..


Saya berpendapat bahawa apa yang ustaz ni terangkan adalah betul kerana bukankah kita dilarang makan bawang ketika hendak ke masjid bagi mengelakkan bau (maknanya hadis ini tak sentuh ttg bau mulut ttp ttg perubahan percakapan dp yg kotor kpd yg elok) .. memang kalau ikut hadis yang lain di atas tu dan ayat al-Quran tadi kita disuruh berakhlak mulia.. kena jaga mulut. kena jaga tindakan.. kalau dulu laser sekarang janganlah laser lagi.. kita juga kena jaga perangai kita dan kata Ustaz lagi apa kata kita ikut akhlak Saidina Abu Bakar ra bilamana orang mengatakan beliau salah, lalu beliau katakan kepada orang itu.. kalau aku bersalah aku akan memohon ampun daripada Allah swt tetapi jika engkau yang bersalah nescaya aku akan mohon ampun bagi pihak engkau kepada Allah swt.


Jadi bila kita berpuasa pastikanlah semua anggota kita juga turut berpuasa agar amalan puasa kita tak sia2.. sama2lah kita tingkatkan usaha kita menjaga akhlak kita agar kita tidak dimasukkan ke dalam golongan org2 berpuasa tetapi dimasukkan ke dalam neraka..

Thursday, August 20, 2009

Puasa Membentuk Manusia Bertakwa


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum,

HANYA tinggal beberapa hari lagi sebelum kita diberi keizinan Allah untuk bertemu Ramadan al-Mubarak yang mewajibkan untuk kita melaksanakan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa. Allah berfirman bermaksud: “Hai orang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Ramadan adalah medan tarbyiah bagi mempertingkatkan amal ibadah selain memberi keseimbangan aktiviti seharian umat Islam yang kurang baik sebelum ini.

Peranan puasa boleh disamakan dengan fungsi enjin yang menjadi bahagian terpenting kepada kereta. Jika ia tidak diperiksa atau diselenggara secara berkala bagaimana ia mampu berfungsi dengan baik dan tahan lama.

Ada beberapa peringkat harus diberi perhatian supaya termasuk dalam golongan puasa terbaik. Ini diingatkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya bermaksud: “Berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga.”

Peringatan ini jelas menunjukkan kita perlu berpuasa seperti dikehendaki Islam supaya mendapat balasan Allah seterusnya menjadikan kita orang bertakwa.

Puasa peringkat pertama, puasa orang awam yang sekadar menahan diri daripada makan, minum dan tidak melakukan persetubuhan ketika siang. Namun pancaindera lain seperti mata, telinga, tangan, kaki, mulut, pemikiran dan lebih penting hati tidak dipelihara malah berlipat ganda melakukan perkara negatif yang mengurangkan pahala.

Puasa peringkat kedua ialah puasa ahlul khusus iaitu mereka menahan diri daripada makan, minum dan tidak mengikuti kemahuan syahwat serta menjaga anggota zahir lain daripada perbuatan yang keji. Namun mereka lalai mengingati Allah. Jasad saja yang berpuasa tetapi unsur terpenting iaitu hati mereka abaikan sehingga terus alpa terhadap Allah.

Puasa peringkat ketiga dan terbaik ialah puasa ahli khusus/ahlul ma’rifah iaitu mereka meninggalkan semua perkara di atas di samping menjaga hati supaya tidak lalai mengingati Allah. Segala amalan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Inilah martabat ibadah puasa nabi dan sidikin dan mendapat ganjaran besar di sisi Allah.

Konsep asas Allah mewajibkan kita berpuasa ialah supaya dapat menjadi hamba-Nya yang bertakwa. Menerusi puasa, beberapa panduan serta larangan ketika melaksanakan ibadah melahirkan rasa syukur kepada Allah, sifat kasih sayang sesama insan, perasaan yang mendorong kita saling membantu lebih-lebih lagi mereka yang memerlukan perhatian.

Puasa sempurna dapat melahirkan insan muttaqi iaitu modal insan yang amat bernilai dan mampu berkhidmat untuk agama Allah dengan penuh penghayatan dan mereka adalah nukleus bagi pembangunan mapan ummah.

Inilah golongan yang berjaya dilahirkan Muhammad SAW iaitu sahabat. Sifat serta kriteria sahabat dulu semakin terhakis kerana kehidupan hari ini berdepan pelbagai cabaran. Ada yang gugur dengan percubaan dan ada pula yang berusaha gigih menghadapinya. Ketibaan Ramadan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk berusaha menggilap kembali semangat serta kesungguhan yang tertanam kukuh dan jitu dalam jiwa dan sanubari sahabat Nabi SAW.

Kadangkala sikap menjadi penghalang daripada menjiwai tujuan sebenar berpuasa. Sikap sebahagian umat Islam pada Ramadan ada yang bersungguh-sungguh beramal dan ada yang lalai. Masih ada antara kita yang berpuasa sebagai adat bukan ibadat. Faktor iman dan mengharapkan keredaan Allah tidak menjadi pendorong untuk melaksanakan ibadah.

Ada yang berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi tidak menghalang daripada melakukan perbuatan mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu atau berkata lucah. Ada yang mengambil ringan sahur sehingga meninggalkannya sedangkan banyak hadis menyatakan kelebihan sahur. Ada yang bangun lewat sehingga tertinggal solat Subuh.

Ibadat solat fardu dan sunat hanya dilakukan pada Ramadan serta bersungguh-sungguh mengerjakan tarawih dan witir tetapi meninggalkan solat fardu. Bersungguh-sungguh dalam pelaksanaan ibadat pada Ramadan termasuk membaca al-Quran untuk diri sendiri, tetapi mengabaikan pembabitan ahli keluarga untuk sama beribadah.

Terlalu membandingkan antara imam solat tarawih sehingga sampai pada peringkat mengumpat dan menghina. Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadat hanya pada awal sehingga pertengahan Ramadan sedangkan banyak hadis menyatakan kelebihan 10 hari terakhir antaranya lailatul qadar.

Tilawah al-Quran hanya pada Ramadan dan berakhir bersama Ramadan. Rajin membaca al-Quran, tetapi tidak berusaha memahami dan menghayati kandungannya sebagai panduan kehidupan seharian. Bersungguh-sungguh melaksanakan puasa, namun mengabaikan kewajipan lain seperti solat, menunaikan haji, menutup aurat, menghubungkan silaturahim, menuntut ilmu, menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

Tidak bersimpati dan mengambil berat terhadap saudara Islam yang mengalami penderitaan, kesusahan, kelaparan serta terus dengan sifat bakhil dan kedekut.

Mensia-siakan fadilat atau kelebihan iktikaf di masjid terutama pada 10 akhir Ramadan. Masa dihabiskan membuat persiapan 1 Syawal. Tidak salah untuk membuat persiapan tetapi kita terlepas satu masa dan ketika yang afdal melakukan ibadat.

Ramadan ialah proses membentuk mukmin muttaqi iaitu insan paling mulia di sisi Allah. Kemuliaan ini tidak diperoleh melainkan dengan usaha dan mujahadah yang tinggi.

Semoga Ramadan kali ini kita istiqamah melakukan tadarus al-Quran, beriktikaf, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah, berzikir, sentiasa menjaga pancaindera daripada melakukan maksiat.

Cara itu pastinya akan mengekalkan momentum perubahan diri yang diperoleh hasil tarbyiah Ramadan.

Selamat berpuasa.. orang yang berpuasa ada dua kegembiraan.. satu ketika berbuka dan satu lagi ketika bertemu Allah.
Related Posts with Thumbnails