Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Kalimah al-Hakim bermaksud yang maha Menghalangi, Maha Bijaksana, mengerti sesuatu yang paling baik daripada yang baik, yang lebih utama daripada yang utama, yang lebih bermanfaat daripada yang bermanfaat atau dengan pengertian yang mudah; Allah al-Hakim ialah Allah Maha Mengetahui bahawa segala keputusan, perbuatan, ciptaanNya adalah yang terbaik (Allah memilih yang terbaik kepada makhlukNya). Bukan sahaja daripada segi penciptaanNya malah hukum dan ketetapanNya juga adalah terbaik. Orang yang faham akan sifat Allah al-Hakim ini akan menerima apa sahaja ketetapan Allah swt kepadanya.
Semua yang ditentukan oleh Allah swt adalah terbaik, jika kita tak dapat melihat kebaikannya pun jangan sekali-kali kita menuduh Allah memberikan keburukan. Kita tak nampak kebaikannya sebab kita terlalu jahil untuk mengetahui kebijaksanaan Allah.
Jika kita mohon bertahun-tahun lamanya kepada Allah, dan kita memang amat berhajat permohonan kita dikabulkan. Allah tak tunaikan permohonan kita tentu ada sebabnya, tentu ada kebaikannya.
Al-Hakim juga bermaksud menghalangi berlakunya mudharat atau kesusahan yang lebih besar serta memberi kemuslahatan yang lebih baik.
Allah sentiasa terpuji walaupun dalam kita menghadapi musibah. Umpama seorang mengalami kemalangan, jatuh gaung, keretanya remuk, jika lihat keadaannya tentu orang tu boleh maut, namun dia hanya patah kaki. Orang ini wajib memuji Allah swt kerana Allah melindunginya daripada mudharat yang lebih teruk.
Orang yang Allah bagi hikmah atau kebijaksanaan haruslah tahu memilih yang terbaik daripada yang baik dan berusaha menghalangi berlaku lebih mudharat.
Al-Hakim juga membawa maksud bersesuaian antara amalan dengan ilmu (perbuatan dengan pengetahuan). Sebelum Allah mencipta sesuatu DIA telahpun tahu daripada apa DIA hendak cipta, bentuk yang bagaimana DIA nak hasilkan semuanya dalam pengetahuanNya.
Jadi sebagai manusia kita tahu apa yang halal dan apa yang haram, kita kena buat ikut apa yang dah dipelajari, contoh dah belajar cara-cara solat dan sebagainya, buatlah sebagaimana yang diajarkan. Bila dah tahu tak boleh berbohong maka bercakap benarlah. Inilah yang dikatakan bertindak bersesuaian dengan apa yang difahami. Orang-orang ini Allah beri khabar gembira dimasukkan ke dalam syurga kerana mereka berusaha mendengar ajaran-ajaran Allah dan memilih untuk mengikut yang terbaik dan terus menerus istiqamah berada di jalan Allah.
Sekian, semoga memberi manfaat dan menambah ilmu.. amiin

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata". (Al-Ahzab [ 33 ] : 36)
Semua yang ditentukan oleh Allah swt adalah terbaik, jika kita tak dapat melihat kebaikannya pun jangan sekali-kali kita menuduh Allah memberikan keburukan. Kita tak nampak kebaikannya sebab kita terlalu jahil untuk mengetahui kebijaksanaan Allah.
Jika kita mohon bertahun-tahun lamanya kepada Allah, dan kita memang amat berhajat permohonan kita dikabulkan. Allah tak tunaikan permohonan kita tentu ada sebabnya, tentu ada kebaikannya.
Al-Hakim juga bermaksud menghalangi berlakunya mudharat atau kesusahan yang lebih besar serta memberi kemuslahatan yang lebih baik.
"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya". (al-Baqarah [ 2 ] : 269)
Allah sentiasa terpuji walaupun dalam kita menghadapi musibah. Umpama seorang mengalami kemalangan, jatuh gaung, keretanya remuk, jika lihat keadaannya tentu orang tu boleh maut, namun dia hanya patah kaki. Orang ini wajib memuji Allah swt kerana Allah melindunginya daripada mudharat yang lebih teruk.
Orang yang Allah bagi hikmah atau kebijaksanaan haruslah tahu memilih yang terbaik daripada yang baik dan berusaha menghalangi berlaku lebih mudharat.
Al-Hakim juga membawa maksud bersesuaian antara amalan dengan ilmu (perbuatan dengan pengetahuan). Sebelum Allah mencipta sesuatu DIA telahpun tahu daripada apa DIA hendak cipta, bentuk yang bagaimana DIA nak hasilkan semuanya dalam pengetahuanNya.
Jadi sebagai manusia kita tahu apa yang halal dan apa yang haram, kita kena buat ikut apa yang dah dipelajari, contoh dah belajar cara-cara solat dan sebagainya, buatlah sebagaimana yang diajarkan. Bila dah tahu tak boleh berbohong maka bercakap benarlah. Inilah yang dikatakan bertindak bersesuaian dengan apa yang difahami. Orang-orang ini Allah beri khabar gembira dimasukkan ke dalam syurga kerana mereka berusaha mendengar ajaran-ajaran Allah dan memilih untuk mengikut yang terbaik dan terus menerus istiqamah berada di jalan Allah.
"Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna". (Az-Zumar [ 39 ] : 17 - 18)Dalam ayat di atas ada 3 keberuntungan kepada orang-orang yang berusaha memilih yang terbaik (yakni yang ada hikmah): Yang pertama; dijanjikan syurga, kedua, Allah akan sentiasa berikan hidayah dan yang ketiga dimasukkan ke dalam golongan ulul albab. Siapakah ulul albab ini? "(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (Ali-'Imran [ 3 ] : 191). Iaitu orang-orang yang berilmu dan yang beriman. Kedua-dua sifat ini ada pada mereka.