Thursday, October 29, 2009

Kenali Sifat Musuh

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.

Salah satu isi dlm buku "Alam Kubur (Alam Barzakh)" ialah perihal pekerjaan syaitan dan iblis serta kejahatan2 mereka .. Jika nak tau adakah syaitan tu termasuk golongan jin sila klik di sini ..

Berikut adalah perihal pekerjaan syaitan dan iblis serta kejahatan2 mereka mengikut buku tersebut:

1. Syaitan sentiasa kufur, enggan dan takbur terhdp perintah Allah swt:

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (Al-Baqarah [2] : 34)

2. Syaitan menggelincirkan Nabi Adam dan Hawa sehingga keduanya dikeluarkan daripada syurga:

فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيۡطَـٰنُ عَنۡہَا فَأَخۡرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ‌ۖ


Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua daripada Syurga itu (Al-Baqarah [2] : 36)

3. Syaitan berusaha supaya manusia lupa untuk mengingat Allah:

ٱسۡتَحۡوَذَ عَلَيۡهِمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَأَنسَٮٰهُمۡ ذِكۡرَ ٱللَّهِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi. (Al-Mujadalah [58] : 19)

4. Syaitan berusaha menghalang-halangi jalan kebenaran:

وَإِنَّہُمۡ لَيَصُدُّونَہُمۡ عَنِ ٱلسَّبِيلِ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّہُم مُّهۡتَدُونَ

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka daripada jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (Az-Zukhruf [43] :37)

5. Syaitan menjadi musuh, menggoda, menipu, memujuk dan merayu manusia:

وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَا لِكُلِّ نَبِىٍّ عَدُوًّ۬ا شَيَـٰطِينَ ٱلۡإِنسِ وَٱلۡجِنِّ يُوحِى بَعۡضُهُمۡ إِلَىٰ بَعۡضٍ۬ زُخۡرُفَ ٱلۡقَوۡلِ غُرُورً۬ا‌ۚ وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ‌ۖ فَذَرۡهُمۡ وَمَا يَفۡتَرُونَ

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al-An'am [6] : 112)

6. Syaitan mengajak manusia menjadi kafir:

كَمَثَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ إِذۡ قَالَ لِلۡإِنسَـٰنِ ٱڪۡفُرۡ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّى بَرِىٓءٌ۬ مِّنكَ إِنِّىٓ أَخَافُ ٱللَّهَ رَبَّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ


(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika dia berkata kepada manusia: Berlaku kufurlah engkau! Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam! (Al-Hasyr [59] : 16)

7. Syaitan menyesatkan manusia dengan segala kemampuannya:

وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا


Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. (Al-Isra' [17] : 64)

8. Syaitan berusaha menakut-nakutkan manusia menjadi miskin dan menyuruh berbuat kejahatan:

ٱلشَّيۡطَـٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُڪُم بِٱلۡفَحۡشَآءِ‌ۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةً۬ مِّنۡهُ وَفَضۡلاً۬‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (Al-Baqarah [2] : 268)

9. Syaitan berusaha menyuruh berbuat jahat dan keji:

إِنَّمَا يَأۡمُرُكُم بِٱلسُّوٓءِ وَٱلۡفَحۡشَآءِ وَأَن تَقُولُواْ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

Dia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya). (Al-Baqarah [2] : 169)

10. Iblis bersumpah akan sentiasa menggoda manusia:

قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ . ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ

Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.(Al-A'raf [7] : 16-17)

11. Syaitan/iblis memberikan khayalan atau janji2 kosong:


يَعِدُهُمۡ وَيُمَنِّيہِمۡ‌ۖ وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا


Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. (An-Nisa' [4] : 120)


12. Syaitan senang menimbulkan pertikaian, pertengkaran, permusuhan, dendam kesumat dan kebencian sesama manusia:


إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٲوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ فِى ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ وَيَصُدَّكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ‌ۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَہُونَ


Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (Al-Maidah [5] : 91)

13. Syaitan senang mengajak berbuat keji, seperti minum arak, berjudi, korban untuk berhala dan mengundi nasib:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maa'idah [5] : 90)

14. Syaitan berusaha menyesatkan manusia:

وَيُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُضِلَّهُمۡ ضَلَـٰلاَۢ بَعِيدً۬ا

dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. (An-Nisaa' [4] : 60)

15. Syaitan membuat keraguan dan membisikkan kejahatan dalam hati manusia:

مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ . ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ


Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (An-Naas [114] : 4 - 5) .


Itulah secara ringkas Firman-firman Allah dalam al-Quran yg mengemukakan ttg pekerjaan iblis dan syaitan. Masih banyak lagi keterangan2 dalam al-Quran dan juga hadis ttg pekerjaan mereka. Namun setelah kita tahu betapa jijiknya sifat serta tabiat dan pekerjaan mereka, kita kenalah berwaspada dan siap siaga terhadap serangan2 dan permusuhan iblis dan syaitan yg amat membahayakan kita. Iblis tidak akan kekok2 untuk berusaha memujuk, merayu, menipu, menggoda, memusuhi, mengelincirkan dan menyesatkan kita. iblis dan syaitan akan sentiasa berusaha untuk mengubah manusia daripada makhluk yg paling mulia menjadi paling hina iaitu daripada TAAT kpdNYA menjadi memusuhiNya. Dan yang paling penting janganlah kita sampai meniru dan melakukan seperti apa yg dilakukan oleh iblis dan syaitan ini.

Janganlah kita menjadi manusia yg pada paginya beriman dan petangnya kufur, atau petangnya beriman paginya kufur.. Ingatlah pesanan Allah kerana dgn Rahman dan RahimNya Dia menyeru kita:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (Al-Imran [3] : 102)

Marilah kita sama-sama berdoa dan mohon kepada Allah mudah2an kita mati dalam keadaan iman dan Islam.

3 comments:

zai said...

Salam Kak Werdah...

Sesungguhnya itulah janji syaitan kepada Allah..akan menyesatkan umat manusia sehingga kepenghujung nyawa..

Mudah2an kita diberi kekuatan iman yg kukuh dan akan terus berpegang dijalanNYA sehingga keakhir hayat..

Zai tahu zai terlalu lemah dan insan kerdil yg terlalu hina dan banyak pula melakukan dosa..Yang terdaya setiap hari yg kerap diamalkan adalah sentiasa beristigfar sepanjang waktu selagi teringat dan banyak2 berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW selain ttp istiqamah melakukan ibadat wajib dan ibadat sunat.

Mudah2an seandainya masih banyak dosa yg tidak terhapus dipenghujung hayat, Syafaat Nabi Muhammad SAW dapat membantu kita ketika disana nanti...

Zai sentiasa berharap dapat kembali padaNYA juga pada hari jumaat sebagaimana waktu zai dilahirkan dulu dan juga berharap dapat meninggal ketika masih didalam sembahyang dan berwuduk..

Itulah impian dan cita2 zai selama ini kerana zai sendiri pernah menyaksikan imam dikampung zai sewaktu tu zai berusia baru 10 tahun..pada hari kematiannya dia sangat nazak tapi masih bertekad ingin mengimamkan solat jumaat buat kali terakhir dan terpaksa dipapah oleh anak2nya ke masjid dan akhirnya beliau meninggal ketika sujud yg terakhir...

Subhanallah...pengakhiran hidup yg sangat indah..teringin sangat2 macam tu kak wlupun hakikat sebenarnya zai sendiri tahu zai tak layak mengimpikan sebegitu jika amalan tidaklah seberapa.

a kl citizen said...

assalammualaikum

memang kita tahu kerja2 syaitan dan iblis ni, tapi kerap kita tewas dan terpedaya...

doa moga Allah mengampunkan ketidak mampuan kita dan sentiasa memelihara kita

Werdah said...

Salam Zai dan Normah,

Mudah2an kita semua diberi kekuatan untuk sentiasa memperbaharui syahadah kita.. dan sentiasa mengingatiNya dalam segala hal.. krn kita dah tahu syaitan dan iblis takkan membiarkan kita sesenang2nya untuk ke syurga.. krn sifat hasad dan dengkinya kpd kita serta sifat sombongnya.. mudaha2an kita selalu beristighfar dan diberi pengakhiran yg baik.. insyaAllah dgn terlepas fitnah semasa sakratul maut kita dpt mengucapkan la ilaha illallah, dan seterusnya dgn Nabi Muhammad saw yg amat mengasihi ummatnya kita dapat syafaat daripadanya..

terima kasih Zai normah krn ingat mengingatkan kak ni.

Semoga ikatan ukhwah antara kita berkekalan..

Related Posts with Thumbnails