Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Monday, November 2, 2009

Sirat Yg Menanti

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum warahmatullah..

Di sini saya tulis ttg apa yg diperkatakan oleh para ulama ttg Sirat.. Sirat yg mesti kita lalui di akhirat kelak.. dapatkah kita membayangkan betapa hebatnya penyeberangan di atas sirat yg terbentang di atas kawah api neraka? Sedangkan titian yg bakal kita lalui itu terlalu halus dan terlalu tajam, sehingga tidak ada antara kita yg menganggap mudah utk melaluinya kecuali apabila mendapat rahmat daripada Allah swt.

Bayangkan ketika kita meniti sirat yg penuh kesukaran, lalu mata kita melihat ke dalam kawah neraka yg amat dalam, sedang apinya pula sentiasa membuak2, gema neraka pula terlalu marak dan menggerunkan, mengerikan seolah2 ia makhluk yg yg sedang kelaparan menunggu mangsa utk dibaham. Ketika itu pula para malaikat Zabaniah, masing2 di tangan mereka tergenggam kemas besi2 cangkuk dan juga cemeti, sedang bersiap sedia untuk menerima arahan Allah swt; untuk menyambar manusia2 derhaka dgn besi tajam dan cemeti dan menghumban ke dalam neraka!.

Fikirkanlah! di antara manusia yg ramai itu ada yg memikul dosa yg menggunung, sdgkan mereka dlm keadaan letih setelah berjuta tahun berada di Padang Mahsyar, tanpa seteguk air dan makanan, tanpa tidur dan rehat. Dlm keadaan itu mereka diperintahkan menyeberangi sirat!

Dgn tubuh yg terlau usang dan hati yg walang, mereka terpaksa memijak sirat! setiap kali memijak sirat terasa pula ketajaman sirat, kaki2 mereka bagaikan terhiris sembilu, bisa dan memedihkan! Bayangkan dgn memikul beban dosa terpaksa pula mencecah sirat yg tajam! sedangkan jika jejak tempat yg lapang dan di tanah datar sekalipun beban dosa itu amat berat dan tak terdaya menanggungnya inikan pula sirat yg sempit dan tajam. Tidak ada seorangpun yg dibenarkan mengundur kerana ramai di belakang yg sdg mara ke hadapan.

Bagaimana ngerinya dan gerunnya bila meniti di atas sirat! dapat pula menyaksikan betapa ramai yg jatuh berguguran ke kawah neraka Jahim. Dalam masa berguguran manusia itu dtg pula malaikat Zabaniah menyambutnya dgn pukulan2 keras dgn besi penyangkut tajam yg bernyala2 krn besi itu dtgnya dpd neraka...

Demikianlah bayangan ttg susana sirat yg disaran oleh agama supaya manusia sentiasa memikirkannya, supaya hati org2 beriman tidak lalai dibuai oleh pelbagai kenikmatan dunia yg mengasyikkan. Kehidupan sementara di dunia ini hanyalah tempat menyediakan bekalan yg secukupnya untuk pengembaraan menuju Ilahi pada hari akhirat.

Sebahagian ulama' membahaskan hadis ttg sirat yg Rasulullah saw menyebutnya amat halus dan amat tajam. Sebahagian ulama' berpdpt bhw halus dan tajam itu utk menggambarkan kesukaran yg dihadapi oleh manusia ketika menyeberanginya. Laluan manusia di akhirat ketika meniti di atas sirat yg merentangi neraka itu terlalu sukar dan amat berbahaya ibarat meniti di atas sehelai rambut. Justeru; payah dan sukarnya meniti sirat itu bergantung kpd amalan seseorg. Sebanyak mana amalan mereka yg baik dan yg diterima oleh Alllah swt. Atau amalan jahat mereka menyebabkan mereka dibebani dosa yg bertimbun.

Sebenarnya kajian ttg sirat ini bukanlah di bawah kekuasaan manusia, Tidak ada manusia yg mengetahui kecuali Allah YG Maha Mengetahui krn DIA lah yg menciptanya. Sudah menjadi kebiasaan jika manusia memperkatakan ttg kesukaran, mereka akan menggunakan bahasa kiasan atau kinayah bg menggambarkan ttg kesukaran itu, jd kesukaran meniti sirat ini digambarkan spt meniti di atas sehelai rambut yg tajam dan halus. Adapun yg dimaksudkan dgn tajam spt pedang, ada bbp pendapat dpd ulama bhw apabila Allah swt melaksanakan perintah supaya menyeberang di atas sirat, maka para malaikat yg diperintahkan itu melakukan tugas terlalu pantas spt pedang yg memutus atau menembusi sasarannya. Dgn kepantasan spt pedang, sirat itu ditegakkan oleh para malaikat dan manusia secara sepontan dikerah supaya melaluinya. Apabila Allah memerintahkan, maka tidak ada hak utk malaikat menangguhkan dan juga manusia tidak berhak utk melewatkan w/pun kepaenatan, lapar dan dahaga.

Walau bagaimanapun kita kembalikan pd Allah swt mengenai hakikat sebenar sirat itu. Ada ulama mempertikaikan tafsiran sirat tajam dan halus spt rambut, kerana ada hadis Rasulullah saw yg menyatakan di kiri kanan sirat itu berdiri para malaikat yg di tangan mereka ada' kalalib' iaitu besi2 (bengkok) cangkuk yg bersiap sedia menyambar manusai yg jatuh berguguran ke kawah neraka. Jika halus bagaimana pula ada malaikat di kiri kanan sirat itu? Bagimana mereka nak berdiri. Jadi ulama2 yg menentang pendpt tadi menyatakan sirat itu lebar tidak sempit.

Selain itu ada hadis Rasulullah saw menceritakan bhw ada di kalangan org2 yg meniti itu diberi cahaya oleh Allah swt pada setiap langkah dan jejaknya. Jika sirat itu halus di manakah cahaya itu akan disuluhkan?.

Berdasarkan hadis2 td dpt difahami bhw seolah2 sirat itu lebar bagi membolehkan para malaikat berdiri di sebelah menyebelah dan manusia yg begitu ramai menyeberanginya.

Walau bagaimanapun Pengarang kitab at-Tazkirah menolak sgl pendpt yg mengatakan sirat itu lebar atau luas. Menurutnya pendapat itu menurut logik kehidupan sekarang di dunia, sdgkan di akhirat itu adalah sesuatu yg tak dapat dibandingkan dgn dunia. Maha Suci allah SWT yg membolehkan burung terbang tidak jatuh ke bumi; dan DIA lah yg membolehkan org2 beriman melepasi titian sirat yg meintangi kawah api neraka, meskipun titian sirat itu halus spt rambut.
Sesungguhnya yg membolehkan manusia menyeberangi sirat dgn selamat bknlah krn jambatan itu luas atau lebar tetapi kerana AMAL SOLEH yg mereka lakukan di dunia menyebabkan turunnya rahmat Allah kpd mereka.

Sesuatu hadis itu mesti difahami mengikut makna asal bukan memberi makna pinjaman atau secara majazi (sindiran), kecualai berijtihad dlm sesuatu hal. Jika mustahil dpt menggunakan makna yg asal barulah dibenarkan menggunakan erti secara kinayah atau majazi. Yakni apabila hadis Rasulullah saw menyebut sirat itu halus sperti rambut dan tajam seperti pedang maka peganglah yg zahir..

Semuanya ini saya petik daripada buku Bertemu Janji Allah siri 2 karya TGNA.

والله اعلم

Thursday, October 29, 2009

Kenali Sifat Musuh

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.

Salah satu isi dlm buku "Alam Kubur (Alam Barzakh)" ialah perihal pekerjaan syaitan dan iblis serta kejahatan2 mereka .. Jika nak tau adakah syaitan tu termasuk golongan jin sila klik di sini ..

Berikut adalah perihal pekerjaan syaitan dan iblis serta kejahatan2 mereka mengikut buku tersebut:

1. Syaitan sentiasa kufur, enggan dan takbur terhdp perintah Allah swt:

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (Al-Baqarah [2] : 34)

2. Syaitan menggelincirkan Nabi Adam dan Hawa sehingga keduanya dikeluarkan daripada syurga:

فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيۡطَـٰنُ عَنۡہَا فَأَخۡرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ‌ۖ


Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua daripada Syurga itu (Al-Baqarah [2] : 36)

3. Syaitan berusaha supaya manusia lupa untuk mengingat Allah:

ٱسۡتَحۡوَذَ عَلَيۡهِمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَأَنسَٮٰهُمۡ ذِكۡرَ ٱللَّهِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi. (Al-Mujadalah [58] : 19)

4. Syaitan berusaha menghalang-halangi jalan kebenaran:

وَإِنَّہُمۡ لَيَصُدُّونَہُمۡ عَنِ ٱلسَّبِيلِ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّہُم مُّهۡتَدُونَ

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka daripada jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (Az-Zukhruf [43] :37)

5. Syaitan menjadi musuh, menggoda, menipu, memujuk dan merayu manusia:

وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَا لِكُلِّ نَبِىٍّ عَدُوًّ۬ا شَيَـٰطِينَ ٱلۡإِنسِ وَٱلۡجِنِّ يُوحِى بَعۡضُهُمۡ إِلَىٰ بَعۡضٍ۬ زُخۡرُفَ ٱلۡقَوۡلِ غُرُورً۬ا‌ۚ وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ‌ۖ فَذَرۡهُمۡ وَمَا يَفۡتَرُونَ

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al-An'am [6] : 112)

6. Syaitan mengajak manusia menjadi kafir:

كَمَثَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ إِذۡ قَالَ لِلۡإِنسَـٰنِ ٱڪۡفُرۡ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّى بَرِىٓءٌ۬ مِّنكَ إِنِّىٓ أَخَافُ ٱللَّهَ رَبَّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ


(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika dia berkata kepada manusia: Berlaku kufurlah engkau! Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam! (Al-Hasyr [59] : 16)

7. Syaitan menyesatkan manusia dengan segala kemampuannya:

وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا


Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. (Al-Isra' [17] : 64)

8. Syaitan berusaha menakut-nakutkan manusia menjadi miskin dan menyuruh berbuat kejahatan:

ٱلشَّيۡطَـٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُڪُم بِٱلۡفَحۡشَآءِ‌ۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةً۬ مِّنۡهُ وَفَضۡلاً۬‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (Al-Baqarah [2] : 268)

9. Syaitan berusaha menyuruh berbuat jahat dan keji:

إِنَّمَا يَأۡمُرُكُم بِٱلسُّوٓءِ وَٱلۡفَحۡشَآءِ وَأَن تَقُولُواْ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

Dia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya). (Al-Baqarah [2] : 169)

10. Iblis bersumpah akan sentiasa menggoda manusia:

قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ . ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ

Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.(Al-A'raf [7] : 16-17)

11. Syaitan/iblis memberikan khayalan atau janji2 kosong:


يَعِدُهُمۡ وَيُمَنِّيہِمۡ‌ۖ وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا


Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. (An-Nisa' [4] : 120)


12. Syaitan senang menimbulkan pertikaian, pertengkaran, permusuhan, dendam kesumat dan kebencian sesama manusia:


إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٲوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ فِى ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ وَيَصُدَّكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ‌ۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَہُونَ


Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (Al-Maidah [5] : 91)

13. Syaitan senang mengajak berbuat keji, seperti minum arak, berjudi, korban untuk berhala dan mengundi nasib:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maa'idah [5] : 90)

14. Syaitan berusaha menyesatkan manusia:

وَيُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُضِلَّهُمۡ ضَلَـٰلاَۢ بَعِيدً۬ا

dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. (An-Nisaa' [4] : 60)

15. Syaitan membuat keraguan dan membisikkan kejahatan dalam hati manusia:

مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ . ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ


Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (An-Naas [114] : 4 - 5) .


Itulah secara ringkas Firman-firman Allah dalam al-Quran yg mengemukakan ttg pekerjaan iblis dan syaitan. Masih banyak lagi keterangan2 dalam al-Quran dan juga hadis ttg pekerjaan mereka. Namun setelah kita tahu betapa jijiknya sifat serta tabiat dan pekerjaan mereka, kita kenalah berwaspada dan siap siaga terhadap serangan2 dan permusuhan iblis dan syaitan yg amat membahayakan kita. Iblis tidak akan kekok2 untuk berusaha memujuk, merayu, menipu, menggoda, memusuhi, mengelincirkan dan menyesatkan kita. iblis dan syaitan akan sentiasa berusaha untuk mengubah manusia daripada makhluk yg paling mulia menjadi paling hina iaitu daripada TAAT kpdNYA menjadi memusuhiNya. Dan yang paling penting janganlah kita sampai meniru dan melakukan seperti apa yg dilakukan oleh iblis dan syaitan ini.

Janganlah kita menjadi manusia yg pada paginya beriman dan petangnya kufur, atau petangnya beriman paginya kufur.. Ingatlah pesanan Allah kerana dgn Rahman dan RahimNya Dia menyeru kita:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (Al-Imran [3] : 102)

Marilah kita sama-sama berdoa dan mohon kepada Allah mudah2an kita mati dalam keadaan iman dan Islam.

Friday, October 2, 2009

Sehari sama 50 Ribu Tahun

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmaaniirahaiim,

BERAPA lamakah manusia berkumpul di padang Mahsyar? iaitu sebelum dimasukkan ke syurga atau dicampakkan ke neraka (wal'iyazubillah).

BERAPA lama itu adalah persoalan yang sukar untuk dijawab atau diperkatakan, kerana apabila kiamat berlaku dan manusia sudah dihimpunkan di Mahsyar tidak ada waktu yg dapat diukur oleh manusia kerana tidak ada satu pun yg boleh diguna sebagai pengukur masa.

JIKA DI DUNIA, ada 7 hari dalam seminggu dan hari2 itu diukur dengan mengambil kira waktu terbit matahari dan terbenamnya matahari, peredaran matahari dan bulan menjadi asas bagi mewujudkan bilangan hari dan pertukaran siang dan malam. Siang dan malam disebut sehari semalam, 7 hari menjadi seminggu, 4 minggu menjadi sebulan dan 12 bulan menjadi setahun.

Di AKHIRAT tidak ada peredaran matahari kerana matahari telah dilipat oleh Allah swt, tugasnya telah ditamatkan.
SEBAB itulah para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw berapa lamakah manusia berada di Mahsyar?

DALAM HAL ini Abu Said Al-Khudri meriwayatkan hadis Rasulullah saw, katanya Rasulullah saw telah membacalkan Firman Allah dalam Surah Al-Maarij (surah 70) ayat 4:

تَعۡرُجُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ وَٱلرُّوحُ إِلَيۡهِ فِى يَوۡمٍ۬ كَانَ مِقۡدَارُهُ ۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٍ۬ (٤

Maksudnya : "Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya). " (Surah Al-Ma'aarij -surah 70 - ayat 4).

Dalam ayat di atas, Allah menjelaskan bahawa para malaikat dan Jibril saban hari menghadap Tuhan, kadar masa bagi satu hari di alam malaikat ialah 50 ribu tahun. Demikianlah bandingan masa bagi satu hari yang ditempuh oleh malaikat. Berdasarkan ayat ini para ulama' membandingkan alam akhirat itu satu hari sama dengan 50 ribu tahun. Jika manusia berada selama sebulan atau 30 hari di akhirat bandingannya dengan lamanya di dunia bersamaan 1.5 bilion tahun. Betapa halnya jika seseorang itu terdampar di padang Mahsyar selama 50 ribu tahun?

"Alangkah lamanya", kata para sahabat apabila mendengar baginda membacakan ayat di atas. Kemudian bagi menjawab keluhan para sahabat Rasulullah bersabda yang maksudnya:

"Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman Tuhan, sesungguhnya Allah swt meringankan tempoh masa di akhirat bagi orang mukmin sekadar lama masa bagi tempoh waktu melaksanakan solat fardhu".

Singkatnya masa yg bakal ditempuh oleh orang-orang mukmin. Sesungguhnya masa yang digunakan untuk solat fardhu ialah lebih kurang 5 minit, bagi orang mukmin 5 minit sememangnya terlalu ringan malah mereka merasa tenang melakukan solat. Jika masa yang digunakan lebih dp 10 minit pun mereka berasa seolah2 sekejap sahaja. Lebih2 lagi bagi org2 yg khusyuk dan mengikuti makna bacaan surah. Apabila dibaca surah2 yg menyebutkan ttg hari kiamat, mengenai gegaran bumi, bumi digoncang untuk dikiamatkan dan seumpamanya, mereka bertambah khusyuk dan menitiskan air mata. Dalam suasana begitu mereka tidak akan memikirkan berapa lama masa untuk mendirikan solat.

Bagi golongan fajir dan munafik, solat dilakukan dengan malas, terasa bagai beban yang berat lagi sulit. Apabila mereka melakukan solat mereka lakukan dengan pantas dan tergopoh gapah. Sekiranya mereka solat berjemaah hati mereka gelisah seperti burung dalam sangkar, lebih2 lagi jika imam membaca surah2 yg panjang, mereka gelisah dan berkeluh kesah, merungut2 mempersoalkan mengapa imam membaca surah2 yg panjang. Bagi golongan spt ini 5 minit sudah dirasakan terlalu lama. Dengan sebab itu mereka lebih senang meninggalkan solat. Apabila ditanya mengapa tidak mengerjakan solat? Mereka menjawab, kerana terlalu sibuk. "Banyak kerja, tak sempat untuk bersembahyang".

Sebab itulah kita dapati ada orang yang lebih sanggup berpuasa, sanggup berlapar dan dahaga sepanjang hari dalam bulan Ramadhan tetapi tak sanggup mengerjakan solat walaupun hanya beberapa minit.

Bagi golongan mukmin sebenar tempoh masa yg bakal dilalui di Padang Mahsyar selama 50 ribu tahun itu terasa amat singkat seumpama melakukan solat fardhu. Begitulah anugerah Allah swt kpd org2 mukmin. Sesuatu kebahagiaan yg dilalui oleh seseorang biasanya terasa amat singkat. Sebaliknya jika derita yg dialami pasti terasa amat lama walaupun sekejap.

Demikianlah peristiwa Mahsyar, ukuran masa yg dilalui oleh seseorang ditentukan oleh Allah swt semata2 Allah yg memanjangkan waktu dan memendekkan waktu. Dialah yg meringankan dan memberatkan sesuatu tanggungan.

Sama-samalah kita renungi kenyataan2 dan perbandingan2 yg dibuat antara masa di dunia dengan masa di akhirat, begitu juga perbandingan masa solat org mukmin dan org2 munafik.. di manakah taraf kita, gerunilah kenyataan ini dan tingkatkan usaha dan perbanyakkan doa.. semoga kita dijauhkan daripada fitnah api neraka.. Sesungguhnya Allah tempat kita kembali.



Sunday, September 20, 2009

Panduan Solat 'Idulfitri dan 'Iduladha

Assalamu'alaikum,

1. Diriwayatkan daripada Abu Said, ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar ke mushalla ( padang untuk solat ), maka pertama yang baginda kerjakan adalah solat, kemudian setelah selesai beliau berdiri menghadap kepada manusia sedang manusia masih duduk tertib pada Saf mereka, lalu baginda memberi nasihat dan wasiat (khutbah ) apabila baginda hendak mengutus tentera atau ingin memerintahkan sesuatu yang telah baginda putuskan, baginda perintahkan setelah selesai beliau pergi. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )

2. Telah berkata Jaabir (R.A.): Saya menyaksikan solat 'ied bersama Nabi (S.A.W.). Baginda memulai solat sebelum khutbah tanpa azan dan tanpa iqamah, setelah selesai baginda berdiri bertekan atas Bilal, lalu memerintahkan manusia supaya bertaqwa kepada Allah, mendorong mereka untuk taat, menasihati manusia dan memperingatkan mereka, setelah selesai bainda turun mendatangi saf wanita dan selanjutnya beliau memperingatkan mereka. (H.R : Muslim )

3. Diriwayatkan dari Ibnu Umar (R.A.). ia berkata : Umar mendapati pakaian tebal dari sutera yang dijual, lalu beliau mengambilnya dan membawa kepada Rasulullah (S.A.W.). lalu berkata : Ya Rasulullah belilah pakaian ini dan berhiaslah dengannya untuk hari raya dan untuk menerima utusan. Maka bagindapun menjawab : Sesungguhnya pakaian ini adalah bagian orang-orang yang tidak punya bagian di akhirat (yakni orang kafir). ( H.R Bukhary dan Muslim )

4. Diriwayatkan daripada Ummu 'Atiyah (R.A.). ia berkata : Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan kami keluar pada Aidilfitri dan Aidiladha semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Adapun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari mushalla (tempat solat 'ied ), mereka meyaksikan kebaikan dan mendengarkan dakwah kaum muslimin (mendengarkan khutbah ). Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Baginda bersabda: Supaya saudaranya meminjamkan kepadanya dari pada jilbabnya. (H.R : Jama'ah)

5. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). Tidak berangkat menuju mushalla kecuali baginda memakan beberapa biji kurma, dan baginda memakannya dalam jumlah bilangan ganjil. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )

6. Diriwayatkan daripada Burayaidah (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) keluar untuk solat Aidilfitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada solat Aidiladha sehingga beliau kembali daripada solat 'ied. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

7. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas (R.A.). ia berkata : Bahwasanya Nabi (S.A.W.). keluar untuk solat Aidilfitri dua raka'at, tidak solat sunah sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. (H.R : Bukhary dan Muslim )

8. Diriwayatkan daripada Jaabir (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) apabila keluar untuk solat 'ied ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan (yakni waktu berangkat melalui satu jalan dan waktu kembali melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhary )

9. Diriwayatkan dari Yazid bin Khumair Arrahbiyyi (R.A.). ia berkata : Sesungguhnya Abdullah bin Busri seorang sahabat nabi (S.A.W.). keluar bersama manusia untuk solat Aidilfitri atau Aidiladha, maka beliau mengingkari keterlambatan imam, lalu berkata : Sesungguhnya kami dahulu ( pada zaman Nabi (S.A.W.) pada jam-jam seperti ini sudah selesai mengerjakan solat 'ied. Pada waktu ia berkata demikian adalah pada solat Dhuha. (H.R. : Abu Daud dan Ibnu Majah)

10. Diriwayatkan daripada Abi Umair bin Anas, diriwayatkan daripada seorang pamannya dari pada golongan Anshar, ia berkata: Mereka berkata: Kerana tertutup awan maka tidak terlihat oleh kami hilal Syawal, maka pada pagi harinya kami masih tetap puasa, kemudian datanglah satu kafilah berkendaraan di akhir siang, mereka bersaksi di hadapan Rasulullah (S.A.W.) bahawa mereka kelmarin melihat hilal. Maka Rasulullah (S.A.W.) memerintahkan semua manusia ( ummat Islam ) agar berbuka pada hari itu dan keluar menunaikan solat 'ied pada hari esoknya. (H.R. : Lima kecuali At-Tirmidzi)

11. Diriwayatkan daripada Azzuhri, ia berkata : Adalah manusia (para) sahabat) bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah-rumah mereka menuju tempat solat 'ied sampai mereka tiba di mushalla ( tempat solat 'ied ) dan terus bertakbir sampai imam datang, apabila imam telah datang, mereka diam dan apabila imam bertakbir maka merekapun ikut bertakbir. (H.R.: Ibnu Abi Syaibah)

12. Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas'ud (R.A.). bertakbir pada hari-hari tasyriq dengan lafadz seperti berikut: (artinya): Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada Illah melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagiNya segala puji. (H.R. Ibnu Abi Syaibah dengan sanad shahih )

13. Diriwayatkan daripada Amru bin Syu'aib, daripada ayahnya, daripada neneknya, ia berkata : Sesungguhnya Nabi (S.A.W.). bertakbir pada solat 'ied dua belas kali takbir. dalam raka'at pertama tujuh kali takbir dan pada raka'at yang kedua lima kali takbir dan tidak solat sunnah sebelumnya dan juga sesudahnya. (H.R. : Amad dan Ibnu Majah )

14. Diriwayatkan daripada Samuroh, ia berkata: Adalah Nabi (S.A.W.). dalam solat kedua hari raya beliau membaca: Sabbihisma rabbikal A'la dan hal ataka haditsul ghosiah. (H.R. : Ahmad )

15. Diriwayatkan daripada Abu Waqid Allaitsi, ia berkata : Umar bin Khaththab telah menanyakan kepadaku tentang apa yang dibaca oleh Nabi (S.A.W.). Waktu solat 'ied . Aku menjawab : baginda membaca surah (iqtarabatissa'ah ) dan ( Qaaf walqur'anul majid). (H.R. : Muslim )

16. Diriwayatkan daripada Zaid bin Arqom (R.A.). ia berkata : Nabi (S.A.W.). Mendirikan solat 'ied, kemudian baginda memberikan ruhkshah / kemudahan dalam menunaikan solat Jumaat, kemudian baginda bersabda : Barang siapa yang mahu solat Jumaat, maka kerjakanlah. (H.R. : Imam yang lima kecuali At-Tirmidzi )

17. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (R.A.). bahwasanya Nabi (S.A.W.). bersabda pada hari kamu ini, telah berkumpul dua hari raya (hari Jumaat dan hari raya), maka barang siapa yang suka solat Jum'at, maka solatnya diberi pahala sedang kami akan melaksanakan solat Jum'at. (H.R: Abu Daud )


KESIMPULAN
Hadits-hadits tersebut memberi pelajaran kepada kita tentang adab-adab solat hari raya seperti berikut:

Pakaian: Pada saat mendirikan solat kedua hari raya disunnahkan memakai pakaian yang paling bagus. (Dalil: 3 )

Makanan: Sebelum berangkat solat Aidilfitri disunnahkan makan terlebih dahulu, jika terdapat beberapa butir kurma, jika tidak ada maka makanan apa saja. Sebaliknya pada Aidiladha, disunahkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai solat Aidiladha. (Dalil: 5 dan 6 )

Mendengungkan takbir:

a. Pada hari raya Aidilfitri, takbir didengungkan sejak keluar dari rumah menuju ke tempat solat dan sesampainya di tempat solat terus dilanjutkan takbir didengungkan sampai solat dimulai. (Dalil : 11 )

b. Pada hari raya Aidiladha, takbir boleh didengungkan sejak Shubuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari tasyriq ( 13 Dzulhijjah ). (Dalil: 12)

Jalan yang dilalui Disunnahkan membedakan jalan yang dilalui waktu berangkat solat hari raya dengan jalan yang dilalui di waktu pulang dari solat 'ied ( yakni waktu berangkat melalui satu jalan, sedang waktu pulang melalui jalan yang lain ). (Dalil: 8 )

Bila terlambat mengetahui tibanya hari raya Apabila datangnya berita tibanya hari raya sudah tengah hari atau petang hari, maka hari itu diwajibkan berbuka sedang pelaksanaan solat hari raya dilakukan pada hari esoknya. (Dalil : 10 )

Yang menghadiri solat 'ied Solat 'ied disunnahkan untuk dihadiri oleh orang dewasa, baik lelaki maupun wanita, baik wanita yang suci daripada haid maupun wanita yang sedang haid dan juga kanak-kanak baik laki-laki maupun wanita. Wanita yang sedang haid tidak ikut solat, tetapi hadir untuk mendengarkan khutbah 'ied. (Dalil: 4 )

Tempat solat 'ied Solat 'ied lebih afdhal (utama) diadakan di mushalla iaitu suatu padang yang di sediakan untuk solat 'ied, kecuali ada uzur hujan maka solat diadakan di masjid. Mengadakan solat 'ied di masjid pada hal tidak ada hujan sementara lapangan (padang ) tersedia, maka ini kurang afdhal karena menyelisihi amalan Rasulullah (S.A.W.). yang selalu mengadakan solat 'ied di mushalla (padang tempat solat), kecuali sekali dua kali beliau mengadakan di masjid kerana hujan. (Dalil: 1 dan 8 )

Cara solat 'ied:

a. solat 'ied dua rakaat, tanpa azan dan iqamah dan tanpa solat sunnah sebelumnya dan sesudahnya. (Dalil: 1,2 dan 7 )

b. Pada rakaat pertama setelah takbiratul ihraam sebelum membaca Al-Fatihah, ditambah 7 kali takbir. Sedang pada raka'at yang kedua sebelum membaca Al-Fatihah dengan takbir lima kali. (Dalil: 13 )

c. Setelah membaca Fatihah pada rakaat pertama di sunnahkan membaca surah (sabbihisma rabbikal a'la/surat ke 87 ) atau surat iqtarabatissa'ah / surat ke 54 ). Dan setelah membaca Al-Fatihah pada raka'at yang kedua disunnahkan membaca surat (Hal Ataka Haditsul Ghaasyiyah/surat ke 88 ) atau membaca surat (Qaaf walqur'anul majid/surat ke 50 ).(Dalil : 15)

d. Setelah selesai solat, imam berdiri menghadap makmum dan berkhutbah memberi nasihat-nasihat dan wasiat-wasiat, atau perintah-perintah penting.

e. Khutbah hari raya ini boleh diadakan khusus untuk laki-laki kemudian khusus untuk wanita.

f. Khutbah hari raya ini tidak diselangi duduk. (Dalil: 1 dan 2 )

Waktu solat Solat 'ied diadakan setelah matahari naik, tetapi sebelum masuk waktu solat Dhuha. (Dalil: 9 )

Hari raya jatuh pada hari Jum'at.

Bila hari raya jatuh pada hari Jum'at, maka solat Jum'at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak. (dalil: 16 dan 17 )

Sumber: Berita Harian


Friday, September 11, 2009

Subhanallah n MasyaAllah

Assalamu'alaikum,

Kita diberitahu bahawa kita kena puji Allah banyak2 pagi dan petang (siang dan malam) dan seharusnya kita kena puji Allah banyak2 seperti yang kita janji dalam doa iftitah "Allahuakbaru kabira, wallhamdulillahi kathira Wasubhanallahi bukratan waasila" (tulisan Rumi ni kdg2 mengelirukan! krn tak tau panjang pendek, hilang dengung dan hilang huruf Shad dll) yang banyak diterjemahkan seperti ini "Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan pujian bagi Allah sebanyak2nya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam".

Sebab itulah kita kena Ucap “Subhanallah” (Maha Suci Allah) ketika kita melihat keindahan ciptaan Allah swt, nescaya terasa betapa kebesaran dan keagungan Allah yang Mencipta.

Kemudian kita kena ucap “MasyaAllah, Lahaula wa la quwwata illa billahil 'aliyyil 'adziim” (Itulah kehendak Allah, Tiada kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung), ketika melihat keanehan, kejayaan dan sebagainya. Dengan itu kita mengiyakan kekuasaan dan qudrat Allah dalam melakukan apa jua kemungkinan mengikut iradahNya. Ini kerana kita tidak mampu melakukan sesuatu tanpa pertolongan Allah hatta mengangkat tangan kita sekalipun.

Dalam Tahiyyat kita baca "Attahiyyatul mubarakatus salawatut taiyyibatulillah" maksud "Segala ucapan selamat yang berkat-berkat dan doa yang baik2 semuanya untuk Allah"

Tetapi ramai juga yang salah tempat apabila memuji Allah dengan ucapan2 sebegini.. Antara kesilapan yang berlaku .. mari kita lihat contoh apabila seseorang menceritakan satu suasana

"Teman saya sudah 15 tahun menetap di bandar ini berniaga, dulu masa di kampung rumahnya masyaAllah buruk sekali".

"Anak jiran saya masyaAllah, selalu melawan cakap orang tuanya, balik rumah lewat malam..."

"Anak saya ni masyaAllah nakalnya boleh tahan!"

"Anak daranya telah dibuntingkan? masyaAllah"

Apa yang sepatutnya diucapkan di situ ialah Subhanallah bukan masyaAllah.. kan tadi kata Subhanallah tu maksudnya Maha Suci Allah.. dan “MasyaAllah, Lahaula wa la quwwata illa billahil 'aliyyil 'adziim” (Itulah kehendak Allah, Tiada kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung), jadi takkan Allah nak jadikan rumah kawan tu buruk dan anak2 tu tak baik serta perbuatan berzina itu baik. Perbuatan Allah semuanya baik.. Jadi di sini mana janji kita yang kata kita nak ucapkan yang baik2 untuk Allah seperti dala tahiyyat itu?

Saya tonton TV dan baca suratkhabar serta blog, didapati ramai lagi yang salah menempatkan ucapan ini. mudah2an kita sama2 perbetulkan insyaAllah.

Monday, August 31, 2009

Huruf بِ Pada Kalimah بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamu'alaikum,

Sambung daripada SINI

Kalimah بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ terdiri dp 5 kalimah iaitu ِ بِ ٱسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ manakala بِ pula ada dua pengertian: 


Pertama, بِ selalu diterjemahkan sebagai "DENGAN" .. dan makna بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ialah aku memulai perbuatan/percakapan DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani".. Ini seperti doa, semasa kita menyebut بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ kena terlintas dalam hati dan fikiran kita, dalam diri kita akan ALLAH.. Aku memulai sesuatu ucapan, perbuatan dengan mengabadikan nama Allah. Mari kita fikir kalau kita beri nama kepada jalan atau beri nama kepada anak kita pasti kita nak abadikan nama tersebut sesuai dengan tujuannya. Katalah kita beri nama jalan pasti nama yang diberi tu jika orang adalah jasanya di kawasan tersebut dan jika kita nak beri nama mengikut nama seseorang pasti kita nak anak kita mencontohi orang itu sekurang-kurangnya (pasti ada sesuatu tujuan di sebaliknya).


Apabila memulai sesuatu pekerjaan/ucapan dengan membaca بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ  , nilai uluhiyah akan kekal, sebaliknya jika tidak memulai dengan membaca بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ segala pekerjaan menjadi sia-sia.. Dailnya dalam surah al-Furqan ayat 23 Allah berfirman:


A023
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. (Al-Furqaan 25:23)
Menurut Ustaz Kariman debu di dalam ayat di atas bukanlah debu yang melekap di atas meja tetapi yang dimaksudkan di sini ialah debu yang amat ringan yang halus. lebih ringan daripada debu yang melekap di atas meja tu. itulah nilai amalan yang tak dimulai dengan membaca bismillah.. jadi sehebat manapun amalan di dunia tanpa dimulai ucapan بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ amalan itu tak ada nilai di sisi Allah swt.. menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula biar beberapa kali suapan makanan kita ke mulut kita eloklah kita ucapkan sebanyak suapan itu untuk mendapatkan nilai dp Allah swt (yang berkekalan/berterusan).. bila kita ucap بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ kita kena tanamkan dalam hati kita mengharapkan amalan kita berkekalan, abadi dan diterima Allah   ( Bagi guru-guru atau sesiapa saja yang terpaksa menaiki anak tangga insyaAllah boleh diamalkan apabila mendaki tangga, setiap kali melangkah naik/turun anak tangga dibacakan bismillah.. alangkah beruntungnya jadi cikgu jika dapat amalkan yang ini.. insyaAllah).. ini bukan bererti surirumah tak berpeluang! mereka juga boleh baca bismillah setiap kali memasukkan gorengan dalam kuali dsbnya .

Kedua, kalau tadi maksud
 بِ  sekarang maksud antara بِ dengan ٱسۡمِ .. ini bermakna dengan kudrat dan dengan taufiqNya, kekuatan dan kekuasaanNya, dengan pertolongan Alllah  ٱلرَّحۡمَـٰنِ dan Allah  ٱلرَّحِيمِ .. bila kita sebut nama Allah tanamkan dalam diri kita bahawa kita tak mampu nak lakukan sesuatu tanpa pertolongan Allah (La hawla walaa quwwataillabillaah) jadi bila dengan mengingati semua ini kita tak akan angkuh bila kita berjaya melakukan sesuatu pekerjaan (ingat bila kita angkuh atau ujub, amalan kita tak bernilai langsung di sisi Allah) dan jika kita tak berjaya kita tidak akan kecewa kerana kita sedar akan keberdayaan kita.. bahkan apabila kita selesai mengerjakan amalan kita digalakkan berdoa supaya Allah terima amalan kita yg diberi pertolongan olehNya.. ya! sesungguhnya kita tak berdaya berbuat apa2.(baca doa Nabi Ibrahim as dan anaknya Ismail as selepas selesai mendirikan binaan Kaabah; ( "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;") (Al-Baqarah 2:127).. 

Kita sebenarnya amat lemah.. ada hadis tentang bagaimana Nb Sulaiman ketika hendak mencampuri isterinya, dia lupa (bukan baginda menafikan)bahawa Allah yg Berkuasa Menentukan Segalanya.. pada masa tu Naib Sulaiman hanya nampak kehebatan dirinya dan dia mengungkapi: "Aku akan bergilir-gilir antara isteri-isteriku (100 org), aku akan punyai anak lelaki 100 orang dan akan aku jadikan kesemuanya tentera berjuang di jalan Allah" ..baginda lupa seketika akan Kudrat Allah lalu Allah menegurnya dengan memberikan hanya seorang anak lelaki itupun down syndrom.. lalu Nabi Muhammad saw memberi komen kalaulah pada waktu itu Nb Sulaiman menyandarkan kepada Allah swt dengan menyebut insyaAllah dan bismillah, insyaAllah baginda akan dapat 100 orang anak.

Adalah menjadi harapan kita segala amalan kita diterima dan kita amat mengharapkan balasan baik daripada Allah swt.. dengan itu apabila kita memulai sesuatu pekerjaan atau mengungkapkan sesuatu percakapan mulailah dengan membaca bismillahirrahmanirrahim dengan penuh kesedaran bahawa Allah akan menolong kita yang lemah. Tanpa pertolongan Allah kita takkan berjaya dala apa pekerjaanpun dan semoga kita mendapat keberkatan dalam setiap perkara dengan bismiilah.. semoga Allah menolong kita mendapatkannya..Amiin
.

Friday, August 21, 2009

Ikhlas Lebih Hebat Daripada Taufan

Assalamu'alaikum,



Rasulullah saw telah bersabda memberitahu tentang kejadian bumi ini. Pada peringkat awal keadaan bumi ini dalam keadaan datar yang tidak mantap, tanah tanih bergelombang bagaikan cecair. Lalu Allah swt menciptakan gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi lalu dataran bumi menjadi kukuh dan dapat dihuni oleh manusia dan makhluk2 lain.



Setelah itu malaikat bertanya kepada Allah swt, selain gunung yang terdiri daripada batu pejal itu adakah lagi yang lebih kukuh dan kuat daripada batu pejal? Allah swt memberitahu malaikat bahawa selain batu pejal ada lagi makhluk yg lebih kuat iaitu besi.

Besi mempunyai sifat yang sgt keras mengatasi kekerasan batu. Oleh itu manusia mencipta pelbagai jentera dengannya yang mampu meruntuhkan gunung-ganang yang kukuh itu yang terdiri dpd batu yang kukuh hingga hancur lumat.



Malaikat bertanya lagi kepada Allah swt, apakah makhluk yg lebih kuat dpd besi? Allah swt memberitahu malaikat bahawa api mempunyai lebih kekuatan daripada besi, api mampu mengatasi kepejalan besi sehingga apabila kepanasan api yg tinggi dapat meleburkan besi menjadi cair.



Kemudian malaikat bertanya pula kepada Allah swt apakah makhluk gagah dan kuat boleh mengatasi kehebatan api? Maka Allah memberitahu bahawa air lebih berupaya mengatasi kehebatan api, terbukti bahawa air mampu memadam api.



Malaikat terus bertanya, apakah ada makhluk lain yg boleh mengatasi kehebatan air? Lalu Allah swt memberitahu malaikatNya, sesungguhnya angin adalah makhluk Allah yang lebih kuat daripada air. Sebab bila Allah swt menjadikan sekumpulan angin yang kuat bernama TAUFAN ia boleh menggelorakan lautan sehingga air melimpah lautan membanjiri daratan, melanda dan memusnahkan segala apa yang ada di permukaan bumi.



Malaikat masih tidak jemu bertanya kerana ingin tahu adakah makhluk Allah yang lebih hebat daripada semua makhluk Allah yg telah disebutkan di atas. Lalu Allah memberitahu dialah orang yang memberi sedekah secara senyap sehingga apabila tangan kanannya menghulur tangan kirinya tidak mengetahui.



Maksudnya ialah orang yg bersedekah dg penuh keikhlasan kerana ALLAH semata2. Dia merahsiakan daripada pengetahuan orang. Kekeuatan menahan daripada terbocor kepada pengetahuan orang lain itu dianggap sebagai kukuh daripada batu, besi dan air dan angin.



Allah swt menjelaskan bahawa seseorang yang mapu mengawal dirinya daripada sifat riya’ dan menunjuk2 ketika bersedekah atau menderma adalah makhluk Allah yang kuat mengekang dorongan nafsu mazmumah yg boleh merosakkan amalannya. Orang ini adalah org yg berjaya mengawal keikhlasan hati. Dengan itu dia berjaya daripada hasutan Iblis kerana Iblis tidak mampu untuk menyesatkan org2 yang IKHLAS

Wednesday, August 19, 2009

Kikir atau Bakhil Tanda Tidak Bersyukur - Ingatan kepada diri sendiri

Assalamu'alaikum,


Pernah diceritakan oleh Rasulullah saw tentang tiga orang yang berpenyakit. Orang pertama sakit sopak, yang kedua rambut gugur dan yang ketiga buta. Setelah seorang tabib datang merawat ketiga2 orang yang sakit itu, sembuhlah sakitnya. Selepas beberapa waktu lelaki yang mendapat sakit sopak itu didatangi oleh seorang peminta sedekah yang sakit sopak, sayangnya peminta sedekah yang ada sopak ini tidak mendapat apa2 sedekah walaupun satu dirham.


Selang beberapa ketika pula, lelaki yang rambutnya gugur didatangi seorang peminta sedekah yang juga sakit rambut gugur, namun nasibnya sama seperti nasib peminta sedekah yang sopak mengunjungi rumah bekas pesakit sopak. Sementara itu lelaki buta yang telah sembuh daripada buta didatangi oleh seorang peminta sedekah yang buta. Nasib peminta sedekah buta ini agak baik kerana lelaki yang telah dapat melihat semula setelah diubati oleh seorang tabib sebelum ini tetap bersyukur dengan kurnia Allah, apatah lagi dengan matanya yang dapat melihat dia lebih mudah mendapatkan rezeki.


Tiba2 lelaki buta peminta sedekah ini menyatakan dia tak memerlukan wang atau harta yang dimintanya tadi, dia menyatakan dia tak memerluka harta dan wang dirham dalam kehidupannya kerana dialah malaikat yang datang untuk kali kedua menyamar sebagai manusia. Kali pertama dia datang sebagai tabib yang mengubati ketiga2 pesakit iaitu pesakit sopak, gugur rambut dan juga buta.


Menurut malaikat itu dia datang kepada ketiga2 manusia itu untuk menguji apakah mereka tergolong dalam kalangan orang2 yang bersyukur setelah sekian lama menghidap penyakit, lalu dia tahu hanya seorang sahaja yang bersyukur dengan nikmat yang Allah beri kepadanya. Orang buta ini yang dah sembuh ini bersyukur lantaran itu dia tidak bakhil untuk bersedekah, lebih2 lagi dia tahu betapa peritnya menjadi orang buta, jadi apabila dia sembuh daripada sakitnya, amat besarlah syukurnya kepada Allah Yang Maha Pengasih itu.


Kekayaan ada kalanya tidak memberi apa2 erti kepada pemiliknya terutama orang ditimpa penyakit. Seseorang yang sakit kadang2 selera nak makan tidak ada, walaupun makanan enak dan banyak terhidang di depan mata, lebih2 lagi jika doktor telah menetapkan beberapa pantang larang terhadap beberapa jenis makanan. Andaikata orang itu sembuh daripada sakit hendaklah dia bersyukur dan janganlah kikir.


Ya Allah lindungilah daku daripada sifat bakhil dan kedekut.

Wednesday, August 12, 2009

Cinta Kerana Allah

Di sisi Allah, darjat orang2 beriman berbeza2.. salah satu yang paling tinggi dan paling agung kedudukannya ialah seorang mukmin yang mencintai segala sesuatu kerana Allah.

Daripada Umar bin Khattab ra, berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, : “Sesungguhnya di antara hamba2 Allah ada sekelompok manusia, mereka bukan para nabi, bukan pula para syuhada’, namun membuat irihati para nabi dan para syuhada’ pada hari kiamat lantaran kedudukannya di sisi Allah”. Salah seorang sahabat berkata: “Wahai Rasulullah beritahukan kami, siapakah mereka itu?”

Rasulullah menjawab: “Mereka adalah satu kaum yang saling mencintai kerana Allah padahal tidak diikat hubungan persaudaraan dan tidak kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah wajah2 mereka adalah cahaya, mereka di atas cahaya dan tidak bersedih tatkala orang2 merasa sedih” lalu dibacakan ayat daripada surah Yunus (62-64)


أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (٦٢) ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَڪَانُواْ يَتَّقُونَ (٦٣) لَهُمُ ٱلۡبُشۡرَىٰ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِڪَلِمَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (٦٤


Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (62) (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. (63) Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar. (64)

Rasulullah saw telah berjanji kepada sesiapa saja yang mampu melaksanakan tiga perkara, dia pasti akan mendapat kelazatan iman. Baginda bersabda:

عن أنس بن مالك ـ رضي الله عنه ـ قال : قال النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ : ” لا يجد أحد حلاوة الإيمان ، حتى يحب المرء لا يحبه إلا لله ، وحتى أن يقذف في النار أحب إليه من أن يرجع إلى الكفر بعد إذ أنقذه الله ، وحتى يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما ” . رواه البخاري

Daripada Anas bin Malik ra berkata: Nabi Muhammad saw bersabda: “Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah; sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan daripadanya; dan sehingga Allah dan RasulNya lebih dia cintai daripada selainnya.” Imam Al Bukhari.

Daripada hadits ini dapat diambil pelajaran:

  1. Mencintai seseorang kerana mencari redha Allah, bukan cinta hawa nafsu dan melanggar syariat. contoh cinta seseorang dalam mengikut/menyertai berjihad pada jalan Allah, tidak untuk tujuan duniawi, seperti cinta seseorang untuk beramal dan berjuang dalam sesuatu pertubuhan/organisasi yang dilakukan hanya semata2 untuk mencari keridhaan Allah swt
  2. Memilih dilemparkan ke dalam api daripada kembali menjadi kafir. Orang yang telah sempurna imannya tidak akan sama sekali mengubah dirinya menjadi kafir lagi. Dia tidak mengingkari ajaran agama yang telah diyakini seperti solat yang telah Allah wajibkan, tidak menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, dan tidak akan mengharamkan apa yang halal.
  3. Mendahulukan cinta kepada Allah dan RasulNya mengalahkan selainnya. Orang yang sempurna imannya kepada Allah dan RasulNya lebih kuat baginya daripada hak kepada ayahnya, ibunya, anaknya, isterinya dan semua makhluk lain. Ini kerana dia mendapatkan petunjuk daripada kesesatan, terbebasnya daripada api neraka hanya kerana Allah dan RasulNya yang menyerunya kepada kebaikan. Dan antara ciri-ciri mendahulukan cinta kepada Allah dan RasulNya ialah membela Islam dengan ucapan dan perbuatan, mengamalkan syariat Islam, mengikuti sunnah dan berakhlak dengan akhlak Rasulullah saw.

Monday, August 10, 2009

Benarkah kita Redha Islam itu agama kita? Mari buat checklist

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Assalamu'alaikum.


Apa yang perlu kita tahu tentang Islam.


1. Islam adalah satu2nya agama yang diperakui Allah swt seperti yang dinyatakan dalam firman Allah swt dalam awal ayat 19 surah Ali-Imran


إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ‌ۗ

yang bermaksud Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam …..” (surah Ali-Imran ayat 19)



2. Segala apa kebaikan yang dilakukan seseorang itu di dunia tidak akan diterima jika mereka mencari agama lain selain Islam. Mereka termasuk orang yang rugi di akhirat. Ini dinyatakan dalam ayat 85 surah Ali-Imran



وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ


Yang bermaksud “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”. (surah Ali-Imran ayat 85)


3. Islam adalah agama yang sempurna, lengkap dengan nikmat dan juga merupakan agama yang diredhai Allah. Ini dinyatakan dalam pertengahan ayat 3 surah al-Maidah



ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينً۬ا‌ۚ



yang bermaksud: …… “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…. (surah al-Maidah ayat 3)



4. Sesiapa yang Allah kehendaki untuk menerima Islam, Allah akan beri petunjuk dengan dibukakan hatinya menerima kesempurnaan Islam, sesiapa yang tidak diberi petunjuk dengan Islam, hati mereka berada dalam kegelapan. Ini dinyatakan dalam ayat 125 Surah al-An’am



فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ‌ۖ وَمَن يُرِدۡ أَن يُضِلَّهُ ۥ يَجۡعَلۡ صَدۡرَهُ ۥ ضَيِّقًا حَرَجً۬ا ڪَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِى ٱلسَّمَآءِ‌ۚ ڪَذَٲلِكَ يَجۡعَلُ ٱللَّهُ ٱلرِّجۡسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ


Yang bermaksud: “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman”. (Surah al-An’am ayat 125)



5. Sesiapa yang dibuka hatinya untuk menerima Islam sebenarnya mereka beroleh cahaya agama daripada Allah swt dan mereka sentiasa di bawah naungan dan rahmatNya. Ini dinyatakan dalam ayat 22 surah Az-Zumar



أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ۬ مِّن رَّبِّهِۦ‌ۚ فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡقَـٰسِيَةِ قُلُوبُہُم مِّن ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ



Yang bermaksud: “Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayat petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata”. (surah Az-Zumar ayat 22)



6. Dalam Islam, jika orang Islam tidak menerima ajakan orang Islam yang lain supaya menerima Islam sebagai cara hidup yang sempurna dia dikira melakukan kezaliman.. Ini dijelaskan dalam ayat 7 surah as-Saff


وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ وَهُوَ يُدۡعَىٰٓ إِلَى ٱلۡإِسۡلَـٰمِ‌ۚ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ



Yang bermaksud: “Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang dia diajak kepada memeluk Islam dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (7)

Islam juga diertikan sebagai penyerahan diri/tunduk kepada Allah swt. Juga merupakan sistem yang umum serta peraturan hidup yang membentuh manusia. Islam memperkenalkan tiga persoalan besar kepada setiap Muslim/Muslimah iaitu:

1. Dari mana mereka datang?
2. Mengapa mereka didatangkan ke dunia dan apakah matlamat penciptaan mereka sebagai manusia?
3. Ke manakah mereka akan dikembalikan selepas kehidupan pertama mereka di dunia ini?

Selepas memahami apa itu Islam sekarang marilah kita buat checklist sama ada kita redha atau tidak Islam sebagai agama kita/ Islam sebagai way of life, mari kita jawab soalan2 di bawah:
1. Adakah kita meletakkan kepentingan Islam di atas kepentingan peribadi?

2. Adakah kita yakin masa depan kita di tangan Islam?

3. Adakah kita mengetahui dengan jelas perkara2 yang boleh membatalkan syahadah kita?

4. Adakah kita mengetahui perkara2 yang memperkukuhkan kesucian Islam?

5. Adakah kita mengetahui tentang perancangan musuh2 Islam?

6. Adakah kita menjadikan Islam matlamat peribadi, keluarga, masyarakat dan Negara?

7. Adakah kita berusaha mempertingkatkan kefahaman tentang Islam dalam setiap bidang?

8. Adakah kita telah mendalami isi Al-Quran yang suci? Adakah kita mengkaji hadis2 Nabi?

9. Adakah kita menghayati sejarah perjuangan para nabi, para rasul, sahabat2 nabi, tabiin serta ulama2 yang mempertahankan Islam dengan pengorbanan yang sungguh2?

10. Adakah kita membela Islam sama seperti Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud?

11. Adakah kita memahami dasar dalam dan luar Negara Islam seperti yang diamalkan oleh Rasulullah saw?

12. Adakah kita redha syari’at dan hukum Islam adalah penyelesai kepada segala masalah?

13. Adakah kita sanggup mempertahankan Islam lebih daripada perkara2 lain?

14. Adakah kita yakin Islam adalah agama yang tidak boleh ditandingi oleh agama lain?

15. Adakah kita sanggup meninggikan syiar Islam sama seperti pejuang2 dahulu?

Seandainya tidak semuanya soalan2 di atas dapat dijawab Ya.. marilah kita berusaha bersungguh2 melengkapkan diri kita sebagai Muslim/Muslimah sebenar semoga kita redha kepada Islam dan Allah redha kepada kita.


Sabda Nabi Muhammad saw mafhumnya : “Seseorang itu akan memperoleh kemanisan iman jika dia redha bahawa Allah itu Tuhannya, Islam itu agamanya dan Muhammad adalah Nabi dan Rasulnya” Hadis riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripad Abbas bin Abdul Mutalib- Hadis sahih.


Related Posts with Thumbnails