Sunday, December 6, 2009

Syamail Muhammad S.A.W.



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Buku di atas, iaitu "SYAMAIL MUHAMMAD S.A.W. : Keperibadian Rasulullah" merupakan satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah SAW. Buku ini adalah karya Imam At-Tirmizi. Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah S.A.W. yang mulia itu. Buku ini menjadi ubat penawar rindu kepada sosok Nabi Muhammad SAW yang mulia yang dapat melembutkan hati yang keras serta menjadikan tegas kepada orang yg lemah.

Buku SYAMAIL MUHAMMAD SAW ini ialah himpunan hadis-hadis oleh Imam At-Tirmizi ; (seorang imam ahli hadis yang tidak diragukan kekuatan hujjah dan kualiti hadis-hadisnya) tentang semua aspek kehidupan dan sifat yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.

Ini merangkumi 5 aspek kehidupan Rasulullah SAW iaitu :

1. FIZIKAL : Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, cincin, kasut, sandal, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat idur.

2. PERILAKU : Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minuman dan buah-buahan.

3. IBADAH : Wudhu', doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca Al-Qur'an.

4. PERHUBUNGAN & AKHLAK : Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawadhu', rasa malu dan tangisan.

5. PENGHIDUPAN : Nama-nama Rasulullah SAW., penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah SAW.

Profil Ringkas Imam At-Tirmizi.

Nama lengkapnya ialah Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa Ibnu Adh-Dhahhak As-Silmi At-Tirmizi Adh-Dharir. Beliau juga mendapat julukan Al-Hafizh, Al-'Alim, Al-Imam dan Al-Wari'. Selain buku ini, beliau turut menyusun Kitab Al-Jami' (Sunan At-Tirmizi) dan Kitab Al-'Ilal.

Para ulama berbeza pendapat tentang keadaan Imam At-Tirmizi semasa kecil. Sebahagian ahli sejarah menyatakan bahawa Imam At-Tirmizi buta sejak lahir. Sebenarnya, beliau menjadi buta setelah lanjut usianya iaitu setelah selesai melakukan perjalanan menuntut ilmu dan menulis karya-karyanya.

Imam At-Tirmizi lahir di Hudud pada tahun 214 Hijriyyah. Beliau melakukan perjalanan menuntut ilmu hingga ke Khurasan, Iraq, Mekah dan Madinah. Tidak benar kisah yang menyebut bahawa beliau pernah belajar ke Mesir dan Syam. Salah seorang gurunya ialah Imam Bukhari yang seringkali didatanginya untuk bertanya mengenai kesahihan hadis dan persoalan-persoalan akademik yang lain. Di dalam kitab Sunan At-Tirmizi, seringkali dijumpai pernyataan, "Aku tanyakan kepada Muhammad Ibnu Ismail (Imam Bukhari) tentang hadis ini. Dan beliau berkata..."

Imam At-Tirmizi meninggal dunia pada tanggal 13 Rejab tahun 274 Hijriyyah di Tirmidz.

Mengapa Kita harus Mengetahui Sifat-Sifat Keperibadian Nabi Muhammad SAW.

1. Bila kita mengetahui akan keperibadian baginda; akan timbullah rasa takzim kita kepada baginda. Itulah yang akan mejadi wasilah untuk kita cinta kepada syariat Allah. Syariat hebat tentu dibawa oleh orang yang hebat. Bagaimana kita nak kenal Allah jika kita tak mengenali Nabi kita Muhammad SAW.

2. Bila mengetahui tentang Syamail Nabi Muhammad SAW ini ; secara tak langsung kita akan ketahui betapa baik dan mulianya Nabi kita; betapa baik dan mulianya ciptaan Allah SWT yakni baik daripada sifat anggota tubuh badan baginda; betapa cantiknya fizikalnya; daripada segi pergaulan pula betapa baik sikapnya dan mulia cara baginda bergaul dengan isteri2 , anak2 dan cucu2 serta para sahabat baginda. Nabi hanya tersenyum dan jarang ketawa hanya ada sesekali sahaja baginda ketawa menampakkan gerahamnya.

3. Bila kita mengetahui syamail Nabi Muhammad SAW ;kita akan mengetahui cara nak memuji baginda dengan rasa takzim. Sesetengah orang mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adaah manusia biasa seperti kita berdasarkan ayat "Ana basyarun mislukum"; tetapi sebenarnya Nabi Muhammad SAW adalah manusia luar biasa. Sifat2 Nabi ini membantu kita bila kita bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW.

4. Dengan mengetahui sifat2 Nabi kita akan rasa seronok, akan timbul rasa cinta. Bila orang puji Nabi kita; kita akan rasa gembira sebaliknya bila orang menghina baginda kita akan rasa terluka; sama seperti bila orang puji kekasih kita; kita tentu gembira.

5. Dengan membaca buku syamail Muhammad SAW ini, dapatlah ibu bapa menceritakan keperibadian baginda kepada anak2; tidaklah diberi buku2 kisah dongeng semata2. Buku ini mudah difahami.

Ada banyak lagi manfaat yang dapat kita peroleh dengan mengetahui keperibadian baginda SAW dan paling penting kita akan diberi syafaat oleh baginda semasa berada di Padang Mahsyar nanti. Mudah2an.

Buku ini mengandungi 56 bab tentang sifat2 Nabi; dihuraikan melalui hadis-hadis.

Buku ini juga boleh dimanfaatkan dengan:

1. Beli beberapa naskah dan hadiahkan untuk masjid, surau, pejabat dan kepada orang yang disayangi.

2. Dibaca setiap lepas solat 5 waktu terutamanya selepas Subuh dan Maghrib.

3. Suami isteri baca bersama-sama sebelum tidur.

4. Dibaca kepada anak-anak selepas solat berjemaah atau sebelum mereka tidur.

5. Bahan tazkirah, usrah dan halaqah.

6. Bahan untuk mengisi laman web atau blog.



-->

6 comments:

atie said...

Salam Kak werdah..

Buku nie nampak lengkap kan.. ada gak buku pasal kehidupan Nabi tapi macam tak lengkap sanggat

Redz91 said...

Salam,
Pengunjung sekalian boleh membaca Syamail Muhammad SAW versi ebook di sini :
http://docs.google.com/fileview?id=0B3AzLTQ8uDhJYzUyYzJlYzItZjE1My00OWI3LWI3Y2EtZDljNDU1OTMyMTdl&hl=en
atau boleh download di sini :
http://www.box.net/shared/g16pmb7q45

Sekadar perkongsian bahan ilmiah...
Sekian,
Wallahu'alam

shaniza said...

Salam..
Terima kasih atas info ini dan terima kasih juga buat Redz91 krn beri link download..

Werdah said...

Salam Atie..

Buku ni semuanya merangkumi hadis dan penerangan.. jadi mudah faham.. kmd bila dgr lagi ceramah mmg membantu menambah kefahaman.. insyaAllah.. Ada juga buku Muhammd SAW al-Quran Berjalan, mudah juga difahami, insyaAllah.

Werdah said...

Salam Redz,

Terima kasih atas info.. seronok makcik dpt kawan anak muda mcm Redz ni.. alhamdulillah.. dapat sama2 berkongsi info dan saling mengingatkan serta menambahkan ilmu dan iman.. mudah2an.

Werdah said...

Salam Shaniza.. alhamdulillah, dunia blog mengembangkan pershabatan, pengetahuan bagi sesiapa yg mahu memanfaatkannya.

Related Posts with Thumbnails