Sunday, May 24, 2009

Sonotron Therapy

Hari ini nak cerita fasal terapi Sonotron..

Saya buat rawatan ni kali pertama pada 28/04/2008..dan kali terakhir pada 22/05/2008.. dapat tahu tentang rawatan ni daripada dr Razin yang saya kenal masa buat chelation sesi pertama dulu.

Saya tanya doktor razin ni.. ada tak cara lain lagi nak hilangkan sakit saya.. sebab saya tak nak buat operation kali kedua.. saya takut.. masa tu HKL dan Hospital Pusrawi cadangkan saya buat operation kali kedua.. nak buat fusion.. nak masukkan tulang tiruan kat L4 dan L5 tu..

Sebelum tahu fasal sonotron ni saya dah buat epidural kat Hospital Pusrawi tak ingat dah tarikh tapi awal bulan 4.. malas nak cari resit kalau cari dapat bagi tahu tarikh sebenar.. dalam to do view pun dah ter erase..

Saya buat epidural kerana saya nak elakkan buat pembedahan kali kedua.. mengikut nurse kat pusrawi.. ada 2 nurse yang kerja di situ buat epidural dah elok.. tak sakit lagi.. saya dapat berjumpa salah seorang daripadanya.. masa jumpa tu saya dalam bilik menunggu untuk masuk ke bilik OT.. kebetulan dia yang jaga saya hari tu.. dia bagi tau macam mana rasa selepas buat epidural.. dia pun dah pernah buat operation.. jadi sakit juga, apabila doktor cadangkan buat epidural ni dia setuju.. dan alhamdulillah saya nampak dia boleh buat kerja dia tanpa kekok.. ini memberi harapan kepada saya.. yang seorang lagi saya tak jumpa.. tapi diberitahu dia buat epidural kerana dia bimbang tak dapat buat haji dengan sempurna pada tahun tu.. seronok sangat bila dia orang berjaya hilangkan sakit.. harapan masa tu berbunga.. Ya Allah hendaknya kali ini hilanglah sakitku..

Pagi tu saya masuk ke bilik OT dan buatlah epidural.. mula2 doktor inject kat bahagian tulang pungging tu.. ubat bius setempat lah tu.. lepas tu tak rasa apa dah.. lepas tu doktor dengan pembantu dia buat kerja.. pembantu kata shoot .. tak tau lah maksudnya mungkin tuju x-ray ke tempat yang nak diinject.. masa tu doktor kata dia akan inject ubat campur steroid  ke tempat2 yang dilihat melalui x-ray.. pembantu doktor tu tengok kat xray pastu dan bila dia kata shoot, doktor tu shoot ubat tu supaya keluar melalui jarum ke tempat2 yang saya rasa sakit.. tak taulah macam mana doktor tu tau tempat tu sakit.. teknologi canggihlah tu..

Masa buat epidural tu.. menggigil badan saya.. macam orang demam malaria.. saya pernah demam masa sekolah rendah dulu.. huh makan ubat kuinin .. pahit tak terkira.. saya rasa sejuk.. saya bagi tau doktor sejuk sangat sampai menggigil... doktor gelak.. tu bukan sejuk.. tu sakit sangat tu.. aduh.. doktor cuba tolak supaya L4 dan L5 saya yang dah rapat tu supaya jadi renggang tapi tak dapat.. saya dapat dgr sikit bunyi gerak.. his macam2..

Dah tak dapat nak naikkan.. nak buat macam mana.. sekurang2nya saya dah cuba..

Terlupa pula nak bagi tahu sebelum buat epidural ni doktor kata.. setengah orang buat akan hilang sakit.. ada setengah orang tak hilang sakit.. uh.. saya takut jadi antara yang kedua tu.. kalau hilang sakit sebaik saja hilang ubat bius ni kak werdah dah tak sakit lagilah kata dia

Setengah jam je siap.. doktor pesan lepas ni tidur terlentang jangan bergerak2.. tadi tu ditelangkupkan.. bila dah siap saya diterlentangkan atas troli dibawa keluar tunggu kat bilik luar bilik operation.. ada nurse monitor tekanan darah dan lain-lain..

Selepas 10 minit saya dibawa ke bilik menunggu yang mula2 tadi.. tunggu di situ .. nak tau apa yang saya rasa ketika tu..tak rasa apa2 dari pinggang ke bawah.. aduh takutnya.. takut lumpuh.. saya berfikir beginikah rasanya orang lumpuh.. selepas setengah jam saya dah boleh gerakkan sikit kaki.. alhamdulillah.. nurse tanya dah boleh rasa ke kaki tu.. ya.. ok kata nurse tu cuba2lah bangun.. saya pun bangun dengan berhati2.. nak tau apa saya rasa.. sakit dan beratnya sama.. tak ada perubahan langsung.. kalau ikut kata doktor kalau menjadi.. sakit terus hilang.. begitulah rezeki saya.. Ya Allah tentu ada hikmahMu buatku.. aku je yang tak mengerti.. harap2 bknlah kerana kemurkaanMu tapi jika benar tolonglah ampunkan aku..

Tadi nak cerita fasal sonotron tapi tercerita fasal epidural lak.. saya cerita fasal ni dulu sebab bila dah buat epidural pun sakit tak hilang.. jadi ambil keputusan buat terapi sonotron..
Ok sambung sonotron ni lak.. saya buat di Panmedik kalau nak tau cara rawatan sonotron di panmedik ni sila lihat youtube di bawah:




Boleh juga klik .. Saya buat rawatan sebanyak 9 kali tapi tak hilang juga sakit.. agaknya sebab saya dah buat pembedahan dan macam-macam yang lain.. saya pun tak tahu.. tapi saya perlu berusaha.. saya tak boleh bertawakkal sebelum berusaha..

Artikel tentang sonotron ni ada keluar dalam Mingguan Malaysia sisipan Kesihatan 13 Januari 2008.. Ketua Fisioterapi Institut Sukan Negara Bukit Jalil menjelaskan bahawa ISN telah mula menggunakan mesin sonotron ni pada tahun 1995 dan membawa ke sukan olimpik di Atlanta pada tahun 1996 bagi merawat atlit yang mengalami kecederaan dan kesakitan akibat kerosakan tisu..

Rawatan diberikan dengan menghalakan aplikasi sonotron yang mengeluarkan bunyi yang nyaring.. bunyi ini selari dengan paras tenaga yang digunakan untuk merawat pesakit.. rawatan ini tak perlu ubat jadi tak ada kesan sampingan..

Saya buat rawatan ni mulanya di Panmedic.. panmedic ni di PJ.. jauh dari rumah.. sejam rm150.. kemudian saya dapat tahu dekat AU3 dekat dengan rumah saya ada kilink menawarkan perkhidmatan ni.. jadi saya beralih ke sana.. dekat dengan rumah.. di sini 45 minit rm 45.. alatnya yang dihalakan kepada tempat yang sakit tu.. macam hair dryer.. dalam video you tube di atas tu boleh tengok cara dia rawat dan juga alatnya..

Dengan rawatan ini juga saya tak dapat hilangkan kesakitan.. saya akhirnya buat keputusan buat operation kali kedua pada 20 jun 2008.. pembedahan inipun tak berjaya..

No comments:

Related Posts with Thumbnails