Friday, September 11, 2009

Subhanallah n MasyaAllah

Assalamu'alaikum,

Kita diberitahu bahawa kita kena puji Allah banyak2 pagi dan petang (siang dan malam) dan seharusnya kita kena puji Allah banyak2 seperti yang kita janji dalam doa iftitah "Allahuakbaru kabira, wallhamdulillahi kathira Wasubhanallahi bukratan waasila" (tulisan Rumi ni kdg2 mengelirukan! krn tak tau panjang pendek, hilang dengung dan hilang huruf Shad dll) yang banyak diterjemahkan seperti ini "Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan pujian bagi Allah sebanyak2nya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam".

Sebab itulah kita kena Ucap “Subhanallah” (Maha Suci Allah) ketika kita melihat keindahan ciptaan Allah swt, nescaya terasa betapa kebesaran dan keagungan Allah yang Mencipta.

Kemudian kita kena ucap “MasyaAllah, Lahaula wa la quwwata illa billahil 'aliyyil 'adziim” (Itulah kehendak Allah, Tiada kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung), ketika melihat keanehan, kejayaan dan sebagainya. Dengan itu kita mengiyakan kekuasaan dan qudrat Allah dalam melakukan apa jua kemungkinan mengikut iradahNya. Ini kerana kita tidak mampu melakukan sesuatu tanpa pertolongan Allah hatta mengangkat tangan kita sekalipun.

Dalam Tahiyyat kita baca "Attahiyyatul mubarakatus salawatut taiyyibatulillah" maksud "Segala ucapan selamat yang berkat-berkat dan doa yang baik2 semuanya untuk Allah"

Tetapi ramai juga yang salah tempat apabila memuji Allah dengan ucapan2 sebegini.. Antara kesilapan yang berlaku .. mari kita lihat contoh apabila seseorang menceritakan satu suasana

"Teman saya sudah 15 tahun menetap di bandar ini berniaga, dulu masa di kampung rumahnya masyaAllah buruk sekali".

"Anak jiran saya masyaAllah, selalu melawan cakap orang tuanya, balik rumah lewat malam..."

"Anak saya ni masyaAllah nakalnya boleh tahan!"

"Anak daranya telah dibuntingkan? masyaAllah"

Apa yang sepatutnya diucapkan di situ ialah Subhanallah bukan masyaAllah.. kan tadi kata Subhanallah tu maksudnya Maha Suci Allah.. dan “MasyaAllah, Lahaula wa la quwwata illa billahil 'aliyyil 'adziim” (Itulah kehendak Allah, Tiada kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung), jadi takkan Allah nak jadikan rumah kawan tu buruk dan anak2 tu tak baik serta perbuatan berzina itu baik. Perbuatan Allah semuanya baik.. Jadi di sini mana janji kita yang kata kita nak ucapkan yang baik2 untuk Allah seperti dala tahiyyat itu?

Saya tonton TV dan baca suratkhabar serta blog, didapati ramai lagi yang salah menempatkan ucapan ini. mudah2an kita sama2 perbetulkan insyaAllah.

6 comments:

Guru said...

assalammualaikum

betul la kata k.werdah tu....

Werdah said...

waalaikumussalam,

kak pun dengar dp ustaz tp ada juga lagi ustaz lain yang salah guna ucapan tu.. tp kalau pandai bahasa 'Arab lg berkesan dgr dan baca ayat2 dalam bahasa Arabkan?

alang said...

Cikgu, Ada sikit pertanyaan.

Bukankah setiap perkara yg baik dan buruk itu berlakunya dengan izin Allah S.W.T.

Contoh mcm cikgu bagi tadi;

"Anak daranya telah dibuntingkan"

MasyaAllah .(Itulah kehendak Allah, Tiada kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung)

Jika Allah tak mengkehendakkan anak daranya bunting, maka tak buntinglah ia walaupun berzina berpuluh kali.


Ini sama dengan sihir. Sekuasa dan sehebat manapun seseorang ahli sihir, tanpa kehendak, kekuatan, dan kuasa Allah S.W.T maka takkan menjadilah ia.


Maaf ya sebab berbeza pandangan.Saya tak berapa mahir bahasa arab sgt. Cuma mintak kepastian sahaja.

Werdah said...

Alang,

Memang nampak pd zahirnya berbeza.. memang BENAR Allah jadikan semua perkara.. dengan izinNYa jua semuanya terjadi,memang setiap perkara yg baik dan buruk itu berlakunya dengan izin Allah S.W.T. Ada satu Firman Allah yang maksudnya lebihkurang begini: Allahlah yang menjadikan kamu dan juga segala perbuatan kamu" InsyaAllah nanti cikgu cari semula dalam surah apa dan ayat apa.

Walaupun begitu Allah bagi kita pilihan sama ada nak pilih untuk buat baik atau nak buat jahat, Allah bagi tahu jika kita buat baik masuk syurga, buat jahat masuk neraka, jadi buatlah pilihan sebab Allah dah bagi petunjuk.. bila kita dah pilih nak buat jahat Allah gerakkan kita buat jahat begitu juga bila kita pilih nak buat baik Allah gerakkan kita ke arah buat baik. Jgn ikut golongan yang kata Allah dah tuliskan aku masuk neraka jadi buat apa aku nak buat baik dan Allah dah tulis bhw aku akan masuk syurga takpalah buat jahat pun. ini tak betul..Wal'iyazubillah.

Kita amik cth yg senang, kat depan kita ada lubang besar dan dalam, kalau kita jatuh tak mungkin kita dpt naik sendiri kalau org tak tolong.. kita tau tu tp kita nak terjun juga.. jadi terimalah akibatnya.. jika Allah berkehendakkan ada orang datang sebab kita menjerit2 selamatlah kita(Orang yang datang tu Allah gerakkan hatinya untuk ke situ kita menjerit tu sebab kita pilih untuk minta tolong.. jika Allah berkehendakkan kita mati kat situ matilah kita tanpa menggerkkan kita menjerit dan menggerakkan orang datang ke situ.

"Jika Allah tak mengkehendakkan anak daranya bunting, maka tak buntinglah ia walaupun berzina berpuluh kali". Yang ini memang benar namun persoalannya Allah tak berkehendakkan kita buat jahat. Allah turunkan Al-Quran melalui RasulNya mengingatkan kita tentang balasan syurga dan neraka agar kita memilih terbaik untuk kita di tempat yang kekal nanti.

Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30 bermaksud :(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya (Fitrah Allah); tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (30)

Ayat ni menekankan bahawa manusia sejak awal kejadiannya telah diberi oleh Allah memiliki FITRAH (suci).. sbb tu bila kita meninggal waktu kecil kita masuk syurga, Allah bagi bekalan mempunyai potensi beragama yang lurus. Ini tak diberi kpd selain manusia. Allah juga berikan aqal dan hati (Qalbun). InsyaAllah jika ada masa dan diizinkan Allah cikgu tulis entri bab hati(Qalbun)

harap alang dapat fikirkan.. kalau alang nak alang boleh beli CD ustaz Kariman ni padat dengan ilmu.

Beliau huraikan lengkap dengan contoh2 yang mudah difahami dengan penyampaian yang agak berbeza tetapi semuanya dikupas menggunakan ayat2 Allah dan perkataan2 RasulNya Muhammad SAW.

Mudah2an kita semua mengikut jalan yang lurus yang Allah telah sediakan kepada kita Umat Islam. Wallahu'alam

alang said...

Thank cikgu utk comment yg panjang lebar. Alhamdulillah dah paham sedikit sebanyak.

p/s cikgu nie dulu mengajar engineering ke, Pendidikan Islam. Confius2. hehe.

Werdah said...

Alang, cikgu ajar civil engineering lah he he kan hamirza tu civil. tp cikgu minat sgt baca buku2 agama, dgr ceramah dan baca tafsir al-Quran alhamdulillah Allah bg kekuatan utk belajar bila dah sakit2 begini.. itulah mungkin salah satu hikmah yg Allah bagi kpd cikgu bila sakit.. kalau tak sakit mungkin duk lagha lagi wallahu'alam.. mudah2an cikgu dapat belajar banyak lagi. doakan ya..

Related Posts with Thumbnails