Monday, August 17, 2009

Puasa Ramadhan - Niat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Assalamualaikum,


Beberapa hari lagi kita nak sambut Ramadahan.. Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan berkat, rahmat dan maghfirah. Bulan ini selalu dinantikan kedatangannya oleh umat Islam, kerana pada bulan ini seseorang itu betul-betul dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti dirinya sebagai seorang Muslim/Muslimah sebenar sama ada dengan memperbanyakkan amal ibadah ataupun dengan mengurangi dosa. Banyak sekali amalan2 yang boleh dibuat untuk mencapai peningkatan kuantiti dan kualiti tersebut. Berikut mari kita nilai amalan yang PERTAMA kita buat masa bulan Ramadhan iaitu NIAT



AMALAN PERTAMA - NIAT


Niat di dalam Islam adalah unsur yang sangat penting, kerana dalam Islam semua jenis pekerjaan baik adalah ibadah. Jadi niatlah yang menentukan kualiti, nilai atau credit bagi sesuatu amalan. Apa-apa amalan yang besar tidak dengan niat yang betul adalah sia-sia dan tidak mendapat apa2 atau tidak memberi kesan kepada pelaku, sebaliknya pekerjaan yang kecil kalau disertakan dengan niat yang betul iaitu dengan tulus ikhlas kerana ALLAH, untuk ALLAH dan bagi ALLAH, membawa impak yang amat besar dan mendapat pahala. Rasulullah menjelaskan dalam hadisnya: “Sesungguhnya hakikat amalan itu ditentukan oleh niat, dan sesunguhnya apa yang dikehendaki oleh seseorang itu adalah sesuai dengan niatnya”.



Sebahagian orang menganggap niat sebagai lafaz atau lafaz sebagai niat. Sebenarnya tidak semua lafaz itu dikategorikan sebagai niat. Seseorang yang dengan suara yang keras atau lembut membaca ushalli…. Ataupun nawaitu shauma ghadin … dan sebagainya belum dapat dikatakan dia telah berniat meskipun dia telah melafazkan berkali2. Ini kerana lafaz itu hanya boleh dikatakan niat jika disertakan dengan kekuatan hati, atau kekuatan batin dalaman bukan dengan kekuatan lisan semata2. Kekuatan dalaman hati dapat diekpresikan dengan lisan atau barangkali tidak. Kualiti niat bergantung kepada kekuatan batin bukan pada kuatnya suara yang keluar. Orang dapat sahaja berkata, : “AKU CINTA PADAMU” beribu-ribu kali dengan gaya dan ungkapan yang meyakinkan, tetapi benarkah dia betul2 cinta? Tentu jawapannya pada HATI.


Puasa adalah ibadah yang berat yang boleh mempengaruhi fizikal dan mental manusia. Oleh itu kekuatan NIAT seharusnya MESTI ada pada peringkat mula berpuasa lagi. Ini sesuai dengan peringatan daripada Rasulullah saw bahawa “ramai yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa2 kecuali lapar dan haus”. Maksudnya: Jika kita daripada awal lagi kita tanamkan dalam hati dengan niat tulus ikhlas, keluar daripada lubuk hati yang paling dalam “puasa yang aku amalkan ini semata2 mencari keredhaan Allah” lalu akan timbul perasaan yang kuat untuk menyempurnakan puasa dengan nilai tambah yang lain seperti menahan godaan, rintangan untuk menuruti hawa nafsu seterusnya tidak melanggar larangan Allah swt.



BERNIAT yang ikhlas bererti kita telah mempunyai matlamat yang yang jelas, dengan niat yang ikhlas itu juga kita dapat melahirkan keinginan untuk melakukan ibadah2 tambahan. Orang yang jelas menetapkan matlamat tentu mahu mencapai matlamat, orang yang ikhlas sangat berhati2 dan berwaspada terhadap apa jua yang boleh mengurangi pahala puasanya berbeza dengan orang yang tidak bermatlamat, mereka hanya mendapat lapar dan dahaga.



NIAT dilakukan pada akhir bulan Syaaban iaitu awal bulan Ramadhan, boleh dilakukan pada malam hari selepas solat Isya’ atau setelah solat terawih ataupun selepas sahur. Sebahagian ulama memberikan pendapat bahawa niat boleh diperbaharui dengan mengulanginya dalam hati sewaktu makan atau sewaktu mendapat cubaan.. Ini lebih bersifat peringatan kepada diri sendiri agar tidak tergoda atau agar lebih bersemangat untuk melakukan ibadah tambahan. Peringatan ini boleh secara ‘sir’ atau jahar, katakan ‘aku berpuasa’ kepada diri sendiri atau kepada sesiapa yang cuba menjadikan puasa kita kurang berpahala.



Bayangkan bahawa tahun ini adalah tahun terakhir kita berpuasa dan tak ada kesempatan lagi nak berpuasa maka niatkanlah dengan tulus ikhlas bahawa pada tahun ini aku akan berpuasa tidak sekadar lapar dan dahaga sahaja.. “aku harus lakukan amal kebajikan sebaik mungkin dan sedapat mungkin aku akan jauhi perbuatan terlarang baik daripada perlakuan, kata2 mahupun sekadar terlintas dalam pemikiran”..



Ada orang berpuasa disertai matlamat tersembunyi (hidden goal) cth: nak kurangkan berat badan. Namun jangan jadikan tujuan untuk menguruskan badan itu sebagai tujuan utama. Meskipun orang berpuasa ada yang kurang berat badannya namun hendaklah setkan goal kita untuk meningkatkan darjah takwa kerana di dalam Al-Quran dinyatakan bahawa diwajibkan kita berpuasa supaya kita bertakwa.



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Al-Baqarah - 183).


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (١٨٣


Nilai dan kadar takwa hanya kita sendiri yang tahu. Hanya kita yang boleh mengukur kualiti takwa kita sama ada meningkat atau menurun dibandingkan dengan tahun2 lepas.


Mudah2an kita sama2 dapat setkan matlamat berpuasa kita pada tahun ini. dengan NIAT yang betul Selamat Menyambut Ramadhan.

Untuk membaca lebih banyak maklumat tentang kelebihan berpuasa sila lihat di sini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails