Wednesday, May 20, 2009

Chelation Therapy

Sumber : Sini


Sumber Gambar: Sini


Dulu saya ada menyebut tentang chelation & rawatan ozon..


Baru sekarang dapat menulis tentangnya..tentang chelation dulu.. ozon.. insyaAllah kemudian.. tak boleh duduk lama di hadapan komputer.. nak beli laptop pun tak sesuai buat saya


Chelation [ key-lay-shun ] ialah rawatan intravena menggunakan cecair yang mengandungi mineral-mineral vitamin dan asid amino (EDTA)


EDTA ialah singkatan kepada Ethylene Diamine Tetracetic Acid.. sejenis asid amino yang menyerupai protin makanan...


Cairan ini juga berupaya membuang racun atau toksin dan logam berat seperti plumbum, raksa, aluminium dan arsenik.. asid ini juga mempunyai tarikan kuat terhadap kalsium dan mengeluarkan kalsium abnormal yang ada dalam tubuh melalui hempedu dan buah pinggang/ pembuangan air kecil.. dan sebahagian kalsium dikitar semula dan dimendapkan pada tulang


Cara menjalani rawatan ini ialah EDTA ini dilarutkan dalam cecair (saline, dextrose solution atau air suling) dalam botol drip .. lalu didripkan ke tangan pesakit.. kemudian EDTA ini akan mengalir melalui urat darah (VEIN) perlahan2 mengambil masa selama 2 jam ke 3 jam.. EDTA ini akan bercampur dengan darah dan kemudiannya akan membawa kalsium dan logam berat kemudian dikeluarkan melalui buah pinggang iaitu melalui urine


Boleh juga dikatakan bahawa Chelation ini ialah satu rawatan utk memulihkan kesan pengerasan dinding saluran darah yang salah satunya disebabkan pemendapan kalsium.. arteri akan menjadi keras dan tersumbat dan akan mengakibatkan sakit jantung, gangrene dan stroke


Banyak maklumat tentang chelation ni.. boleh dapatkan dalam internet melalui url di bawah
[link]
[link]
[link]
Chelation ni perlu dibuat 2 atau 3 kali seminggu sehingga mencapai 20 kali atau 30 kali (berterusan selama 2 atau 3 bulan) dan seterusnya sekali sebulan mengikut keperluan.. dari segi kos sekali rawatan antara rm350 ke rm450..


Rawatan chelation ni sesuai utk penyakit berikut:

Masalah berkaitan saluran darah seperti
-sakit dada
-sakit kaki bila berjalan
-kaki menjadi biru atau pucat
-ingatan semakin berkurang
-angin ahmar/stroke

paras kolesterol tinggi

Kencing manis dan komplikasi seperti
-luka berpanjangan
-gangrene
-kebas tangan dan kaki
-rabun mata
-masalah buah pinggang
-impoten.

Saya buat rawatan chelation kiranya dalam 2 sessi

Sessi pertama di Farrali Medicare.. Saya mula membuat di Farrali Medicare di Anjung Rahmat pada 21/06/04 dan mengikut rekod yang saya simpan sehingga25/08/04 saya buat 18 kali.. saya tak pasti kalau2 ada rekod lain tetapi hilang.. sekarang dengarnya Farrali Medicare ni dah nak jadi hospital di Pulau Pinang..


Kesan Chelation ni amat baik bagi saya untuk perkara2 lain.. tidak kepada tulang.. dengan izin Allah badan saya rasa bertenaga.. tidak menguap.. tak penat.. cholesterol tak ada.. tekanan darah ok, kencing manis tak ada.. sebelum ni pun tak ada.. tetapi dengan keadaan saya yang asyik berbaring semua tu kemungkinan boleh terjadi.. yang paling ketara ialah saya kurang menggunakan cermin mata.. mata dah terang..


Semasa rawatan saya dapat melihat pesakit yang telah dihukum potong kaki kerana gangrene dapat dipulihkan... ada yang hatinya dah kecut dan pihak hospital tak tau nak buat apa dah cuma nak buat permbedahan utk mengkaji.. tetapi dengn chelation alhamdulillah orang tu sihat tanpa perlu buat pembedahan


Saya menjalani chelation sessi ke 2 mulai 27 ogos 2008 hingga disember 2008 sebanyak 16 kali.. ini selepas saya dapat cushing's sindrom.. alhamdulillah kolesterol saya dipulihkan.. insyaAllah saya akan teruskan.. kali ini saya buat dengan doktor Dato' Noorlaily pengasas Nury.. kliniknya di bukit antarabangsa.. saya berhenti buat chelation di situ sejak teragedi tanah runtuh disember lepas.


Saya ingin memberikan pendapat.. sekiranya kita ada masalah jantung atau yang saya sebutkan di atas tadi eloklah buat chelation ni.

No comments:

Related Posts with Thumbnails