Friday, August 21, 2009

Ikhlas Lebih Hebat Daripada Taufan

Assalamu'alaikum,



Rasulullah saw telah bersabda memberitahu tentang kejadian bumi ini. Pada peringkat awal keadaan bumi ini dalam keadaan datar yang tidak mantap, tanah tanih bergelombang bagaikan cecair. Lalu Allah swt menciptakan gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi lalu dataran bumi menjadi kukuh dan dapat dihuni oleh manusia dan makhluk2 lain.



Setelah itu malaikat bertanya kepada Allah swt, selain gunung yang terdiri daripada batu pejal itu adakah lagi yang lebih kukuh dan kuat daripada batu pejal? Allah swt memberitahu malaikat bahawa selain batu pejal ada lagi makhluk yg lebih kuat iaitu besi.

Besi mempunyai sifat yang sgt keras mengatasi kekerasan batu. Oleh itu manusia mencipta pelbagai jentera dengannya yang mampu meruntuhkan gunung-ganang yang kukuh itu yang terdiri dpd batu yang kukuh hingga hancur lumat.



Malaikat bertanya lagi kepada Allah swt, apakah makhluk yg lebih kuat dpd besi? Allah swt memberitahu malaikat bahawa api mempunyai lebih kekuatan daripada besi, api mampu mengatasi kepejalan besi sehingga apabila kepanasan api yg tinggi dapat meleburkan besi menjadi cair.



Kemudian malaikat bertanya pula kepada Allah swt apakah makhluk gagah dan kuat boleh mengatasi kehebatan api? Maka Allah memberitahu bahawa air lebih berupaya mengatasi kehebatan api, terbukti bahawa air mampu memadam api.



Malaikat terus bertanya, apakah ada makhluk lain yg boleh mengatasi kehebatan air? Lalu Allah swt memberitahu malaikatNya, sesungguhnya angin adalah makhluk Allah yang lebih kuat daripada air. Sebab bila Allah swt menjadikan sekumpulan angin yang kuat bernama TAUFAN ia boleh menggelorakan lautan sehingga air melimpah lautan membanjiri daratan, melanda dan memusnahkan segala apa yang ada di permukaan bumi.



Malaikat masih tidak jemu bertanya kerana ingin tahu adakah makhluk Allah yang lebih hebat daripada semua makhluk Allah yg telah disebutkan di atas. Lalu Allah memberitahu dialah orang yang memberi sedekah secara senyap sehingga apabila tangan kanannya menghulur tangan kirinya tidak mengetahui.



Maksudnya ialah orang yg bersedekah dg penuh keikhlasan kerana ALLAH semata2. Dia merahsiakan daripada pengetahuan orang. Kekeuatan menahan daripada terbocor kepada pengetahuan orang lain itu dianggap sebagai kukuh daripada batu, besi dan air dan angin.



Allah swt menjelaskan bahawa seseorang yang mapu mengawal dirinya daripada sifat riya’ dan menunjuk2 ketika bersedekah atau menderma adalah makhluk Allah yang kuat mengekang dorongan nafsu mazmumah yg boleh merosakkan amalannya. Orang ini adalah org yg berjaya mengawal keikhlasan hati. Dengan itu dia berjaya daripada hasutan Iblis kerana Iblis tidak mampu untuk menyesatkan org2 yang IKHLAS

No comments:

Related Posts with Thumbnails